You are on page 1of 33

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1

Penggunaan Masonry dalam Pembinaan

Masonry boleh didefinisikan sebagai suatu kaedah pembinaan di mana unit-unit


masonry digabungkan bagi membentuk sesuatu struktur yang diikat bersama-sama
dengan mortar. Unit-unit masonry tersebut terdiri daripada batu, bata tanah liat, bata
konkrit, blok pra -tuang konkrit dan bata Kalsium Silikat .(B.C Punmia, 1984).
Penggunaan masonry dalam pembinaan boleh dilihat terutamanya pada bangunan iaitu
reinforced dan unreinfored. Selain itu juga ,masonry juga digunakan untuk tujuan
tertentu seperti pembinaan jalan untuk pejalan kaki. Ia dikenali sebagai pavers.

Penggunaan masonry lebih praktikal jika ia digunakan untuk pembinaan asas,


dinding, tiang dan sebagainya.(Advanced masonry skills,1983). Walaubagaimana pun,
penggunaan masonry ini telah lama berkembang berkembang di Eropah dan di
beberapa negara maju yang lain.

8
Pada tahun 1622, England telah melakar sejarah sebagai negara yang
menggunakan masonry pada struktur yang terpenting sebagai binaan bangunannya.
Walaupun harga kayu agak murah dan senang diperolehi pada ketika itu, namun
penggunaan masonry tetap popular dan menjadi pilihan utama untuk bangunan di
Virginia dan Massachusetts pada tahun 1630-an.

Selain itu, Amerika Syarikat juga sebagai negara maju,turut menjadikan


masonry sebagai stuktur pembinaannya pada suatu ketika dahulu. Amerika Syarikat
telah membina bangunan yang menggunakan coquina brick sebagai dinding utama
bangunan tersebut. Ia merupakan bangunan lama yang masih kukuh yang telah dibina
pada sekitar tahun 1650.( Heddy and Peterson, 1990).

Penggunaan masonry sebagai salah satu struktur pembinaan rumah amatlah


ketara dewasa ini kerana kos pembiaannya yang agak murah berbanding dengan
struktur pembinaan yang lain.(LimWei Jin,1996).

Di Malaysia pembinaan masonry juga memainkan peranan yang penting untuk


tujuan pembinaan. Kebanyakkan bangunan masonry di Malaysia terdiri daripada
bangunan-bangunan lama yang kini bolehlah dianggap sebagai bangunan yang
bersejarah seperti bangunan A Farmosa di Melaka .(Petikan Artikel Akhbar, Jun 1999).
Walaupun demikian terdapat juga bangunan-bangunan masonry di Malaysia yang
terdiri daripada rumah kos rendah.

9
2.2

Latar Belakang Rumah Kos Rendah di Malaysia.

Rumah kos rendah merupakan rumah yang dibina dengan menggunakan kos
pembinaan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan ditentukan harganya. Rumah kos
rendah ini mengandungi tiga buah bilik tidur dan sebuah bilik air. Di samping itu juga
ia dibina untuk keperluan mereka yang mempunyai pendapatan yang rendah serta
memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan persekutuan atau
negeri.( Belanjawan Negeri Johor ,1999).

Pada umumnya, pembinaan rumah kos rendah merupakan pembinaan


perumahan yang nilanya tidak melebihi RM 45 000 yang dibina secara meluas
berdasarkan permintaan dan beberapa faktor yang mempengaruhinya. ( Belanjawan
Negeri Johor ,1999).

Hasil daripada penelitian didapati bahawa, kerajaan negeri telah menetapkan


setiap pembangunan perlu memperuntukkan unit-unit kediaman kos rendah daripada
keseluruhan unit pembangunan sebagaimana berikut:

i.

Melebihi 5 ekar- 40 peratus

ii.

Melebihi 3 ekar hingga 5 ekar- 20 peratus

iii.

3 ekar dan kurang - Dikecualikan

Dasar perumahan semasa juga memperuntukkan keperluan pembangunan


perumahan kos rendah mengikut komposisi dan kawalan harga tertentu yang berbeza
antara MPJB dengan PBT-PBT yang lain. Jadual 2.1 menunjukkan komposisi
penyediaan rumah merurut MPJB dan PBT yang lain.

10
Jadual 2.1 : Komposisi Penyediaan Rumah Kos Rendah

Bil

Kategori Rumah Kos

Kawalan

Rendah

Harga (RM)

1.

Rumah Kos Rendah

2.

Rumah Kos Sederhana

Komposisi

Komposisi

(Peratus

(Peratus)

MPJB)

PBT LAIN)

RM 25,000

50 %

30 %

< RM 50,000

20 %

30 %

< RM 80,000

20 %

30 %

Rendah (A)
3

Rumah Kos Sederhana


Rendah (B)

Sumber : Pejabat SUK Negeri Johor Cawangan Perumahan, 1998 dan Ucapan
Belanjawan Negeri Johor Tahun 1999.

Selain daripada peruntukkan berkenaan dengan dasar dan komposisi


penyediaan, terdapat beberapa syarat lain dalam membangunkan rumah kos rendah iaitu
seperti lokasi yang sesuai. Lokasi yang sesuai dan strategik amatlah penting untuk
menjadi sesuatu kediaman itu, selesa dan selamat untuk didiami.

Selain itu, garis panduan untuk memilih rumah adalah seperti faktor keluasan
lantai. Ukuran minima lot teres 1 tingkat (20' x 55') dan lot teres 2 tingkat (14' x 55').
Manakala saiz luas lantai minima pula adalah 650 kp iaitu bagi rumah kos rendah RM
25,000 , 750 kp bagi rumah kos sederhana rendah RM 50,000 dan 850 kp bagi rumah
kos sederhana rendah RM 80,000. ( Belanjawan Negeri Johor ,1999).

