You are on page 1of 6

PERATURAN PERMAINAN

BOLA TAMPAR
SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL
HULU SELANGOR
2014

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR


SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL DAERAH HULU SELANGOR
PERINGKAT UMUR BAWAH 12
2013
1.

NAMA KEJOHANAN
Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Bola Tampar Sekolah-Sekolah Tamil Daerah Hulu
Selangor.

2.

PENGELOLAAN
Kejohanan ini akan dikelolakan oleh Majlis Guru Besar SJKT Daerah Hulu Selangor
Tempat Kejohanan
Tarikh
Masa

: SJKT Ladang Kerling


: 9 November 2014
: 0800 - 1930

3.

KELAYAKAN PENYERTAAN
3.1
Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar-pelajar SJKT Daerah Hulu
Selangor
3.2
Setiap sekolah boleh menghantar satu pasukan lelaki
3.3
Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada :
Pegurus Pasukan
:
1 orang
Jurulatih
:
1 orang
Pemain
:
10 orang

4.

KELAYAKAN PEMAIN
4.1
Pemain hendaklah berumur 12 tahun ke bawah bagi kategori masing-masing.

5.

UNDANG-UNDANG KEJOHANAN
5.1
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung dalam peraturan MSSM
Negeri Selangor dan MSSM, kejohanan ini akan dijalankan mengikut UndangUndang Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) yang sedang dikuatkuasakan.
5.2
Sekiranya timbul masalah pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris
akan dipatuhi

6.

SISTEM PERTANDINGAN (Sila rujuk Peraturan AM (6) MSS Selangor)

7.

PEMBERIAN MATA
7.1
Sistem pemberian mata adalah seperti berikut :
Pasukan menang
2-0
3
2-1
2
Pasukan kalah
1-2
1
0-2
0
Pembatalan teknik
0
7.2
Sekiranya ada pasukan-pasukan mendapat mata yang sama maka kaedah berikut
akan digunakan :
C = A/B
A = Jumlah set menang (semua perlawanan)
B = Jumlah set kalah (semua perlawanan)
C = Nisbah set
Pasukan yang mendapat nisbah set (nilai C) yang lebih tinggi akan dikira menang
7.3
Sekiranya ada pasukan-pasukan yang mendapat nisbah set yang sama, maka
kaedah berikut digunakan :
Z = X/Y

7.4
7.5

X = Jumlah mata yang menang (semua perlawanan)


Y = Jumlah mata yang kalah (semua perlawanan)
Z = Nisbah mata
Pasukan yang mendapat nisbah mata (nilai Z) lebih tinggi akan dikira menang
Sekiaranya masih berlaku seri, jika kedua-dua pasukan pernah bertemu di
peringkat awal, pasukan yang pernah mengalahkan pasukan lawannya akan dikira
menang
Jika tidak, keputusan akan ditentukan dengan cabutan undi

8.

PAKAIAN SERAGAM
8.1
Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi dan seluar yang seragam warnanya
8.2
Pemain libero hendaklah menggunakan jersi yang berlainan warna daripada warna
jersi pasukannya
8.3
Jersi hendaklah bernombor bersaiz minima 15 cm tingginya di hadapan dan 20 cm
di belakang
8.4
Nombor yang digunakan ialah 1 hingga 18 sahaja
8.5
Jalur yang membentuk nombor hendaklah tidak kurang daripada 2 cm lebar
8.6
Nombor hadapan kapten pasukan hendaklah bertanda dengan garisan sepanjang
8 x 2 cm
8.7
Semua pemain hendaklah memakai nombor yang sama sepanjang kejohanan
8.8
Dilarang menggunakan jersi yang warnanya hampir sama dengan warna nombor
8.9
Pasukan yang gagal mematuhi peraturan di atas ditegah dari bermain dan boleh
menyebabkan pasukannnya dibatalkan

9.

