You are on page 1of 8

KEJAYAAN PROGRAM KERAJAAN:

1. 100 Hari Pertama Pelaksanaan PPPM


Pencapaian yang telah dicapai sepanjang 100 hari pertama pelaksanaan PPPM
membuktikan

kesungguhan

Kementerian

dalam

melaksanakan

transformasi

pendidikan sekali gus membina keyakinan semua pihak yang berkepentingan


terhadap

kemampuan

Kementerian

melaksanakan

transformasi

pendidikan.

Pencapaian 100 hari pertama pelaksanaan PPPM adalah:


a. Pengenalan 352 Rakan Peningkatan Sekolah ( SiPartner+) dan Pembimbing
Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) di Kedah dan Sabah untuk membimbimg
pemimpin sekolah dan guru dalam Program Transformasi Daerah
b. Pengujian tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan 61,000 orang guru yang
mengajar Bahasa Inggeris dan melatih kohort pertama guru seramai 5000 orang
c. Pelancaran dan pengedaran Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa di 10,000 buah
sekolah.
d. Pelancaran Portal dan Video e-Guru
Banyak pencapaian lain yang telah dicapai sepanjang program ini berjalan. Pencapaianpencapaian tersebut ialah;
1. Program Tranformasi Daerah ( DTP )
Projek DTP ini dilaksanakan di negeri Kedah dan Sabah kerana dua negeri ini
mendapat pencapaian sekolah yang paling rendah di kalangan negeri-negeri lain.
Program ini dilakukan bertujuan untuk melancarkan peningkatan sekolah dan
merapatkan jurang dari segi pencapaian dengan sekolah-sekolah lain di Malaysia.
Program ini di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya ia lebih
berkemampuan membantu sekolah. Melalui program ini, PPD diberi lebih autonomi
dalam membuat keputusan dengan sokongan Kementerian dari aspek sumber dan
pembangunan kapasiti. Biasanya program yang dijalankan oleh DTP ini di buat
mengikut fasa. Analisis yang dibuat menunjukkan program yang dilaksanakan ini
telah berjaya melonjakkan pencapaian sekolah di negeri ini dalam peperiksaan awam
iaitu UPSR,PMR dan SPM sehinggakan jurang perbezaan antara sekolah di bandar
dengan luar bandar di kedua-dua negeri ini jatuh mendadak. Dengan keberhasilan
yang baik ini, kerajaan telah bercadang untuk memperluaskan program ini ke negerinegeri lain di seluruh negara.
Program Transformasi Daerah terbahagi kepada dua iaitu :
a. SIPartner+ ( Rakan Peningkatan Sekolah )

Mereka adalah pegawai perkhidmatan pendidikan yang ditempatkan di PPD,


dipilih dari kalangan Pengetua Kanan atau Penolong Kanan berprestasi tinggi
dengan pengalaman pengurusan yang cemerlang di sekolah. Mereka akan
melatih dan membimbing pemimpin sekolah dalam hal pengurusan dan
kepimpinan, membantu merangka program intervensi khusus untuk sekolah dan
bertanggungjawab mewujudkan komuniti pemeblajaran professional di sekolah
dan daerah
b. SISC+ ( Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah )
SISC+ adalah pegawai perkhidmatan pendidikan yang ditempatkan ditempatkan
di sekolah. Mereka boleh terdiri daripada berprestasi, dipilih darii kalangan Guru
Kanan dan Guru Cemerlang yang berpengalaman. SISC+ juga berkerjasama
dengan guru untuk meningkatkan tiga mata pelajaran iaitu matematik, Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris. Mereka akan membimbing guru-guru untuk
meningkatkan padagogi dan menyediakan pelan intervensi dan program
pemulihan untuk murid. SISC+ cuba membantu untuk meningkatkan prestasi
sekolah khususnya bagi sekolah yang berprestasi rendah. Pelaksanaan SISC+
telah menunjukkan impak yang positif terhadap pencapaian murid di Kedah dan
Sabah pada tahun 2013 dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Contohnya
pencapaian peperiksaan di negeri Sabah telah menunjukkan peningkatan
tertinggi dengan negeri-negeri lain di Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Ini
menunjukkan hasrat Kementerian untuk merapatkan jurang pencapaian antara
bandar dengan luar bandar semakin menjadi kenyataan.
2. Tranformasi Pendidikan Vokasional
Jumlah pelajar lepasan PMR yang menyambung pengajian di Kolej vokasional telah
meningkat. Ini menunjukan telah timbul kesedaran di kalangan pelajar dan ibubapa
bahawa pendidikan yang menjurus kepada kemahiran teknikal telah meningkat.
Ibubapa seharusnya tidak memberi tekanan kepada anak-anak belajar seperti
kehendak mereka sebaliknya memberi kebebasan kepada anak-anak memilih bidang
yang mereka minati demi kelangsungan hidup mereka pada masa hadapan.
Kebanyakan pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di kolej vokasional ini adalah
dikalangan pelajar lelaki. Pihak kerajaan pula boleh berbangga dengan kejayaan ini
dan dengan bermurah hati menambah bilangan Kolej Vokasional daripada 15 buah
kepada 72 buah pada tahun 2013. Bidang ini sangat penting kerana ia
melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran yang diiktiraf oleh industri dan yang