Di samping itu, kepadatan bagi rumah kos rendah bertingkat (pangsa) adalah 60
unit/ekar dan ia juga bergantung kepada kos pasaran semasa. (Belanjawan Negeri Johor
,1999).

11
Di bawah Rancangan Malaysia Keenam (1991 - 1995), sektor awam dan sektor
swasta telah disasarkan untuk membina 343,800 unit rumah kos rendah. Daripada
jumlah tersebut, sebanyak 261,386 unit atau 76.0% daripada sasaran itu telah disiapkan
sehingga akhir tahun 1995. Bagi Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 - 2000), sejumlah
200,000 unit lagi akan dibina oleh sektor awam dan swasta. Terdapat perangkaan dari
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang membincangkan tentang
pembangunan perumahan awam kos rendah di Malaysia iaitu seperti dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2 : Pembangunan Perumahan Awam Kos Rendah Di Malaysia Dari


Tahun 1956-2000
Pelan 5 -

Peruntukan

Perbelanjaan

Sasaran

Disiapkan

tahunan

(RM juta)

(RM juta)

(Bil.Unit)

(Bil.Unit)

1956-1960

t.d

9.33

t.d

2983

1961-1965

t.d

33.27

t.d

7568

1966-1970

t.d

99.79

t.d

22522

1971-1975

98.24

91.19

t.d

13244

1976-1980

480.00

441.56

62200

26250

1981-1985

1116.81

863.57

176500

72308

1986-1990

294.25

224.62

45800

26172

1991-1995

633.28

63.50*

40000

4400*

1996-2000

742.00

t.d

29000

t.d

Catitan :
* Angka untuk Tahun 1991/1992
t.d

tidak diperolehi

12
Sumber : Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Perumahan Awam Di
Malaysia 1993:60 ; Kerajaan Malaysia, Rancangan Malaysia Ketujuh
1996:574 dan 1996:585.

Menurut jurnal perumahan 1998, satu garis panduan perancangan dan reka
bentuk perumahan kos rendah bagi semua jenis rumah kecuali rumah pangsa telah
dibuat untuk menggariskan tentang piawaian-piawaian minimum yang perlu dipatuhi
oleh semua pihak yang terlibat di dalam pembangunan projek perumahan kos rendah
sama ada di sektor awam ataupun sektor swasta.

Penekanan adalah diberi kepada keperluan-keperluan perancangan seperti saiz


lot unit kediaman, kemudahan letak kereta, kemudahan sosial dan kemasyarakatan serta
keperluan-keperluan reka bentuk bangunan dan infrastruktur seperti keluasan lantai,
pemasangan elektrik, rizab jalan, sistem saliran dan sistem pembetungan.

Garis panduan ini akan dapat mempercepatkan proses perancangan dan


penyediaan pelan serta mempercepatkan proses kelulusan pelan bangunan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan.

Bagi merealisasikan impian mendapatkan rumah bagi golongan yang


berpendapatan rendah, suatu garis panduan khusus telah ditetapkan oleh pihak kerajaan
untuk memudahkan orang ramai mendapatkan rumah berdasarkan syarat-syarat tertentu.
Jadual 2.3 menunjukkan harga baru yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi golongan
yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah berdasarkan lokasi, golongan
sasaran dan jenis rumah.

13
Jadual 2.3 :Harga Baru Rumah Kos Rendah Berdasarkan Lokasi, Golongan
Sasaran Dan Jenis Rumah

Harga Jualan

Lokasi/Kawasan

Pendapatan

Jenis Rumah

Rumah Seunit

* (Harga Tanah

Golongan

Yang Sesuai

(RM)

Semeter Persegi)

Sasaran (RM)

Dibina **

A
Bandaraya dan
42,000

Bandar-bandar

1,200 hingga 1,500

Besar

Pangsa Melebihi 5
Tingkat

(RM45 & Ke Atas)


B
Bandar-bandar
35,000

Besar dan Pinggir

1,000 hingga 1,350

Pangsa 5 Tingkat

850 hingga 1,200

Teres & Kelompok

750 hingga 1,000

Teres & Kelompok

Bandar Besar
(RM15-RM44)
C
30,000

Pekan Kecil dan


Pinggir Bandar
(RM10-RM14)
D

25,000

Luar Bandar
(Di bawah RM10)

Sumber : Jabatan Perumahan Negara 2004

14
2.3

Sistem Pembinaan Masonry

Sistem pembinaan yang melibatkan masonry biasanya dikelaskan kepada dua


jenis dinding. Di antara jenis-jenisnya adalah seperti dinding galas beban dan juga
dinding yang tidak galas beban.( B.C Punmia,1984).

Dalam pembinaan rumah kos rendah, dinding yang berkonsepkan seperti


dinding bukan galas beban merupakan salah satu bahagian yang amat penting.
Pembinaan dinding memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan suatu
permukaan penjuru yang kemas, tepat dan saiznya tepat mengikut bentuk yang
diperlukan. Jika dinding yang dihasilkan tidak mengikut spesifikasi peraturan menerap
dan mengikat bata, sambungan dinding di kedua pepenjuru akan menunjukkan muka
yang tidak kemas dan kurang berkualiti dari segi hasil kerja.

Untuk mengatasi masalah kualiti hasil kerja, lazimnya kayu tolok atau
penggunaan benang digunakan. Ia bertujuan untuk menyemak kelurusan dan
keseragaman ketinggian tembok di kedua-dua bahagian dan pepenjuru.

