You are on page 1of 21

COVER KRP 3013 : KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN .................................................................................................................... 2


1.0 PENGHARGAAN ............................................................................................................... 3
2.0 LAPORAN ANALISIS 1 (KURIKULUM DAN PENGAJARAN BERSIFAT
KONTEKSTUAL) ..................................................................................................................... 4
LAPORAN ANALISIS 2 ........................................................................................................ 14
(PERBANDINGAN KURIKULUM MENGIKUT ERA)....................................................... 14
3.0 BIBLIOGRAFI .................................................................................................................. 21

1.0 PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya mengucapkan kesyukuran kerana dengan limpah kurnianya, saya dapat
menyediakan tugasan KRP 3013 Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah mengikut
spesifikasi yang dikehendaki oleh pihak fakulti khasnya dan pihak universiti amnya.
Sesungguhnya tugasan KRP 3013 Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah pada
semester ini memberikan kesempatan saya memahami dan mempelajari 2 aspek yang penting
yang berhubung kait dengan tugasan ini. Pertamanya adalah aspek pembelajaran kontekstual
dan keduanya adalah sejarah perkembangan sistem pendidikan di Malaysia. Menerusi aspek
pembelajaran kontekstual, saya dapat memahami bahawa terdapat 5 elemen utama yang
menyokong kepada keberkesanan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berasaskan
elemen kontekstual iaitu Relating (Menghubungkait), Experiencing (Mengalami), Applying
(Mengaplikasi), Cooperating (Bekerjasama) dan Transfering (Memindahkan). Sementara itu,
menerusi pendedahan kepada sejarah perkembangan sistem pendidikan di Malaysia, saya
dapat mempelajari bagaimana usaha-usaha untuk menambah baik sistem pendidikan di
Malaysia agar sentiasa releven dan memenuhi keperluan serta perkembangan arus kemajuan
global.Pada kesempatan ini, saya merakamkan terima kasih kepada pensyarah kursus tugasan
KRP 3013 Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah yang telah mencurahkan ilmu,
berkongsi idea dan buah fikiran, serta meluangkan masa memeriksa draf tugasan ini bagi
tujuan penambahbaikan hasilan kerja kursus secara berterusan.
Selanjutnya, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan sekuliah yang telah
meluangkan masa untuk berkongsi berbincang dan bertukar-tukar buah fikiran bagi
menyiapkan tugasan kursus tugasan KRP 3013 Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah.
Amalan diskusi seperti ini amat penting bagi memastikan hasilan kerja kursus dapat
diperbaiki secara berterusan.
Akhir kalam, saya mengharapkan agar hasilan tugasan ini mendapat pertimbangan
dan wajaran markah yang baik daripada pihak pensyarah. Sekiranya terdapat sebarang
kelemahan dan kekurangan dapat hasilan tugasan tugasan KRP 3013 Kurikulum dan
Pengajaran Sekolah Rendah ini dapat diberikan komentar dan cadangan penambahbaikan
yang jelas dan membina demi memastikan saya dapat menghasilkan hasilan tugasan kerja
kursus yang lebih baik pada masa hadapan.
Sekian. Terima kasih.
3

2.0 LAPORAN ANALISIS 1 (KURIKULUM DAN PENGAJARAN BERSIFAT


KONTEKSTUAL)
2.1 GAMBAR DAN HURAIAN KEADAAN/ SITUASI/ FENOMENA/ SENARIO
YANG TERDAPAT DALAM MASYARAKAT/ PERSEKITARAN
2.1.1 GAMBAR SITUASI 1 :

2.1.2 HURAIAN TENTANG KEADAAN/ SITUASI/ FENOMENA/ SENARIO YANG


TERDAPAT DALAM GAMBAR
Sekumpulan lelaki sedang bergotong royong mengangkat sebuah almari ke dalam
sebuah lori. Pada masa yang sama terdapat beberapa orang lelaki lain sedang mengemas
rumah. Suasana ini sering kelihatan dalam masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan
perumahan sama ada di bandar atau di desa. Amalan ini bukan sahaja mengeratkan
perhubungan sesama masyarakat malah akan membentuk peribadi yang mulia dan terpuji.
Amalan seumpama ini sering dikaitkan dengan beberapa pepatah dan peribahasa Melayu
seperti berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh dan
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