GELANGGANG DAN PERALATAN


9.1
Mengikut undang-undang MSSM
9.2
Ketinggian jaring
Lelaki bawah 12

2.10 m

10

PEMBATALAN
10.1
Tiap-tiap pasukan mesti bersedia digelanggang 30 minit sebelum masa ditetapkan
dalam jadual perlawanan
10.2
Jika sesebuah pasukan datang lewat 10 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa
sebab yang munasabah, pasukan tersebut dianggap menarik diri dan pasukan
lawannya akan diberikan mata kemenangan percuma (Walkover)
10.3
Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan
perlawanan-perlawanan berikutnya dan semua keputusan perlawanan yang
melibatkan pasukan ini sebelumnya akan dibatalkan
10.4
Pihak sekolah yang terlibat diminta menyediakan laporan tentang penarikan diri ini
kepada Urusetia MSSM Daerah Hulu Selangor

11

PENGADIL
11.1
Jawatankuasa pengadilan akan melantik pengadil yang bertauliah untuk bertugas
di sepanjang kejohanan
11.2
Pengadil-pengadil adalah terdiri daripada Pengadil Antarabangsa dan calonnya,
Pengadil MAVA dan calonnya, Pengadil Kebangsaan dan calonnya dan Pengadil
Negeri dan calonnya sahaja

12

PENGGANTUNGAN
12.1
Jika seorang pemain disingkirkan daripada satu perlawanan atas sebab berlakuan
buruk dan biadap, ia akan sendirinya ditegah bermain satu perlawanan berikutnya
sehingga Jawatankuasa Tatatertib membuat keputusan

13

KAEDAH MEMBUAT BANTAHAN/ RAYUAN


13.1
Keputusan pengadil adalah muktamad

13.2
13.3
13.4
13.5
13.6

Segala bantahan mengenai undang-undang permainan akan dirujukkan kepada


Jawatankuasa Teknik Bola Tampar MSS Malaysia Daerah Hulu Selangor dan
keputusannya adalah dihormati
Pasukan yang ingin membuat bantahan hendaklah mengemukakannya secara
lisan kepada Pengadil Pertama dan Ketua Pasukan akan mencatatkan perkataan
Ingin Bantah di dalam score sheet di akhir perlawanannya
Bantahan secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada pihak pengelola dalam
masa 1 jam selepas perlawanannya tamat supaya bantahannya dapat
dipertimbangkan
Semua bantahan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak tunai
RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus)
Wang pertaruhan ini tidak akan dikembalikan bila bantahan tersebut didapati tidak
mengikut peraturan atau tidak munasabah

14

JURI RAYUAN (SILA RUJUK PERATURAN AM (12) MSS SELANGOR

15

JAWATANKUASA TATATERTIB (SILA RUJUK PERATURAN AM (13)


MSS SELANGOR)
15.1
15.2

16

Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk membuat keputusan jika tindakan tatatertib


perlu diambil melebih Para 12
Jawatankuasa ini berhak untuk mendapatkan maklumat dari mana-mana pihak
yang terbabit dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan

HAL-HAL LAIN
16.1
16.2
16.3

16.4
16.5
16.6

Tiap-tiap perlawanan akan dimulakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Walaubagaimana pun Pengelola mempunyai hak meminda susunan di mana perlu
dan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat secepat mungkin.
Selain daripada pegawai dan pemain pasukan yang bertanding, tiada sesiapa pun
dibenarkan masuk ke dalam gelanggang atau duduk di bangku pemain gantian.
Ahli-ahli pasukan yang dibenarkan duduk di bangku pemain gantian semasa
perlawanan pasukannnya adalah seperti berikut :
Ketua Jurulatih
Penolong Jurulatih
6 orang pemain gantian
Pengurus dan jurulatih pasukan bertanggungjawab terus ke atas disiplin pemain
dan penyokong dari sekolah mereka
Sebarang perkara mengenai peraturan yang tidak dinyatakan akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah muktamad
Pegawai-pegawai pasukan mestilah berpakaian kemas sepanjang masa sewaktu
menyelia pasukan mereka (memakai seluar jeans dan selipar adalah dilarang
sama sekali)

