You are on page 1of 13

RAMALAN SPM 2014

Soalan-soalan ramalan ini hanyalah suatu tekaan dalam kesamaran.


Kertas 1:
Karangan Bahagian A
Analisis
Ramalan
Usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik
Kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan (*)
Kepentingan bersukan (*)
Ciri-ciri pengguna yang bijak
Kepentingan melabur untuk masa hadapan (*)
Langkah mengelakkan keracunan makanan di sekolah (*)
Faedah penganjuran rumah terbuka (*)
Karangan Bahagian B
Analisis
Ramalan
DIMENSI KELUARGA:
Peranan ibu bapa untuk membudayakan pendidikan alam sekitar.
menyediakan peralatan untuk membersihkan kawasan rumah.
menggalakkan anggota keluarga bergotong-royong membersihkan kawasan rumah.
menyediakan bahan bacaan berkaitan dengan kelestarian alam sekitar.
membawa anak-anak menyertai program kemasyarakatan untuk menjaga kebersihan.
melarang anak-anak daripada melakukan pembakaran terbuka di rumah.

Peranan ibu bapa untuk mengawal penyalahgunaan Internet di rumah.


memantau anak-anak ketika melayari Internet.
mengehadkan masa penggunaan Internet.
meletakkan peralatan ICT di tempat yang terbuka.
menyekat akses ke laman sesawang yang tidak bermoral.
memberi nasihat kepada anak-anak supaya menggunakan Internet secara sihat.

Peranan ibu bapa untuk mewujudkan budaya ilmu kepada anak-anak.


menyediakan perpustakaan mini di rumah
membeli bahan bacaan
membawa anak-anak menghadiri majlis ilmu
menyediakan peralatan ICT di rumah
menjadi suri teladan.

Peranan ibu bapa dalam menjana kecemerlangan pelajar. (Sarana ibu bapa)

Menyediakan peluang dan ruang belajar untuk anak-anak belajar di sekolah dan di rumah
Mendampingi anak-anak remaja sebagai sahabat
Menasihat, membimbing, mengajar, menyokong, menunjuk cara dsb
Mengatur kehidupan keluarga supaya aman dan tenteram, tenang dan bahagia.
Mengetahui maklumat terkini tentang perkembangan anak-anak
DIMENSI MASYARAKAT/NEGARA
Kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.
Malaysia mempunyai banyak tempat yang bersejarah
Malaysia kaya dengan keindahan alam semula jadi yang unik.
Malaysia mempunyai kebudayaan yang pelbagai
Malaysia merupakan syurga makanan tradisional dan moden.
Malaysia merupakan negara yang aman damai.
Malaysia mempunyai prasarana dan infrastruktur yang moden

Usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat


mengadakan aktiviti gotong-royong
membudayakan amalan ziarah-menziarahi
menganjurkan majlis rumah terbuka
menggalakkan penubuhan badan sukarela
mengadakan aktiviti Hari Keluarga
mengadakan kempen kesedaran

PROSA TRADISIONAL : HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN


SINOPSIS
BAB III
Perkahwinan Opu Daeng Menambun Dengan Puteri Kesumba
Kisah bermula dengan pelayaran Opu Daeng lima bersaudara. Pelayaran Opu Daeng disertai oleh
Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Opu
Daeng lima saudara. Setelah perbincangan dibuat, Daeng Perani mencadangkan Opu Daeng
Menambun berkahwin dengan Puteri kesumba, anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Opu Daeng
Menambun bersetuju.

BAB IV
Panembahan Agung Ditangkap

Opu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhammad Zainiddin bertitah
kepada Opu Daeng lima saudara menyerang Panembahan Agung. Opu Daeng lima saudara sampai
ke pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Opu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan
Agung. Menantu Panembahan Agung, iaitu Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz berjumpa dengan
Opu Daeng berlima. mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka berhunus keris
untuk bertikaman. Opu Daeng Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz
bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz berasa serba salah kerana
arahan Panembahan Agung agar menghalang Opu lima bersaudara daripada masuk ke dalam kota
sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan Haji Hafiz mencadangkan agar tidak ada
pertumpahan darah. Opu lima bersaudara telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung.
Panembahan Agung telah dibawa menghadap Sultan Muhammad Zainuddin oleh Opu Daeng
berlima.

