You are on page 1of 10

1.

0 Pendahuluan
Kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kemahiran berfikir aras rendah
(KBAR) dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). KBAR ditakrifkan sebagai penggunaan
potensi minda yang terhad yang berfokus kepada aplikasi rutin dan mekanistik ( YeeMei
Hong et al ). Manakala Onosko & Newmann,1994 ( dalam YeeMei Hong et al ) mentakrifkan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani
cabaran baru. KBAT ini memerlukan seseorang memahami, menterjemah, menganalisis,
dan memanipulasikan maklumat.
Resnick (1987) menjelaskan higher-order thinking (HOT) ataupun kemahiran berfikir aras
tinggi sebagai non-algorithmic. Manakala Stein and Lane (1996) pula menjelaskan HOT
ataupun KBAT sebagai the use of complex, non-algorithmic thinking to solve a task in

which there is not a predictable, well-rehearsed approach or pathway explicitly suggested by


the task, task instruction, or a worked out example. Thompson (2008) pula mendefinisikan
HOT ataupun KBAT sebagai involves solving tasks where an algorithm has not been taught

or using known algorithms while working in unfamiliar contexts or situations ( kementerian


Pelajaran Malaysia).
Manakala menurut kementerian pelajaran malaysia pula mendifinisikan kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Kemahiran berfikir biasanya diajar sebagai aktiviti tambahan kepada pelajar-pelajar supaya
mereka menerima pendidikan yang lebih luas selain daripada kurikulum sekolah yang sedia
ada. Selain itu, soalan aras tinggi menggalakkan pembelajaran sebab jenis soalan seperti

1|Page

ini memerlukan pelajar mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat,


bukan semata-mata mengingat fakta. Kemahiran berfikir juga dapat meninggikan lagi
keupayaan belajar. Dengan menggunakan kemahiran berfikir, pelajar dapat mengawal,
memandu dan mengukur pembelajaran mereka. Bukan itu sahaja , pelajar dapat mengukur
pengetahuan yang telah diperolehi dengan lebih produktif juga. Maka, secara langsung
penguasaan pengetahuan yang dipelajari dapat ditingkatkan. Pelajar-pelajar yang mahir
melakukan operasi pemikiran seperti membanding, menganalisa dan membuat inferens
berupaya meningkatkan kefahaman dan memperkukuhkan pembelajaran.
2.0 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) Dalam Matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ) sangat berguna dalam penyelesaian sesuatu
masalah dalam matematik. Penyelesaian masalah dalam matematik terbahagi kepada dua
iaitu masalah rutin dan masalah bukan rutin. Masalah rutin ialah masalah yang boleh
diselesaikan dengan kaedah yang biasa digunakan oleh pelajar dengan mereplikasikan
kaedah yang dipelajari sebelum secara langkah demi langkah.Penyelesaian masalah rutin
menekankan penggunaan satu set prosedur yang diketahui atau yang ditetapkan (algoritma)
untuk menyelesaikan masalah. Manakala masalah bukan rutin pula ialah masalah yang
memerlukan analisis dan penaakulan matematik; banyak masalah bukan rutin boleh
diselesaikan dengan lebih daripada satu cara, dan mungkin mempunyai lebih daripada satu
penyelesaian.
Contoh masalah rutin
1) Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan
harga RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria?

2|Page

2) Cari perimeter kawasan berbentuk segi empat tepat yang mempunyai panjang 8
meter dan lebar 17 meter.
Contoh masalah bukan rutin
1) Berapakah jubin bersaiz 1 1 yang diperlukan untuk diletak di sekeliling kolam
bersaiz 5 5?
2) Bentukkan satu generalisasi bagi menentukan bilangan jubin yang diperlukan untuk
kolam sebarang saiz.
3)

Terangkan bagaimana generalisasi anda berkait antara saiz kolam dengan bilangan
jubin yang digunakan untuk mengelilingi kolam berkenaan.

