You are on page 1of 1

Etika Dalam Latihan Muzik

Kepentingan Etika
Tujuan utama latihan muzik secara induvidu ialah meningkatkan kemahiran bermain alat muzik.
Ia boleh dibuat
melalui pembacaan notasi atau skor muzik. Latihan dalam kumpulan muzik pula biasanya
dijalankan untuk
mendapatkan kesefahaman dari aspek tempo dan keseimbangan bunyi diantara setiap ahli dalam
kumpulan tersebut. Etika bermaksud amalan-amalan yang baik sebelum, semasa atau selepas
latihan muzik. Etika atau amalan yang baik penting diikuti supaya setiap latihan mencapai
objektif secara maksimum.
Etika Sebelum Latihan
Setiap ahli kumpulan muzik hendaklah bersedia lebih awal iaitu
a) Bersedia awal beberapa minit sebelum masa yang ditetapkan.
b) Bersedia dengan skor muzik.
c) Membawa bersama alat tulis seperti pensil dan pemadan untuk membuat catatan jika perlu.
d) Pasang dengan betul alat muzik.
e) Buat penyelarasan talaan (tuning) bersama rakan.
f) Penuhkan masa menunggu dengan perkara berfaedah yang sesuai seperti membaca dan
sebagainya,
yang tidak mengganggu orang lain.
g) Berlatih sendiri bahagian-bahagian yang anda belum mahir dengan perlahan.
Etika Semasa Latihan
Masa latihan adalah masa yang memerlukan tumpuan sepenuhnya setiap ahli kumpulan.
a) Sentiasa mengikut arahan ketua atau konduktor - terutamanya memula dan menamatkan
permainan muzik.
b) Elakkan mencuba memainkan sendiri berulangkali bahagian yang anda kurang mahir
sehingga mengganggu latihan. Tiada latihanindividu dalam masa latihan berkumpulan.
c) Jika ada bahagian yang tidak faham, bertanyalah pada masa yang sesuai kepada ketua atau
konduktor.
d) Sentiasa perbaiki perkara-perkara yang ditegur oleh ketua, misalnya keseimbangan bunyi,
teknik dan
sebagainya.
e) Membuat catatan bagi perkaraperkara yang perlu, misalnya tarikh dan waktu latihan akan
datang.Begitu juga dengan sebarang pindaan penting pada skor muzik.
Etika Selepas Latihan
Perkara yang perlu dilakukan selepas latihan ialah
a) Memastikan semua alatan muzik, music stand dan lain-lain disimpan dengan baik ditempat
sepatutnya.
b) Bersihkan alat muzik mengikut cara yang telah ditetapkan. Membiarkan alat muzik yang
kotor selepas
digunakan boleh menyebabkankerosakan kepada alat muzik berkenaan.
c) Menghormati ketua dan rakanrakan adalah satu amalan yang baik. Berilah ucapan yang
sesuai.

You might also like