2.3.1

Dinding Galas Beban

Dinding galas beban merupakan kumpulan unit tanah liat yang menyokong
beban tegak.( Schneider. R , 1987). Bahan yang digunakan untuk membina dinding
galas beban ini terdiri daripada batu-bata jenis kejuruteraan. Bata kejuruteraan ini
biasanya mempunyai sifat kekuatan dan kurang kadar resapan air. Ia juga mempunyai

15
daya ketahanlasakan dan kebolehan untuk menghalang resapan rerambut air ke
atasnya.(Sowden,1991).

Asas rekabentuk untuk dinding jenis ini dibuat supaya memenuhi had kegagalan
muktamad dan had kegagalan khidmat. Setiap rekabentuk untuk dinding galas beban
mestilah mengambil kira nilai beban rekabentuk pada had muktamad, kedudukan
tindakan daya ke atas dinding dan tiang dan kesan kelangsingan dan buckling dengan
menggunakan faktor .

Jenis-jenis dinding galas beban terdiri dari beberapa jenis seperti solid bearing
wall, cavity wall dan pier. Solid bearing wall adalah dinding yang diperbuat
daripada batu-bata padat yang direkabentuk untuk menanggung beban selain daripada
berat sendiri. Cavity wall merupakan dinding dua lapis yang mempunyai ruang di
tengah-tengah dan kedua-dua lapisan dindingnya diikat dengan pengikat besi. Pier
adalah bahagian dinding yang ditebalkan untuk menyokong kestabilan sisi atau
menanggung beban tumpu. Terdapat pelbagai jenis bahan untuk dinding ini selain
daripada bata. Di antaranya ialah tanah liat kering, gypsum, batu, batu rongga dan
tembok padu.

2.3.2

Dinding Tidak Galas Beban

Dinding tidak galas beban hanya menanggung berat sendirinya sahaja (B.C
Punmia,1984 ). Dinding jenis ini biasanya merupakan bahagian yang terdapat di dalam
atau di luar bangunan yang menjadi penghalang kepada kelembapan cuaca di waktu
hujan atau kepanasan di siang hari.

16
Terdapat pelbagai jenis dinding yang lazimnya berfungsi sebagai tidak
menanggung beban bangunan. Dalam sistem perumahan kos rendah khususnya,
dinding tidak menanggung digunakan untuk memisahkan bilik-bilik di dalam rumah.

Selain itu, ia juga digunakan untuk membina garaj untuk menyimpan kereta dan
juga pagar untuk keselamatan. Batu-bata yang lazim digunakan untuk struktur yang
tidak menanggung beban ini adalah dari jenis bata biasa dan juga dari jenis unit
masonry yang lain.

Terdapat pelbagai jenis dinding yang tidak mengalas beban. Di ataranya ialah
dinding pepenjuru, dinding simpang palang, dinding simpang tiga, dinding sudut serong
obtuse, dinding sudut serong acute, dan dinding lurus. Contoh-contoh dinding ini
pada kebiasaannya berfungsi sebagai dinding di luar rumah yang dapat menahan dari
cuaca dan turut juga digunakan sebagai dinding sesekat di dalam rumah.

2.4

Bahan-Bahan Dalam Pembinaan Rumah Kos Rendah.

Sistem pembinaan rumah kos rendah di Malaysia dibina mengikut spesifikasi


yang telah ditetapkan. Penggunaan batu-bata amatlah penting untuk membina struktur
bangunan supaya kelihatan teguh sebagai dinding ataupun tembok.

17
2.4.1

Bahan-bahan unit Masonry.

Terdapat pelbagai jenis batu-bata yang digunakan sebagai bahan pembinaan


sesuatu struktur. Antara yang utama adalah seperti :

a) Batu bata tanah liat


b) Batu
c) Bata konkrit
d) Blok konkrit
e) Bata Kalsium Silikat

2.4.1.1 Batu-bata Tanah Liat

Batu-bata tanah liat merupakan batu bata yang paling banyak digunakan dalam
pembinaan. Ia mengandungi Hidrat Silikat dan Alumina yang bersifat plastik dan
diperbuat daripada bahan plastik serta bahan tak organik yang keras dan lasak.
Kandungan bahan kimianya adalah tidak tetap. Keadaan ini akan menghasilkan batu
bata tanah liat yang mempunyai kekuatan dan warna yang berbeza. (Mohd Shaharuddin
Mustafa, 1999 ).

Batu bata ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan kepada ciriciri kejuruteraannya adalah seperti berikut :

18
1) Bata biasa
2) Bata permukaan
3) Bata kejuruteraan

2.4.1.1.1

Bata Biasa.

Bata biasa digunakan untuk dinding-dinding sekatan yang ditutupi dengan


lapisan lepa, atau untuk kegunaan lain yang rupa permukaannya tidak begitu mustahak.
Secara keseluruhannya kualitinya adalah rendah, mudah pecah, permukaan yang
kasar,merekah, warna yang pudar dan mempunyai kekuatan mampatan yang rendah.

2.4.1.1.2

Bata Permukaan

Bata jenis ini mempunyai kemasan pada permukaannya, sama ada bertekstur,
licin atau berpasir. Warnanya adalah segaya atau berwarna-warni. Bata ini digunakan
untuk dinding muka supaya kelihatan cantik dan sifatnya hendaklah lasak terhadap
cuaca dan bebas daripada sebarang kerosakan muka bata.

19
2.4.1.1.3

Bata Kejuruteraan

Bata kejuruteraan digunakan untuk tujuan galas beban seperti pembinaan


tembok sambut, tembok penahan dan jambatan di mana ia mempunyai ciri-ciri
ketahanlasakkan. Bata jenis ini mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi dan
diperbuat daripada tanah.

