You are on page 1of 11

Kertas 3 Sejarah SPM 2014

TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia
Berdaulat.
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia
telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

Aspek

Perincian

Markah

Pengenalan

1. Demokrasi berparlimen di Malaysia

5 markah

Isi dan
huraian

2. Ciri-ciri demokrasi berparlimen.

25 markah

3. (soalan menganalisis salah satu dari ciri-ciri demokrasi


berparlimen)

30 markah

(i). Perlembagaan melindungi kepentingan rakyat.


a. Keluhuran perlembagaan
b. Kepentingan perlembagaan
c. Pindaan Perlembagaan
(ii) Bidang kuasa Yang Dipertuan Agung (YDPA) mengikut
Perlembagaan Malaysia.
(iii) Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dengan
konsep pengasingan kuasa.
a. Badan Perundangan
b. Badan Pelaksana
c. Badan Kehakiman

8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.


a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang
lebih harmoni dan stabil.

10 markah
10 markah
5 markah

5 markah

Kesimpulan

10 markah

Page

(iv) Sistem pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat


untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau
persekutuan.
a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecil
b. Proses Pilihan Raya
c. Syarat calon dan pengundi
4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang
mengamalkan demokrasi berparlimen.
5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi
berparlimen.
6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah
untuk mengatasi cabaran tersebut.
7. Nilai-nilai murni.

Kertas 3 Sejarah SPM 2014

SKEMA JAWAPAN KERTAS 3 SEJARAH SPM 2014


1. Demokrasi berparlimen di Malaysia

( 5 markah )

Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen


dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan
negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat
bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak menyokong,
mengekalkan, atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Sistem ini
berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.

2. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen

( 25 markah )

1. PERLEMBAGAAN
Maksud perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas
kepada pembentukan sesebuah negara. Tujuan perlembagaan menjadi dokumen rasmi
negara. Terdiri daripada segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan
untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan
mengetahui hala tuju pentadbiran negara. Menjamin kerajaan menunaikan
tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.
Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963 yang mempunyai 183
perkara. Perlembagaan ini terdiri daripada peruntukan seperti Senarai Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama.Mempunyai institusi Yang di Pertuan
Agung, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Perlembagaan Malaysia telah
membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
2. RAJA BERPERLEMBAGAAN
Maksud Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut
peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan Yang di Pertuan Agong diwujudkan
sejak tahun 1957. Yang diPertuan Agong merupakan tonggak negara dan ketua utama
negara. Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Yang di Pertuan Agong bertindak
berdasarkan perlembagaan dan atas nasihat Pedana Menteri. Yang diPertuan Agong
tidak boleh bertindak sendiri kecuali perkara tertentu yang memerlukan budi bicara
baginda dalam membuat keputusan. Yang di Pertuan Agong dipilih daripada kalangan
sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri secara bergilir-gilir. Pemilihan
Yang di Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
3. KUASA PEMERINTAHAN
Malaysia merupakan negara Demokrasi Berparlimen yang mengamalkan konsep
pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga iaitu Badan
Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang
oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

Page

Pilihan raya adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada
peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit dengan
menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka

4. PILIHAN RAYA

Kertas 3 Sejarah SPM 2014

dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.
Pilihan raya merupakan ciri penting sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Pilihan raya
di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
5. PARTI-PARTI POLITIK
Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik,
untuk mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan
kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberi kesetiaan dan
komitmen terhadap perjuangan parti. Sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan
dan penyatuan ahli-ahli parti. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatu
dan memelihara kepentingan kaum masing-masing. Contoh parti UMNO untuk mewakili
orang Melayu, parti MCA mewakili kaum Cina dan pati MIC mewakili orang India.

3. (i) Perlembagaan melindungi kepentingan rakyat.


a ) Keluhuran perlembagaan
b ) Kepentingan perlembagaan
c ) Pindaan Perlembagaan

( 30 markah )

a) Keluhuran Perlembagaan
Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran
Perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau
perlembagaan itu sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi yang
dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan itu, semua
jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah
tidak sah.
Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan
Persekutuan. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan
dengan Perlembagaan Perekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk
membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah
dengan perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan
setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan
Malaysia.
b) Kepentingan perlembagaan

Page

Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi
kepada sebuah negara. Rakyatnya yang memegang matlamat yang sama supaya
semangat patriotisme dapat dibentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia
menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan
kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang
warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada
negara ini. Tujuaannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah
air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.

Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan politik sesebuah negara


dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan
membantu dalam menjamin kecekapan, pentadbiran dan pemerintahan sesebuah
kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya
pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.

Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini.
Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan,
beragama dan memiliki harta. Dengan ini, rakyat mengetahui had kebebasan
mereka disisi undang-undang.
Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang diPertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan
orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Hak istimewa tersebut ialah
pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan
serta pemberian lessen perniagaan dan perdagangan. Walaubagaimanapun,
perlembagaan juga memastikan Pekara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhatihati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum lain.
Perlembagaan Malaysia juga menjamin
kepentingan bersama antara Kerajaan
Perlembagaan menjadi rujukan utama
persekutuan dan negeri. Dengan cara
diselaraskan tanpa sebarang perbalahan.

kerjasama, kesepakatan, keadilan dan


Persekutuan dengan kerajaan Negeri.
dalam penggubalan undang-undang
ini sistem pentadbiran negara dapat

Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan


bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang
ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan
senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu
memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah.
c) Pindaan Perlembagaan
Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan ini
bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan
melicinkan urusan pentadbiran Negara. Perlembagaan perlu dipinda supaya
sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini juga
menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan
kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.
Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan
secara terbuka. Antara perkara sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh
dipersoalkan termasuklah pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa
Melayu dan hak istimewa orang Melayu.

Page

Pindaan Perlembagaan terbahagi kepada 4 kaedah pindaan. Kaedah pertama


dengan persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan
Persetujuan Majlis Raja-Raja. Antara perkara pindaan ialah tugas dan kuasa Majlis
Raja-Raja Melayu, kewarganegaraan, keutamaan Yang Di Pertuan Agong dan
Raja Pemaisuri Agong, Raja-raja dan Yang di Pertua Negeri, Kedudukan istimewa
orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah dan perubahan sempadan
negeri.

Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan


seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga
menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara
kaum di negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan
keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita. Antara pindaan terbesar
yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di
Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.

Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Kaedah kedua dengan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan
Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Antara perkara
pindaan ialah keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah Tinggi di Sarawak dan
Sabah. Seterusnya hak dan kuasa kepada kerajaan negeri tentang kuasa
menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah.
Kaedah ketiga dengan persetujuan lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen.
Antara perkara pindaan yang tidak di sebut dalam mana-mana tiga kaedah
pindaan
Kaedah keempat ialah persetujuan lebih suara dewan parlimen. Antara pindaan
yang boleh dibuat ialah pindaan perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam
perkara 74, parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai
perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Dalam
perkara 76, parlimen boleh membuat undang-undang dalam senarai Negeri yang
melibatkan pelaksanaan, perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan
mana-mana negara lain.

3. (ii) Bidang kuasa Yang Dipertuan Agung (YDPA) mengikut Perlembagaan Malaysia.
( 30 markah )
Mengikut Perlembagaan Malaysia, Yang Di-Pertuan Agung (YDPA) merupakan
ketua negara dan mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan,
Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman. YDPA merupakan satu daripada tiga
unsur parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan
parlimen. Selain itu, baginda merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. YDPA
berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap
kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
Di samping itu, baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan
dan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan majlis raja-raja Melayu
mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan,
kehormatan dan kemuliaan raja-raja Melayu.
Dalam pada itu, YDPA merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri,
Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Selain itu, YDPA
mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda juga,
mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan
Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.

Page

3. (iii) Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dengan konsep pengasingan


kuasa.
a. Badan Perundangan
b. Badan Pelaksana
c. Badan Kehakiman
( 30 markah )

Selain itu, YDPA boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undangundang X jika mendapati keselamatan negara terancam. Baginda juga melantik
pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan
Kehakiman, serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik peguam negara dan seorang
Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. YDPA mempunyai kuasa tertinggi untuk
mentauliahkan duta-duta negara kita.