BAB V
Opu Yang Berlima Saudara di Riau
Opu Daeng berlima telah belayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta
pertolongan Opu daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah
menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Opu Daeng berlima mengenakan syarat iaitu
apabila Yang Amtuan Besar, baginda harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda.
Setelah persetujuan dicapai, maka peperangan berlaku antara orang Bugis dengan orang Siak. Yang
Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman mengucapkan
terima kasih kepada Opu Daeng Berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil.
Seperti yang dijanjikan, yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Opu Daeng Merewah dilantik menjadi
Yamtuan Muda di Riau. Opu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman
bernama Tengku Puan.
BAB VI
Opu Yang Berlima Saudara di Kedah
Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada
Opu Daeng lima bersaudara. Opu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yang Amtuan Raja
Kedah untuk mendapatkan takhtanya dan berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas
bahara sebagai balasan. Opu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah
terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah perintahn ya, namun Raja Kedah
memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut. Opu daeng berjaya
mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi yang
Dipertuan Negeri Kedah. Setelah tiga hari, rombongan Opu Daeng lima bersaudara bersetuju
menabalkan Raja Kedah menjadi Yang Amtuan negeri Kedah. Namun begitu, ada saudara Raja
Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan berlakulah

peperangan yang berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari dan
akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Bugis. Raja Kedah yang baharu mengahwinkan Opu
Daeng Perani dengan saudara perempuannya dan membayar tiga bahara dahulu kepada Opu Daeng
lima bersaudara.

BAB VII
Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi di Sambas serta Perkahwinan Opu Daeng
Kemasi
Opu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan mereka
dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran
Mangkubumi di Sambas. Opu daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas
bersama-sama dengan Opu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan
Adil dan anakandanya serta disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. Setelah tiga hari, Sultan
Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh berjumpa dengan Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng
Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan
adiknya Raden Tengah. Opu Daeng Menambun mencadangkan agar Opu Daeng Kemasi
dikahwinkan dengan Raden Tengah dan Sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Opu Daeng
Kemasi dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas.
BAB VIII
Pemilihan Sultan Muda di Matan dan Darihal Perkahwinan Sultan Muhammad Zainuddin
Setelah sekian lama di negeri Sambas, Opu daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan.
Hal ini menggembirakan Sultan Muhammad Zainuddin kerana menantunya akan pulang lalu baginda
mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan
Muhammad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk
membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri Penggawa meminta tangguh
untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk
Matan tidak bersepakat dalam hal ini kerana masing-masing menyokong Pangeran Ratu, Pangeran
Mangkurat dan Pangeran Emas Seri Negara. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin
dengan Raden Mas Inderawati, anak Raja Mempawah, Panembahan Sengkauk walaupun Raden
Mas Inderawati merupakan tunang kepada Ratu Anom Kesumayuda. Panembahan Sengkauk
meminta supaya Raja Muhammad Zainuddin menjaga anaknya baik-baik.
BAB IX
Opu Daeng Menambun serta Puteri Kesumba dan Mas Inderawati Menziarah Makam
Panembahan Sengkauk
Khabar berita telah sampai ke pengetahuan Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan
Sengkauk telah mangkat. Seri Paduka Anakanda Puteri Kesumba telah dilantik menjadi Ratu Agung
Senuhun dan diraikan secara besar-besaran di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari
tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah bersama-sama hamba
perempuan dan pengiring raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu membuka
negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam Marhum
Panembahan Sengkauk.

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN


ITEM

Tema

PERNYATAAN
Kepahlawanan menakluk dan
meluaskan pengaruh di
negeri-negeri Tanah Melayu

Persoalan keberanian
menegakkan keadilan

HURAIAN
Kepahlawanan Opu Daeng lima bersaudara
menakluk negeri-negeri Melayu sehingga
akhirnya mereka menjadi raja di negeri-negeri
seperti Daeng Merewah dilantik Yamtuan Muda di
Riau dan Daeng Kemasi dilantik sebagai
Pangeran Mangkubumi di Sambas
Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang
orang-orang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil

Persoalan

Persoalan perebutan takhta


kerajaan membawa kepada
peperangan
Persoalan bersedia
memberikan bantuan jika
diperlukan