2.4.1.2 Batu

Batu biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu batu kasar dan batu halus.
Batu kasar yang digunakan dalam pembinaan biasanya diperolehi dari kuari yang
mempunyai saiz dan bentuk yang berlainan, tidak dipotong. Jenis batu yang sesuai
untuk kerja pembinaan ialah batu-batu keras seperti batu granik. Selain itu, batu kapur
juga digunakan untuk pembinaan. (Tan Boon Tong, 1987 ).

Batu-batu ini disusun mengikut kreativiti tanpa mengikut spesifikasi tertentu.


Tetapi susunan ini mestilah diselang-seli dengan batu yang bersegi sebagai ikatan.
Dicelah-celah batu-batu tersebut diikat dengan batu kecil yang dicampur dengan mortar.

Manakala batu halus pula, ia dipotong mengikut ukuran dan dimensi yang tepat
dan permukaannya digosok licin atau mengikut corak tertentu. Batu halus ini biasanya
digunakan bersama-sama dengan kerja bata disebelah belakangnya sebagai dinding
pengalas. Bongkah-bongkah konkrit juga kadang-kadang dibina sebagai tembok
pengalasnya. Langkah ini akan menjimatkan perbelanjaan dan dinding yang dibina

20
lebih kukuh. Jenis-jenis batu yang digunakan adalah seperti batu marmar, batu kapur
dan batu pasir. (Tan Boon Tong, 1987 ).

2.4.1.3 Bata Konkrit

Bata jenis ini diperbuat daripada simen dan pasir. Nisbah campurannya boleh
berubah-ubah. Campuran yang sesuai ialah dengan nisbah 1: 6 ( 1 bahagian simen dan
6 bahagian pasir ). Bahan-bahan simen dan pasir dibancuh dengan mesin ataupun
dibancuh dengan tangan dan hanya sedikit air digunakan untuk melekat. Bahan-bahan
yang dibancuh kemudian diacuankan mengikut saiz tertentu. Bata konkrit yang telah
siap mengikut acuan tertentu akan dipidahkan ketempat lapang dan dibiarkan kering
selama beberapa hari. Pengawetan perlu dilakukan dengan menyiram air ke atas batakonkrit ini sebaik sahaja ia mengeras, terutamanya pada cuaca panas. (Tan Boon Tong,
1987 ).

2.4.1.4 Blok Konkrit

Dalam perusahaan perumahan terutamanya rumah kos rendah, ada dua jenis
blok konkrit yang digunakan iaitu, blok konkrit padu dan juga blok konkrit berongga.
Kedua-dua jenis bongkah ini digunakan untuk membina tembok atau dinding yang tidak
menanggung beban. Saiznya adalah 448 mm (18 inci ) panjang, 219 mm ( 8 3/4 inci )
lebar dan mempunyai tebal antaranya ialah 50 mm (2 inci ), 52 mm (2 inci ), 76 mm
(3 inci), 102 mm (4 inci), 114 mm (4 inci) dan 152 mm ( 6 inci ). (Tan Boon Tong,
1987 ). Rajah 2.1 menunjukkan contoh bentuk-bentuk blok konkrit.

21

Rajah 2.1 : Jenis-jenis Bentuk Blok Konkrit Untuk Kerja-Kerja Masonry

Rongga pada blok konkrit berfungsi untuk mengurangkan berat blok supaya
senang diangkat dan diikat semasa membina. Selain itu, ia juga memberi kesan
penebatan kepada dinding kerana udara di dalam rongga itu mempunyai sifat penebat

22
yang baik. Keadaan fizikalnya yang lebih besar daripada bata-bata lain membuatkan
pembinaan dinding dapat dibina dengan lebih cepat.

2.4.1.5 Bata Kalsium Silikat

Bata Kalsium Silikat mengandungi pasir (silika ) dan Kalsium terhidrat, iaitu
kapur. Kedua-dua bahan mentah ini bersama-sama dengan pewarna (kalau dikehendaki
) dibancuh dan dicetak dengan tekanan yang cukup kuat kepada bentuk dan saiz bata
yang dikehendaki. Bata yang dicetak ini kemudiannya dimasukkan ke dalam satu
autoklaf bertekanan wap tinggi selama beberapa jam. Dalam jangka masa ini, kapur
bercantum dengan pasir menjadi kalsium silikat.

Saiz bata ini adalah sama dengan saiz bata tanah liat. Kekuatan tekanan
puratanya ialah lebih daripada 28 N/ mm2 ( 400 psi ). Kadar resapan air ialah di antara
7 % hingga 16 % berat bata. Warna asli bata jenis ini adalah putih, tetapi boleh
dihasilkan dalam pelbagai warna iaitu dengan mencampurkan bahan-bahan pewarna.
(Tan Boon Tong, 1987 ).

2.5

Kerja Batu-bata Bertetulang.

Dalam pembinaan rumah kos rendah, ikatan antara batu-bata adalah sangat
penting untuk menjadikan sesuatu dinding itu kuat dan kukuh. Dalam kerja-kerja

23
penyambungan batu-bata, tetulang merupakan elemen yang penting untuk
disambungkan pada sambungan tersebut kerana ia menambah lagi kekuatan.

Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah besi bulat dan exmet. Bahan-bahan
tetulang ini ditempatkan pada sambungan bata ataupun melaui lubang dalam bata.
Tujuan kerja bata ini adalah untuk menahan tegasan tegangan selain daripada tegasan
mampatan.

Penggunaan bahan-bahan tertentu untuk kerja-kerja batu bertetulang mestilah


menggunakan mortar yang sesuai selain mortar kapur. Ini kerana mortar jenis ini akan
mengakibatkan kesan yang buruk kepada besi bertetulang yang digunakan. Bahanbahan tetulang mestilah ditutup dengan sempurna supaya ia tidak berkarat. Penggunaan
exmet bagi ikatan batu-bata biasanya ditempatkan pada tiap-tiap lapisan yang ketiga
atau keempat dalam sambungan mortar.

