You are on page 1of 2

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH

1.
2.
3.
4.

PEMBANGUNAN SEKOLAH
Pengetua atau Guru Besar merupakan pemimpin utama yang diberi amanah untuk mengerak dan
memacu kejayaan sesebuah sekolah dengan sokongan padu dari semua pihak iaitu guru-guru ,
pelajar , Persatuan Ibubapa dan Guru serta komuniti setempat. Gaya kepimpinan yang patut
diamalkan hendaklah bersesuaian dengan iklim sesebuah sekolah serta persekitarannya. Gaya
kepimpinan merupakan elemen penting untuk mendapatkan sokongan yang diperlukan.
Empat ( 4 ) sifat kepimpinan Kouzes & Posner ( 2002 ) menyatakan bahawa seseorang pemimpin
itu harus memiliki sifat jujur , kompeten dan insring hendaklah dijadikan asas panduan semasa
melaksanakan amanah dan tanggungjawab di sekolah. Sifat-sifat ini berkeupayaan mendapat
penghormatan dari orang yang dipimpin ( bawahan ). Jujur bermaksud melaksanakan amanah dan
tanggungjawab semata-mata kerana Allah swt dan bukan kerana maknusia. Allah swt yang
mengangkat darjat kita menjadi Pengetua atau Guru Besar dengan izin serta rahmatnya. Darjat
yang diberi itu akan dihisab kemudian hari kelak ( akhirat ). Berwawasan bermaksud mempunyai visi
dan misi yang jelas serta mampu untuk dicapai berdasarkan kemudahan yang ada. Segala tindakan
hendaklah telus dan berdasarkan peraturan yang ditetapkan dan bukan atas dasar emosi yang tidak
terkawal atau sifat-sifat yang dicela oleh Allah swt. Kompeten pula bermaksud mempunyai daya
saing yang berlandaskan prinsip dan peraturan yang sedia ada. Daya saing yang baik dan bukan
dengan jalan yang menindas orang lain. Inspring pula bermaksud keupayaan untuk mengerak dan
motivasi orang bawahan supaya sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Kata-kata ransangan yang baik jika digunakan dengan sempurna sudah pasti dapat
membuka minda orang bawahan untuk meningkatkan profesionalisma serta meningkatkan
produktiviti. Elemen ganjaran atau pujian amat sesuai digunakan untuk meningkatkan motivasi.
Pedagogi leadership ( Sergioranni - 1998 ) menyatakan kepimpinan pedagogi mengandungi tiga ( 3
) aspek penting iaitu moral purpose , relationship building dan knowledge creater. Nilai moral dan
berektika semasa menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir amat penting kerana orang
bawahan tidak akan hormat dan patuh kepada arahan atau saranan yang diberi jika moraliti
pemimpin randah. Relationship building bermaksud membina perhubungan dua hala yang baik
dan bukan membina tembok pemisah antara pentadbir dengan pihak-pihak yang berkepentingan
khasnya ibubapa pelajar. Sikap angkuh , sombong dan bongkak tidak harus ada dalam diri setiap
pentadbir. Sikap sibuk mencari kelemahan atau kesalahan orang lain adalah punca terputusnya
hubungan siratulrahim. Knowledge creater bermaksud pencetus budaya mencari ilmu pengetahuan
sepanjang hayat dikalangan orang bawahan dan bukan menghalang sesiapa sahaja yang ingin
mencari ilmu pengetahuan. Buang perasaan cemburu yang negatif atau akulah yang lebih tahu atau
lebih bijak.
Empat ( 4 ) dimensi kepimpinan pengajaran ( southworth 2002 , Blase & Blase 2000 ) menekankan
bahawa empat dimensi itu adalah :
Menetapkan matlamat yang ingin dicapai oleh pihak sekolah - Visi dan misi sekolah.
Menggalakkan perkembangan profesionalisma guru-guru.
Berbincang dengan guru tentang aspek pengajaran berkesan.
Menggalakkan gurumembuat refleksi keatas setiap sesi pengajaran.
Kepimpinan Tranformasi ( Bass 1985 , Leithwood 1992 ). Mereka menyatakan bahawa kepimpinan
tranformasi mementingkan :

