You are on page 1of 7

Ensiklopedia Prosedur dan Undang-undang Perancangan Bandar dan Desa

9.7

GARIS

PANDUAN

KAWASAN

KOLAM

TAKUNGAN

SEBAGAI SEBAHAGIAN TANAH LAPANG

Garis Panduan Kawasan Kolam Takungan


Sebagai Sebahagian Tanah Lapang
Bilangan

JBPD 4/97

Tarikh Keluaran

1997

Pengubahan

Tiada

Pemakaian

Semua Negeri di Semenanjung Malaysia

Latar Belakang

Kerajaan melalui Jemaah Menteri telah mewajibkan


pihak pemaju menyediakan kolam takungan bagi
pembangunan sesuatu perumahan, industri dan
pertanian tertentu.

Kandungan

1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0

Tujuan
Latar Belakang
Definisi Kolam Takungan dan Tanah Lapang
Prinsip Perancangan
Garis Panduan Umum
Garis Panduan Khusus

9-07-1

Garis Panduan Perancangan

Penyediaan kolam takungan air adalah merupakan satu daripada


langkah kejuteraan bagi mengawal masalah banjir khususnya di
kawasan perbandaran. Ini adalah kerana didapati kadar air larian
(surface run off) adalah lebih tinggi di sesuatu pembangunan berbanding
dengan kawasan yang belum dibangunkan. Maka, rasional mengadakan
kolam takungan ialah untuk menahan air bagi beberapa jam supaya
saliran perparitan dan sungai sempat mengalir keluar ke lautan tanpa
mengakibatnya berlakunya banjir.

Dengan ini garis panduan ini telah disediakan untuk membantu


Pihak Berkuasa Negeri dan pihak berkuasa peracangan tempatan dalam
mengawal penyediaan kolam takungan sebagai sebahagian tanah lapang.
Garis panduan umum yang disediakan merangkumi luas kawasan
maksima

yang

dibenarkan,

peratusan

tanah

lapang

yang

perlu

disediakan, saiz minima tanah lapang, faktor-faktor perletakan kolam


takungan, dan sebagainya. Di samping itu, garis panduan khusus juga
disediakan merangkumi aktiviti-aktiviti yang sesuai, rezab untuk tujuan
landskap, reka bentuk, pengekalan keadaan topografi asal, pengawalan,
pengekalan pokok sediada dan sebagainya. Di bawah merupakan
penerangan ke atas terminologi yang dipakai:

Kolam
Takungan
(Detention
pond):

Sebuah kolam yang digunakan untuk menahan air, bagi


beberapa jam supaya saliran perparitan dan sungai
sempat mengalirkan air larian (surface run-off) ke
lautan.

Tanah
Lapang:

Mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976


(Pindaan 1995) ditakrifkan sebagai mana-mana tanah
samada dikepong atau tidak yang dikhaskan atau
direzabkan untuk dikhaskan keseluruhannya atau
sebahagiannya sebagai sesuatu taman bunga awam,
tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam
atau sebagai sesuatu tempat awam.

9-07-2

Ensiklopedia Prosedur dan Undang-undang Perancangan Bandar dan Desa

9.7.1 GARIS PANDUAN UMUM

Garis panduan umum adalah seperti berikut:

1. Kolam

takungan

perlu

disediakan

untuk

semua

kawasan

pembangunan perumahan dan industri yang melebihi 10 hektar (25


ekar)
2. Luas kawasan maksima yang dibenar ialah 30 peratus daripada
peruntukan tanah lapang.
3. Penyediaan Kolam Takungan sebagai sebahagian tanah lapang
dibolehkan apabila tujuh (7) peratus tanah lapang disediakan terlebih
dahulu dan selebihnya iaitu tiga (3) peratus boleh diintegrasikan
dengan kegunaan air termasuk kolam takungan mengikut garis
panduan yang ditetapkan (rujuk Rajah 9.12 dan Rajah 9.13).

4. Saiz minima tanah lapang setelah diperuntukan untuk kolam


takungan tidak kurang daripada saiz padang bola sepak.
5. Perletakan kolam takungan hendaklah mengambilkira aspek-aspek
berikut:
-

Perletakan yang sesuai mengikut keadaan topografi dari segi


saliran semulajadi;

Mudah sampai, agar ramai yang boleh berkunjung dan menikmati


kemudahan tersebut; dan

Lokasi yang dapat menampung saliran dari sekitar pembangunan.


Seboleh-bolehnya

di

kawasan

yang

sesuai

menjadi

kolam

takungan semulajadi.
6. Rekabentuk kolam hendaklah boleh menakung air selama 5 jam
sebelum ia dikeluarkan ke sungai;
7. Sebahagian kolam hendaklah bercirikan wet pond.
8. Antara kegunaan tanah atau aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan
ialah kediaman, industri dan komersial secara kekal dan intensif.
9. Kolam takungan hendaklah dibina berasaskan ciri-ciri ekonomi iaitu
dari segi kos penyediaan dan penyelenggaraan, supaya sesuai

9-07-3

Garis Panduan Perancangan

diterima dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rajah 9.12: Kawasan Perancangan Kolam Takungan Dalam Tanah