2.1.3 DISIPLIN/ MATA PELAJARAN


NAMA DISIPLIN/ MATA PELAJARAN :

Pendidikan Moral

TAHUN :

TOPIK :

3. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Masyarakat

SUB TOPIK :

3.1 Toleransi Dalam Masyarakat

HURAIAN BAGAIMANA KEADAAN/ SITUASI/ FENOMENA/ SENARIO DALAM


GAMBAR DAPAT DIKAITKAN DENGAN PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN/ NILAI
YANG TERDAPAT DALAM TOPIK/ SUBTOPIK.
1. Guru akan mengarahkan para pelajar memerhatikan gambar yang dipamerkan.
2. Guru bersoaljawab dengan murid secara individu, kumpulan dan secara kelas tentang
perlakuan dan aktiviti yang dilakukan di dalam gambar dan murid akan mengemukakan pelbagai
jawapan seperti mengangkat barang, bekerjasama, bergotong royong dan sebagainya.
(KOGNITIF)
3. Guru boleh memperkukuhkan konsep bekerjasama dengan mengadakan sesi gotong royong
membersihkan kelas dan persekitaran luar kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini
diikuti dengan bersoaljawab dengan murid tentang dapatan dan hasilan yang dapat dikemukakan
tentang kebaikan/ manfaat serta kesan amalan bekerjasama. (PSIKOMOTOR)
4. Guru juga boleh membuat perbandingan antara kelebihan amalan bergotong royong dan akibat
mengabaikan amalan bergotong royong dengan mengadakan sesi membersihkan kelas secara
individu dan secara beramai-ramai. (AFEKTIF)
5

5. Guru perlu mengulas jawapan yang dikemukakan oleh para pelajar dengan mengaitkan
dengan isi pelajaran yang dipelajari iaitu amalan toleransi dalam masyarakat.
CADANGAN

TINDAKAN/

AKTIVITI

YANG

BOLEH

DILAKUKAN

DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TOPIK/ SUBTOPIK TERSEBUT KE ARAH


MENAMBAH BAIK KEADAAN/ SITUASI/ FENOMENA/ SENARIO YANG TERDAPAT
DALAM GAMBAR.
1. Guru boleh mengadakan sesi gotong royong secara terancang dengan mengadakan mesyuarat
pengagihan tugas dan kawasan dengan melibatkan beberapa buah kelas untuk membersihkan
kawasan sekolah atau mengadakan aktiviti keceriaan kawasan sekolah.
2. Guru bersoal jawab dengan para pelajar tentang cadangan penambahbaikan amalan gotongroyong berpandukan gambar. Para pelajar akan mengemukakan pelbagai cadangan seperti
melibatkan jumlah ahli yang lebih ramai, pengagihan tugas mengikut kebolehan dan kekuatan
fizikal dan sebagainya.
3. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, guru boleh mengadakan simulasi amalan
mengangkat almari di dalam kelas dan memindahkannya ke suatu sudut atau kawasan di luar
kelas. Daripada amalan tersebut, guru dan para pelajar akan saling mengemukakan saranan dan
cadangan bagi memastikan kejayaan kerjasama yang dilaksanakan.

