You are on page 1of 5

PANDUAN TUGAS

SETIAUSAHA SUKAN

BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SENARAI TUGAS SETIAUSAHA SUKAN


Setiausaha Sukan adalah Jawatan yang diwujudkan diperingkat sekolah bagi membantu pihak
sekolah dalam mengurus dan penyelaraskan program sukan dan kemudahan sukan di
peringkat sekolah. Tugas-tugas Setiausaha Sukan adalah seperti berikut:

1.Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.


2.Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti peringkat ZON/MSSD/
MSSN/ MSSM.
3.Membantu Penolong Kanan Kokurikulum mengagih tugas guru dalam olahraga dan
permainan.
4.Mengambil dan mengedar minit mesyuarat.
5.Menyediakan anggaran belanja mengurus (ABM) tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
6.Mengurus Kejohanan Sukan Peringkat Sekolah seperti Sukantara/Sukan Tahunan dan
Merentas Desa.
7.Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
8.Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
9.Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori dan memastikan peralatan berada
dalam keadaan yang baik dan memuaskan.

BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah
untuk edaran, rujukan dan rekod.
11. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum
berkaitan pembangunan dan kepentingan sukan sekolah.
11. Merekodkan pencapaian cemerlang murid dan pasukan sekolah dalam buku rekod
pencapaian sukan sekolah.
12. Menguruskan surat-surat kebenaran ibu bapa atau penjaga bagi pelajar-pelajar yang
akan mengambil bahagian mewakili sekolah, Zon, Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
13. Menguruskan surat-surat berkaitan tempahan stadium,gelanggang, padang dan
peralatan sukan dengan pihak luar.
14. Mengurus dan menyediakan gelanggang, padang dan tempat-tempat pertandingan
dan memastikan semuanya berada dalam keadaan baik dan mengikut peraturan
sebelum hari perlawanan.
15. Menguruskan pengangkutan para pemain sekolah yang akan mengambil bahagian
dalam sukan dan permainan di luar sekolah.
16. Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran
diri.
17. Mengurus dan mambahagikan para pelajar mengikut pasukan rumah masing-masing
di sekolahnya.

BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

18. Menyimpan senarai daftar pelajar dengan lengkap dan kemas kini melalui guru-guru
rumah.
19. Membantu dan mambahagikan tugas sukan dan permainan di kalangan guru-guru
sekolah.
20. Menyediakan jadual latihan untuk semua guru bertugas dan menetapkan hari, masa
dan tempat latihan untuk rumah sukan.
21. Menyusun program yang teratur untuk perancangan sukan dan permainan sekolah
sekolah sepanjang tahun.
22. Menentukan pelaksanaan perancangan sukan dan permainan yang telah disusun itu
dilakukan sepenuhnya.
23. Menyediakan bahan-bahan atau buku-buku berkaitan peraturan dan undang-undang
permainan sukan dan olahraga.
24. Menerima arahan Pengetua/Guru besar dari semasa ke semasa.

BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

You might also like