Kertas 3 Sejarah SPM 2014

a. Badan Perundangan
Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan
perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsinya
ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan
rakyat. Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab
menggubal undang-undang. Terdiri daripada Yang di Pertuan Agong, Dewan
Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan Negara
Merupakan dewan tertinggi dalam system pemerintahan negara. Mempunyai 69
orang ahli, 26 dipilih dari 13 buah negeri. Yang lain dilantik oleh Yang diPertuan
Agong terdiri daripada individu yang member sumbangan cemerlang dalam
perkhidmatan awam, bidang professional atau bidang tertentu. 2 orang pula
dilantik mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan
Labuan. Ahli Dewan Negara digelar Senator dilantik tanpa bertanding dalam
pilihanraya. Senator memegang jawatan bagi tempuh 3 tahun dan berumur
sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan ahli Parlimen dan
boleh dilantik menjadi Jemaah Menteri.
Dewan Rakyat
Ahlinya dipilih melalui pilihanraya umum. Mempunyai 219 ahli yang mewakili
semua kawasan pilihan diseluruh negara. Tempuh jawatan adalah 5 tahun.
Tugasnya menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan
Rakyat. Undang-undang yang digubal oleh Parlimen dikenali sebagaiAkta,
manakala yang digubal Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen. Yang
digubal di Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dinamakan Ordinan.
b. Badan Pelaksana
Kabinet (Jemaah Menteri)
Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar
kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah
Menteri atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua
perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.
Kementerian

Page

Perdana Menteriatau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau


beberapa kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal
dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaraskan program pembangunan
ekonomi dan sosial negara kita. Pada masa ini terdapat dua puluh enam buah
kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. Setiap kementerian
diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh timbalan menteri, setiausaha
parlimen dan setia usaha politik. Seseorang menteri yang tidak diberikan tugas
dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio dan
diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Perkhidmatan Awam
Perkhidmatan Awam di Malaysia di ketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang
bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaaan.
Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha
Kementerian dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan
pegawai perkhidmatan awam. Kakitangan awam bertanggungjawab
melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan Kerajaan
Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian pada
kebiasaannya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.
Badan Berkanun
Merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.
Iamempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah
lembaga pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan.
Mereka
mempunyai
pelbagai
tugas
dan
tanggungjawab
untuk
mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan di bawah
rancangan lima tahun kerajaan. Contoh nya Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia (MIDA), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Suruhanjaya
Ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan
memantau disiplin kakitangan awam. Contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
c. Badan Kehakiman

Page

Sistem mahkamah diwujudkan untuk melaksanakan tugas kehakiman. Tugas


mahkamah pula mentafsir perlembagaan negara, mentafsir undang-undang,
mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
Negeri dan mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undangundang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana pindaan
tertakluk pada badan perundangan atau parlimen. Sistem mahkamah di
Malaysia disusun mengikut hieraki piramid. Melalui sistem ini, individu atau
kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh
membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua hakim dilantik oleh
Yang di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Seorang hakim tidak boleh
dipecat tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak boleh mengambil
bahagian dalam politik. Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang
kerajaan dibantu oleh pegawai perkhidmatan undang-undang dan kehakiman.

Mempunyai kuasa mendengar dan menetukan perkara sivil dan jenayah. Perkara
sivil berkaitan dengan saman, manakala jenayah pula melibatkan kanun
keseksaan. Menetukankesahihanundang-undang yang dibuat oleh badan
perundangan dan badan pelaksana. Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri.

Kertas 3 Sejarah SPM 2014

3. (iv) Sistem pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat untuk memerintah
sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.
a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecil
b. Proses Pilihan Raya
c. Syarat calon dan pengundi

( 30 markah )

a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecil


Fungsi SPR ialah menentukan semapadan-sempadan pilihanraya, menjalankan
pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihanraya
umum atau pilihan raya kecil. SPR juga menubuhkan urus setia yang di ketuai oleh
seorang setiausaha yang berperanan sebagai ketua eksekutif dan ketua
pentadbir urus setia. Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus
Setia SPR diwajibkan mengikuti panduan dan dasar SPR. Tujuaannya untuk
memastikan pilihan raya di jalankan dengan efektif dan adil.
Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli dewan rakyat dan ahli dewan
undangan negeri secara serentak di seluruh semenanjung Malaysia manakala di
Sarawak dan Sabah pula di adadakan secara berasingan.
Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana
kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku
mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan
perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi
semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan
itu.
b. Proses Pilihan Raya
Proses pilihan raya Malaysia bermula dengan penetapan tarikh penamaan calon
dan pengundian oleh SPR. Hari penamaan calon dijalankan. Parti yang
bertanding menyediakan manifesto dan pelancaran kempen pilihan raya di buat.
Tempoh berkempen adalah 7 hingga 15 hari sahaja. SPR mengumumkan tempat
pengundian dan tempat pengiraan undi. Pada hari mengundi, pengundi
diberikan kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih
ditempat pengundian. Pembuang undi dibuat oleh pengundi dengan
memangkah calon pihannya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut
ke dalam peti undi. Selepas tamat tempoh pengundian, pengiraan undi
dijalankan. Pegawai pilihan raya akan membuat pengumuman keputusan pilihan
raya pada hari tersebut.
c. Syarat calon dan pengundi