Persoalan muafakat dan


kerjasama sebelum membuat
keputusan
Muafakat/kerjasama

Keberanian
Nilai
Tolong-menolong

Menunai janji

Pengajaran

WATAK
Opu
Daeng
Menambun
Daeng
Perani
Daeng
Kemasi

Kita hendaklah gigih berani


menegakkan keadilan untuk
mengembalikan hak
Kita hendaklah membantu
orang yang memerlukan
bantuan supaya beban
mereka dapat diringankan
Kita hendaklah bekerjasama
dan bersatu bagi mencapai
matlamat
Kita hendaklah menunaikan
janji yang telah dibuat supaya
orang mempercayai kita

telah menculik saudara perempuan Raja


Sulaiman.
Raja Kedah berbalah dengan saudaranya kerana
berebut takhta kerajaan sehingga memaksa Raja
Kedah meminta bantuan Opu lima bersaudara
Opu Daeng lima bersaudara bersedia
memberikan bantuan kepada Raja Sulaiman
apabila Yang Tuam Raja Kecil menculik saudara
perempuannya. Mereka berlima juga bersedia
memberikan bantuan kepada Raja Kedah supaya
saudaranya menyerahkan kembali takhta
kerajaan
Opu Daeng lima bersaudara akan berbincang dan
bermuafakat terlebih dahulu sebelum membuat
sesuatu keputusan
Opu Daeng lima bersaudara bermuafakat terlebih
dahulu sebelum memberi bantuan kepada Raja
Sulaiman dan Raja Kedah
Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang
orang-orang Siak untuk mendapatkan semula
saudara perempuan Raja Sulaiman yang diculik
oleh Raja Kecil
Opu Daeng berlima sanggup membantu Raja
Sulaiman dan Raja Kedah apabila mereka diminta
untuk menyelesaikan masalah masing-masing
Raja Sulaiman menunaikan janjinya dengan
melantik daeng Merewah sebagai Yang Amtuan
Muda di Riau
Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang
orang-orang Raja Kecil kerana ingin
mengembalikan hak kepada Raja Sulaiman
Opu Daeng bersedia membantu Raja Kedah yang
telah dinafikan hak sebagai pemerintah oleh
saudaranya sendiri.
Opu Daeng lima bersaudara telah berbincang
terlebih dahulu sebelum memberi apa-apa
bantuan kepada raja Sulaiman dan Raja Kedah
Raja Sulaiman menunaikan janjinya dengan
melantik Opu Daeng Merewah sebagai Yang
Amtuan Muda di Riau.

PERWATAKAN
Mempunyai 4 saudara iaitu Opu Daeng Perani, Daeng Kemasi, Daeng Merewah
dan Daeng Celak
Berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau
Dilantik menjadi raja di Mempawah
Saudara yang tertua daripada lima bersaudara
Beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan
Mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khatijah
Beristerikan anak Raja Mempawah
Dilantik menjadi raja di Sambas

Daeng
Chelak
Daeng
Merewah

Dilantik menjadi raja di Riau


Berkahwindengan Tengku Puan, adinda Sultan Raja Sulaiman
Menjadi Yang Amtuan Muda di Riau
Berkahwin dengan Engku Encik Ayu, anakanda Ungku Datuk Temenggung

PERNYATAAN
Tujuh hari tujuh malam
LATAR MASA
Hari Jumaat
Lapan hari
Riau
LATAR
TEMPAT

Siak
Negeri Matan

Masyarakat feudal
LATAR
MASYARAKAT

Masyarakat istana
Masyarakat yang suka
membantu
Masyarakat yang berani

HURAIAN
Meraikan Puteri Kesumba yang dilantik
menjadi Ratu Agung Senuhun
Rombongan Ratu Agung Senuhun mula
belayar
Peperangan di antara orang-orang Raja
Kedah dengan saudaranya
Opu Daeng Menambun lima bersaudara
membantu Sultan Sulaiman menyerang Siak
Peperangan di antara Opu Daeng lima
bersaudara dengan orang-orang Siak
Tempat Puteri Kesumba diraikan secara
besar-besaran setelah dilantik menjadi Ratu
Agung Senuhun
Masyarakat yang mengamalkan sistem
pemerintahan beraja
Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja
Opu Daeng lima bersaudara bersedia
membantu mereka yang memerlukan bantuan
Opu Daeng lima bersaudara sangat berani
menyerang musuh

PROSA TRADISIONAL TINGKATAN 4 (BPK)

