You are on page 1of 1

Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan-jalan di kebun buah-buahan dan sayursayurannya bersama rakannya Sang Lembu.

Sedang asyik mereka menikmati buahbuahan di situ, tiba-tiba datang Sang Monyet yang kelihatan amat kelaparan sekali.
"Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah beberapa hari aku tak makan", kata
Sang Monyet dengan sedih.
"Bolehkah kiranya kamu berdua berikan sedikit buah-buahan untuk aku makan",
pinta Sang Monyet tadi.
Sang Kancil dan Sang Lembu berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan Sang
Monyet seperti itu.
"Baiklah Monyet, ambillah apa saja yang kau mahu", kata Sang Kancil.
"Terima kasih Kancil, terima kasih Lembu", seloroh Sang Monyet gembira.
Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya, mulalah Sang
Monyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak akan pokok cili yang ranum dengan
cili-cili yang merah menyala.
"Aku mahu itu, aku mahu itu!", teriak Sang Monyet.
"Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya", tegah Sang Kancil.
"Betul tu Monyet, pilihlah buah yang lain", sokong Sang Lembu.
"Ah, aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga", kata Sang Monyet tegas.
Dengan tidak mempedulikan amaran Sang Kancil dan Sang Lembu, Sang Monyet
terus meluru ke arah pokok cili. Dia memetik cili-cili yang merah menyala itu dan
terus memakannya dengan gelojoh.
Tiba-tiba Sang Monyet menjerit,
"Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air. Pedas!!!",
Dengan muka yang merah kerana menahan Sang Monyet berlari mencari air bagi
menghilangkan pedas di lidahnya itu, sambil Sang Kancil dan Sang Lembu
menggeleng-gelengkan kepala mereka.

You might also like