You are on page 1of 35

CABARAN PROFESION

PERGURUAN
Pemikiran Kreatif dan Inovatif
Pengetahuan Guru
AHLI KUMPULAN
NORAMIZI BINTI ZABADI
NOR ATHIRAH BINTI ALIAS
FARAHLIYANA BINTI MOHAMAD SAIN
NOORAZURA BINTI AB WAHAB
EZZUNAIRA BINTI SALLEH

MPP141036
MP131298
MP131318
MP121376
MP121313

PENGENALAN
Perkembangan bidang sains dan
Teknologi pada masa kini
menjadikan kegiatan Pendidikan
semakin mencabar dan lebih
canggih

Cabaran didefinisikan sebagai


sesuatu yang menguji kekuatan,
kemahiran dan kemampuan
seseorang dalam sesuatu aktiviti

Kemajuan Teknologi Maklumat dan


Komunikasi dalam era globalisasi
pada masa kini menjadikan dunia
pendidikan
memberi
penekanan
terhadap penggunaan teknologi yang
selaras dengan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan

Bilik darjah

Globalisasi

Sekolah
Cabaran guru
sekolah dalam
abad ke-21
Sistem
pendidikan

Wawasan
2020
Masyarakat

Kedinamikan perubahan profesion keguruan dalam


masyarakat moden sentiasa dipengaruhi oleh pelbagai
faktor dan dasar strategik seperti ekonomi, politik,
perubahan sosial dan pembangunan nasional.
sehubungan dengan pelbagai perubahan yang berlaku
ini, profesion keguruan sebenarnya amat memerlukan
pelbagai perubahan inovatif dan kreatif yang mampu
menyesuaikan perjuangannya dengan cabaran-cabaran
baru dunia masa kini.

GURU PENCETUS
KREATIVITI, PENJANA
INOVASI

DEFINISI KREATIVITI
Majaro (1992)
Kreativiti ialah proses pemikiran yang mendorong
dalam mengeneralisasikan idea baru

Oldham dan Cumming (1996)


Kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang
bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru

Nystrom (1979)
Kreativiti ialah penemuan baru di mana ia menuju
ke arah yang lebih realiti

Mumford dan Gustafson (1998)


Kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan
dihargai oleh masyarakat

Kreativiti ialah kebolehan atau


keupayaan untuk mencipta, mewujud
dan menghasilkan sesuatu yang baru
atau dalam bentuk baru melalui
kemahiran imaginasi. Ia melibatkan:
Keupayaan berfikir yang dapat
melahirkan idea baru yang unik dan
menarik
Keupayaan berfikir secara kritikal
dan membuat penilaian secara
analitikal terhadap idea dan
seterusnya mengemukakan cadangan
penyelesaian
Keupayaan berfikir secara praktikal
yang dapat menterjemahkan idea dan
teori kepada bentuk aplikasi

KREATIVITI dalam ORGANISASI


SEKOLAH
Abdul Rahim
Abdul Rashid
(2002)

Harman (1998)

Wall (1999)

Kreativiti dilihat sebagai satu kuasa yang


penting bagi mencorakkan perkembangan
kreativiti dalam pengurusan sekolah

Sekolah perlu mengadaptasi pelbagai


perubahan yang berlaku pada era kini iaitu era
revolusi pengetahuan dan informasi maklumat

Wawasan dan misi sekolah perlu bersifat


kreatif bagi menajadikan sekolah organisasi
pembelajaran yang berkesan dan progresif

Membentuk
struktur kreatif
penyelesaian
masalah

6.

Membina iklim
organisasi
tempat kerja
yang
menggalakkan
kreativiti

5.

Pengaliran dan
kebebasan
maklumat
untuk
mendorong
kreativiti

4.

Menggalakkan
perkembangan
idea dan
pendapat

3.

Mewujudkan
persekitaran
untuk
perkembangan
kreativiti

2.

1.

Strategi cetuskan KREATIVITI


dalam ORGANISASI SEKOLAH
Perkembangan
pemikiran
kepada tindakan

Jenis KREATIVITI
Ekspresif

Berlaku secara bebas di mana originaliti dan kualiti


tidak dipentingkan. Contoh: cap jari kanak--kanak

Teknikal

Kecekapan bagi menghasilkan sesuatu produk.