2.6

Penggunaan Mortar Dalam Pembinaan Masonry.

Mortar adalah bahan pengikat yang digunakan semasa menerap batu-bata.


Mortar dibuat dengan membancuh simen atau kapur, pasir dan air. Bahan-bahan yang
digunakan dan cara membancuhnya akan mempengaruhi kekuatan mortar dan
seterusnya mempengaruhi kekuatan dinding yang dibina. (Tan Boon Tong, 1987 ).
Rujuk Rajah 2.2 untuk memberikan gambaran tentang penggunaan mortar.

24

Rajah 2.2 : Penggunaan Mortar Untuk Kerja-Kerja Masonry

Jika nisbah campuran bancuhan mortar yang pekat digunakan untuk mengikat
bata yang kurang keras, ia mungkin mengalami keretakan pada permukaan dinding
disebabkan oleh pengecutan dan pengembangan yang tidak seimbang pada kedua-dua
jenis bahan itu. Sebaliknya jika bancuhan mortar yang kurang pekat digunakan untuk
bata keras , sambungannya tidak kekal dan kekuatan tembok akan terjejas. Oleh itu,
nisbah bancuhan mortar bagi tiap-tiap jenis kerja binaan hendaklah mematuhi perincian
yang telah ditetapkan.

Kegunaan pasir dalam mortar ialah untuk :

i.

Mengurangkan kecutkan mortar supaya keretakan dapat diatasi.

ii.

Mengurangkan perbelanjaan binaan kerana pasir lebih murah daripada


kapur dan simen.

iii.

Membantu pengerasan kapur tulen.

25
Terdapat beberapa jenis mortar yang lazim digunakan. Di antaranya ialah
mortar kapur, mortar kompo, mortar simen, mortar kalis air dan mortar tahan api.

2.7

Ikatan Bata

Kemahiran seseorang penerap bata adalah berkaitan dengan kerja mengikat


batu-bata dengan mortar dengan mengikut corak susunan yang tertentu supaya ia
mematuhi syarat-syarat seperti kekuatan dan corak rekaan yang dikehendaki. Kekuatan
sesuatu kerja batu-bata bergantung kepada ikatannnya. Ikatan ini adalah susunan bata
secara berlekap dan tindih menindih antara satu sama lain supaya tidak ada sambungan
tegak yang berterusan. Rajah 2.3 menunjukkan contohcontoh ikatan bata untuk
pembinaan yang melibatkan masonry.

Ikatan Sisi Bata

Ikatan Flemish

Rajah 2.3 : Contoh-Contoh Ikatan Untuk Kerja-Kerja Masonry

Sesebuah dinding atau tembok dibina dengan unit bata yang banyak. Oleh
sebab itu, kekukuhannya bergantung kepada susunan bata dan mortar yang melekatnya.

26
Oleh yang demikian, jenis ikatan yang berlainan direka sesuai dengan keadaan yang
berlainan.

Dalam sistem pembinaan rumah kos rendah, ikatan yang lazim digunakan
adalah seperti ikatan sisi bata. Ikatan sisi bata digunakan dengan meluasnya kerana ia
mampu menyokong berat yang lebih seperti dinding sesekat.

Struktur susunan yang mudah dan tidaklah serumit jenis-jenis susunan yang lain
membuatkan jenis ikatan ini menjadi pilihan. Ketebalan dinding yang biasa yang
menggunakan jenis ikatan ini adalah dengan ketebalan bata atau 112.5 mm (4 ) dan
lekapnya ialah bata. (Mat Lazim Zakaria, 1987 ).

2.8

Melepa

Melepa adalah sejenis kerja kemasan pada tembok atau dinding di mana
permukaan yang tidak rata dan cantik perlu ditutupi dan dilindungi. Kerja-kerja melepa
dilakukan dengan bahan pelekat yang dinamakan lepa.

Tujuan melepa dinding adalah untuk melindungi atau menutupi kerja-kerja bata
ataupun konkrit yang kurang elok. Selain itu, ia juga bertujuan melindungi atau
menutupi bahan binaan yang rendah mutunya. Dengan melepa juga sesuatu permukaan
dinding akan lebih cantik, lurus, rata serta licin. Ia juga turut melindungi daripada
cuaca supaya lebih tahan lama dan lasak dan sekaligus memberi alas yang sesuai untuk
proses mengecat dilakukan.

27
Terdapat tiga jenis lepa yang biasa digunakan dalam pembinaan rumah kos
rendah di Malaysia. Antara jenis-jenis lepa yang biasa digunakan adalah seperti lepa
kapur, lepa gypsum dan lepa simen. (Tan Boon Tong, 1987 ).

Lepa kapur mengandungi kapur, pasir dan air yang dibancuhkan mengikut
nisbah yang tertentu. Ia merupakan lepa yang terkenal sebelum simen dihasilkan. Lepa
simen juga merupakan antara yang biasa digunakan. Kerja melepa ini dilakukan
sebanyak tiga lapisan. Lapisan pertama dinamakan lapisan lepaan, lapisan kedua
dinamakan lepaan antara dan lepaan yang ketiga dinamakan lapisan kemasan.

Manakala lepa gypsum pula adalah lepa yang berasaskan sejenis mineral yang
dikenali sebagai kalsium sulfat. Bahan ini mengeluarkan air apabila dibakar dan turut
meninggalkan serbuk putih yang dikenali sebagai plaster of Paris. Ia sesuai untuk
melepa pada kawasan yang kecil memandangkan keadaannya yang cepat mengeras.
(Tan Boon Tong, 1987 ).