1. Sifat-sifat dan tingkahlaku unggul.


2. Keupayaan memberi inspiring dan motivasi kepada orang bawahan.
3. Bertimbang rasa.
Sifat-sifat ini boleh mengubah komitmen dan daya usaha orang bawahan kerana kepimpinan yang
unggul menjadi teladan yang baik kepada orang lain. Memberi inspiring dan motivasi kepada orang
bawahan amat penting jika tidak mereka akan berada dalam zon selesa tanpa membuat sebarang
perubahan serta berpuas hati dengan apa yang sedia ada. Pengajaran dan pembelajaran dalam

kelas akan menjadi statik dan akhirnya sampai ketahap menjemukan serta bosan. Bertimbang rasa
adalah kunci utama yang harus diberikan perhatian dalam apa juga tindakan yang dilakukan. Sikap
menekan dan mencari kesalah orang lain menjadikan suasana persekitaran pekerjaan menjadi tidak
selesa dan akibatnya produktiviti menurun. Pengetua atau Guru Besar harus memiliki sifat dab
tingkahlaku unggul iaitu :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Mempunyai wawasan yang jelas dan mampu dicapai.


Bertindak berdasarkan perancangan strategik yang telah disediakan.
Bersikap pragmatik.
Mengamalkan pendekatan penyelesaian masalah.
Mempunyai semangat dan dedikasi yang tinggi.
Keterampilan yang tinggi dalam pelbagai bidang.
Menjalankan penyeliaan keatas pengajaran dan pembelajaran guru.
Mengupayakan ( empowering ) orang bawahan.
Bertindak berdasarkan keputusan mesyuarat.
Kejelekitan yang tinggi dikalangan staf.
Tindakan yang diambil harus berkesan dan mewujudkan kemenjadian dalam pelbagai bidang iaitu
akademik , kokurikulum , hal ehwal murid , keceriaan sekolah dan nama baik sekolah harus dijaga
dan disiram sepanjang masa. Oleh itu Pengetua atau Guru Besar harus mengamalkan budaya
tindakan berkesan antaranya ialah :

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Menetapkan matlamat yang hendak dicapai.


Menetapkan dasar , norma dan nilai yang perlu dipatuhi oleh guru dan komuniti.
Memperikan tumpuan kepada pengajaran guru dalam kelas.
Menetapkan dasar semua aktiviti yang dijalankan selari dengan matlamat , norma dan tujuan Dasar
Pendidikan Negara.
Membuat penyeliaan terhadap pengajaran guru - pencerapan.
Mengawal masa pengajaran disekolah supaya tidak diganggu oleh gangguan yang tidak penting
atau perlu.
Menekankan komunikasi dua hala yang berkesan dan membuat keputusan bersama staf melalui
mesyuarat pengurusan sekolah.
Membuat perancangan akademik yang rapi - Program sepanjang tahun untuk setiap aliran dan
bukan memberikan tumpuan kepada satu atau dua elemen sahaja.
Memberikan pengiktirafan kepada pencapaian akademik pelajar dalam setiap peperiksaan yang
dikendalikan oleh pihak sekolah. Contohnya Program Permata SKTBI - calun 5A / 7A.
Memberikan kesedaran kepada komuniti khasnya ibubapa pelajar tentang pentingnya pencapaian
akademik. Program Keibubapaan , Bicara Akademik , Majlis Muafakat , Program Transisi - ibubapa
bersama pihak pentadbir sekolah dan lain-lain.
Keimpulannya kepimpinan Pengetua atau Guru Besar berkesan perlukan = 4 sifat kepimpinan
Kouzes & Posner - 2002 + Kepimpinan Pedagogi ( Sergiovanni 1998 ) + 4 sifat kepimpinan
pengajaran ( Southworth 2002 , Blase & Blase 2000 ) + Kepimpinan Tranformasi ( Bass 1085 ,
Leithwood 1999 ).
Jika semua faktor yang dinyatakan dapat dihayati dan damalkan sudah pasti sekolah boleh menjadi
Sekolah Harapan Negara , Sekolah Cemerlang , Sekolah Bestari , Sekolah Kluster atau Sekolah
Berprestasi Tinggi. Jadi terpulanglah kepada individu yang bergelar Pengetua atau Guru Besar yang
diberikan amanah oleh Allah swt untuk membuat pilihan. Wallahhualam ....... sekian.

You might also like