You are on page 1of 3

copy paste saja resipinya

Brownies Cheese Versi Kukus


Brownies:
Bahan A:
2 biji telur
1/2 cawan susu cair (cawan metrik, 1 cawan = 250 ml)
1/2 cawan susu pekat manis
100 ml minyak
1/2 cawan gula castor
Bahan-bahan yg diayak bersama:
1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda

Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender. Kisar perlahan-lahan hingga


sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati. Masukkan ke
dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan
kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak. (Simpan sedikit sahaja adunan ini untuk
membuat corak atas lapisan keju nanti). Bila brownies dah masak, baru tuangkan
adunan keju di atasnya.
Lapisan Keju:
500g cream cheese
4 biji telur grade B
140g gula halus
Sedikit esen vanilla
Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan
pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata. Tuang ke atas brownies yang dah siap
dikukus. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju. Lorekkan
dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api
sederhana hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan brownies
chesse cake...

Bahan-bahan
2 setengah cawan kacang
1 setengah cawan gula
boleh ditambahkan bijan jika mahu
Cara-cara
Goreng kacang tanpa minyak dan buang kulit.
Kemudian masak gula sehingga kekuning-kuningan tetapi jangan sampai
hangus kerana akan menyebabkan rasa biskut pahit.
Gaul kacang bersama gula yang telah dimasak sehingga sebati.
Kemudian letak di atas talam yang dilapik dengan plastik tebal untuk
menggelakkan kacang melekat.
Akhir sekali ratakan kacang kemudian potong mengikut bentuk yang anda
gemari.

p/s; adalah penting untuk diambil perhatian proses meratakan di atas


plastik dan memotong hendaklah dilakukan ketika kacang masih panas,
kerana apabila kacang sudah sejuk ianya akan keras dan tidak boleh
dibentuk lg.

You might also like