Penyelesaian masalah bukan rutin memerlukan tahap kognitif yang lebih tinggi
memandangkan penyelesaian masalah yang diberikan dapat diselesaikan melalui pelbagai
cara. Hal ini sebenarnya membentuk kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ) dalam diri
pelajar. Kesan daripada penyerapan kemahiran berfikr aras tinggi ( KBAT ) ini dalam
penyelesaian masalah matematik menjadikan murid menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam
kehidupan.
3.0 Matematik Merentas Kurikulum
Matematik merentasi kurikulum membawa maksud pembelajaran mata pelajaran matematik
yang memasuki bidang-bidang pelajaran yang lain. Pembelajaran atau penggunaan
matematik tidak lagi terhad dalam mata pelajaran Matematik sahaja tetapi juga diaplikasikan
pada subjek-subjek yang lain seperti sains, sejarah, bahasa melayu dan sebagainya. Hal ini
kerana subjek-subjek lain selain Matematik adakalanya memerlukan penggunaan Matematik
secara langsung mahupun tidak langsung. Kurikulum Matematik di sekolah rendah memberi
penegasan terhadap pembentukan asas ilmu matematik supaya penyemaian dan
3|Page

penyuburan pengetahuan, minat, sikap dan nilai estetik berjaya melahirkan generasi yang
berbudaya matematik. Di samping itu kemahiran berfikir dan kemahiran belajar diserapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran yang menegaskan penguasaan konsep, proses dan
bahasa Matematik.
Tujuan

pembelajaran

merentasi

kurikulum

ialah

untuk

membantu

murid-murid

menghubungkaitkan antara subjek, tema, isu masalah dan topik yang mereka pelajari. Selain
itu sebagai satu kaedah menarik perhatian murid-murid. Menggalakkan kolaborasi antara
guru-guru dan menggalakkan pembelajaran yang aktif di kalangan murid-murid. Jelasnya
matematik merentasi kurikulum adalah merupakan pendekatan yang baik berdasarkan
kepada faktor-faktor berikut:
4.0 Penyelesaian Masalah Matematik Yang Merentasi Kurikulum
Seperti yang diketahui matematik merentasi kurikulum ialah pengajaran matematik yang
dalam masa yang sama dicampurkan dengan subjek lain seperti sains, sejarah, biologi,
bahasa Melayu dan sebagainya.
Contoh soalan matematik yang mempunyai kaitan dengan mata pelajaran sains dan biologi
Soalan 1
Fuad mempunyai kawasan yang seluas 3600m2 . Dia ingin menanam pokok kelapa dengan
sepohon 16m2 dikawasan tersebut. Berapakah pokok kepala yang boleh ditanam oleh Fuad
dalam kawasan tersebut?
Langkah 1 : memahami masalah.
Pelajar dikehendaki memahami masalah tersebut. Berapakah soalan akan ditanya kepada
para pelajar untuk membantu mereka membuat analisis dengan betul iaitu adakah anda
4|Page

memahami semua makna, istilah atau perkataan yang digunakan dalam masalah tersebut?
Apa yang perlu anda cari dan tunjukkan?
Langkah 2 : merangka strategi
Terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini. Para pelajar dikehendaki untuk
memilih strategi yang sesuai berdasarkan soalan tersebut. Strategi teka dan semak telah
dipilih untuk menyelesaikan masalah ini. Pelajar dikehendaki meneka bilangan pokok yang
boleh ditanam bagi memuatkan kawasan yang seluas 3600m2.
Langkah 3 : melaksanakan strategi
Satu jadual teka dan uji dengan perbezaan bilangan pokok telah dibuat seperti yang
ditunjukkan di bawah:
Keluasan

Bilangan

pokok Jumlah

Keluasan

Tanda

sepohon

yang

boleh keluasan

kawasan

atau tidak

pokok

kelapa ditanam

kawasan (m2)

(m2)

(m2)

