You are on page 1of 6

Nama: Koy Ke Chun

No. Kad Pengenalan: 930719-02-5198

No. Angka Giliran: 2013171340006

Laporan Aktiviti Khidmat Masyarakat

Pada 24 September 2014 (Rabu) yang lalu, saudari Tan Yun Ling dan saya telah
menjalankan

aktiviti

khidmat

masyarakat

apabila

kami

menjalankan

Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Kuo Min, Bedong.
Kami bekerjasama untuk membersihkan stor sukan sekolah tersebut.
Pada 10 pagi, kami mendapat kebenaran daripada guru untuk membersihkan stor
sukan. Kami mendapat kunci stor dari pejabat lalu bermula tugasan kami. Rajah 1
menunjukkan keadaan stor sukan sebelum kami membersihkannya.

Rajah 1

Nama: Koy Ke Chun

No. Kad Pengenalan: 930719-02-5198

No. Angka Giliran: 2013171340006

Semua alatan sukan diletak berselerak dalam stor. Kebanyakan alatan sukan yang
telah rosak juga masih berada dalam stor. Tambahan pula, stor tersebut juga dipenuhi
dengan habuk. Kami membuat keputusan untuk mengklasifikasikan semua alatan dengan
baik dan membersihkan habuk dalam stor sukan. Oleh sebab itu, kami mengangkat semua
alatan ke luar sebelum kami membersihkan stor sukan. Kemudian, saudari Tan Yun Ling
meminjam penyapu daripada bengkel Kemahiran Hidup (KH).
Saya bertanggungjawab untuk membersihan rak-rak kayu manakala saudari Tan
Yun Ling membersihkan rak-rak besi. Kami meletakkan alatan sukan mengikut kategori
masing-masing supaya semua alatan kelihatan tersusun. Alatan yang telah rosak dan
sampah-sarap pula dibuang ke dalam tong sampah.
Salah satu masalah yang kami hadapi dalam aktiviti khidmat masyarakat ini ialah
terdapat beberapa alatan sukan terendam dalam air. Hal ini berlaku kerana stor sukan akan
dimasuki air apabila hujan turun. Oleh sebab itu, sebahagian daripada stor yang akan
dimasuki air tidak boleh digunakan. Hal ini menyebabkan stor sukan yang kecil mempunyai
ruang yang amat terhad untuk meletakkan alatan sukan.
Kemudian, kami menyapukan pasir dan habuk yang terdapat di atas rak serta lantai.
Apabila kami sedang menyapu lantai dalam stor sukan, murid-murid terdapat waktu rehat
selama 5 minit. Mereka kelihatan gembira apabila melihat semua alatan sukan berada di
luar stor sukan. Mereka juga cuba untuk mengambil alatan untuk bermain. Walau
bagaimanapun, mereka tidak berjaya. Mereka meletak alatan sukan ke tempat asal apabila
terlihat kami sedang menuju ke arah mereka.
Selepas itu, kami mengasingkan semua alatan sukan dalam bakul dan kotak yang
berlainan. Bola keranjang diletakkan dalam bakul buluh yang besar manakala bola-bola
yang lain diletakkan dalam bakul yang berlainan. Bola yang diperbuat daripada plastik pula
disimpan dalam satu bed plastik. Pengasingan bola bukan sahaja dapat memastikan stor
sukan lebih tersusun malahan dapat memudahkan guru atau murid untuk mencari dan
mengambil alatan sukan yang diperlukan ketika waktu Pendidikan Jasmani (PJ).
Selain itu, kami mendapati bahawa stor mempunyai 3 bakul kecil pundi kacang.
Pundi kacang juga terdapat di merata tempat dalam stor sukan ketika kami menyapu stor.
Oleh sebab itu, kami mengambil keputusan untuk meletakkan semua pundi kacang dalam
satu bakul yang besar. Dalam hal ini, bakul kecil boleh digunakan untuk meletak bola kecil.
Bakul kecil yang berlebihan pula digunakan untuk mengambil bilangan pundi kacang atau
bola yang diperlukan oleh guru sahaja apabila menjalankan aktiviti. Pundi kacang yang telah
bocor pula terpaksa dibuang kerana telah tidak boleh digunakan lagi.

Nama: Koy Ke Chun

No. Kad Pengenalan: 930719-02-5198

No. Angka Giliran: 2013171340006

Selepas mengasingkan bola dan pundi kacang, kami mendapati terdapat satu alatan
sukan yang amat menarik. Hal ini kerana apabila kami masih di sekolah rendah, alatan
sukan dalam sekolah amat terhad. Kebanyakan peralatan sukan merupakan permainan
yang biasa dijumpai, seperti congkak, pundi kacang, gelung dan kayu pijak tinggi yang
bermotif untuk mengembangkan daya keseimbangan pelajar. Walau bagaimanapun,
sebahagian besar daripada alatan sukan tersebut telah rosak atau tertanggal. Oleh sebab
itu, kami membaiki dan memasang semula bahagian kepala pada bahagian pemegang
alatan tersebut. Bahagian pemegang yang telah rosak akibat kekurangan satu getah dan
tidak dapat dibaiki pula terpaksa dibuang.
Di samping itu, kami mendapati bahawa tali skipping diletak dalam bakul tanpa diikat
dengan baik. Hal ini telah menyebabkan kebanyakan tali skipping terikat bersama.
Sekiranya tali skipping tidak diikat dengan baik maka lama-kelamaan semua tali skipping
akan terikat sekali dan tidak dapat digunakan. Oleh sebab itu, kami mengasingkan tali
skipping satu per satu dan diikat dengan kemas pada batangnya. Ini merupakan cara
penyimpanan tali skipping dengan betul dan dapat mengelakkan kerosakan serta
pembaziran. Rajah 2 ialah gambar ketika kami sedang menjalankan aktiviti khidmat
masyarakat.