Contoh: membuat biola

Inventif

Reka cipta baru yang dihasilkan seperti penemuan


telefon bimbit dan penulisan novel

Inovatif

Kefahaman dan modifikasi andaian asas dan


prinsipprinsip dengan pendekatan alternatif

Emergentif

Kreativiti yang kompleks dan bentuk yang jarang


berlaku yang boleh merintis perubahan
keseluruhan prinsip atau andaian paling asas dan
di peringkat abstrak

Ciri Guru KREATIF

GURU KREATIF TINGKAT


PEMBELAJARAN MURID
Inovasi dan kreatif sangat
penting dalam pendidikan kerana
ia dapat membantu murid
terutamanya di luar bandar dalam
memudahkan proses
pembelajaran Tan Kooi Heang,
Guru Sekolah Jenis Kebangsaan
(SJK) Yuh Min, Air Hitam, Kedah
(Berita Harian, 1 Mei 2014)

Cabaran KREATIVITI dalam


PENDIDIKAN
Kurikulum

Isi kandungan pelajaran, tema dan aspek-aspek pembelajaran, reka


bentuk dan gubahan bahan pembelajaran, strategi dan pelaksanaan
kurikulum

Pengajaran

Menyentuh kaedah-kaedah, pendekatan, cara, pengurusan dan


organisasi pembelajaran, perancangan dan pelaksanaan pengajaran di
bilik darjah dan di sekolah

Profesional

Mengenai perkembangan guru dari segi personaliti, cara dan budaya profesional
yang dikembangkan, kecekapan dan kepakaran, amalan baru, pemikiran baru,
adaptasi terhadap inovasi pendidikan yang berlaku dan dilaksanakan dalam
profesion ini

Pemikiran
Persekitaran belajar

Mencorakkan perkembangan minda, pandangan yang progresif, fikiran terbuka,


pembacaan dan pengetahuan yang kreatif, pencetusan idea baru yang mendorong
kemajuan diri dan kemajuan pendidikan amnya

Kreativiti yang mencorakkan suasana dan iklim sekolah dan bilik darjah

Pengurusan

Cara sekolah dikendalikan dan beroperasi, inovasi dalam system pengurusan,


hubungan, sokongan, kemajuan pembelajaran, penyelesaian masalah dalam
hubungan dan perkhidmatan yang ditawarkan

Teknologi

Bagaimana teknologi digunakan untuk pencetusan inovasi dalam


pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah

DEFINISI INOVASI
Inovasi merupakan idea, amalan atau
objek yang dianggap baru oleh
seseorang (Ronger E. Miller, 19971)

Inovasi ialah sesuatu yang dianggap


baru dan lebih baik daripada yang
lama oleh seseorang individu
(Spencer, 1994)

Inovasi bermaksud pembaharuan,


modifikasi, atau membaiki idea,
benda, ilmu dan ciptaan seni budaya
tamadun dengan tujuan memenuhi
fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi
cita rasa tertentu atau memenuhi
pasaran tertentu (Sufean Hussin,
2001)

Inovasi ialah idea, konsep atau


strategi baru yang boleh
mempertingkatkan sesuatu amalan
(Glosari Pendidikan, 1995)

Inovasi ialah kejayaan aplikasi


pertama pada sesuatu produk atau
proses (Oldham dan Cuming, 1996)

Jadi INOVASI ialah:


Merupakan penghasilan baru
Berbentuk maujud dan mujarad
Berdasarkan proses penyusunan semula
Menggunakan unsur yang sedia ada

Peringkat Inovasi
Peringkat individu
Inovasi dibuat oleh individu kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti persekitaran
dan seterusnya membina idea baru untuk menghasiljan sesuatu teknologi baru atau
membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah
Istilah penting di sini ialah MODIFIKASI

Peringkat organisasi
Inovasi ialah ciri penting bagi sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka.

Organisasi sentiasa hidup berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan persekitaran.
Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk
meraih keuntungan maksimum.

INOVASI dalam PENDIDIKAN


Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan di
Malaysia, perlaksanaan inovasi pendidikan adalah bersifat
menjunam melalui proses dari atas ke bawah.
Proses yang perlu dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada
penerima adalah panjang dan berliku, melibatkan beberapa
peringkat penyebaran tertentu.
Penyebaran inovasi selalunya dilaksanakan secara stereotaip
melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya.

Ciri Guru Berinovasi


Mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru
seperti:

Keupayaan berfikir secara bijaksana

Menyelesaikan masalah

Daya kreativiti yang tinggi.

Guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir
di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru
yang lebih berkesan.

Menurut Esah Sulaiman (2003) guru perlu cekap mengubahsuai pengajaran,


prihatin terhadap keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat dengan sesuatu
keadaan atau bahan tertentu.