2.2 GAMBAR SITUASI 2 :

2.2.2 HURAIAN TENTANG KEADAAN/ SITUASI/ FENOMENA/ SENARIO YANG


TERDAPAT DALAM GAMBAR
Sekumpulan pemuda sedang berkumpulan sambil beberapa orang pemuda sedang
membakar bendera Jalur Gemilang. Amalan seumpama ini mencerminkan peribadi
warganegara Malaysia yang tidak patriotik dan perlu dihindari. Sebagai rakyat Malaysia,
amalan seperti mengadakan perhimpunan haram dan membakar bendera negara merupakan
7

salah satu kesalahan yang menyalahi undang-undang negara dan boleh dikenakan hukuman.
Amalan ini bukan sahaja menunjukkan moral yang negatif malah menunjukkan tingkah laku
tidak menghormati kedaulatan negara yang telah memberikan pelbagai kebaikan seperti
nikmat keamanan, kedamaian, kesejahteraan dan sebagainya.
2.2.3 DISIPLIN/ MATA PELAJARAN
NAMA DISIPLIN/ MATA PELAJARAN :

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

TAHUN :

TOPIK :

5. Malaysia Negaraku

SUB TOPIK :

b. Berbangga Dengan Identiti Negara

HURAIAN BAGAIMANA KEADAAN/ SITUASI/ FENOMENA/ SENARIO DALAM


GAMBAR DAPAT DIKAITKAN DENGAN PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN/ NILAI
YANG TERDAPAT DALAM TOPIK/ SUBTOPIK.
1. Guru mengarahkan para pelajar memerhatikan gambar dan bersoaljawab dengan mereka sama
ada amalan tersebut baik atau tidak. Sekiranya baik atau sebaliknya, para pelajar juga
dikehendaki menyatakan sebab mereka berpandangan sedemikian. (KOGNITIF)
2. Guru menanyakan kepada para pelajar apakah kesalahan bendera tersebut sehingga
diperlakukan dan dihukum sedemikian dan para pelajar mengemukakan pandangan masingmasing.(KOGNITIF)
3. Guru menanyakan kepada para pelajar apakah contoh-contoh amalan lain yang
menggambarkan rasa tidak hormat kepada identiti negara. (KOGNITIF)
4. Guru menanyakan kepada para pelajar apakah contoh-contoh identiti negara yang
lain.(KOGNITIF)
5. Guru dan para pelajar bersoaljawab bagaimana mengubah tingkah laku sebagaimana terdapat
di dalam gambar. (KOGNITIF)
CADANGAN

TINDAKAN/

AKTIVITI

YANG

BOLEH

DILAKUKAN

DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TOPIK/ SUBTOPIK TERSEBUT KE ARAH


MENAMBAH BAIK KEADAAN/ SITUASI/ FENOMENA/ SENARIO YANG TERDAPAT
DALAM GAMBAR.
1. Guru dan para pelajar mengadakan gotong royong mencuci bendera Jalur Gemilang dan
bendera negeri yang terdapat di kawasan sekolah secara bersama-sama.
2. Guru dan para pelajar melukis beberapa contoh identiti negara seperti Tugu Negara, Bunga
Raya, bendera negeri dan kebangsaan serta mengemukakan beberapa resolusi bagi memelihara
8

dan menjaganya.
3. Guru dan para pelajar menyanyikan lagu Negaraku dan lagu negeri secara beramai-ramai dan
penuh semangat.
4. Guru mengadakan sesi lakonan yang menggambarkan situasi di dalam gambar dan tindakan
yang boleh diambil oleh para pelajar untuk menanganinya.
5. Guru menjemput pegawai polis untuk mengadakan ceramah tentang amalan-amalan yang
tidak patriotik dan menyalahi undang-undang negara.
2.3 GAMBAR SITUASI 3 :

2.3.1 HURAIAN TENTANG KEADAAN/ SITUASI/ FENOMENA/ SENARIO YANG


TERDAPAT DALAM GAMBAR
Dua orang remaja perempuan yang lengkap berpakaian seragam sekolah sedang
menghisap rokok. Amalan ini bukan sahaja menyalahi undang-undang sekolah malah
menyalahi undang-undang negara kerana terdapat larangan menjual dan membeli rokok
kepada pelanggan yang berumur 18 tahun ke bawah. Dari segi kesihatan, merokok
membahayakan kesihatan dan memudaratkan diri dalam tempoh jangka masa pendek dan
panjang. Dari segi tatasusila, amalan merokok dalam kalangan remaja sekolah memberikan
gambaran akhlak pelaku adalah amat buruk dan tercela. Remaja yang merokok juga
memberikan gambaran masa depan pelajar yang tidak baik dan mungkin akan terjerumus
kepada gejala sosial lain seperti penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
2.3.2 DISIPLIN/ MATA PELAJARAN
NAMA DISIPLIN/ MATA PELAJARAN :

