You are on page 1of 1

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong,

Jalan Serampang 3 Off Jalan Telok Pulai,


41100 Klang,
SELANGOR DARUL EHSAN
______________________________________________________________________________
Yb Puan Dr. Hajah Halimah binti Ali
No. 2 Lorong Telok Gadong 1
Off Jalan Sungai Bertek, Taman Emas
41250 Klang,
SELANGOR DARUL EHSAN

8 April 2014

Yang Berhormat,
MEMOHON TAJAAN / SUMBANGAN RM1000 UNTUK KONTIJEN KLANG KE KEJOHANAN
SEPAK TAKRAW MSSS 2014
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.
2. Sukacita saya bagi pihak Pengurusan Kejohanan Sepak Takraw MSSS Klang 2014 ingin
memaklumkan bahawa Kejohanan Sepak Takraw MSSS 2014 akan diadakan bermula dari 21
April 2014 hingga 25 April 2014 di SJKC Batang Kali, Hulu Selangor.
3. Untuk makluman Yang Berhormat, kejohanan ini merupakan satu temasya tahunan yang
berprestij. Bagi menyertai kejohanan yang besar ini, pihak kami memerlukan sumbangan
daripada pihak tuan. Oleh itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Pengurusan amat berbesar
hati jika dapat pihak tuan menjadi salah satu penaja utama kontijen kami dengan
memberikan sumbangan kewangan bagi menjayakan kejohanan tersebut.
4. Sumbangan boleh disalurkan melalui cek atas nama PIBG SMK TELOK GADONG.
Kerjasama dan keprihatinan pihak Yang Berhormat berhubung perkara di atas amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''
Yang benar,
__________________________

You might also like