Keutamaan guru berinovasi adalah memastikan murid berupaya menggunakan ilmu


yang diajarkan di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam
peperiksaan malah membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di
dunia nyata.

Guru berinovasi mementingkan aplikasi ilmu oleh para murid mutu pendidikan
dapat dibuktikan melalui kefahaman murid yang mendalam terhadap topik yang
dikaji serta dapat menggunakan pilihan tersebut dalam situasi-situasi yang
memerlukan.

Guru berinovasi mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling


kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah
kebijaksanaan berfikir.
Penyediaan persekitaran pembelajaran
merupakan suatu aspek yang amat penting.

yang

positif

sememangnya

Noraini Idris dan Shuki Osman (2009) menyatakan bahawa guru perlu
menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif terhadap pembelajaran
semasa mengajar.

Masalah Inovasi Pendidikan


Pergeseran maklumat
Wujud perbezaan fahaman dalam komunikasi
Kajian yang dilaksanakan secara sendiri-sendiri
Tidak mengkhusus dan tidak berterusan
Kriteria-kriteria inovasi yang terhad
Perlu mengikuti pihak berkuasa dan bukannya keperluan yang berbangkit
Sokongan untuk inovasi pendidikan tidak konsisten
Sokongan diperlukan daripada pentadbir dan pendidik terutama pada peringkat permulaan inovasi
Kursus memerlukan kos yang tinggi
Memerlukan bilangan penyampai dan pentadbiran yang ramai
Bidang inovasi yang terlalu luas dan umum
Persetujuan sukar diperoleh
Kepakaran terhad

Ketiadaan pengetahuan dan pengalaman


Kurang sambutan daripada pencadang inovasi
Tiada cadangan terhadap kritikan-kritikan yang datang daripada orang ramai

Guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baharu


dan dapat menterjemahkan kehendak dan matlamat kurikulum
dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi
pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif.
Pemikiran kreatif dan inovatif dapat diwujudkan dengan
menanyakan soalan-soalan terbuka yang dapat mencungkil
daya pemikiran pelajar untuk mengemukakan idea-idea baru
serta mencetuskan pemikiran bertahap tinggi.

PENGETAHUAN GURU

Guru Sebagai Pekerja Yang


Berpengetahuan
Tugas guru penting dalam membangunkan negara. Tanpa guru, sudah pasti kita akan terus
berada dlam kejahilan.
Guru adalah manusia yang sebaik-baiknya digelar arkitek manusia kerana mereka
membentuk, mencorak, dan mengubah tamadun manusia kearah yang lebih maju.
Kerjaya sebagai guru sering dipandang tinggi kerana guru adalah insan yang banyak
pengetahuan dari segala sudut dimana akan disanjung, dihormati masyarakat setempat. Segala
pandangan, bimbingan, cadangan, dan buah fikiran guru diterima.
Guru sering berperanan sebagai penyampai maklumat, pembimbing dan perangsang
kepada pelajar dalam bilik darjah.

Guru Sebagai Pekerja


Berpengetahuan
Idea 'pekerja berpengetahuan' pertama kali dikemukakan oleh Peter Drucker dalam bukunya 'The
Landmarks of Tomorrow' pada tahun 1959.

Pekerja berpengetahuan adalah individu-individu yang penting di dalam sesebuah organisasi yang
berupaya untuk bertindak dan akan menggunakan ilmu pengetahuan dan kepakaran mereka dalam
menyelesaikan sesuatu masalah di dalam organisasi.
Pekerja berpengetahuan seperti guru menggunakan kemahiran penyelidikan untuk mentakrifkan
masalah dan untuk mengenal pasti alternatif penyelesaiannya.

Guru Sebagai Pekerja


Berpengetahuan
Mereka sering membantu pemahaman menyeluruh tentang sesuatu isu di dalam
organisasi sekolah melalui kajian.
Apa yang membezakan pekerja berpengetahuan dengan pekerja lain adalah tugas
utamanya iaitu menyelesaikan masalah menggunakann pemikiran kritis dan kreatif.

Antara Ciri- Ciri Guru Yang Digariskan Oleh


Pihak Kementerian
Sebagai pengurus kurikulum adalah memahami dan menghayati falsafah pendidikan negara dan
matlamat pendidikan.

Pendidikan di malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan bagi melahirkan warganegara malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan bagi keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Memahami, mentafsir dan mengoperasikan kurikulum ke dalam bentuk aktiviti di dalam dan luar bilik
darjah.

