You are on page 1of 3

MATA PELAJARAN TMK:

Pekeliling yang perlu dirujuk


a. KSSR Tahap II
b. PCG Kewangan
Pentaksiran:
Bagaimana untuk meletakkan tahap penguasaan kepada murid?
Adakah perlu membuat ujian Pertengahan dan ujian Akhir Tahun?
Bagaimanakah hasil kerja murid yang ditaksir disimpan?

1. Mengapakah KSSR diperkenalkan?


Jawapan :
KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum
sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

2. Apakah maksud Kurikulum Standard?


Jawapan :
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu
tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
didefinisikan seperti berikut:
-

Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.

- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

3. Siapakah guru yang layak mengajar TMK Tahap 2?

Jawapan :
Guru yang mempunyai kelulusan ikhtisas atau opsyen dalam bidang TMK atau
Mana-mana guru yang bukan bidang TMK tetapi berminat dan mempunyai kemahiran dalam
bidang TMK. Guru yang bukan bidang TMK perlu mengikuti Program Latihan Khas untuk Guru
TMK (PLuG TMK) selama 4 hari.
* Guru RBT boleh mengajar TMK sekiranya mahir ICT dan telah menghadiri PLuG TMK

4. Berapakah peruntukan masa bagi TMK Tahap 2?


Peruntukan waktu bagi mata pelajaran TMK/RBT ialah sebanyak 60 minit seminggu (2
waktu berkembar) .

Mata pelajaran ini diajar secara bergilir dengan mata pelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT).

Jumlah waktu bagi kedua-dua mata pelajaran ini perlu sama banyak.

5. Perlukah Panitia TMK diwujudkan dan bolehkah Panitia TMK digabungkan dengan
Panitia RBT ?
Jawapan :
Ya, Panitia TMK perlu diwujudkan.
Panitia TMK dan RBT perlu diwujudkan berasingan bagi memastikan kelancaran pengurusan
kurikulum kedua-dua mata pelajaran ini.
TMK dan RBT bukan dua mata pelajaran yang bergabung. Mata pelajaran tersebut hanya
berkongsi jumlah waktu sahaja.
6. Adakah peruntukan Geran Perkapita (PCG) disediakan untuk mata pelajaran TMK?
Jawapan :
PCG disediakan.

Pentaksiran:
1. Bagaimana untuk meletakkan tahap penguasaan kepada murid?
Jawapan :
Setelah semua Standard Pembelajaran dalam kelompok tersebut diajar
2. Adakah perlu membuat ujian Pertengahan dan ujian Akhir Tahun?

Jawapan :
Digalakkan untuk mengadakan kedua-dua ujian tersebut dan nilaiannya dalam bentuk
peratus.
3. Bagaimanakah hasil kerja murid yang ditaksir disimpan?
Jawapan :
Hasil kerja murid boleh disimpan dalam banyak bentuk seperti; Borang soal selidik,
rakaman temubual, video, imej, lembaran kerja dan lain-lain hasil kerja murid yang
menjurus kepada pencapaian sesuatu tahap.

You might also like