Pendidikan Kesihatan

TAHUN :

TOPIK :

Tunjang 2 : Gaya Hidup Sihat

SUB TOPIK :

2. Penyalahgunaan bahan

HURAIAN BAGAIMANA KEADAAN/ SITUASI/ FENOMENA/ SENARIO DALAM


GAMBAR DAPAT DIKAITKAN DENGAN PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN/ NILAI
YANG TERDAPAT DALAM TOPIK/ SUBTOPIK.
1. Guru mempamerkan gambar dan meminta para pelajar memerhatikannya.
2. Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang perbuatan individu di dalam gambar dan
menanyakan sama ada amalan tersebut baik atau tidak baik. (Kognitif)
3. Guru menanyakan kesan amalan tersebut kepada kesihatan dan tingkah laku individu.
(KOGNITIF)
4. Guru menanyakan para pelajar tentang contoh-contoh amalan lain yang boleh membahayakan
kesihatan diri. (KOGNITIF)
5. Guru mengaitkan tajuk pelajaran iaitu penyalahgunaan bahan dengan paparan gambar yang
dipamerkan.
CADANGAN

TINDAKAN/

AKTIVITI

YANG

BOLEH

DILAKUKAN

DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TOPIK/ SUBTOPIK TERSEBUT KE ARAH


MENAMBAH BAIK KEADAAN/ SITUASI/ FENOMENA/ SENARIO YANG TERDAPAT

10

DALAM GAMBAR.
1. Guru mengadakan sesi lakonan yang melibatkan 2 orang remaja yang ditangkap oleh
pengawas kerana merokok dan bertemu dengan kaunselor sekolah.
2. Guru menyediakan skrip lakonan dan meminta pelajar lain memerhatikannya.
3. Guru bersoal jawab dengan para pelajar tentang cara menasihati rakan yang terlibat dengan
aktiviti merokok.
4. Guru mempamerkan gambar-gambar yang menunjukkan organ dalaman manusia yang
merokok dan bersoal jawab dengan para pelajar.
5. Guru menayangkan rakaman video yang memperlihatkan kesan amalan merokok kepada
kesihatan individu.
2.4 GAMBAR SITUASI 4 :

11

2.4.1 HURAIAN TENTANG KEADAAN/ SITUASI/ FENOMENA/ SENARIO YANG


TERDAPAT DALAM GAMBAR
Sebuah pondok perhentian bas yang terletak di hadapan sebuah sekolah telah rosak. Ini
mungkin berpunca daripada sikap dan tingkahlaku individu yang tidak bertanggungjawab
atau dalam erti kata lain dikenali juga sebagai aktiviti vandalisme. Aktiviti seumpama ini
bukan sahaja memberikan gambaran panorama yang tidak sihat dan menyakitkan
pemandangan, malah akan mengundang malapetaka kepada pengguna. Sebagai contoh,
sekiranya para pelajar sekolah duduk di ruang yang disediakan, ini mungkin menyebabkan
mereka cedera kerana kerusi yang disediakan telah rosak. Begitu juga dengan pelajar yang
berteduh di bawah bumbung perhentian bas ini mungkin akan cedera sekiranya bumbung
yang hampir roboh itu menghempap para pelajar.
2.4.2 DISIPLIN/ MATA PELAJARAN
NAMA DISIPLIN/ MATA PELAJARAN :

Kajian Tempatan

TAHUN :

TOPIK :

Tema 2 : Perihal Kawasan Setempat

SUB TOPIK :

