Professional Documents
Culture Documents
Bersebelahan dengan Bistro Ikea ada Kedai Khas Makanan Sweeden. Di kedai ini ada
jual biskut, roti, ikan salmon, meatball, jem lingonberi dan macam-macam lagi. Jika
anda pernah makan di Restoran Ikea yang terletak di tingkat atas, boleh dikatakan
bahan-bahan mentah untuk masakan di restoran tersebut ada dijual di Kedai Khas
Makanan Sweeden ini.
Sedikit penerangan dari Kad Resipi Bebola Daging dengan Sos Krim Ikea
Tidak ragu-ragu lagi, bebola daging adalah hidangan Sweden yang paling terkenal,
disajikan secara tradisional bersama ubi kentang, jem lingonberi dan sos krim.
Hidangan ini adalah gabungan perisa yang tidak dijangkakan, dengan perbezaan
kemanisan lingonberi yang juga berharmoni dengan bebola daging, manakala sos krim
menyediakan perantara antara dua bahan tersebut.
Ok, tanpa membuang masa, dibawah ini resepinya
Resepi Original Bebola Daging Ikea (Versi Halal)
(30-40 bebola daging, hidangan untuk 4 orang)
Bahan-bahan;
500g daging lembu cincang
1 biji telur
1 1 cawan (200-300ml) cooking cream (atau susu) dan air
2 sudu besar bawang dicincang halus
Panaskan
mentega
dan
goreng
bawang
hingga
keperangan.
~ Lenyekkan ubi kentang dan lembabkan tepung rusk dengan sedikit air.
~ Gaulkan semua bahan dan perasakan dengan garam, lada putih dan rempah 3 rasa.
~ Bentukkan adunan menjadi bebola dan pindahkannya kepada papan pemotong yang
telah
dilumuri
tepung.
~ Dengan kuali non-stick, panaskan mentega dan goreng bebola daging hingga masak.
.
Resepi Sos Krim
(hidangan untuk 4 orang)
Bahan-bahan;
cawan (100ml) krim pekat (heavy cream / cooking cream)
1 cawan (200ml) air atau stok daging lembu
soya (atau 1 sudu teh kicap cair dan 1 sudu teh kicap pekat)
garam
lada putih
(1 sudu besar tepung putih) jika krim kurang pekat
Cara membuatnya;
~ Kacau dalam gerakan pusingan beberapa desiliter air atau stok daging lembu
mendidih
didalam
kuali.
~ Tapiskan pati dan cairkan ia dengan krim. Pekatkan dengan tepung putih jika mahu.
~ Tambahkan perasa secukupnya dan hidangkan krim bersama bebola daging dengan
ibu kentang direbus segar, jem lingonberi dan salad hijau.
.
Ada sedikit penambahan nota yang saya buat pada resepi ini berdasarkan sedikit
research yang saya buat di internet. Jadi, resepi yang saya berikan ini sudah saya tukar
unit sukatannya menjadi lebih mudah untuk di ikuti
..
Note;
cawan = 50 ml = dl
unsweetened rusk flour boleh digantikan dengan breadcrumb.
Double cream (krim pekat) boleh digantikan dengan Heavy Cream atau Cooking
Cream. Jika guna Cooking Cream, kena tambah tepung putih untuk pekatkan sos.
Soya. Saya pun tak berapa faham, apa maksud soya di resepi yang asal. Tetapi dari
research yang saya buat, saya temui ianya adalah KICAP.
.
Ok, sekian untuk resepi kali ini
Selamat Mencuba dan Selamat menjamu selera