You are on page 1of 6

Set 1(Soalan latihan)

Latihan 1
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
1

Selepas menggulung tikar itu, emak bergegas ke dapur menyediakan sarapan.


A
B
C
D

membuka
merungkai
menghampar
menghurai

Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.


2

Bolehkah kamu memberikan buku cerita ini kepada jiran kamu itu?
A
B
C
D

Pasti boleh, semalam saya tidur di rumahnya.


Boleh juga, kedua ibu bapa pasti menyanggupinya.
Apa salahnya, saya memang hendak ke rumahnya.
Mana boleh, saya berjiran dengannya sudah agak lama.

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.


3

Saya tidak mengenali Pak Man tetapi saya yakin dia ialah salah seorang pekerja di
kilang ini.
A
B
C
D

Adakah awak kenal Pak Man iaitu salah seorang pekerja di kalang ini?
Adakah awak kenal dan yakin Pak Man pekerja di kilang ini?
Adakah awak yakin Pak Man bekerja di kilang ini?
Pak Man bekerja di kilang yang mana satu?

Soalan 4 dan Soalan 5


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
4

Ekspo MAHA itu telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat


setempat.
A
B
C
D

Sambutan masyarakat setempat yang hangat telah diberikan kepada ekspo


MAHA itu.
Sambutan yang hangat telah diberikan oleh masyarakat setempat terhadap
ekspo MAHA itu.
Sambutan hangat terhadap ekspo MAHA itu telah diberikan kepada
masyarakat setempat itu.
Sambutan daripada masyarakat setempat yang hangat telah diberikan
terhadap ekspo MAHA itu.

Siti, tolong angkat baju di ampaian kerana hari hendak hujan! kata ibu.
A
B
C
D

Ibu dan Siti tolong-menolong mengangkat baju di ampaian kerana hari


hendak hujan.
Siti disuruh oleh ibu mengangkat baju di ampaian kerana hari hendak
hujan.
Siti menolong ibu mengangkat baju di ampaian kerana hari hendak hujan.
Siti menyuruh ibu mengangkat baju di ampaian kerana hari hendak hujan.

Soalan 6 hingga Soalan 7


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
6

I
II
III
IV

Matanya menjadi sempit kerana tidak cukup tidur.


Orang yang berfikiran sempit sukar menerima perubahan.
Wanita itu kelihatan tidak selesa kerana berpakaian sempit.
Sham tidak dapat membeli pakaian itu kerana wangnya sempit.

A
B
C
D

I dan IV sahaja
II dan III sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja

I
II
III
IV

Pak Ali gembira melihat buah-buah padinya yang bernas.


Fikirannya tidak lagi bernas kerana usianya sudah lanjut.
Kita dilarang bercakap tentang perkara-perkara yang tidak bernas.
Kesemua pemidato itu Berjaya mengemukakan hujah yang bernas.

A
B
C
D

I dan III sahaja


II dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja

Soalan 8 hingga Soalan 10


Pilih ayat-ayat yang betul.
8

I
II
III
IV

Ahmad terpaksa menghela basikal itu kerana tayarnya bocor.


Dua belas murid-murid sedang berkhemah di puncak bukit.
Pekerja-pekerja di kilang itu sedang giat menganyam kain batik.
Dari jauh lagi, Rohaya sudah tersenyum kerana dia Berjaya mendapat 5A.

A
B
C
D

I dan IV sahaja
II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja

10

I
II
III
IV

Kilang membuat peralatan computer itu mempunyai 300 orang pekerja.


Industri pembuatan kereta semakin berkembang pesat di negara kita.
Sayurnya menjadi sangat-sangat masin kerana terlebih garam.
Kakaknya sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

A
B
C
D

I dan III sahaja


II dan IV sahaja
I, II dan IV sahaja
I ,III dan IV sahaja

I
II
III
IV

Penyakitnya tidak juga melarat malahan semakin sembuh.


Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di negara kita.
Bapa menghadiri kursus usahawan selama dua bulan di Indonesia.
Setiap orang ahli unit beruniform diwajibkan memakai uniform masingmasing.

A
B
C
D

II dan III sahaja


III dan IV sahaja
I, II dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja

Set 2 (Soalan latihan)


Latihan 2
Soalan 11
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
11

Pengesahan menyertai pertandingan itu hendaklah dibuat pada atau sebelum 16


Ogos 2009.
A
B
C
D

Penentangan
Pengakuan
Pembatalan
Penyataan

Soalan 12
Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.
12

Mengapakah dia dipilih sebagai olahragawan sekolah pada tahun lepas?