2. Identiti Setempat (d) Kemudahan dan


Perkhidmatan Awam

HURAIAN BAGAIMANA KEADAAN/ SITUASI/ FENOMENA/ SENARIO DALAM


GAMBAR DAPAT DIKAITKAN DENGAN PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN/ NILAI
YANG TERDAPAT DALAM TOPIK/ SUBTOPIK.
1. Guru mengarahkan para pelajar memerhatikan gambar dan para pelajar memerhatikan gambar
dalam tempoh yang ditetapkan.
2. Guru bersoaljawab dengan para pelajar tentang keadaan yang berlaku di dalam gambar dan
para pelajar memberi maklum balas kepada guru. (KOGNITIF)
3. Guru bersoaljawab dengan para pelajar tentang kesan aktiviti vandalisme di dalam gambar
kepada pengguna dan para pelajar memberikan respons kepada pertanyaan guru. (KOGNITIF)
4. Guru menanyakan para pelajar contoh-contoh kemudahan awam lain yang diketahui oleh para
pelajar. (KOGNITIF)
5. Guru mengadakan contoh simulasi aktiviti vandalisme seperti membuang sampah merata
tempat dan menconteng papan tulis di dalam kelas dan meminta para pelajar mencadangkan cara
menangani amalan tersebut.

12

6. Guru mengaitkan lakonan aktiviti vandalisme dengan tajuk pelajaran iaitu kemudahan awam.
CADANGAN

TINDAKAN/

AKTIVITI

YANG

BOLEH

DILAKUKAN

DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TOPIK/ SUBTOPIK TERSEBUT KE ARAH


MENAMBAH BAIK KEADAAN/ SITUASI/ FENOMENA/ SENARIO YANG TERDAPAT
DALAM GAMBAR.
1. Guru memberikan situasi aktiviti vandalisme seperti aktiviti menconteng papan tulis,
membuang sampah merata-rata tempat, dan merosakkan kerusi dan meja sekolah, para pelajar
dikehendaki melakonkan aktiviti menangani situasi vandalisme tersebut.
2. Guru bersoaljawab dengan para pelajar tentang keburukan aktiviti vandalisme dan cara
menanganinya.
3. Guru mengadakan sesi tayangan video yang memaparkan aktiviti vandalisme dan
implikasinya kepada masyarakat.

13

LAPORAN ANALISIS 2
(PERBANDINGAN KURIKULUM MENGIKUT ERA)
1. Disiplin/ mata pelajaran yang dipilih.
Nama disiplin/ Mata pelajaran :

Bahasa Melayu

Tahun :

2. Perbandingan disiplin/ mata pelajaran mengikut era KLSR, KBSR dan KSSR.
DIMENSI HORIZONTAL
a. Skop/ Liputan
KLSR :
Memfokuskan kepada kemahiran membaca dan menulis semata-mata. Skop kurikulum
bersifat terpisah. Sebagai contoh dalam Bahasa Melayu terdapat pecahan subjek tatabahasa
dan jawi dalam kurikulum Bahasa Melayu.
KBSR :
Memfokuskan kepada Hasil Pembelajaran yang berteraskan kepada kemahiran bahasa iaitu
Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Hasil
Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh
elemen Pengisian Kurikulum.
KSSR :
Memfokuskan kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui
dan boleh dilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini
berpaksikan kepada Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong oleh elemen
Pengisian Kurikulum. Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard ini dipersembahkan
dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi
elemen pengetahuan, kemahiran, nilai murni, kreativiti dan inovasi yang perlu dikuasai oleh
murid.

DIMENSI HORIZONTAL
b. Kesepaduan/ Integrasi
14

KLSR :
Pengisian Kurikulum terasing antara satu topik dengan topik yang lain. Integrasi yang dapat
dilaksanakan adalah kemahiran penguasaan Jawi dalam kurikulum Bahasa Melayu.
Ketiadaan orientaso ke arah menghubungkan ilmu kepada manusia serta ketiadan orientasi ke
arah kemahiran dalam hubungan manusia.