penting diterima dalam pasaran kerja serta menjadi usahawan yang berdaya saing
pada masa hadapan.
TPV memberi tumpuan kepada :
a. Menawarkan lebih banyak tempat di Kolej Vokisional
Pelaksanaan TPV telah meningkat kepada 72 buah pada tahun 2013 pada tahun
2013. Ia melibatkan penjenamaan dan penstrukturan semula Sekolah Menengah
Teknik dan Volisional yang sedia ada. Untuk itu kerajaan telah mengadakan
kerjasama dengan 118 rakan industri bagi membolehkan murid-murid menjalani
latihan di industry tersebut.
b. Mengadakan kerjasama dengan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan
Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) melalui kaedah pembelian tempat.
Pada tahun 2013 seramai 435 pelajar mengikuti kursus kejuruteraan di ILKA
manakala 450 ditaja untuk membuat latihan industri di Penernamgam MAS,
Marin, Animasi dan lain-lain.Mereka ini boleh mendapat opsyen untuk
menyambung pengajian sehingga ke peringkat ijazah.
c. Menawarkan tempat kepada murid berkeperluan khas di Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional. Murid-murid dalam katogeri ini diberi peluang
mengikuti latihan kemahiran bagi mempersiapkan diri mereka dengan gaya
kehidupan sebenar pada masa hadapan.
3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT )
KBAT didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Satu
program yang dikenali sebagai i-THINK telah dilancarkan untuk memantapkan
kemahiran berfikir aras tinggi dikalangan pelajar sekolah. Program ini memberi fokus
kepada penggunaan peta minda yang bertujuan untuk meningkatkan asas
pembelajaran murid dan ia dilancarkan di 500 buah sekolah di seluruh negara.
Program ini telah menunjukkan kejayaan yang signifikan kerana 10 buah sekolah
daripada 500 buah sekolah telah mengorak langkah untuk pencalonan bagi Program

International Baccalaureate (B) Middle Years.


4. Peningkatan Profisiensi Guru Bahasa Inggeris (ProELT)
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan ujian secara besarbesaran kepada guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris untuk menentukan

bahawa mereka boleh menguasai bahasa Inggeris dengan sempurna bagi tujuan
memberi pendidikan yang lebih baik kepada pelajar. Ini bagi memastikan semua
guru mempunyai standard penguasaan yang mantap bagi sekolah rendah dan
menengah berdasarkan Framework of Reference (CEFR). Sebaik ia dilaksanakan
Kementerian telah mmengadakan ujian bagi semua guru Bahasa Inggeris, guru
pelatih dan pensyarah di IPG seramai 61000 orang. Hampir 24,075 guru opsyen
tidak mencapai tahap minima. Atas tujuan ini maka Kementerian telah menyediakan
Professional Upskilling for English Learning Teachers (ProELT) bagi kumpulan guru
tersebut. Program ini mendapat sokongan yang baik daripada kalangan ibubapa.
Hasil dari ujian itu, Kementerian telah mengenalpasti seramai 14000 orang guru bagi
mendapat latihan peningkatan bahasa Inggeris di mana 5000 orang telah pun dilatih
di bawah program ini. Hasilnya 76% daripadanya berjaya mempertingkatkan
penguasaan bahasa inggeris sekurang-kurangnya pada tahap band satu.
5. Program saringan Literasi dan Numerasi ( LINUS )
Program ini telah menjadi sesuatu yang berguna untuk memberi pengukuhan yang
berguna kepada pelajar yang lemah dalam pembelajaran. Program LINUS
dilancarkan untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid sepanjang tiga tahun
pertama persekolahan. Sasarannya pada akhir tahun ke tiga, 100% murid akan
menguasai literasi Bahasa Malaysia dan numerasi. Selepas ia dilancarkan pada tahun
2010, program LINUS ini telah meningkatkan penguasaan pelajar dalm Bahasa
Malaysia serta membantu meningkatkan pemahaman dan kecekapan dalam
numerasi asas di kalangan murid. Peningkatan daripada 81% dalam penguasaan
literasi dan numerasi kepada 99% pada tahun 2013. Pada tahun 2013 juga, ujian
literasi bahasa Inggeris juga telah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 1 dan
telah menunjukkan peningkatan daripada 50% kepada 63% dalam tempoh 6 nulan
ia dilaksanakan.
6. Inisiatif Enrolmen Prasekolah
Program yang dilaksanakan oleh kerajaan ini melalui Kementerian Pendidikan untuk
memastikan lebih ramai kanak-kanak memperolehi kejayaan pada peringkat awal
persekolahannya. Pendidikan pada peringkat awal ini penting untuk persediaan
mereka menghadapi pendidikan yang formal pada ketika mereka berumur 7 tahun.
Pelaksanaan pra sekolah ini di sokong oleh dua agensi utama iaitu agensi kerajaan
dan agensi swasta. Agensi kerajaan terdiri daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ), Jabatan Perpaduan Negara dan
Intergrasi Nasional (JPNIN ), manakala agensi swasta termasuk Pusat Asuhan Tunas