2.9

Peralatan Asas Yang Digunakan Dalam Pembinaan Masonry

Terdapat pelbagai jenis alatan yang digunakan untuk menghasilkan struktur


masonry. Peralatan ini penting supaya struktur yang dibina dapat disiapkan pada masa
yang telah ditetapkan. Dengan kata lain, ia dapat memudahkan atau mempercepatkan
proses pembinaan rumah. Tanpa peralatan yang sesuai kemungkinan besar rumah yang
bakal dihasilkan kelak akan tergendala dan proses untuk menyiapkannya mengambil
masa yang lama.

28

Rajah 2.4 : Peralatan Tangan Untuk Kerja-Kerja Masonry

Oleh itu, pemilihan alatan yang sesuai amatlah penting. Di antara peralatan
yang asas yang biasa digunakan untuk mempercepatkan kerja-kerja masonry ialah
seperti mesin menggaul konkrit, perancah, dan sebagainya. Selain alatan asas tersebut,
terdapat alatan tangan yang biasa digunakan untuk mempercepatkan proses-proses
pembinaan. Di antara alatan tangan tersebut adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.4.

Selain peralatan seperti yang telah disebutkan, penggunaan loji juga penting
dalam pembinaan sesuatu rumah. Ia turut membantu dalam mempercepatkan proses
pembinaan. Loji-loji tersebut boleh disewa atau dibeli. Ia bergantung kepada jenis
projek yang dijalankan dan juga modal yang ada. Sekiranya patut dibeli dan
menguntungkan, maka eloklah dibeli sahaja. Jika tidak, disewa sudah memadai.

29
2.10

Tenaga Kerja

Dalam sektor pembinaan di Malaysia, kerahan tenaga pekerja sangat diperlukan


untuk menghasilkan bangunan yang berkualiti. Sejarah telah membuktikan bahawa
struktur pembinaan tamadun awal dunia juga menggunakan buruh manusia untuk tujuan
pembinaan.

Sebagai contoh tamadun Mesir. Pada suatu ketika dahulu tamadun tersebut
telah menggunakan tenaga manusia untuk membina Piramid di mana bangunan tersebut
merupakan mercu tanda dan juga keagongan negara mesir pada masa sekarang.
Kerahan tenaga manusia ini berlaku daripada bermulanya proses batu-bata dibuat
sehinggalah sesuatu bangunan itu siap dan boleh diduduki.

Secara tradisi, pekerja mahir dan pekerja yang kurang mahir diperlukan dalam
proses pengeluaran batu-bata. Pekerja mahir biasanya diperlukan dalam proses
pembakaran, di mana pembakaran harus dikawal dengan sempurna untuk menjamin
kualiti batu-bata yang baik. Manakala, pekerja yang kurang mahir pula menjalankan
kerja-kerja menyusun, mengangkut dan memilih batu-bata mentah atau yang siap
dibakar.

Dalam pembinaan masonry khususnya, kebanyakkan pekerja yang digunakan


adalah pekerja dari luar atau buruh asing. Biasanya buruh dari luar ini hanya
mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu sahaja dan pekerjaan mereka terbatas
mengikut pengkhususan tertentu sahaja. Rata-rata buruh asing di Malaysia
menggunakan kepakaran untuk mengikat bata dan ada juga yang mahir dalam bidangbidang tertentu sahaja. Kepakaran dan kemahiran yang ada pada seseorang buruh itu
akan membuatkan perjalanan sesuatu projek itu menjadi lancar tanpa gangguan.

30
2.11

Penggunaan Blok Konkrit Dalam Perumahan Kos Rendah.

Penggunaan blok konkrit sebagai bahan binaan utama untuk dinding atau
tembok telah lama diperkenalkan di Malaysia. Ia telah digunakan dengan meluas
terutamanya untuk sistem perumahan kos rendah di Malaysia.

Penggunaan blok konkrit adalah sangat popular di Australia, Eropah dan Asia
Tengah dan ia sedang giat mendapat tempat di dalam industri pembinaan kerana kecepatan
dalam pembinaan dan versatility" di dalam rekabentuk. Produktiviti dan penggunaan
konkrit blok telah dijalankan lebih daripada 20 tahun di Malaysia dan telah mencapai
sedikit sambutan dalam beberapa tahun ini.

Sejak dulu lagi, pihak kerajaan melalaui Jabatan Perumahan, Perancangan dan
Pembangunan telah memberikan penekanan terhadap penggunaan blok konkrit di dalam
industri pembinaan (UNDP/UNIDO, 1990). Polisi projek perumahan untuk rumah kos
rendah telah menyumbang kepada peningkatan produktiviti blok konkrit di Malaysia.

Di Malaysia , kebanyakan konkrit blok digunakan untuk dinding tidak tanggung


beban. Blok konkrit dengan dimensi 437 x 212 x 100 mm digunakan untuk dinding
pembahagi luaran sementara blok konkrit dengan dimensi 400 x 200 x 100 mm
digunakan untuk dinding pembahagi dalaman. Rajah 2.5 menunjukkan proses
pembinaan dinding dengan menggunakan blok konkrit.

31
Untuk kebanyakkan pengusaha konkrit blok, saiz dimensi 600 mm x 200 mm
dengan ketebalan 50 mm hingga 250 mm dikeluarkan dan digunakan untuk dinding
luaran dan dalaman, dinding tanggung beban dan dinding tidak tanggung beban. Tahap
penggunaan blok konkrit di Malaysia boleh dilihat dari segi banyaknya penggunaan di
dalam pembinaan di negara kita.