KBSR :
Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini
dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai,kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya,
dan kemahiran bernilai tambah,iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai ,
pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh
murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan
patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat
madani.

KSSR :
Pengisian kurikulum mengambil kira elemen merentas kurikulum iaitu unsur-unsur yang
diserap dalam setiap mata pelajaran. Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah
yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam
Standard Kandungan. Pengisian Kurikulum tersebut merangkumi :
1. Ilmu; Pelbagai bidang ilmu dan disiplin.
2. Nilai Murni; Baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang,
keadilan,

kebebasan,

keberanian,

kejujuran,

kerajinan,

kerjasama,

kesederhanaan,

kesyukuran, rasional kebersihan, dan semangat kejiranan.


3. Patriotisme dan Kewarganegaraan; Bertujuan melahirkan warganegara yang mempunyai
jati diri, cinta akan bahasa dan bangsa, serta meningkatkan komitmen individu terhadap
negara.
4. Peraturan Sosiobudaya; Merangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa
dalam kalangan masyarakat Malaysia.
5. Sains dan Teknologi; Meliputi unsur pengetahuan sains dan teknologi, kemahiran saintifik
dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
6. Pendidikan Alam Sekitar ; Meliputi aktiviti berkaitan memberi kesedaran dan membentuk

15

etika murid untuk menghargai alam.


7. Kreativiti dan Inovasi; Kreativiti meliputi tindakan penghasilan idea, pendekatan atau
tindakan baharu. Inovasi pula proses menjana idea dan mengaplikasi idea, serta kreatif dalam
konteks tertentu.
8. Keusahawanan; Meliputi proses pembentukan sikap keusahawanan dan amalan nilai moral
serta etika dalam keusahawanan.
9. Teknologi Maklumat dan Komunikasi; Meliputi perkakasan dan perisian TMK.

DIMENSI HORIZONTAL
c. Imbangan
KLSR :
Penekanan kepada aspek penguasaan ilmu pengetahuan yang meliputi aspek tatabahasa,
penulisan

dan

bacaan

semata-mata

dan

tidak

terdapat

unsur

penyerapan

dan

penggabungjalinan dengan kurikulum lain. Orientasi sukatan pelajaran ke arah mengisi


bidang kognitif dan mengabaikan bidang afektif.

KBSR :
Menekankan kepada keseimbangan daripada aspek :
1. Komunikasi( lisan, membaca, dan menulis)
2. Manusia Dengan AlamSekelilingnya
3. Perkembangan Diri Individu

KSSR :
Menekankan kepada keseimbangan daripada aspek :
1. Komunikasi(lisan, membaca, menulis dan menaakul)
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Kemanusiaan
4. Keterampilan Diri
5. Perkembangan Fizikal dan Estetika
6. Sains dan Teknologi

16

DIMENSI VERTIKAL
a. Urutan/ Sekuen
KLSR :
Tidak terdapat urutan penguasaan kurikulum yang jelas kerana kemahiran yang perlu
dipelajari tidak berkesinambungan antara satu topik dengan topik lain. Dalam pada itu, tiada
elemen pembelajaran yang menghubungkait pengetahuan sedia ada dan pengalaman lampau
para pelajar.
KBSR :
Salah satu aspek dalam Pengisian Kurikulum KBSR adalah elemen Bernilai Tambah yang
menekankan