A
B
C
D

Dia dipilih sebagai olahragawan sekolah pada tahun lepas kerana


mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan.
Dia dipilih sebagai olahragawan sekolah kerana dia mempunyai sikap
yang patut dicontohi.
Dia dipilih sebagai olahragawan sekolah pada tahun lepas kerana dia rajin
membaca buku.
Dia dipilih sebagai olahragawan kerana dia rajin bersenam.

Soalan 13
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.
13

Semangat kerjasama dan kepimpinan yang dinamik menjadikan Kampung Bahagia


sebagai kampung Wawasan.
A
B
C
D

Siapakah yang terpilih sebagai Kampung Bahagia?


Mengapakah Kampung Bahagia dipilih sebagai Kampung Wawasan?
Betulkah Kampung Bahagia Berjaya menjadi Kampung Wawasan?
Kampung apakah yang menjadi Kampung Wawasan.

Soalan 14 dan Soalan 15


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
14

Setiap kali Nazwan melintasi tanah perkuburan itu, sudah pasti bulu romanya
akan meremang.
A
B

C
D

15

Bulu romanya sudah pasti akan meremang setiap kali Nazwan mahu
melintasi tanah perkuburan itu.
Nazwan pastikan bulu romanya meremang setiap kali dia hendak
melintasi tanah
perkuburan itu.
Bulu roma Nazwan sudah pasti akan meremang setiap kali dia melintasi
tanah perkuburan itu.
Tanah perkuburan itu akan meremangkan bulu roma setelah Nazwan
melintasinya.

Ibu bapa perlu memberikan perhatian yang penuh semasa membawa anak
keluar agar tidak berlaku kes kehilangan kanak-kanak.
A
B
C
D

Anak yang dibawa keluar rumah mestilah diawasi oleh ibu bapa untuk
mengelakkan kejadian kehilangan kanak-kanak.
Kes kehilangan kanak-kanak berlaku kerana ibu bapa tidak memberikan
perhatian semasa membawa anak keluar rumah.
Kes kehilangan kanak-kanak boleh dielakkan sekiranya ibu bapa
memberikan perhatian semasa membawa anak keluar rumah.
Perhatian yang diberikan oleh ibu bapa semasa membawa anak keluar
rumah dapat mengelakkan kes kehilangan kanak-kanak berlaku.

Soalan 16 hingga Soalan 17


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
16

I
II
III
IV

Penglihatannya lenyap setelah terkena semburan beracun itu.


Dengan sekelip mata, roket itu lenyap daripada pandangan saya.
Penderitaan keluarga Pak Deris belum lenyap walaupun menerima bantuan
tersebut.
Fui Lan yang dilaporkan lenyap beberapa tahun dahulu, kini muncul
kembali.

17

A
B
C
D

III sahaja
I dan III sahaja
II dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja

I
II
III
IV

Adik duduk tersandar kerana muak setelah makan sepinggan mi.


Kami sudah muak dengan sikapnya yang mengada ngada itu.
Perutnya terasa muak selepas menjamah kari ayam semalam.
Samira sudah muak makan durian di dusun datuknya.

A
B
C
D

I, II dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja

Soalan 18 hingga Soalan 10


Pilih ayat-ayat yang betul.
18

19

20

I
II
III
IV

Tarian itu dipersembahkan untuk tontonan tetamu.


Harga barang tetap naik meskipun harga minyak turun.
Sungguhpun bertubuh kerdil namun dia bercita-cita besar.
Jangankan menonggang motosikal, basikal pun tidak pandai dikayuhnya.

A
B
C
D

I dan II sahaja
II dan III sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja

I
II
III
IV

Datuk sering berdoa agar dimurahkan rezeki ketika hidup bahagia.


Kami tidak akan bermalam di teratak usang ini kecuali tiada pilihan.
Didi mesti makan ubat supaya cepat sembuh demam selesemanya itu.
Nenek Azli sempat menggubah bunga manakala sibuk menjaga cucucucunya.

A
B
C
D

I dan II sahaja
II dan III sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja

I
II

Nenek membelikan cucunya raket setelah memenangi pertandingan itu.


Kereta itu telah ditunda oleh kerana dia tidak mematuhi peraturan jalan
raya.
Penjenayah itu telah ditangkap walaupun terbabit dalam beberapa
rompakan.
Tanaman sayur-sayuran yang diusahakan oleh mereka mendatangkan
keuntungan.

III
IV

A
B
C
D

I dan II sahaja
I dan IV sahaja
I, II dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja

You might also like