Pelayaran Yang Penuh Peristiwa


Sinopsis
Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
dengan menaiki geliung (kapal) menuju dari Negeri Bandar Mengkalih menuju ke Negeri Semarang di
Tanah Jawa. Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan
muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang
menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung Merah Muda yang menyamar
sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memanggil
Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi dengan memberi alasan bahawa dia sudah
keletihan. Pada mulanya Awang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut
akhirnya Awang Sulung mengambil alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak
memegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya belayar mengikut tiupan angin.
Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai untuk mengambil
kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora. Sekali lagi Awang Sulung menggunakan
kesaktiannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih menyebabkan air menjadi tenang.
Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar,
jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua dan
menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada serangan Tuan Puteri
Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata jurumudi kerana sewaktu kejadian
baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku
Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa sahaja yang berjaya membawa geliung itu
selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda iaituTuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba
menguji kehebatan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu. Perkara
pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia mengambil air di tengah laut di tempat arus yang
deras. Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh tuan
puteri, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi Si Kembang
Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu
kepada Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan
hidangan istimewa kepada Awang Sulung. Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang diambil
oleh Awang Sulung yang dimasukkan ke dalam buyung suasa bertukar menjadi air manis.
Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak
kapal memaklumkan bahawa mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun.
Tuanku Nakhoda berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada
serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal
berasa takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan menonjolkan diri bahawa dia
yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan Pulau Salah Nama, lanun menyerang.

Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta
Awang Sulung menentang lanun tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak
kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung
mandi. Selepas mandi dan memakai persalinan pakaian pusaka tua warisan bonda dan menyisip
keris serta menyarung pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung.
Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua
lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mendengar suara
Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji
untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa. Geliung itu telah dipenuhi dengan wang batu dan wang emas. Setelah menyelesaikan semua
hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke Bandar Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa sedih dan mengambil tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh
hulubalang yang ada di situ. Tuan puteri pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung
berpantun dengan Si Kembang Cina lalu tuan puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung.
Setelah dijamu makan dan minum serta memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu
kembali ke bahtera masing-masing. Selepas lanun-lanun itu pergi, jurumudi membuat helah sekali
lagi dengan mengaku dirinyalah yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada
Tuanku Nakhoda. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor ayam.
Tuanku Nakhoda Tua percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan
puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram dengan tindakan
ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahui perkara sebenar Tuanku Nakhoda Tua
memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya dengan
tuan puteri.
Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi
beberapa pulau sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terangganu. Awang Sulung dijemput naik
ke darat oleh raja negeri tersebut. Semasa naik ke darat Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan
Bujang Selamat. Mereka membawa bersama ayam Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci.
Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut
apabila segala alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi . Awang Sulung meminta kebenaran
daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal pertarungan, Kinantan Suci hampir
tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung ayam itu berjaya menaji ayam lawan sehingga
terputus kepala. Selesai menyabung ayam barulah Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut
oleh pembesar dan rakyat negeri itu.

Tema
Kelebihan dan kehebatan anak raja
Awang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh
menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi, menenangkan air laut dengan mecmpakkan tulang
pelanduk putih, menukarkan air laut yang masin menjadi manis, semasa ketibaan Awang Sulung ke
Negeri Pati Talak Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi seolah-olah

menyambutnya . Satu lagi kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya Kinantan Suci yang hampir
tewas semasa menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan lawannya, Si Jalak .

Persoalan
1.

Persoalan cinta tidak mengenal rupa paras.

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki
oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam.

2.

Persoalan perasaan dengki dan iri hati

Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di
dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung.

3.

Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang kuat

Lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila
mendengar suara Awang Sulung Merah Muda.

4.

Persoalan menipu untuk mencapai sesuatu tujuan

Jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang menyelamatkan geliung
daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada serangan lanun dengan menunjukkan
keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa.

5.

Persoalan menghormati tetamu

Awang Sulung disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu semasa naik
ke balairung seri.

Watak dan Perwatakan


Watak Utama
Awang Sulung Merah Muda

Berasal dari Negeri Bandar Mengkalih

Anak kepada Tuanku Si Helang Laut

Cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai

Menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa

Berwajah tampan setelah mandi dengan menggunakan limau selimpat pagar dan sabun
wangi terserlahlah ketampanannya .

Memiliki keris dan pedang sakti Memiliki gigi yang cantik bercahaya

Berhutang dengan Nakhoda Tua dan Datuk Batin Alam

Berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

Ditakuti lanun

Memiliki pelbagai kesaktian Dia dapat menenangkan air laut yang bergelora, menukarkan air
masin menjadi manis dan tidak perlu memegang kemudi untuk menggerakkan geliung.

Patuh kepada peraturan - Dia meminta Bujang Selamat bertanyakan adat bergelanggang
sebelum menyabung ayam.