kepada

pendekatan

Pembelajaran

Konstruktivisme

dan

Pembelajaran

Kontekstual. Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang


boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih
seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.
Sementara itu dalam Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah
pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat,
dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang
pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku
apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan
menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.
Sebagai contoh, dalam tema Diri Saya, para pelajar didedahkan dengan konsep yang dekat
dengan pengalaman harian para pelajar seperti nama, umur dan tempat tinggal. Selanjutnya
dalam tema yang sama, pada pembelajaran selanjutnya, para pelajar didedahkan dengan
pengalaman lain yang berkaitan dengan diri para pelajar juga seperti rakan sebaya dan ahli
keluarga para pelajar. Ini menunjukkan isi kandungan kurikulum dalam KBSR adalah dalam
sekuen yang menekankan pengetahuan sedia ada dan pengalaman lampau yang terdapat
dalam pendekatan pembelajaran kontekstual dan konstruktivisme.
KSSR :
Dalam KSSR, pembelajaran kontektual dan konstruktivisme masih dilaksanakan. Namun
terdapat penambahbaikan dengan pengenalan beberapa pendekatan lain seperti pembelajaran
masteri dan pembelajaran kendiri diperkenalkan bagi menyokong pembelajaran sedia ada.

17

Matlamatnya adalah selain mengaitkan pengalaman lampau dan di luar bilik darjah dengan isi
pelajaran, para pelajar juga mampu mengawal dan menstruktur pembelajaran masingmasing mengikut keupayaan kognitif, psikomotor dan motivasi para pelajar. Sebagai contoh,
dalam Standard Kandungan Kemahiran Mendengar, para pelajar didedahkan dengan
pembelajaran kontekstual dengan memperkenalkan bunyi bukan bahasa dan kemudiannya
dengan bunyi bahasa. Tujuannya adalah untuk memperkukuh konsep dan kemahiran para
pelajar sebelum mempelajari konsep lain yang bersifat pelbagai.

DIMENSI VERTIKAL
b. Kesinambungan/ Kontinuiti
KLSR :
Tiada wujud kesinambungan antara topik, kemahiran, sub topik yang jelas untuk dikuasai
oleh para pelajar. Kompartmentalisasi mata pelajaran dan kompartmentalisasi pecahanpecahan mata pelajaran.

KBSR :
Terdapat unsur kesinambungan yang jelas antara topik, sub topik dan kemahiran.
Matlamatnya adalah untuk memudahkan para pelajar menaakul konsep yang mudah sebelum
mempelajari konsep baru serta menggunapakai konsep asas yang telah dipelajari untuk
mempelajari konsep yang lebih luas. Sebagai contoh, dalam Tahun 1, para pelajar akan
didedahkan dengan aktiviti pembelajaran seperti berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan
pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal sebelum mempelajari isi kandungan
pelajaran yang lebih sukar dan tinggi arasnya seperti kemahiran bercerita dan melaporkan
sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca , atau dialami atau kemahiran Menyampaikan
maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan

KSSR :
Terdapat unsur kesinambungan yang jelas antara satu kemahiran dengan kemahiran
selanjutnya. Selain itu, terdapat pelbagai kemahiran yang berbeza yang perlu dikuasai oleh
para pelajar. Contohnya, dalam Kemahiran Membaca, objektifnya adalah untuk memastikan
murid mengetahui dan berkeupayaan membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara
18

mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemahiran yang dibina ini kemudiannya
diperkukuhkan dengan membaca dan memahami perkataan dan frasa yang mengandungi
perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung
dengan betul.