Page

Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen atau


ahli dewan undangan negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan
atau didenda tidak kurang RM2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon
boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas.
Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan
calon.

Syarat menjadi calon pilihan raya ialah mestilah warganegara Malaysia, berumur
21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak
memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan
sesuatu kesalahan oleh mahkamah.

Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Seseorang yang layak mengundi namanya mesti didaftarkan dalam Senarai


Daftar Pemilih. Menurut Perkara 119 Perlembagaan Malaysia seseorang
warganegara yang berumur 21 tahun bermastautin atau tidak bermastautin,
tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya, dewan rakyat atau dewan
undangan negeri boleh mengundi. Seorang pengundi hanya boleh mengundi
dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan
anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan
yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka
terdaftar sebagai pengundi.

4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi


berparlimen.
( 10 markah )

Sebagai rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi


berparlimen kita seharusnya mendaftarkan diri sebagai pengundi atau pemilih dan
menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Selain itu, kita haruslah mematuhi
undang-undang negara dan menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara.
Kita juga tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu keharmonian
negara. Ibu bapa haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak kecil
lagi. Semua rakyat haruslah setia kepada raja dan negara.
Sebagai warganegara Malaysia, kita juga harus mengamalkan amalan agama masingmasing dan menghormati amalan agama kaum-kaum lain. Di samping itu, kita haruslah
membina hubungan mesra antara kaum di negara kita. Sebagai warganegara kita juga
haruslah bersedia menerima dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan.

5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen. @


Bukti keberkesanan kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. @
Mengapakah Malaysia memilih sistem demokrasi berparlimen.
( 10 markah )

Antara kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen adalah


dapat memilih pemimpin yang berwibawa. Selain itu, rakyat hidup dalam keadaan
aman. Dalam masa yang sama, pembangunan ekonomi dapat berkembang dengan
pesat. Selain itu, perpaduan antara kaum dapat dikekalkan. Dasar-dasar negara juga
dapat diteruskan.

Page

Di samping itu, imej negara dapat ditingkatkan. Rakyat juga boleh mengemukakan
pandangan masing-masing. Demokrasi berparlimen memastikan pemimpin tidak
berkuasa mutlak. Rakyat juga akan menjadikan perlembagaan sebagai panduan. Di
samping itu, hak asasi rakyat terjamin. Selain itu, taraf hidup rakyat yang berpendapatan
rendah dapat ditingkatkan dan prasarana luar bandar serta pedalaman dapat di
perkasa. Akhir sekali, sistem demokrasi berparlimen juga dapat melahirkan modal insan
yang mempunyai jati diri.

