You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BIL.

1/ 2014
TARIKH
MASA
TEMPAT
Kehadiran
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
1.0

10 JANUARI 2014
: 8:00 PAGI
: BILIK EASTER LILY, TINGKAT 5,
HOTEL MEGA, MIRI.
:
Puan Sabtuyah binti Jeraie (Guru Besar)
Puan Reliana binti Abdul Rahman (Ketua Panitia)
Puan Usun Ngau Jok (Penolong Ketua Panitia)
Puan Muna Lakat (Setiausaha)
Puan Farida binti Seman (Bendahari)
Cik Nurulamira binti Mansyurdin (AJK)
Cik Nor Ernawati binti Mat Nor (AJK)

PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT


1.1

Ketua panitia mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih


atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup
kali pertama.

1.2 Memaklumkan
bahawa
tujuan
mesyuarat
adalah
untuk
memantapkan lagi pengurusan Panitia Kemahiran Hidup pada
tahun ini.
1.3 Memohon jasa baik guru-guru untuk meneruskan semangat
kerjasama dan menyumbang idea untuk kepentingan panitia.
2.0

PERUTUSAN GURU BESAR


2.1 Tuan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada pihak panitia
Kemahiran Hidup kerana berjaya menyiapkan beberapa projek yang
telah dilaksanakan pada tahun lepas.
2.2 Beliau berharap agar pihak Panitia Kemahiran Hidup akan terus
berusaha bersama-sama untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang
akan dilaksanakan pada tahun ini.
Tindakan : Makluman sahaja

3.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


3.1 Cikgu Usun Ngau Jok mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan
tanpa sebarang pindaan dan disokong dengan sebulat suara.

4.0 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PANITIA


1| 4

4.1

Pelan Strategik
4.1.1 Mesyuarat memutuskan agar Perancangan Strategik panitia
hendaklah dirangka berdasarkan analisis SWOT mata
pelajaran
Kemahiran Hidup di sekolah.
4.1.2 Mesyuarat bersetuju Pelan Taktikal dan Pelan Operasi
mestilah
dirancang mengikut Program Kecemerlangan KBSR, Latihan
Dalam Perkhidmatan.
4.1.3 Mesyuarat bersetuju agar Ketua Panitia dapat
menambahbaikkan dan menyiapkan Pelan Strategik dalam
tempoh satu minggu dari tarikh mesyuarat ini.
Tindakan : Semua ahli mesyuarat
4.1.4 Setiap ahli Panitia Kemahiran Hidup dikehendaki memberi
kerjasama yang sepenuhnya untuk merancang dan menjayakan
segala aktiviti yang telah dirancang bersama sama.
Tindakan : Makluman

4.2

Rancangan Pelajaran Harian dan Tahunan


4.2.1 Tuan Guru Besar mengingatkan setiap guru supaya
menyediakan satu fail untuk menyimpan Sukatan Pelajaran,
Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan.
Rancangan tahunan mestilah dikemaskini dan dihantar
sebelum 30 Januari 2014.
Tindakan : Semua ahli mesyuarat

4.3
Aktiviti Tahunan
4.3.1 Projek Tanaman
4.3.1.1 Mesyuarat memutuskan murid membawa anak pokok
yang
telah disemai di rumah untuk ditanam di belakang
bengkel.
Tindakan : Cik Nurulamira binti Mansyurdin

4.3.2 Minggu Kemahiran Hidup


4.3.2.1 Mesyuarat bersetuju agar murid-murid boleh
mengadakan hari jualan (Perniagaan dan Keusahawanan)
1| 4

di dalam kelas dengan meminta murid membawa sendiri


barangan terpakai seperti buku, topi, baju dan sebagainya
untuk dijual pada hari tersebut.
Tindakan : Cik Nor Ernawati binti Mat Nor
4.3.3 Pameran Kemahiran Hidup
4.3.3.1Mesyuarat bersetuju sebulat suara agar pameran
kemahiran hidup diadakan pada 14 April 2014.
Tindakan : Ketua panitia
4.3.3.2 Bahan-bahan pameran terdiri daripada hasil kerja
tangan murid-murid seperti artikel jahitan uncang syiling,
apron, kotak tisu, dan sebagainya.
Tindakan : Makluman
5.0

Hal-hal Lain
Mesyuarat mengambil ingatan tentang perkara-perkara berikut.
5.1 Tuan Guru Besar meminta ahli mesyuarat menggunakan wang
peruntukan untuk membeli barang keperluan pengajaran dan
pembelajaran secara berhemah.
5.2 Tuan Guru Besar memaklumkan kepada ahli mesyuarat agar
menyediakan kertas kerja untuk setiap projek yang akan
dilaksanakan
sekurang-kurangnya
sebulan
sebelum
tarikh
pelaksanaan.
5.3

Semua ahli mesyuarat perlu membuat taklimat ringkas tentang


pembelian dan pemesanan barang melalui pembekal dalam masa
terdekat.
Tindakan : Semua ahli mesyuarat

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN KETUA PANITIA


Ketua Panitia berharap agar semua ahli mesyuarat memberikan kerjasama
yang padu bagi menjayakan setiap aktiviti yang akan dilaksanakan pada
tahun ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10:30 pagi.
Disediakan oleh:
.......................................
................
( PUAN MUNA LAKAT )
1| 4

Disahkan oleh:
..........................................
(PUAN
RAHMAN)

RELIANA

ABDUL

Setiausaha
Panitia Kemahiran Hidup

Ketua Panitia
Panitia Kemahiran Hidup

Tarikh : ................................

Tarikh : .....................................

1| 4

You might also like