Pandangan/ ulasan dan cadangan berkaitan disiplin/ mata pelajaran yang dipilih.
a. Pandangan/ Ulasan :
Pada dasarnya, KLSR digubal bagi tujuan serampang mata dua iaitu mewujudkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia selain membina warganegara
yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi matlamat pembinaan negara bangsa sematamata. Pada pandangan saya, kelemahan utama sistem pendidikan KLSR sekiranya
dibandingkan dengan sistem selepasnya iaitu KBSR dan KSSR adalah elemen pengetahuan,
psikomotor dan afektif tidak disepadukan dalam suatu kurikulum atau diintegrasikan antara
kurikulum. Natijahnya, para pelajar hanya memperoleh pengetahuan daripada suatu subjek
semata-mata sedangkan pada masa kini, para pelajar memperoleh bonus dari aspek afektif
dan psikomotor selain aspek pengetahuan atau kognitif dalam mana-mana kurikulum di
sekolah. Selain itu, menurut Abdullah Hassan (1996) beberapa buah buku teks Bahasa
Malaysia yang telah dipilih untuk dinilai didapati diterbit oleh penerbit swasta, setelah
mendapat kelulusan Biro Buku Teks. Kajian hanya dilakukan secara meluas dan tidak
mendalam. Kebanyakan buku yang ditulis adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang sama
dan semuanya mempunyai ciri-ciri yang sama.
Selanjutnya. Dalam pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu KBSR dan KSSR,
terdapat banyak penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
pada masa itu. Sejajar dengan perkembangan arus perdana, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) disedia bagi menjadi suluh kepada segenap pengamal dan warga bidang pendidikan di
negara ini. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi,bidang
kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diriindividu. Bidang komunikasi
pada asasnya terdiri daripada komponenKemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran
Bahasa iaitu BahasaMelayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta matapelajaran Matematik.
BidangKemanusiaan

dan

Alam

Sekitar

pula

terbahagi

kepada

dua

komponen

iaituKerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam.Mata pelajaran
19

yang mewakili bidang ini ialah matapelajaran PendidikanIslam dan Pendidikan Moral.
Bidang yang ketiga pula iaitu bidangperkembangan diri individu terdiri daripada komponen
Kesenian danReakreasi yang mengandungi matapelajaran Muzik, Pendidikan Seni
danPendidikan Jasmani. Matlamatnya adalah untuk untukmemastikan perkembangan murid
secara menyeluruh dari aspekintelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai nilai
estetika

dansosial

selaras

dengan

falsafah

dan

dasar

pendidikan

negara

iaitu

untukmembangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuhserta integrasi


nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.
Selanjutnya, pengenalan KSSR dalam kurikulum Bahasa Melayu antara lain bertujuan
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial,
warganegara yang bertanggungjawab, warganegara yang boleh berperanan di arena global
(Global Player) dan pekerja berilmu. Bagaimana ia dilaksanakan? KSSR memperkenalkan
konsep tunjang bukan hanya kepada kurikulum Bahasa Melayu tetapi kesemua kurikulum
sekolah rendah. Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk
pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.Enam
tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada
pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut
menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu
dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.
b. Cadangan :
1. Secara makro, sejajar dengan hasrat melahirkan tenaga kerja mahir sesuai dengan status
negara maju pada tahun 2020, saya mencadangkan kesemua kurikulum Bahasa Melayu pada
pelbagai aliran dan pada peringkat sekolah rendah memfokuskan elemen negara maju dan kworkers dalam kurikulum di sekolah agar minat dan motivasi para pelajar terhadap aspirasi
negara dan impian untuk berkerjaya dapat dipupuk seawall usia pada peringkat sekolah
rendah.
2. Bagi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa ekonomi, saya
mencadangkan kesemua buku ilmiah pada peringkat pengajian tinggi diterjemahkan ke dalam
Bahasa Melayu sepenuhnya bagi tujuan memperkasa Bahasa Melayu dalam bidang
penyelidikan di pusat-pusat pengajian tinggi.
20

3.0 BIBLIOGRAFI
1. Abdullah Hassan. (1996). Isu-Isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2.Abu Zahari Abu Bakar (1980). Perkembangan pendidikan di Semenanjung Malaysia. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah:
Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.
4. Mook Soon Sang.(2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
5. Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
6. Mohd Kassim Talib et al. (1971). Pelajaran Bahasa Malaysia (1-6). Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
7.Pusat Perkembangan Kurikulum. (2000). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah :Huraian
Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran
Malaysia.
8. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2005). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah : Huraian
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4. Kuala Lumpur :
Kementerian Pelajaran Malaysia.
9. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah : Huraian
Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 4. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran
Malaysia.
10. Passe, J. (1999). Elementary school curriculum (2nd Edition). Boston : McGraw Hill
11. Sufean Hussin. (2004) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
21

You might also like