You are on page 1of 2

Kewajaran Guru Mengajar Tuisyen

Tuisyen dan murid generasi baru seolah tidak dapat dipisahkan pada zaman ini.
Zaman di mana kononnya ilmu dikatakan terletak di hujung jari namun sebenarnya
masih memerlukan tenaga insan untuk membimbing kita untuk menelusuri laluan ilmu
tersebut. Seakan tidak cukup apa yang dipelajari di sekolah, bimbingan lain diperlukan
di rumah dari mereka yang bergelar guru tuisyen. Mereka yang bergelar guru tuisyen ini
pula terdiri daripada pelbagai latar belakan. Ada yang terdiri daripada mahasiswa yang
sedang bercuti, mereka yang bekerja di bidang professional seperti jurutera dan arkitek
yang mempunyai minat untuk mengajar serta berkebolehan, mereka yang menunggu
peluang untuk bekerja tetap dan juga di kalangan guru sekolah sendiri. Yang menjadi
isunya, apabila guru mengajar tuisyen, sehinggakan mereka dikatakan tidak ikhlas
mengajar di sekolah sehingga perlu dibayar berasingan untuk mengajar di sesi luar
persekolahan. Ini menjadikan guru teragak-agak untuk menerima tawaran mengajar
tuisyen ini, sedangkan terdapat permintaan yang tinggi di kalangan ibu bapa untuk
guru-guru sekolah mengajar tuisyen anak-anak mereka. Selain daripada sudut materi,
apakah kelebihan mengajar tuisyen kepada guru-guru sekolah? Ini yang seringkali
bermain di minda guru-guru mahupun mereka yang berada di pihak pentadbiran yang
berkuasa memberikan guru kebenaran untuk membuat kerja luar.
Guru yang mengajar tuisyen sebenarnya mempunyai kelebihan dari segi
kemahiran

mengajar. Mereka

mempunyai

masa

mengajar

yang

lebih

untuk

memantapkan kemahiran pedagogi dan kemahiran berkomunikasi. Mengajar muridmurid daripada pelbagai latar belakang menajamkan kemahiran mengajar mereka
kerana perlu mengubah pedagogi mengikut keperluan murid tersebut. Ini dapat
memberikan mereka idea baru ketika mengajar di sekolah. Practice makes perfect
adalah satu ungkapan yang tepat untuk menggambarkan situasi ini.
Apabila mengajar tuisyen, guru-guru akan mempunyai jalinan kerjasama yang
baik dengan ibu bapa. Jalinan kerjasama ini membolehkan guru-guru tersebut
memohon penajaan untuk program sekolah sekiranya ibu bapa tersebut merupakan

individu yang berkemampuan ataupun berkepentingan. Ini dapatlah dikira seperti


hubungan mutualism di mana kedua-dua pihak mendapat keuntungan.
Ada dikalangan guru mempunyai ijazah di dalam bidang sains yang
berpengkhususan tetapi mengajar di peringkat sekolah rendah. Walaupun ini
merupakan pilihan guru itu sendiri ketika mereka memilih untuk mengikuti program
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, adalah lebih baik jika mereka dapat memanfaatkan
ilmu tersebut untuk diajar di peringkat yang lebih tinggi. Peluang ini diperolehi apabila
mereka mengajar tusyen. Dengan yang demikian, lebih ramai pelajar yang mendapat
manfaat daripada guru-guru yang sebegini.
Namun yang demikian, guru yang ingin mengajar tuisyen perlulah mempunyai
minat yang mendalam dalam bidang pendidikan. Mereka perlu ada minat mengajar dan
bukanlah menjadikan tuisyen sebagai lubuk duit semata-mata. Mereka juga perlu
mengutamakan tugas hakiki mereka sebagai guru sekolah dan tidak boleh melanggar
mana-mana peraturan dalam perkhidmatan awam. Dari segi etika, guru yang mengajar
tuisyen sepatutnya tidak boleh mengajar anak murid mereka di sekolah secara
persendirian dan mengambil bayaran kerana ini akan menyebabkan timbul konflik
kepentingan. Sewajarnya mereka fokus kepada murid di sekolah kerana ini adalah
tanggungjawab mereka sepenuhnya. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk
kerja tuisyen atau pengajaran persendirian untuk menjaga kredibiliti seorang guru. Dari
segi peraturan, guru yang berminat perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ketua
jabatan untuk membuat tuisyen. Kesimpulannya, seorang guru haruslah sentiasa
berusaha meningkatkan kualiti dirinya serta kualiti hidup secara berintegriti tanpa
menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang guru.

You might also like