You are on page 1of 5

JAMBORI ANTARABANGSA PENGAKAP

PERAK DARUL RIDZUAN


Perak International Scouts Jamboree
( PIJ14 )
24 hingga 30 November 2014
Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan.

JAMBORI ANTARABANGSA PENGAKAP PERAK


( PIJ14 )
24 hingga 30 November 2014
Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan.

MAKLUMAT UMUM JAMBORI

1.

PENGENALAN

1.1

Jambori Pengakap adalah salah satu aktiviti / kegiatan Persekutuan ini samada di
peringkat Nasional, Negeri ataupun Daerah yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan Pengakap Malaysia. Bagi Jambori Antarabangsa Pengakap Negeri Perak
Darul Ridzuan ini dianjurkan bersama oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak
dan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

1.2

Kegiatan-kegiatan yang akan dilaksanakan dalam Jambori ini adalah dipetik dari Skim
Latihan Pengakap yang bertujuan untuk menguji kebolehan, kecekapan, kemahiran,
kepimpinan ahli-ahli Unit ketika mereka menyertai kegiatan-kegiatan pengakapan
semasa Jambori.

2.

MATLAMAT
Perhimpunan pengakap ini mampu mengeratkan hubungan silahturahim antara peserta
serta bertukar-tukar idea berhubung aktiviti kepengakapan.

3.

OBJEKTIF

3.1

Meningkatkan disiplin, kesopanan, sikap kerjasama, kerjasama berharmoni dan


bertanggungjawab dalam kalangan peserta;

3.2

Berjumpa dan berpeluang bermesra serta berkenalan dengan pengakap dari dalam dan
luar negeri;

3.3

Peserta dapat mempelajari dan mengetahui di samping memperolehi ilmu pengetahuan


ketika aktiviti berlangsung;

3.4

Peserta-peserta dapat membuat refleksi


kepengakapan serta bertukar-tukar lencana;

diri

dalam

pencapaian

kemahiran

3.5

Segala aktiviti yang dijalankan dapat membantu peserta mengetahui kebolehan,


kecekapan, kemahiran serta kemampuan diri sendiri semasa menjalankan atau
menyediakan projek;

3.6

Menerusi persembahan kebudayaan pula dapat memberi peluang kepada mereka


menunjukkan bakat atau minat mereka dalam bidang kesenian melalui tarian, lakonan,
seni suara dan sebagainya.

3.7

Peserta Jambori berpeluang mengenali destinasi pelancongan serta mengenali budaya


Negeri Perak yang menarik sempena Tahun Melawat Perak 2014 melalui aktiviti yang
akan diatur sepanjang jambori berlangsung.

4.

KUMPULAN SASARAN/PESERTA

4.1

Peserta Jambori adalah terbuka kepada ahli-ahli pengakap yang berdaftar dengan
Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2014. Kategori penyertaan: Peserta Negeri Perak
Peserta PPM Negeri-Negeri
Luar Negara (Antarabangsa)

5.

TEMA
Tema Jambori ialah: Apresiasi Budaya Dan Pelancongan

6.

TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Jambori ini akan diadakan selama 7 hari 6 malam yang meliputi pelbagai aktiviti
termasuk lawatan sekitar Pantai Peranginan Teluk Batik, Pulau Pangkor dan Lumut
Bandar Maritime dan Pelancongan di Daerah Manjung.
Tarikh dicadangkan ialah:

Pada 24 hingga 30 November 2014


Bertempat di Pantai Peranginan Teluk Batik, Lumut,
Perak Darul Ridzuan.

7.

YURAN

Setiap peserta (pengakap dan pemimpin) yang menghadiri Jambori ini akan dikenakan
bayaran penyertaan seperti berikut:
Peserta Dalam Negeri
Peserta Luar Negara

8.

:
:

RM 80.00
(USD150)

TENTATIF ATURCARA JAMBORI


a.

Hari Pertama
Pagi
Petang
Malam

:
:
:
:

24 November 2014 ( Isnin )


Pendaftaran.
Persiapan di Sub Kem.
Taklimat dan Suaikenal.
Mesyuarat Ketua Kontinjen

b.

Hari Kedua
Pagi

:
:

Petang
Malam

:
:

25 November 2014 ( Selasa )


Aktiviti PIJ
Raptai Perasmian
Majlis Perasmian.
Malam Pengakap

Hari Ketiga
Pagi

:
:

Petang

Malam

c.

d.

f.

Hari Keempat :
Pagi
:
Petang

Malam

Hari Kelima
Pagi
Petang

Malam

26 November 2014 ( Rabu )


Aktiviti PIJ
Perhimpunan INDABA
Aktiviti PIJ
Perhimpunan GILWELL
Malam Pengakap
27 November 2014 ( Khamis )
Aktiviti PIJ
Perhimpunan Kelana
Aktiviti PIJ
Hari Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak
Persembahan Kebudayaan dan Kesenian Nusantara
Forum Perdana Bersama Ustaz Kazem Elias (UKE)
28 November 2014 ( Jumaat )
Aktiviti PIJ
Aktiviti PIJ
Program Khidmat Masyarakat
Malam Pengakap

g.

Hari Keenam
Pagi
Petang
Malam

:
:
:
:

29 November 2014 ( Sabtu )


Aktiviti PIJ
Raptai penutup
Majlis Penutup

g.

Hari Ketujuh :

30 November 2014 ( Ahad )


Mengemaskan Kem.
Bersurai

**

Majlis Perasmian dan Penutupan


Dicadangkan Majlis Perasmian Jambori Pengakap Antarabangsa Negeri Perak
disempurnakan oleh DYMM Pemangku Sultan Perak Darul Ridzuan.

**

Majlis Penutupan Rasmi:


Dicadangkan Majlis Penutupan Jambori akan dilakukan oleh Y.A.B. Menteri Besar
Perak Darul Ridzuan.

AM
Pihak urusetia jambori akan memaklumkan kepada setiap kontinjen negeri-negeri jika terdapat
sebarang pindaan dan perubahan dari semasa ke semasa. Jika terdapat sebarang pertanyaan,
sila berhubung dengan sektreriat jambori:-

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PERAK,


No. 20, Jalan Hospital, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tel/Fax: +605-536 0486
Emel: jamboriperak@gmail.com
Website: www.jamboriperak.net

Atau berurusan terus dengan pegawai jambori:1.


2.
3.
4.

Tn. Haji Azizul Azhar Bin Abdul Rahman :


Sdr. Azlan Bin Aminuddin
:
Sdr. Mahizam Bin Omar
:
Sdr. Ramlan Bin Husin
:

+6010-513 3900
+6013-479 8160
+6019-558 4511
+6017-525 0195

You might also like