16

300

4800

3600

Tidak

16

280

4480

3600

Tidak

16

250

4000

3600

Tidak

16

225

3600

3600

Betul

16

200

3200

3600

Tidak

Langkah 4 : Semak semula

5|Page

betul

Dalam langkah semak semula ini, para pelajar diminta untuk menilai kembali jawapan yang
mereka berikan samada sudah betul ataupun masih salah. Pelajar akan memeriksa kembali
dengan cara mengira kembali.
(Pokok yang ditanam) x (keluasan sepohon pokok) = keluasan kawasan (3600m2)
225 x 16 m2 = 3600m2
Contoh Soalan Matematik Merentas Kurikulum Dengan Bahasa Melayu
SOALAN 2
Sebungkus gula-gula diagihkan kepada Ali dan Ahmad. Bilangan gula-gula yang diperoleh
Ali adalah 3 kali bilangan gula-gula yang diperoleh Ahmad. Jika Ali mendapat 240 biji gulagula. Kira jumlah gula-gula di dalam bungkusan itu.
Langkah 1 : Memahami Masalah
Pertama sekali, pelajar harus memahami masalah. Masalah pertama yang harus dilihat
oleh pelajar ialah sebungkus gula-gula diagihkan kepada Ali dan Ahmad dan Ali mendapat 3
kali ganda daripada Ahmad. Persoalannya, jika Ali mendapat 240 biji gula, maka berapa biji
gula yang ada di dalam bungkusan itu. Pelajar harus memahami masalah agar pengiraan
jawapan yang dilakukan tidak salah.
Langkah 2 : Membuat Rancangan
Langkah seterusnya ialah membuat perancangan iaitu 240 biji gula-gula Ali dibahagikan
kepada 3 bahagian . Hasil daripada pembahgian tadi didarab 4 pula kerana 3 bahgian Ali
ditambah 1 bahagian Ahmad. Berapa jumlah gula-gula yang terdapat di dalam bungkusan
itu?

6|Page

Langkah 3 : Melaksanakan Rancangan


Langkah ketiga ialah pelajar harus tahu terdapat 6 langkah untuk melaksanakan rancangan
ini dan kemudian melaksanakannya.
1. Bungkusan yang tidak diketahui bilangannya
2. Ali mendapat 250 biji gula-gula
3. 250 biji gula-gula dibahagikan kepada 3 bahagian
4. Hasilnya sebanyak 80 biji gula-gula bagi setiap bahagian
5. 80 biji gula-gula didarabkan kepada 4 bahagian di mana 1 bahgian Ahmad dan bahagian
Ali
6. Maka, di dalam bungkusan itu terdapat 320 biji gula-gula
Pengiraannya 250 3 = 80 biji gula-gula

7|Page

4 x 80 biji gula-gula = 320 biji gula-gula

Langkah 4 : Semak Semula


Langkah terakhir setelah mendapat jawapan ialah pelajar perlu memeriksa kembali jawapan
yang telah diperolehinya agar pelajar dapat mengesan kesilapan pengiraan sekiranya
berlaku. Dalam soalan ini pelajar akan membuat pengiraan kembali dengan cara ;
320 biji gula-gula 4 = 80 biji gula-gula
80 biji gula-gula x 3 = 250 biji gula-gula
JAWAPAN : Jumlah keseluruhan gula-gula di dalam bungkusan ialah 320 biji gula-gula
5.0 Numeracy Dalam Kehidupan
Sebenarnya dalam kehidupan manusia sehari-hari, manusia tidak lepas dari aplikasi
penyelesaian matematik samada secara sedar ataupun tidak sedar. Manusia perlukan
pengiraan matematik sebagai satu keperluan dalam menjalani hidup, contohnya pengiraan
jarak, panjang, isipadu dan sebagainya.
Satu contoh soalan numeracy dalam kehidupan ialah mengukur ketinggian pokok.
Bagaimanakah seseorang mampu mengira ketinggian sebuah pokok yang masih hidup.

Soalan ini memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ). Walaupun soalan ini nampak
mudah namun sebenarnya mencabar minda seseorang untuk berfikir di luar kotak.
8|Page

Penyelesaian daripada masalah ini ialah dengan mengira panjang bayang-bayang pokok.
Caranya: Ambillah sebuah pita ukur dan sebatang tongkat. Ukur bayangan pohon, dan
setelah diukur panjang bayangan pohon 2m. Ukur panjang tongkat, kemudian tegakkan
tongkat tersebut. Lalu ukur bayangan tongkat. Contohnya panjang tongkat tersebut 60 cm
dan panjang bayangannya 40 cm. Setelah itu, buat perbandingan, 60 cm/40 cm = x/2m.
Setelah itu kita akan mengetahui bahawa sebenarnya tinggi pohon tersebut adalah 3m
melalui perbandingan dengan tongkat tersebut dengan bayangannya

Kesimpulannya
Kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ) dalam matematik amat baik bagi pelajar sebagai satu
cara membentuk kognitif mereka. Selain itu, memberikan ruang kepada mereka membentuk
kreativiti mereka sendiri. Bukan itu sahaja, KBAT juga memupuk mereka berfikir di luar
kotak.

9|Page

10 | P a g e

You might also like