Merendah diri apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa dia mengatakan sekiranya berada di daratan bolehlah dia menjadi penghalau ayam, penunggu
itik atau tukang sapu rumah .

Watak Sampingan
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

Anak Tuanku Nakhoda Tua

Mengemudi geliung setelah jurumudi pengsan

Mudah jatuh cinta - Jatuh hati kepada Awang Sulung Merah Muda setelah melihat kelebihan
dan kehebatan Awang Sulung

Suka menguji - dia menguji kelebihan Awang sulung dengan menyuruhnya mengambil air

Prihatin - Marah apabila Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi dalam tempurung berbulu dan
ketika jurumudi dengki kepada Awang Sulung

Sensitif dia cuba membunuh diri hendak terjun ke laut apabila mendengar Awang Sulung
hendak kembali ke Bandar Mengkalih.

Jurumudi

Jurumudi geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

Penipu - Menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung
dengan menunjukkan keris berdarah

Pendengki Dia berasa dengki kepada Awang Sulung

Pengecut - Lari menyelamatkan diri semasa serangan lanun

Tuanku Nakhoda Tua

Ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

Mudah terpedaya terpedaya dengan penipuan jurumudi.

Insaf - berasa kesal dengan kesilapannya yang memandang rendah kepada Awang Sulung

Menepati janji - Dia mengahwinkan puterinya dengan Awang Surung Merah Muda yang
berjaya menyelamat baginda dan puterinya daripada serangan lanun.

Si Kembang Cina

Orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

Taat perintah Taat akan suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

Pandai memujuk Dia memujuk Awang Sulung sehingga bersetuju untuk mengemudi geliung

Latar
Latar Tempat
Geliung panjang

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa belayar menaiki geliung panjang dari Bandar Mengkalih menuju
ke negeri Semarang di Tanah Jawa.
Pulau Tapai

Tempat Geliung berlabuh di Pulau Tapai untuk mendapatkan kayu dan air. Pada mulanya
geliung tidak boleh berlabuh kerana laut bergelora. Awang Sulung menggunakan kelebihannya
dengan mencampakkan tulang pelanduk putih yang diikat dengan benang banyak warna. Akhirnya
air laut menjadi tenang dan geliung dapat berlabuh.
Pulau Salah Nama


Sekumpulan lanun menyerang geliung di Pulau Salah Nama. Anak-anak kapal lari
menyelamatkan diri termasuk jurumudi. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta bantuan Awang
Sulung menentang lanun. .
Negeri Pati Talak Terangganu

Awang Sulung menyabung ayamnya Kinantan Suci .

Latar Masa

Tiga hari tiga malam semasa geliung berlabuh di Pulau Tapai.

Waktu siang - ketika anak-anak kapal mencari kayu api dan air di pulau.

Latar Masyarakat

Golongan bangsawan Awang Sulung, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Tuanku Nakhoda Tua,
Tuan Puteri Pinang Masak, Raja Negeri Pati Talak Terengganu.

Golongan bawahan anak-anak kapal

Masyarakat lanun yang melakukan rompakan di laut

Golongan taat kepada perintah Si Kembang Cina dan Bujang Selamat taat akan perintah Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa dan Awang Sulung Merah Muda.

Masyarakat penipu jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah
menyelamatkan geliung dengan menunjukkan keris berdarah

Masyarakat yang suka menyabung ayam - Awang Sulung Merah Muda menyabung ayam dan
rakyat Negeri Pati Talak Terengganu

Nilai

Nilai merendah diri contohnya Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar
sebagai budak hitam yang comot

Nilai keyakinan contoh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sanggup mengambil alih mengemudi
kapal sewaktu jurumudi pengsan

Nilai berani contoh Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung
kenaikan Tuan puteri Dayang Seri Jawa.


Nilai kasih Sayang contoh Awang Sulung dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling
menyayangi selepas berkahwin.

Nilai bertimbang rasa- contohnya Awang Sulung membantu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
mengemudi geliung.

Nilai keinsafan contoh Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahan kepada
Awang Sulung.

Nilai rasional contoh Tuanku Nakhoda Tua sanggup menerima pandangan puterinya agar
tidak terpengaruh dengan kata-kata jurumudi.

Nilai hormat kepada raja contoh lanun tidak menyerang geliung setelah mendapati Awang
Sulung berada di atas geliung tersebut.

Pengajaran

Kita hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita akan
dihormati.

Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat.

Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Kita hendaklah bersedia memberi bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan.

Kita hendaklah berani mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan kekesalan
pada masa hadapan.

You might also like