Rajah 2
Pada hari itu, kami terlupa bahawa kami harus menjalankan aktiviti khidmat
masyarakat. Oleh sebab itu, kami memakai baju kemeja, skirt dan kasut bertumit tinggi pada
hari tersebut. Kami mendapati bahawa pemakaian ini amat menyusahkan pergerakan. Guru
yang ternampak juga menasihati kami untuk memakai baju PJ. Justeru, kami tetap
menyelesaikan tanggungjawab kami.

Nama: Koy Ke Chun

No. Kad Pengenalan: 930719-02-5198

No. Angka Giliran: 2013171340006

Selepas semua alatan dibahagikan dengan baik, kami pun menyusunkan semua
alatan ke dalam stor sukan. Kami bekerjasama untuk mengangkat semua alatan sukan ke
dalam stor sukan. Bakul yang lebih kecil diletak di atas rak kayu. Bahagian bawah rak kayu
pula diletakkan bakul besar yang digunakan untuk meletak bola sepak dan bola takraw. Tali
skipping, bola keranjang dan pundi kacang diletak di luar kerana alatan-alatan ini lebih
sering digunakan. Rak-rak besi juga disusun dengan kemas dan teratur.
Tambahan pula, kami mendapati bahawa sebahagian besar alatan sukan rosak
akibat terkena air. Oleh sebab itu, kami juga mengelak daripada meletakkan alatan sukan
pada tempat yang akan dimasuki air hujan ketika menyusun alatan-alatan sukan. Dalam hal
ini, alatan sukan tidak akan mudah rosak.
Pada pukul 1.10 petang, kami pun telah siap membersihkan stor sukan. Rajah 3
ialah keadaan stor sukan selepas dibersihkan.

Rajah 3

Nama: Koy Ke Chun

No. Kad Pengenalan: 930719-02-5198

Disediakan oleh,

________________________
(KOY KE CHUN)
Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

No. Angka Giliran: 2013171340006


12 OKTOBER 2014

Nama: Koy Ke Chun

No. Kad Pengenalan: 930719-02-5198

No. Angka Giliran: 2013171340006

Refleksi

Saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalankan aktiviti khidmat
masyarakat untuk salah satu tugasan dalam Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Saya
telah menjalankan aktiviti ini di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Kuo Min, Bedong
pada 24 September 2014 (Rabu) yang lepas. Saya telah memperolehi banyak pengalaman
dan manfaat daripada aktiviti ini.
Khidmat masyarakat merupakan kerja-kerja kemasyarakatan yang dijalankan secara
berkumpulan. Aktiviti ini juga dijalankan dengan matlamat serta tujuan yang tertentu. Pada
pendapat saya, aktiviti ini amat peting kerana aktiviti ini dapat memupuk perasaan muhibah
antara guru dengan komuniti. Tambahan pula, aktiviti ini dapat memberi impak kepada guru
sendiri, terutamanya dalam aspek untuk berkhidmat serta memberi komitmen kepada
masyarakat.
Sehubung dengan itu, saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan
penghargaan kepada pihak yang menyediakan tugasan ini. Aktiviti ini bukan sahaja amat
berfaedah malah dapat mengisi masa lapang kami dengan bermanfaat. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada guru penyelaras Pendidikan Jasmani SJK (C) Sin Kuo
Min kerana membenarkan kami untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat. Beliau amat
mempercayai dan mengambil berat terhadap kami. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada saudari Tan Yun Ling. Hal ini kerana dia tetap menjalankan
aktiviti ini bersama saya walaupun kami berpakaian formal dan berkasut tumit tinggi pada
ketika itu.
Saya menyedari tentang kepentingan bekerjasama melalui aktiviti khidmat
masyarakat. Saya tidak akan dapat menyempurnakan aktiviti ini dalam 3 jam dengan tanpa
bantuan daripada saudari Tan Yun Ling. Kami tolong-menolong antara satu sama lain
apabila mengangkat barangan yang lebih berat. Oleh itu, kami berasa amat bersyukur
apabila stor sukan kelihatan kemas dan teratur selepas dibersihkan.
Di samping itu, aktiviti telah memupuk semangat kesediaan berbakti secara kerelaan
kepada komuniti secara tidak langsung. Kami telah membersihkan stor sukan atas
permintaan diri dan bukannya arahan daripada pihak sekolah. Saya berasa amat bersyukur
kerana tetap dapat berbakti pada sekolah tersebut dalam tempoh menjalankan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS).

You might also like