Kertas 3 Sejarah SPM 2014

6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi


berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
( 10 markah )
Contoh Jawapan 1
Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen ialah penyebaran isu-isu sensitif yang boleh mengganggu
perpaduan kaum. Selain itu, gejala rasuah yang berleluasa dalam negara turut berlaku.
Kalangan generasi muda juga, tiada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab
sebagai pengundi. Kebebasan media massa turut memberi kesan negatif terhadap
keharmonian negara di samping campur tangan pihak luar. Akhir sekali, semangat cinta
akan negara semakin luntur dalam diri generasi kini.
Langkah-langkah untuk mengatasinya ialah melalui didikan ibu bapa tentang nilai-nilai
murni dan pengukuhan pengetahuan agama sejak kecil. Selain itu, penguatkuasaan
terhadap
penyalahgunaan
media
massa
kepada
pengguna
yang
tidak
bertanggungjawab oleh pihak berwajib. Di samping itu, kempen kesedaran tentang
tanggungjawab warganegara sebagai pengundi perlu diadakan. Masalah sosial yang
melanda anak muda seperti penagihan dadah, merempit, pengangguran dan
sebagainya perlulah ditangani segera. Akhir sekali, kerajaan perlu memperbanyakkan
program kemasyarakatan dengan penglibatan pelbagai kaum.
Contoh Jawapan 2
Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen ialah
pengaruh
media
massa
yang
menyampaikan
maklumat
palsu/tidaktepat.
Perkembangan dunia tanpa sempadan telah menggalakkan penyebaran maklumat
palsu melalui ICT. Rakyat telah menyalahgunakan kebebasan yang diberi dengan
mengadakan demontrasi jalanan apabila tidak berpuas hati terhadap dasar-dasar
kerajaan. Pihak tertentu pula mula mempersoalkan isu-isu sensitif seperti hak Raja-Raja
Melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu. Pencapaian taraf sosio ekonomi yang berbeza
di antara kaum turut menyumbang kepada isu-isu perkauman dan peningkatan kadar
jenayah serta masalah sosial. Wujudnya perjuangan/tuntutan pihak tertentu yanglebih
bersifat perkauman daripada kepentingan rasional.
Langkah-langkah untuk mengatasinya pula ialah dengan penguatkuasaan undangundang yang lebih ketat. Mengambil tindakan mahkamah terhadap penyebaran
maklumat
palsu.
Mengambi
ltindakan
tegas
terhadap
individu
atau
pertubuhan/persatuan yang mempersoalkan isu-isu sensitif. Kawalan terhadap
penyalahgunaan ICT. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan rakyat Malaysia
melalui pelbagai program anjuran kerajaan atau pihak tertentu. Pengagihan sumber
ekonomi yang adil dan saksama antara kaum.
Contoh Jawapan 3

Page

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran adalah dengan menyekat pengaruh negatif


daripada media cetak dan elektronik. Selain itu,mengamalkan prinsip Rukun Negara dan
mengamalkan sikap bertolak ansur selain menyelesaikan masalah melalui perundingan

10

Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan


demokrasi berparlimen ialah perbezaan fahaman politik dan mengamalkan politik
perkauman. Selain itu, berlaku demonstrasi jalanan dan pelanggaran hak asasi
manusia.Cabaran lain yang dihadapi adalah sikap rakyat Malaysia yang memburukburukkan nama Malaysia di luar negara dan pengaruh media cetak/elektronik. Kegiatan
jenayah seperti jenayah siber berleluasa di samping berlakunya pengaruh anasir luar.

Kertas 3 Sejarah SPM 2014

dan musyawarah.Rakyat juga digalakkan untuk mengamalkan konsep 1 Malaysia dan


menanamkan semangat mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan
individu. Mengamalkan semangat patriotisme dan perpaduan juga merupakan langkah
mengatasi cabaran tersebut.

7. Nilai-nilai murni.

( 5 markah )

Nilai murni dan iktibar yang di peroleh dari pengamalan system demokrasi berparlimen
adalah semangat cinta dan setia kepada raja dan negara serta patuh kepada
pelembagaan/undang-undang. Seterusnya kita harus menghormati pemimpin negara.
Setiap rakyat Malaysia harus menyokong dasar-dasar yang telah dirancang oleh
kerajaan. Mewujudkan perpaduan antara kaum serta saling hormat menghormati dan
bertolakansur demi memantapkan system demokrasi berparlimen. Kesepakatan dan
diplomasi antara pemimpin dan rakyat amat perlu untuk memelihara kepentingan
bersama.

8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.


a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebih harmoni dan stabil.
( 5 markah )
Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem pemerintahan demokrasi berparliman merupakan
sistem yang terbaik kerana memberikan ruang kepada rakyat untuk membuat keputusan
memilih pemimpin melalui sistem pilihan raya yang telus dan adil agar dapat membentuk
kerajaan yang mantap.
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara adalah kerjasama antara pemimpin dan rakyat
menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
Harapan saya, saya mengharapkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan
disegani di persada dunia.

Disediakan oleh :

Page

11

Guru-Guru Sejarah Daerah Sabak Bernam, Selangor


10 Oktober 2014

You might also like