You are on page 1of 4

Perbandingan peleraian plot dalam novel Melunas Rindu dan

Kabus di Perbukitan
Peleraian - Plot
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya
Hartini Hamzah. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah novel Kabus di
Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Tedapat beberapa peristiwa pada
tahap peleraian dalam kedua-dua buah novel ini.
Dalam novel Melunas Rindu, Fuad dan Farhana dapat menyesuaikan diri
bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Robert Lim, iaitu adyah kandung
Fuad telah mengesahkan bahawa Mariana iaitu ibu Farhana juga ibu kandung
Fuad. Farhana juda sudah pulih daripada kejutan kerana mengetahui bahawa dia
dengan Fuad ialah adik-beradik kandung. Perasaan sayang sebagai kekasih
sebelum itu sudah berubah menjadi perasaan sayang kepada seorang abang
kandung. Selain itu, Fuad telah diterima untuk mengikuti kursus KPLI untuk
melayakkannya menjadi seorang guru yang terlatih. Seterusnya, Fuad membawa
Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah menunaikan umrah. Pada peringkat
peleraian, Robert Lim juga mengatakan bahawa dia akan menyusul kemudian.

Dalam novel Kabus di Perbukitan, Anne dan Zain telah menetap di New
Zealand untuk menerajui syarikat penternakan keluarga Johnsons. Soleh
memahami hasrat Faridah untuk kembali ke tanah airnya, Malaysia. Dia mudah
menyesuaikan diri dan lebih bersemangat apabila syarikat perladangan milik
Datuk Azrul mendapa tanah pajakan seluas 500 ekar untuk dibangunkan menjadi
sebuah kawasan agropelancongan. Azrul dan Soleh telah menjalankan
perniagaan kotej di Cameron Highlands. Suasana perbukitan yang nyaman dan
berkabus menngingatkan Faridah pada keindahan Bukit Kutu. Akhirnya, Faridah
dan Soleh telah mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia.

Perbandingan klimaks plot dalam novel Melunas Rindu dan


Kabus di Perbukitan
Klimaks plot
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya Hartini
Hamzah. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah novel Kabus di
Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Tedapat beberapa peristiwa pada
tahap klimaks dalam kedua-dua buah novel ini.
Dalam novel Melunas Rindu, pengarang telah menggambarkan peristiwa Fuad
terpandang nama ibu Farhana seemasa dia menemani Farhana menjaga ibunya
di hospital pada peringkat klimaks. Ibu Farhana yang bernama Mariana binti
Osman itu sama dengan nama emak kandungnya. Hal ini menyebabkan dia
berasa terkejut dan berharap agar jika ibunya masih hidup, tetapi bukannya
emak Farhana. Setelah berbincang dan mendapat maklumat yang lebih lanjut
daripada Farhana, Fuad akhirnya menerima hakikat bahawa emak Farhana juga
emak kandungnya. Walau bagaimanapun, Farhana agak sukar untuk menerima
hakikat bahawa dia dengan Fuad sebenarnya ialah adik-beradik yang berlainan
bapa.

Dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah telah dikurniakan dua orang anak
hasil daripada perkahwinannya dengan Soleh Johnsons. Faridah telah mendapat
kebahagiaan di New Zealand. Namun demikan, jati dirinya yang begitu tinggi
menyebabkan Faridah selalu rindu akan kampung halamannya. Faridah
bercadang untuk bercuti di Malaysia bersama Soleh dan Anne. Faridah pergi ke
Cameron Highland untuk berbincang dengan keluarga Zain. Bapa Zain iaitu Azrul
yang pernal tinggal sekampung dengan Faridah telah membuka jalan untuk
Faridah mengunjungi di kampung halamannnya. Perkahwinan Anne akhirnya
dilangsungkan di Sungai Besar.

Perbandingan perkembangan plot dalam novel Melunas


Rindu dan Kabus di Perbukitan
Plot Perkembangan
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya
Hartini Hamzah. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah novel Kabus di
Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat peristiwia yang mampu
menarik minat membaca pada tahap perkembangan kedua-dua novel ini.
Dalam novel Melunas Rindu, pengarang memaparkan perkembangan cerita
iaitu Fuad telah memulakan tugasnya sebagai guru bahasa Inggeris di Sekolah
Menengah Seri Setia dan dia berusaha menyesuaikan diri serta bekerjasama
dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah itu.
Pengarang mengembangkan cerita seterusnya dengan menjelaskan hasrat Fuad
untuk mencari kubur ibunya. Sebagai contoh, Fuad menyatakan hasratnya itu
kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Dia berusaha untuk mencari kubur
emaknya itu melalui maklumat daripada Peter Lim dan Swee Lan. Akhirnya Fuad
dibantu oleh Pak Said yang menawarkan diri untuk mencari kubur ibunya.
Hubungan Fuad dan Farhana pula menjadi semakin rapat pada peringkat ini.

Dalam novel Kabus di Perbukitan, pengarang memaparkan perkembangan


cerita melalui peristiwa Salmah telah dimaklumkan tentang kemalangan yang
menimpa Faridah oleh Encik Ghazali. Rumah Salmah dikunjungi oleh penduduk
Kampung Parit Tiga. Usaha mencari dijalankan selama dua minggu. Operasi
mencari terpaksa dihentikan kerana tidak terdapatnya tanda-tanda Faridah dan
Iqbal yang akan dijumpai.Namun demikian, pengarang mengembangkan cerita
seterusnya apabila Kamarudin meneruskan usaha mencari Faridah melalui
petunjuk daripada Rahayu yang selalu meracau dalam mimpinya menyebut
tempat-tempat tertentu. Kesannya, Kamarudin dan Buyung sampai di puncak
Bukit Kutu dan menyusuri sungai sehingga sampai di kawasan perkampungan
orang asli. Mereka disambut oleh Tok Batin Senik yang memaklumkan bahawa
Faridah dan Iqbal ada di rumahnya. Faridah dan Iqbal diterbangkan dengan
helikopter tentera ke hospital. Faridah ditempatkan di Wad Unit Rawatan Rapi
kerana koma. Akhirnya, Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah.

Peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda


dalam novel Melunas Rindu
Peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya
Hartini Hamzah. Terdapat beberapa peristiwa yang meninggalkan kesan
terhadap perasaan saya.
Peristiwa pertama yang menimbulkan kesan kepada saya ialah peristiwa
Fuad kembali ke Sungai Ruan untuk menemui bapa angkatnya iaitu Peter Lim
yang telah memliharanya sejak kecil setelah dia kembali ke agama Islam.
Kepulangan Fuad sangat dinanti-nantikan oleh keluarga angkatnya malah Fuad
telah menyuapkan bubur kepada bapa angkatnya yang sedang sakit itu
walaupun mereka kini berlainan agama. Fuad juga telah membuat keputusan
untuk membiayai persekolahan adik-adik angkatnya itu. Peristiwa ini telah
meninggalkan kesan terhadap perasaan saya kerana telah berjaya membuktikan
bahawa perbezaan dari segi agama tidak akan memutuskan hubungan
kekeluargaan yang telah terjalin sekian lama.

Peristiwa seterusnya ialah Fuad yang mendapati bahawa Farhana ialah


adik kandungnya yang sama dengan ibu iaitu ibu Fuad walaupun Fuad telah
berkira-kira untuk melafazkan perasaan cinta terhadap Farhana. Fuad telah
tabah dan reda menerima ketentuan takdir bahawa dia terpaksa melupakan
perasaan itu terhadap Farhana kerana adik-beradik yang berkahwin adalah
berdosa. Ketabahan dan keredaan Fuad menerima takdir itu meninggalkan
kesan terhadap perasaan saya kerana telah menyedarkan saya bahawa tuntutan
agama lebih penting daripada tuntutan nafsu.

Konflik dalam novel Melunas Rindu dan Kabus di Perbukitan


Konflik
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya Hartini
Hamzah. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah novel Kabus di
Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat beberapa peristiwa konflik
dalam kedua-dua buah novel ini.
Dalam novel Melunas Rindu, Fuad menghadapi konflik untuk mencari kubur
ibunya dan seterusnya mencari ibunya setelah mendapati ibunya masih hidup.
Buktinya, Peter Lim telah memberitahu Fuad bahawa ibunya telah meninggal
dunia semasa melahirkannya. Seman yang memelihara ibu kandung Fuad,
Mariana telah banyak merahsiakan hal Mariana. Dengan bantuan Pak Ngah Lias,
Fuad pergi ke Kampung Sedili untuk mencari Mariah, kakak angkat kepada
Mariana. Namun demikian, mereka telah gagal mencari Mariah kerana dia telah
berpindah. Mereka akhirnya berjumpa dengan Pak Samsudin. Pak Samsudin
memberitahu Fuad bahawa ibu kandungnya masih hidup. Cara Fuad mengatasi
konflik ini ialah dia mencari petunjuk jalan ke arah lokasi ibunya.
Selain itu, Fuad juga menghadapi konflik tentang kebencian penduduk Kampung
Danau Seberang dan Mak Salmah terhadapnya. Fuad telah dipulau oleh
penduduk kampung. Mak Salmah pula tidak bertegur sapa dengan Fuad
walaupun kedua-duanya tinggal bersama. Perkara ini berpunca daripada Fuad
yang melarikan diri daripada Sofia. Keadaan bertambah buruk lagi apabila Sofia

telah meninggal dunia. Cara Fuad mengatasi konflik ini ialah dia melayani Mak
Salmah dan penduduk kampung dengan mesra sehingga mereka berhubung
baik dengan Fuad.
Dalam novel Kabus di Perbukitan, Salmah telah menghadapi konflik apabila
mendapati kehilangan kedua-dua anaknya. Kehilangan Faridah selepas
kemalangan jalan raya telah memberikan tekanan yang besar kepada Salmah.
Tekanannya bertambah besar apabila bekas suaminya Mejar (B) Kamarudin
telah menghantar Rahayu ke rumahnya di Sungai Besar dalam keadaan lemah
akibat penyakit kanser.
Mejar (B) Kamarudin berasa bersalah setelah mendapat tahu Faridah yang
tinggal bersama Salmah telah hilang. Dia berkonflik dengan dirinya sendiri
kerana dia berasa menyesal akibat daripada mengabaikan Faridah selama ini.
Atas rasa sayang dan tanggungjawab itu dia telah masuk ke hutan untuk mencari
sendiri Faridah setelah usaha penyelamat berhenti.
Konflik terus berkembang apabila Rahayu dapat berjumpa dengan kakak
kembarnya yang selama ini dirindui di hospital. Mereka berjaya bertemu dalam
alam psikik apabila Rahayu memgang kuat tangan Faridah. Rahayu merayu
Faridah pulang kerana sudah tiba masanya dia akan pergi. Faridah sedar dari
koma dan pada masa yang sama Rahayu telah meninggal dunia, Faridah berasa
risau apabila kematian Rahayu telah mebuatkan perasaan Salmah tertekan
akibat terlalu rindu akan Rahayu. Salmah telah menderita selama dua tahun
sebelum meninggal dunia.

You might also like