Islam (PASTI), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pusat Perkembangan
Minda.
Pada masa sekarang usaha keras sedang dilakukan untuk meningkatkan enrolmen
prasekolah seperti:
a.

Menambah bilangan kelas prasekolah awam


Kerajaan telah menambah lebih banyak kelas prasekolah serta meluluskan
banyak prasekolah swasta. Pada tahun 2013 sebanyak 8883 kelas prasekolah
yang menampong seramai 192,173 murid manakala kelas swasta sebanyak
25,153 yang menampung seramai 386,936 murid.

b. Menyediakan bantuan geran permulaan menggalakkan penubuhan prasekolah


swasta baharu. Kerajaan sangat menggalakkan penubuhan prasekolah yang
baharu dengan menyediakan geran permulaan. Sebanyak RM5 juta geran
dikeluarkan oleh kerajaan untuk menubuhkan 296 prasekolah swasta termasuk
38 prasekolah keperluan khas.
c.

Menyediakan bantuan yuran pendidikan prasekolah swasta.


Kerajaan menyediakan bantuan yuran prasekolah swasta kepada keluarga yang
berpendapatan rendah bagi menggalakkan kanak-kanak mengikuti pendidikan
prasekolah khusus kepada kawasan yang tiada kemudahan prasarana kerajaan.
Padea tahun 2013, seramai 34,477 kanak-kanak telah menerima bantuan ini
berjumlah RM29.2 juta.

d. Menyediakan bantuan yuran pengajian untuk meningkatkan kualiti guru pra


sekolah swasta. Guru-guru yang mendidik kanak-kanak prasekolah terdiri
daripada mereka yang berkelayakan. Oleh itu kerajaan mengambil langkah
dengan memberikan mereka latihan yang sewajarnya terutama guru prasekolah
swasta yang tidak mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam pendidikan
prasekolah.
e. Memantapkan proses kutipan data melalui Sistem Maklumat Prasekolah
Kebangsaan (SMPK). Pengkalan data ini digunapakai oleh Kementerian
Pendidikan, KEMAS, JPNIN dan Prasekolah swasta berdaftar bagi mendapatkan
enrolmen yang tepat dan menyeluruh.
f.

Memastikan kualiti pra sekolah melalui Sistem Kualiti Prasekolah Kebangsaan


(SKPK). SKPK telah dirintis pada tahun 2013 melalui penarafan kendiri secara
dalam talian.

7. Piagam Pemimpin Sekolah ; Pemilihan kepemimpin sekolah akan dibuat berdasarkan


merit
Berdasarkan keadaaan semasa ini, pemiliham untuk kenaikan pangkat sebagai
sebagai guru besar atau pengetua atau guru besar tidak lagi lagi di buat tanpa tidak
lagi di buat berdasarkan tempoh perkhidmatan. Calon untuk Pengetua atau guru
besar dikehendaki menjadikan program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan
Malaysia dan kelayakan Pemimpin Pendidikan Kebangaasn ( NPQEL ). Lanjutan
itudengan pemimpin sekolahyang berprestasi tinggi dan komited akan mampu
membawa perubahan dan meningkatkan keberhasilan murid serta prestasi sekolah.
Kerajaan sangat komited akan dapat membekalkan pemimpin sekolah yang berkualiti
tinggi bagi memacu prestasi sekolah kea rah yang lebih cemerlang dari masa ke
semasa. Kementerian telah menetap dan memperkenalkan Piagam Pemimpin
sekolah bagi mengukuhkan kaedah pemilihan dan latihan untuk pengetua dan guru
besar. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah :
a. Menetapkan syarat baru bagi pemilihan dan proses perancangan penggantian
Melalui syarat baru ini, pemilihan pengetua dan guru besar ditetap dan
diuruskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pelajaran
(LKPPP) pada 8 Oktober 2013 dan diguna pakai untuk ambilan Julai 2014. Ia
dibangunkan melalui system e-Pangkat yang mana ia akan memberikan
maklumat awal tentang kekosongan jawatan Pengetua dan Guru Besar dalam
tempoh enam bulan sebelum jawatan itu dikosongkan

kerana persaraan.