Kawasan Lapang

Kriteria
Kolam
Takungan

Kriteria
Tanah
Lapang

Keadaan di mana kolam takungan


dapat dirancang sebagai sebahagian tanah lapang

Rajah 9.13: Prinsip Perancangan Kolam Takungan Bersama Dengan Tanah


Lapang
PERANCANGAN KOLAM
TAKUNGAN
PERANCANGAN TANAH
LAPANG

ANALISA TERRAIN/
HYDROLOGI
ACCESSIBLE KEPADA
ORANG RAMAI

KAWASAN YANG SESUAI UNTUK


KOLAM TAKUNGAN
KAWASAN SESUAI SEBAGAI
TANAH LAPANG

KELUASAN DIPERLUKAN
SESUAI UNTUK KOLAM
TAKUNGAN

KELUASAN DIPERLUKAN

10%

3% - 5%
KOLAM TAKUNGAN DALAM
SEBAHAGIAN TANAH LAPANG

9-07-4

JENIS TANAH
LAPANG
DIPERLUKAN

Ensiklopedia Prosedur dan Undang-undang Perancangan Bandar dan Desa

Garis

panduan

penyediaan

kolam

takungan

sebagai

sebahagian tanah lapang tidak perlu digunapakai di


kawasan dan keadaan berikut:

1. Pembangunan di luar bandar yang mana saliran tidak mempunyai


masalah untuk menampung storm run-off
2. Kawasan yang mempunyai kolam semulajadi atau kolam bekas
lombong yang boleh berfungsi sebagai kolam takungan (yang boleh
dipasang dengan mechanism untuk mengawal saliran air di
dalamnya)
3. Pembangunan

yang

telah

menyediakan

alternatif

lain

untuk

mengawal tambahan saliran larian umpamanya dengan penakungan


di atas bumbung, atau tingkat bawah, kolam khas atau langkahlangkah lain yang lebih inovatif yang dapat menjalankan fungsi
kolam takungan.
4. Pembangunan di kawasan perindustrian yang boleh mengambilkira
recycling process di mana air larian disalurkan untuk bekalan air
atau untuk Janakuasa bagi penggunaan industri tersebut;
5. Kawasan tanah lapang yang disediakan untuk permainan kanakkanak

kerana

keluasan

yang

kecil

dan

tidak

sesuai

untuk

diintegrasikan.

9.7.2 GARIS PANDUAN KHUSUS

Garis Panduan Khusus penyediaan kolam takungan sebagai


sebahagian daripada tanah lapang adalah seperti berikut:

i.

Perancangan kolam takungan bersama dengan tanah lapang hanya


boleh disetempatkan sekiranya kriteria untuk kedua-dua adalah
sesuai. Jika tidak masing-masing hendaklah disediakan secara
berasingan;

9-07-5

Garis Panduan Perancangan

ii.

Sekiranya peruntukan 30 peratus dari tanah lapang tidak dapat


menampung keperluan kolam takungan setempat maka bakinya
disediakan secara berasingan;

iii.

Keperluan kolam takungan boleh disyaratkan bagi kategori tanah


lapang ialah seperti Taman Negara, Taman Wilayah, Taman
Bandar dan Taman Kejiranan.

iv.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai dan boleh dijalankan di kawasan tanah


lapang yang diintegrasikan dengan kolam takungan ini ialah:
taman rekreasi (termasuk rekreasi air seperti `boating' dan tempat
memancing), tempat beristirehat, tempat berkelah, dan laluan
jogging.

v.

Kawasan kolam takungan hendaklah mempunyai rezab yang


minima bagi tujuan landskap dari segi rekreasi dan pengekalan
habitat. Penanaman pokok-pokok perlu diadakan dengan kombinasi
elemen landskap seperti papan tanda, tempat duduk, siar kaki, jeti
dan perabut landskap yang lain.

vi.

Keadaan semulajadi rezab kolam takungan hendaklah dikekalkan


sebagai kawasan air dan kawasan hijau untuk pembiakan flora dan
fauna serta kehidupan air. Pembinaan struktur konkrit di
tebing-tebing kolam takungan adalah dihadkan;

vii.

Rekabentuk

kolam

takungan

hendaklah

mengikut

piawaian

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenai perkara-perkara


berikut: iaitu struktur kejuruteraan, termasuk pengiraan kapasiti
kolam takungan; rekabentuk kecerunan dan alat-alat mekanikal
yang diperlukan untuk mengawal air.
viii . Rekabentuk kolam hendaklah mengikut kala ulangan (return
period) 20 tahun (1:20 years storm) dan disemak untuk kala
ulangan 100 tahun (1:100 storm);
ix.

Keadaan topografi asal tanah hendaklah dikekalkan seberapa yang


boleh. Sebarang pindaan terhadap topografi asal hendaklah
dilaksanakan pada kadar yang minima hanya boleh dibenarkan
bagi tujuan penyediaan infrastruktur asas seperti jalan dan
pembinaan struktur yang terbabit sahaja;

9-07-6

Ensiklopedia Prosedur dan Undang-undang Perancangan Bandar dan Desa

Pengawalan

yang

sewajarnya

hendaklah

diberikan

kepada

pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di tapak dan


persekitarannya.
dijalankan

Sebarang

mestilah

pemotongan

mematuhi

sekiranya

hendak

kehendak-kehendak

yang

ditetapkan;
xi.

Pemaju perlu memastikan kumbahan, bahan buangan daripada


kediaman, industri dan pelbagai yang dicadangkan tidak akan
dialirkan ke dalam kolam takungan;

xii.

Kawasan

tanah

lapang

utama

(termasuk

kolam

takungan)

hendaklah dijadikan sebagai tumpuan utama dalam perancangan


pembangunan baru. Bangunan-bangunan dan jalan-jalan perlu
menghadap kolam takungan;
xiii. Permukaan tanah yang terdedah hendaklah ditanam dengan
rumput atau tanaman penutup bumi yang bersesuaian;

9-07-7

You might also like