You are on page 1of 1

HII SHIN FEI

D20141066867
REFLEKSI DIRI KUMPULAN LAWATAN SATU

Pada 10 Oktober 2014 yang lepas, kumpulan kami telah memgadakan lawatan ke Spastic
Children's Association of Selangor and Federal Territory. Kawasan lawatan kita terletak di
Petaling Jaya, Selangor dan kita telah gagal sampai ke destinasi pada masa yang ditetapkan atas
masalah-masalah tertentu. Namun begitu, lawatan kita telah berjaya dilaksanakan dengan lancar
dan saya agak berpuas hati dengan hasilnya. Hal ini disebabkan, lawatan ini merupakan lawatan
kita yang pertama sepanjang lima minggu berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Dalam lawatan ini, saya sebagai ajk cenderahati bersama seorang kawan iaitu Syamimi
telah menjalankan tugas kami. Ini merupakan kali pertama saya menjadi ajk cenderahati jadi
saya rasa tugasan ini agak mencabar bagi saya. Dalam penyediaan cenderahati ini, berlaku
banyak kekangan yang tidak dapat kita jangkakan. Antaranya adalah cenderahati yang
dicadangkan tidak didapati dan memerlukan masa serta bajet yang banyak.
Selain itu, bilangan peserta yang akan menyertai aktiviti kita belum dikenalpasti
sepenuhnya juga telah menyukarkan penyediaan jumlah cenderahati. Dalam keadaan ini, kami
telah mendapatkan pandangan dalam kalangan ahli kumpulan dan turut meminta nasihat
daripada pensyarah kami sendiri iaitu Cik Siti Rokiah. Setelah beberapa hari, kami mendapatkan
maklumat baru berkenaan jumlah peserta daripada pengarah program iaitu seramai 67 orang
yang telah bertambah separuh daripada bilangan peserta sebelum ini. Hal ini telah menyusahkan
kami kerana kami menghadapi kekangan dari segi masa dan bajet yang diperuntukkan. . Oleh itu,
kami terpaksa mencari cenderahati yang lain iaitu lebih mudah didapati dan murah sebagai ganti.
Akhirnya, kita berjaya menyediakan kesemua cenderahati atas kerjasama beberapa ajk
yang lain. Walaupun letih dan tugasan kami yang banyak belum siap tapi kami berasa gembira
dan bersyukur apabila penyediaan cenderahati ini telah siap. Harga cenderahati yang disediakan
ini tidak seberapa namun kita sediakan dengan hati yang ikhlas. Apabila budak-budak menerima
cenderahati dengan gembira saya pun berasa berpuas hati. Keadaan ini menjelaskan usaha kita
selama ini tidak sis-sia.
Di sini saya ingin merakamkan sejuta terima kasih kepada Cik Siti Rokiah atas nasihat
dan bantuan beliau sepanjang persediaan lawatan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada setiap ajk yang telah membantu dalam penyediaan cenderahati ini. Secara
keseluruhannya, saya agak berpuas hati dengan kerja saya walaupun tidak sempurna sangat dan
berharap akan membaiki kelemahan saya kearah yang lebih baik pada masa hadapan.

You might also like