Melalui modul ini, individu yang berminat boleh membuat permohonan dan
pemohon yang layak akan di panggil untuk proses temuduga yang dikendalikan
oleh JPN dan PPD.
b. Menetapkan kelayakan Profesional Pemimpin pendidikan
Kementerian Pendidikan telah menetapkan syarat yang harus dipenuhi oleh
guru-guru yang ingin mejadi pemimpin sekolah. Mereka harus mengikuti
Latihan Kelayakan Profesional Pemimpin Kebangsaan (NPQEL) sebagai syarat
wajib. Kursus NPQEL akan menyediakan mereka dengan ilmu pengurusan dan
kepimpinan yang sememangnya amat berguna apabila mereka menjawat
jawatan tersebut. Latihan yang diberi sebagai persediaan kepada golongan
pelapis pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi untuk mengambil alih jawatan
pada masa hadapan jika terdapat kekosongan.
c. Menawarkan Program Residensi dan Immersion untuk calon pengetua dan guru
besar.

Semua calon Pengetua dan Guru Besar perlu mengikuti program ini selama satu
bulan sebelum mengambil alih tugas sebagai Pengetua dan Guru besar. Mereka
juga akan melalui Program Immersion bersama dengan Pengetua Pembimbing
selama tujuh hari atau 42 jam dalam tempoh enam bulan pertama memangku
jawatan tersebut.
d. Menyediakan pembangunan professional berterusan terbeza (differentiated)
untuk pemimpin sekolah berdasarkan kompentensi dan prestasi.
Modul ini dibangunkan untuk pemimpin yang mempunyai prestasi yang
pelbagai. Modul ini dapat membantu mereka meningkatkan potensi diri dan
prestasi sekolah. Disamping itu pemimpin yang berprestasi tinggi yang terpilih
akan diberi peluang mengikuti program sandaran industry bagi mendapatkan
pendedahan amalan terbaik di sector korporat supaya dapat dipelajari dan
disesuaikan untuk diamalkan di sekolah.
8. Merombak dan Memperkukuh Konsep dan Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid
Untuk Perpaduan (RIMUP)
RIMUP merupakan pelaksanaan aktiviti untuk menggalakkan interaksi yang lebih
kukuh antara murid pelbagai etnik dan agama dari berlainan jenis sekolah.
Pelaksanaan RIMUP telah diinstitusikan dalam PIPP melalui teras Membina Negara
Bangsa.

Dalam

PPPM,

aspirasi

RIMUP

telah

dihidupkan

kembali

dengan

penambahbaikan yang lebih tersusun dengan memberikan penekanan kepada tiga


aspek iaitu kebudayaan dan kesenian, sukan dan permainan dan patriotism dan jati
diri. Sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah
dikelompokkan untuk memupuk interaksi di kalangan murid pelbagai kaum dengan
tumpuan aktiviti di luar bilik darjah. Pada tahun 2013, Kementerian telah mencapai
sasaran 20% pelaksanaan RIMUP di sekolah rendah. Pada tahun 2014, Kementerian
mensasarkan 60% pelaksanaan di sekolah rendah dan menengah. Contoh kepada
kejayaan Program RIMUP ialah kerjasama yang lebih erat antara tiga jenis sekolah
daerah di Masai Johor seperti pelaksanaan aktiviti senamanrobik, klinik bola sepak
dan permainan tradisional. Mereka akan dikelompokkan dalam satu kumpulan dan
mereka akan belajar antara satu sama lain. Program ini sangat berkesan kerana
akhirnya mereka bukan sahaja dapat berkawan tetapi juga memahami perbezaan
budaya malh murid cina dan india dapat berintraksi antara satu sama lain dalam
Bahasa Malaysia.
9. Menyediakan Infrastruktur Asas

Penyediaan infrastruktur asas merupakan aspek penting bagi mewujudkan suasana


pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Kementerian berhasrat untuk
meneruskan usaha untuk menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur sekolah bagi
memastikan semua sekolah berada dalam keadaan baik dan mencapai standard asas
infrastruktur dalam tempoh Gelombang 1. Perancangan untuk menaik taraf
infrastruktur sekolah bermula dengan pengumpulan data daripada pihak sekolah.
Data infrastruktur yang lengkap dan tepat akan memudahkan Kementerian
mengenal pasti sekolah yang memerlukan pembaikan dan menganggarkan kos
binaan.

You might also like