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR


SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL DAERAH HULU SELANGOR
PERINGKAT UMUR BAWAH 12
2014
Undang-undang permainan adalah untuk lelaki bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah. Tujuan
dibuat perubahan adalah untuk memberi peluang kepada pemain untuk mencuba tanpa ada
tekanan daripada membuat kesalahan. Perlawanan adalah dimainkan mengikut undang-undang
rasmi yang ditetapkan oleh FIVB kecuali perkara-perkara berikut :
1

GELANGGANG DAN JARING


1.1
Gelanggang permainan adalah berukuran 16m x 8m. Garisan serang dilukis 2.7m
selari dengan garisan tengah gelanggang
1.2
Kawasan servis berukuran 8m di belakang garian hujung
1.3
Ia dihadkan oleh 2 garisan 15cm x 5cm dilukis lurus dengan garisan tepi tetapi
dipisahkan jarak 20cm dari garisan hujung
1.4
Ketinggian jaring ialah 2.10m

CIRI-CIRI BOLA
2.1
Bola adalah berbentuk sfera diperbuat dari kulit lembut atau kulit sintetik dengan
satu pundi di dalamnya diperbuat dari getah atau bahan serupa
2.2
Warnanya hendaklah seragam dan cerah
2.2.1 Lilitannya
:
62cm - 64cm
2.2.2 Jisim
:
200 gram - 220 gram
2.2.3 Tekanan dalam :
0.30 - 0.325 kg/cm2
2.2.4 Jenis
:
Saiz 4

SISTEM SKOR
3.1
Untuk menpapatkan satu mata :
3.3.1 Sistem Point Rally akan digunakan
3.3.2 Dengan mematikan bola di atas gelanggang permainan pasukan lawan
dengan jayanya
3.3.3 Apabila pasukan lawan melakukan satu kesalahan
3.3.4 Apabila pasukan lawan menerima satu penalti
3.2
Memenangi satu set
3.3.1 Semua perlawanan akan dimainkan berdasarkan kepada tiga set terbaik
3.3.2 Untuk setiap set (kecuali set penentu) pasukan yang mendapat 25 mata
terdahulu dengan kelebihan minima 2 mata. Jika berlaku seri 24 - 24,
permainan diteruskan sehingga skor kelebihan 2 mata diperolehi (26 - 24,
27 - 25, .................)
3.3.3 Dalam kes seri 1 - 1, set penentu (set ke-3) dimainkan sehingga 15 mata
dengan kelebihan 2 mata. Pasukan akan bertukar gelanggang apabila
mana-mana pasukan mencapai mata 8
3.3
Memenangi perlawanan
3.3.1 Sesuatu perlawanan akan dimenangi oleh pasukan yang memperolehi
kemenangan 2 set dengan keputusan 2 - 0 atau 2 - 1

KOMPOSISI BARISAN UTAMA


4.1
Barisan utama sesuatu pasukan terdiri daripada 6 orang pemain mengikut giliran
servis (Rotational Order) di dalam gelanggang didaftarkan pada permulaan set

5.

PUTARAN SERVIS
5.1
Sistem putaran servis akan dipatuhi seperti yang terdapat dalam undang-undang
bola tampar FIVB. Pasukan yang mendapat servis bergerak satu kedudukan
mengikut pusingan jam
5.2
Semasa servis, semua pemain utama (kecuali server) mesti berada dalam
gelanggang masing-masing mengikut susunan giliran servis

LIBERO (PERATURAN 20 FIVB)


6.1
Satu pasukan boleh mendaftar seorang pemain Libero yang memakai jersi yang
berlainan warna daripada jersi pasukannya
6.2
Pemain Libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dan
digantikan dengan pemain asal apabila bergerak ke kedudukan hadapan
6.3
Pemain Libero tidak boleh membuat servis, blok atau menyerang dengan bola di
atas paras jaring di mana jua kawasan gelanggang
6.4
Pemain Libero tidak boleh mengumpan menggunakan jari di mana-mana jua
bahagian zon serang
6.5
Pasukan dibenarkankan menukar pemain Libero pada setiap perlawanan
sepanjang kejohanan

You might also like