Guru perlu menyusun sukatan pelajaran bermula dari awal hingga akhir tahun serta bijak mengatur
teknik, kaedah serta alatan bantu mengajar dan perlu disesuaikan dengan tahap murid.

Memahami matapelajaran pengkhususan.


Guru yang cemerlang adalah guru yang memahami matapelajaran pengkhususan yang menjadi
subjek teras yang diajarnya.
Mengetahui secara umum kandungan kurikulum semua mata pelajaran.
Guru perlu mengetahui serba sedikit berkaitan sukatan pelajaran yang perlu disusun mengikut topik
atau tajuk- tajuk tertentu. Kurikulum dan tema-tema yang dipilih perlu dikuasai oleh setiap guru dengan
mendalam untuk menjamin keberkesanan dalam pengajaran semasa didalam kelas.

Menyedari kepentingan penilaian dan cara mengendali penilaian.


Setiap matapelajaran yang diajar di dalam kelas perlu dibuat penilaian kerana ia penting bagi
mengesan kebolehan murid dalam menguasai kemahiran yang diajar.
Mengetahui kebolehan dan pengalaman guru berkaitan matapelajaran dan aspek yang berkenaan.

Pengalaman yang banyak dari guru dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka dalam
kelas dan prestasi murid dalam matapelajaran yang diajar.
Mengetahui keperluan alat bantu mengajar, peralatan dan bahan untuk matapelajaran tertentu dan cara
menggunakannya.
Pengajaran akan lebih berkesan jika adanya alatan bantu mengajar yang sesuai dan menarik pelajar.
Penggunaan alat bantu mengajar adalah digalakkan supaya tidak membebankan guru.

Mengetahui kemudahan- kemudahan yang ada dan berusaha meningkatkannya.

Kemudahan seperti pusat sumber, sudut bacaan, taman bacaan, makmal sains,
makmal komputer, dan sebagainya perlu digunakan sepenuhnya.
Mengetahui pendekatan dan strategi pengajaran terkini dan berupaya
menyampaikannya kepada guru- guru

Guru mestilah sering mengikuti perkembangan pendekatan dan strategi yang di


gunakan dari masa kesemasa dan harus menyeluruh dalam menyampaikan
maklumat.

Peranan Guru Sebagai Pekerja


Berpengetahuan

Guru bertanggungjawab dan


menghadapi cabaran dalam
memperkembangkan potensi murid
secara menyeluruh dan bersepadu
yakni Insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani dan jasmani.

Guru memainkan peranan sebagai


pengajar, pengurus, fasilitator,
pembimbing, penggalak, penyelaras
dan juga sebagai innovator, iaitu
orang yang mendatangkan
pembaharuan.

Peranan Guru Sebagai Pekerja


Berpengetahuan

Seseorang guru menjalankan


seperti menggerakkan,
mengatur dan menilai
prestasi murid-murid.

Adalah penting bagi guru


menggerakkan muridnya
dengan berbagai-bagai cara
seperti menggunakan
pelbagai jenis alat bantu
mengajar, mengadakan main
peranan (role-playing),
mengadakan simulasi dan
sebagainya.

Peranan Guru Sebagai Pekerja


Berpengetahuan
Setiap langkah pembelajaran
haruslah diatur supaya muridmurid mendapat faedah
daripada aktiviti
pembelajaran.

Apabila guru membuat


sesuatu rancangan, keperluan
murid, objektif-objektif
pelajaran, bahan-bahan dan
alat-alat mengajar seharusnya
diperrtimbangkan.

Guru juga perlu menolong


murid-murid mempraktikkan
dan mengulangi aktiviti
sehingga pembelajaran itu
menjadi berkesan.

Peranan Guru Sebagai Pekerja


Berpengetahuan

Ringkasnya, guru memikul amanah dan cabaran yang amat besar


untuk melahirkan insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan
berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang
akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa
hadapan.

Penutup
Profesyen
perguruan
adalah
merupakan satu profesyen yang
sangat mulia.

Jasa dan sumbangan yang


diberikan oleh warga pendidik
untuk melahirkan masyarakat
yang berilmu, beriman dan
mengamalkan nilai-nilai yang
baik tidak harus dipandang
rendah oleh masyarakat.

Pemilihan profesion ini sebagai


bidang terakhir untuk diceburi
adalah satu tanggapan yang salah.

Masyarakat haruslah sedar cabaran


dan bebanan tugas yang dihadapi
oleh
golongan
gurusebelum
mengambil jalan mudah dengan
memandang rendah golongan ini.

You might also like