You are on page 1of 4

14.

CADANGAN

UNTUK

MENINGKATKAN

PRETASI

SEMASA

PERNIAGAAN

1. Meningkatkan Jualan
Perniagaan perlu meningkatkan keupayaan menjual peralatan elektrik melalui promosi
yang berkesan seperti pameran pelbagai jenis peralatan elektrik. Pasaran baru yang
berjaya diterokai akan dapat mempertingkatkan jualan dalam tempoh perniagaan.

2.Meningkatan Kecekapan dalam Pengurusan Kredit Pelanggan


Perniagaan perlu menyingkatkan tempoh kutipan hutang pelanggan. Langkah ini
membolehkan kecairan tunai yang lebih untuk digunakan dalam perkembangan
perniagaan.

Walau bagaimanapun, jualan kredit diberikan kepada penghutang yang

boleh dipercayai untuk mengelakkan berlakunya hutang lapuk.

3. Meningkatkan Nisbah Kecairan


Perniagaan menunjukkan sumber kewangan yang agak baik di mana perniagaan tiada
menghadapi masalah terhadap pembayaran liabiliti iaitu nisbah semasanyan adalah
RM7.44. Walau bagaimana pun, perkara ini boleh dipertingkatkan lagi dengan cara
mengurangkan liabiliti iaitu membayar segala pemiutang dengan mendapatkan diskaun
tunai yang lebih abik atau membeli barang niaga dalam kuantiti yang banya untuk
mendapatkan diskaun niaga.

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI JANGKA PANJANG


PERNIAGAAN

1. Menambahkan Modal Perniagaan


Pekongsi seharusnya membawa masuk modal tambahan dalam bentuk tunai. Ini akan
membolehkan perniagaan menggunakan modal tambahan untuk menghasilkan pelbagai
jenis peralatan elektrik yang canggih bagi pilihan pelanggan yang mempunyai cita rasa
yang berlainan.

Permintaan yang meningkat ini akan seterusnya mempertingkatkan

jualan peralatan elektrik.

2. Memperkenalkan E-dagang dalam Jualan Peralatan Elektrik


Perniagaan boleh memperkenalkan E-Dagang dalam jualan peralatan elektrik
melalui internet.

Jualan peralatan elektrik melalui E-dagang akan meningkatkan

permintaan pelanggan dari tempat yang berlainan dan bukan setakat bergantung kepada
permintaan tempatan di Mersing sahaja. Melalui perkhidmatan E-Dagang, pelanggan
boleh membuat tempahan peralatan elektrik melalui E-dagang.

3.

Meningkatkan Jualan Peralatan Elektrik melalui Bayaran Ansuran

Jualan peralatan elektrik melalui bayaran ansuran boleh meningkatkan permintaan


pelanggan terutamannya

pelanggan dari

golongan

berpendapatan

sederhana.

Pelanggan tidak akan berasa berat jika mereka diberi pilihan untuk menjelaskan
bayaran secara ansuran semasa membeli peralatan elektrik.

15. 0

RUMUSAN

Perniagaan peralatan elektrik ini telah mengamalkan konsep, prinsip dan andaian
perakaunan berikut dalam merekod urus niaga dalam buku-buku perakaunan.

1.

Kos Sejarah
Konsep kos sejarah digunakan dalam merekod aset bukan semasa seperti kenderaan,
perabot dan alatan pejabat telah direkodkan dalam Kunci Kira-kira mengikut kos
belian.

2. Wang Sebagai Ukuran


Semua urus niaga direkodkan dalam nilai ringgit Malaysia (RM). Ini selaras dengan
konsep wang sebagai ukuran.

3. Konservatisme
Stok akhir barang niaga dinilaikan mengikut nilai terendah antara harga kos dan
harga pasaran.

4. Catatan Bergu
Semua perekodan urus niaga ke dalam lejar menggunakan prinsip catatan bergu iaitu
setiap urus niaga direkodkan dua kali, satu didebitkan dan satu dikreditkan dengan
jumlah yang sama.

5. Entiti Berasingan
Ambilan alat tulis yang direkodkan jelas menunjukkan aplikasi konsep entiti
berasingan iaitu pekongsi dan perniagaan adalah dua badan yang berasingan.

6. Asas Perakaunan Akruan


Konsep ini boleh ditunjukkan melalui pelarasan belanja dan hasil seperti gaji
terakru, faedah atas pinjaman terakru, insurans terdahulu dan sewa diterima terakru.

7. Ketekalan
Konsep ini diamalkan melalui pengiraan susut nilai kenderaan, perabot dan alatan
pejabat yang menggunakan kaedah yang konsisten. Kaedah ansuran tetap digunakan
untuk mengira susut nilai perabot dan susut nilai alatan pejabat. Manakala kaedah
baki berkurangan digunakan untuk mengira susut nilai kenderaan.

You might also like