You are on page 1of 4

Asal Usul Nama Sabah

Asal usul nama Sabah dikaitkan dengan nama pisang saba dan seludang.

Pisang Saba

Sabah banyak menanam pisang saba.Pisang saba menjadi makanan utama


mereka.Melalui pertuturan di kalangan masyarakat tempatan,lama-kelamaan
perkataan saba bertukar menjadi Sabah.Oleh yang demikian,nama negeri
Sabah diambil daripada perkataan pisang saba.

Seludang

Dalam syair Jawa,negeri Sabah dikenali sebagai Seludang.Kawasan pusat negeri


Seludang dikatakan terletak di antara Teluk Marudu dengan Tanjung Bangkoka
hingga ke Jambongan.Oleh itu,nam Sabah diambil daripada nama seludang
tersebut.

Pentadbiran Awal di Sabah

Pentadbira awal di Sabah terbahagi kepada tiga kawasan.Teliti Peta 4.2 untuk
melihat kedudukan kawasan pentadbiran tersebut.

Kawasan Pantai Barat

Kawasan pantai barat Sabah berada di bawah kuasa Kesultanan


Brunei.Kawasan ini ditadbir oleh seorang wakil pemerintah Sultan Brunei yang
dikenali sebagai Pangeran.Kawasan pantai barat ini dibahagikan kepada
beberapa buah kawasan.Kawasan ini pula ditadbir oleh pembesar tempatan
yang dibantu oleh Ketua Suku Kaum dan Ketua Petempatan Sungai.

Kawasan Pantai Timur

Kawasan pantai timur Sabah berada di bawah kuasa Kesultan Brunei.Kawasan


ini telah dibahagikan kepada beberapa buah kawasan.Setiap kawasan
ditadbirkan oleh pembesar yang bergelar Datu.Mereka dibantu oleh ketua-ketua
tempatan.

Kawasan Pedalaman

Kawasan pedalaman dikuasai ketua-ketua tempatan.Ketua-ketua tempatan ini


mentadbir rumah-rumah panjang dalam kawasan mereka.

Susun Lapis Masyarakat

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai kaum.Jadual 4.2 menunjukkan kaum


yang terdapat di Sabah.
Jadual4.2 Taburan kaum di Sabah.
Kawasan
Kaum
Persisiran pantai Melayu-Brunei
Bajau

Kawasan petempatan
Pantai barat Papar,Kimanis dan Sipitang
1.Pantai barat seperti di Papar dan
Tuaran.
2.Pantai timur seperti di Kota Belud dan
Semporna .

Suluk

Pantai timur seperti di Semporna ,Lahad


Datu dan Tawau.

Lembah pantai

Kadazandusun Pantai barat seperti di Penampang,


Papar,Kudat,Tambunan dan Ranau.

Pedalaman

Murut

Tenom,Persiangan,Keningau dan Rundum.

Kuasa-kuasa Asing.

Pada abad ke 16, Sabah terkenal di kalangan pedangan Barat. Di Sabah terdapat
hasil hutan seperti rotan, gambir dan sarang burung.Faktor ini mendorong
kuasa Barat bersaing untuk menguasai hasil tersebut di Sabah.
Ini adalah kajian bagaimana Syarikat Borneo Utara British (SBUB) berjaya
menguasai Sabah pada tahun 1882.
Sultan Brunei telah memberikan pajakan satu kawasan yang luas selama 10
tahun di Sabah kerana Charles Lee Moses, seorang Amerika pada tahun 1865.

Walau bagaimanapun, Charles Lee Moses telah menjual hak pajakan tersebut
kepada The American Trading Company. Namun, akibat gagal memajukan
tanah pajakan tersebut, syarikat ini pula menjual hak pajakan kepada Baron
von Overbeck.
Baron von Overbeck bergabung dengan Alfred Dent dan Edward Dent
menubuhkan Overbeck and Dent Company pada tahun 1877. Sultan Brunei telah
memperbaharui pajakan tanah kepada Overbeck and Dent Company.

Pada ketika itu, Syarikat Borneo Utara British telah berada di utara Sabah hasil
daripada perjanjian pada tahun 1764. Pada tahun 1880, Overbeck tidak lagi
menjadi rakan kongsi dalam Overbeck and Dent Company. Oleh itu, Dent telah
menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Persatuan ini
telah berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British.
Tujuannya adalah untuk memperkukuh kedudukan dan memajukan
perniagaannya di Sabah.
Pada tahun 1881, kerajaan British bersetuju dan menganugerahkan Piagam
Diraja kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
Pada tahun 1882, persatuan tersebut dinamai Syarikat Borneo Utara British
(SBUB). Melalui Piagam Diraja , syarikat ini mendapat kuasa untuk mentadbir
serta menjalankan perdagangan di Sabah.

You might also like