Secara amnya, blok konkrit yang dihasilkan mempunyai saiz tertentu seperti 8
x 16. Terdapat blok konkrit yang biasa mempunyai 16 inci panjang, 8 inci tinggi dan
lebar antara 4, 12, dan 16 inci. (Enward J. Henddy dan Peter Peterson, 1990). Bagi
pembinaan dinding atau tembok bangunan, saiz yang biasa digunakan adalah 8 inci
lebar. Rajah 2.6 menunjukkan penghasilan dinding menggunakan blok konkrit.
Pemililihan saiz blok konkrit bergantung kepada jenis dan ketinggian struktur dinding
bangunan tersebut. (Enward J. Henddy dan Peter Peterson, 1990).

Penggunaan blok konkrit adalah sesuai untuk rumah kos rendah memandangkan
kosnya yang murah dan agak berpatutan. Selain faktor kos, keadaan blok itu sendiri
yang ringan dan mudah dikendalikan membuatkan blok konkrit ini menjadi pilihan
untuk tujuan pembinaan bangunan khususnya dinding ataupun tembok.

Keadaan blok konkrit yang berongga di bahagian dalamnya membuatkan blok


tersebut ringan dan mudah pecah. Pengendalian dengan berhati-hati diperlukan supaya
blok tersebut tidak pecah dan pembaziran boleh dielakkan. Selain itu, keadaannya yang
bersaiz besar turut membantu dalam mempercepatkan lagi pembinaan bangunan.

32

Rajah 2.5 : Proses pembinaan dinding menggunakan blok konkrit

Rajah 2.6 : Blok Konkrit disusun dengan rapi untuk dijadikan dinding.

33
2.12

Faktor-Faktor Pemilihan Blok Konkrit.

Sebagai contoh, di Malaysia, pembangunan di dalam industri pembinaan blok


konkrit sedang berkembang. Dalam Rancangan Malaysia ke Tujuh dari 1996 hingga
2000, jumlah keperluan perumahan untuk 5 tahun adalah seperti yang ditunjukkan di
dalam Jadual 2.4 berikut :

Jadual 2.4 : Keperluan Perumahan di Malaysia


Jenis Keperluan

Bilangan (Unit)

Rumah kos rendah awam dan persendirian

120,000

Perumahan awam oleh agensi-agensi

110,000

Rumah persendirian kos sederhana dan kos

570,000

Jumlah

800,000

Sumber : Rancangan Malaysia ke Tujuh dari 1996 hingga 2000.

Kebanyakkan pembangunan rumah kos rendah dibina dengan menggunakan blok


konkrit seperti blok konkrit berongga. Antara 50% atau lebih daripada sektor perumahan
awam menggunakan blok konkrit. Untuk satu tahun sebanyak 70,000 unit diperlukan dan
jumlah kawasan yang diperlukan untuk binaan suatu rumah dengan menggunakan blok
yang bersaiz 400 x 200 x 100 mm. Saiz ini merupakan saiz yang biasa digunakan untuk
pembinaan rumah kos rendah.

Jumlah keperluan blok konkrit adalah sebanyak 45.5 juta blok. Keperluan tahunan
simen yang ditetapkan ialah sebanyak 75,000 ton. Pengeluaran tahunan produktiviti
Malaysia adalah sebanyak 5.5 juta ton. Pengeluaran simen adalah mencukupi untuk
pemintaan industri pembinaan dan adalah mencukupi untuk menyumbang ke arah

34
produktiviti blok konkrit di negara kita. Pasir mudah didapati dengan banyaknya di sungai
sebagai pasir sungai dan pasir bekas lombong. (UNDP/UNIDO, 1990).

Kilang pembuatan blok konkrit boleh dijalankan secara tempatan dan adalah
mudah didapati. Ia mengambil kira-kira lima orang untuk ditugaskan di tapak bina untuk
proses pengeluaran blok konkrit. Pengeluaran blok konkrit pada masa kini adalah secara
pembinaan sendiri dan kilang pengeluaran blok konkrit yang tetap. Blok konkrit akan
dikeluarkan apabila diperlukan, ini bermakna tiada kadar produktiviti yang tetap.

Di Malaysia blok konkrit digunakan sebagai bahan pengisi (in filling) untuk
dinding untuk rumah kos rendah. Terdapat banyak kegunaan blok untuk tujuan-tujuan
lain. Setakat ini kira-kira 30% bahan pembinaan dinding adalah dibina dengan
menggunakan blok konkrit dan ia sedang meningkat sebanyak 2% kerana peningkatan
dalam permintaan pembinaan rumah kos rendah yang telah diberikan perhatian oleh pihak
kerajaan. (Jabatan Perumahan Negara, 2004).

Sebanyak 2/3 daripada jumlah blok konkrit yang dikeluarkan digunakan untuk
pembinaan rumah kos rendah awam dan 1/3 digunakan untuk pembinaan rumah kos rendah
persendirian. Perbandingan dibuat antara penggunaan blok konkrit di negara lain dengan
Malaysia, satu format untuk analisis telah disediakan. Formatnya adalah seperti untuk
menentukan keperluan perumahan dalam unit untuk satu tahun di dalam sesuatu negara.
Faktor-faktor yang mempengaruhi produktiviti adalah seperti :

i.

Bahan pembinaan industri

ii.

Industri pembinaan

iii.

Kewangan

iv.

Keperolehan tanah

v.

Pengurusan

35
vi.

Teknologi

vii.

Lain-lain

Keperluan, kapasiti pengeluaran dan juga kekurangan dapat mempengaruhi


penggunaan blok konkrit di Malaysia. Apabila kekurangan ini dapat dikenalpasti
maka langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaannya dapat diambil.

Di dalam industri pembinaan juga, kos memainkan peranan yang amat penting di
dalam menentukan pemilihan bahan binaan yang hendak digunakan. Pada kebiasaanya,
bahan yang murah akan dipilih sebagai bahan yang akan digunakan di dalam sesuatu
pembinaan.

Oleh yang demikian pemilihan blok konkrit ini mempunyai faktor-faktor khusus
mengapa ia dipilih untuk pembinaan rumah kos rendah di Malaysia. Faktor- faktor ini
dapat disimpulkan seperti dalam senarai di bawah.

i.

Ringan(Bahan-bahan abundant" yang digunakan membantu untuk


mengurangkan berat dan memudahkan pengendalian dan meningkatkan
produktiviti).

ii.

Menjimatkan masa (Menjimatkan masa di dalam masa pembinaan


dinding).

iii.

Mengurangkan kerja memplaster (Menjimatkan kerja memplaster


yang tidak perlu dilakukan ke atas permukaan blok).

iv.

Kualiti yang lebih baik (Penggunaan bahan tambah yang mematuhi


pengawalan standard seterusnya meningkatkan kualiti blok konkrit).

v.

Kecepatan masa pemasangan.

vi.

Kurangnya kerja penyelenggaraan.

36
2.13

Masalah Dalam Pembinaan

Untuk membolehkan pembinaan sesuatu projek pembinaan masonry dijalankan


dengan cekap dan teratur, perancangan adalah penting. Dengan perancangan, hasil
kerja yang diperolehi biasanya berkualiti dan membanggakan. Biasanya perancangan
ini, mempunyai beberapa peringkat yang penting. Jika salah satu peringkat ini tidak
dilaksanakan, maka projek tersebut gagal disiapkan mengikut masa yang telah
ditetapkan. Terdapat pelbagai masalah yang dapat menggagalkan sesuatu projek itu.
Antaranya ialah :

2.13.1 Pengurusan

Pengurusan yang teliti penting dalam mempercepatkan proses pembinaan.


Biasanya masalah terjadi apabila berlakunya salah paham antara penyelia tapak dengan
orang bawahannya. Keadaan ini terjadi apabila orang bawahan tidak menjalankan kerja
yang diberikan oleh penyelia tapak dan tidak mengikut apa yang disuruh olehnya.
Dengan ini, kerja yang dihasilkan tidak memenuhi kehendak yang dikehendaki. Selain
itu, berlaku juga pertindihan atau penyamaan kerja. Apabila perkara sebegini terjadi
segala kerja-kerja yang sepatutunya siap mengikut jadual yang telah ditetapkan terpaksa
ditangguhkan. Untuk mengatasi masalah, pengagihan kerja perlu disusun semula
supaya kerja dapat berjalan dengan lancar kembali.

37
2.13.2 Buruh

Masalah yang lazim terjadi yang melibatkan buruh adalah pergaduhan sesama
sendiri. Selain itu, terdapat juga buruh yang kurang mahir dalam sesuatu kerja penting
yang boleh melambatkan proses penyiapan sesuatu projek. Ketiadaan permit kerja juga
boleh membawa masalah besar di tapak pembinaan.

2.13.3 Bahan Mentah

Berlaku penipuan bahan mentah apabila terdapat bahan mentah yang kurang
berkualiti dan tidak wajar dengan harga sebenarnya. Selain tu, masalah juga timbul
apabila penghantaran bahan mentah tidak mengikut waktu yang ditetapkan. Terdapat
juga kes bangunan runtuh kerana adanya penipuan dari segi campuran bahan semasa
pembinaan dijalankan.

2.13.4 Modal

Kekurangan modal boleh menyebabkan masalah besar kepada projek kerana


untuk menghasilkan bangunan yang berkualiti, mestilah memerlukan modal yang besar.
Selain itu, kekurangan modal juga boleh menyebabkan para perkerja memberontak
kerana gaji tidak dibayar mengikut masa.

38
2.13.5 Loji dan Peralatan

Kekurangan peralatan dan loji menyebabkan banyak perkerjaan tertangguh.


Selain itu, penggunaan loji yang tidak sesuai dengan kerja kerana untuk menjimatkan
kos adalah tidak praktikal sama sekali. Loji yang agak lama digunakan memerlukan
penyelenggaraan dan baik pulih secara berterusan.

2.13.6 Keselamatan

Terdapat para pekerja tidak dilatih dan tidak mahir dalam mengendalikan loji.
Terdapat juga para pekerja yang tidak menitikberatkan soal keselamatan dengan tidak
memakai topi dan kasut keselamatan. Selain itu, ada pihak terbabit tidak menyediakan
insuran kepada pekerja menyebabkan keselamatan pekerja tidak terjamin.

2.14

Kesimpulan

Berdasarkan fakta yang diperoleh, perumahan kos merupakan perumahan yang


menjadi pilihan pengguna kerana berdasarkan harganya yang murah dan penggunaan
bahan yang berkualiti. Penggunaan masonry untuk perumahan kos rendah menjadi
punca keberkesanan dam industri pembinaan. Terdapat pelbagai kebaikan penggunaan
masonry dalam pembinaan , di antaranya ialah mudah didapati, kosnya murah,
pembinaannya tidak memerlukan pemasangan formwork dan sebagainya.

39
Untuk menghasilkan struktur dinding masonry yang berkualiti tinggi, gabungan
antara batu-bata, mortar, jenis ikatan batu-bata dan lain-lain lagi adalah sangat penting.
Tanpa salah satu elemen tersebut, struktur masonry seperti dinding tidak dapat berdiri
dengan teguhnya.

Selain itu, pemilihan peralatan, loji, tenaga buruh dan sebagainya turut
membantu meningkatkan lagi kualiti pembinaan. Ia turut membantu dalam
mempercepatkan lagi proses pembinaan.

Penggunaan jenis-jenis batu-bata tertentu mengikut kesesuaian turut membantu


dalam memperkukuhkan lagi struktur bangunan dan sekaligus meningkatkan lagi
penggunaan masonry di Malaysia.

You might also like