You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN JELAPANG,

TAMAN MERU, 30020 IPOH,PERAK

MINIT CURAI
A. Butiran Laporan
1.

Tajuk

2.

Jurulatih Utama Kebangsaan

Kursus Orientasi DSKP Tahun 5 Daerah Kinta


Utara
1) Puan Suraya bt. Abdul Rahman
-Sekolah Model Khas, Bukit Jenun,
Pendang, Kedah
2) Puan Mashitah bt. Mat Termizi
-SK Kuala Merah, Kuala Ketil, Kedah

3.

Tarikh

2- 3 September 2014

4.

Masa

8.00 pagi - 4.30 petang

5.

Tempat

Dewan Besar, PPD Kinta Utara

6.

Nama Pegawai Pelapor

Puan Azlina binti Mohd Ali

9.

Nama Guru Lain yang Hadir

B. Perkara yang Dibincangkan

Bil.
1.

Perkara
Tujuan Kursus
Memberi pendedahan kepada semua Ketua Panitia (KP) supaya mendapat
maklumat dan kefahaman yang sama dalam penyebaran dan mengendalikan
PdP berpandukan DSKP Matematik Tahun 5 (KSSR) Mulai Tahun 2015.
Disamping itu, Ketua Panitia (KP) dapat melaksanakan Kursus Orientasi DSKP

Bil.

Perkara
Matematik Tahun 5 peringkat sekolah masing-masing supaya semua guru
(khususnya guru Matematik Tahun 5 2015) dapat mengendalikan PdP
berpandukan DSKP Matematik Tahun 5 (KSSR) mulai Tahun 2015 sebagaimana
dihasratkan

2.

Slot 1 : Taklimat Umum KSSR, KBAT, Tugas dan Tanggungjawab KP


2.1 Puan Suraya selaku Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) menerangkan secara
umum tentang latar belakang kurikulum yang bermula dengan kurikulum baru,
kurikulum bersepadu dan semakan, serta yang terkini adalah Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR).
2.2 Elemen Merentas Kurikulum (EMK) turut diterangkan yang merangkumi 3
elemen utama iaitu

kreativiti

dan inovasi,

teknologi maklumat dan

komunikasi dan keusahawanan.


2.3 Pentaksiran secara formatif dan sumatif perlu dilaksanakan oleh guru untuk
menentukan objektif pembelajaran telah dicapai.
2.4 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) adalah satu dokumen
yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran serta mengandungi Standard
Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi).
2.5 Ketua Panitia (KP) disarankan supaya mengadakan perjumpaan bersama
panitia pada setiap minggu, 1- 2 jam selepas waktu sekolah. Pengisian termasuk:

Melaksanakan kursus kepada panitia mengikut mata


pelajaran.

Membuat perancangan PdP bersama panitia (lesson study).

Membincangkan strategi PdP berkesan.

Melaksanakan coaching and mentoring.

2.6 Peserta kursus turut didedahkan dengan soalan bukan rutin iaitu KBAT
(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dimana soalan-soalan bukan rutin ini melibatkan
pemberian Tahap Penguasaan 6 (TP6) kepada murid.
3.

Slot 2 : Fikrah Matematik


2.1 Fikrah Matematik merangkumi empat bidang pembelajaran, sikap dan nilai
serta kemahiran dan proses.
2.2 Murid diharapkan berkeupayaan melakukan matematik dan memahami

Bil.

Perkara
idea matematik, serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam
matematik secara bertanggungjawab dalam kehidupan harian berlandaskan sikap
dan nilai dalam matematik.
Slot 3 & 4 dan 5: Perincian DSKP

4.

4.1 Slot disampaikan oleh Puan Masyitah dimana penjelasan terperincian tentang
kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
4.2 DSKP untuk Tahun 5 masih mengekalkan bidang yang sama iaitu :
1) Nombor dan Operasi yang mengandungi tajuk
1.0 Nombor Bulat hingga 100 000
2.0 Tambah dalam Lingkungan 100 000
3.0 Tolak dalam Lingkungan 100 000
4.0 Darab hingga 100 000
5.0 Bahagi hingga 100 000
6.0 Operasi Bergabung
7.0 Pecahan
8.0 Perpuluhan
9.0 Peratus
10.0 Wang hingga RM100 000
11.0 Masa dan Waktu
2) Sukatan dan Geometri yang mengandungi tajuk :
12.0 Panjang
13.0 Jisim
14.0 Isipadu Cecair
15.0 Ruang
3) Perkaitan dan Algebra yang mengandungi tajuk :
16.0 Koordinat
17.0 Nisbah dan Kadaran
4) Statistik dan Keberangkalian yang mengandungi tajuk:
18.0 Perwakilan Data
4.3 Standand kandungan dan standard pembelajaran bagi setiap bidang dan tajuk
diperincikan diikuti dengan standard prestasi (TP1 hingga TP6)

Bil.

Perkara
4.4 Secara umumnya TP1 melibatkan soalan berbentuk mekanikal manakala
untuk TP4 dan TP5 melibatkan soalan rutin untuk penyelesaian masalah dalam
pelbagai strategi manakala TP6 melibatkan soalan penyelesaian masalah bukan
rutin yang memiliki pelbagai jalan penyelesaian.
4.5 Kaedah Pelbagai Strategi yang amat diperlukan oleh murid untuk mencapai
TP5 merupakan kesinambungan daripada Tahun 4. Contohnya untuk tajuk
penambahan, kaedah yang terlibat ialah penambahan secara bentuk lazim, ikut
nilai tempat, dalam bentuk persamaan dan tambah kurang. Manakala untuk tajuk
bahagi pula, murid perlu menguasai pelbagai strategi penyelesaian seperti bentuk
lazim, cerakinkan, pemansuhan dan bentuk suar.
4.6 Murid turut berpeluang untuk mengukur sudut menggunakan jangka lukis di
dalam tajuk ruang dimana kemahiran ini baru diperkenalkan untuk murid tahun 5.
4.7 Di dalam DSKP Tahun 5 ini juga , Bank Negara telah bekerjasama untuk
memperkenalkan 6 elemen Celik Kewangan (CK) yang telah diintegrasikan di
dalam tajuk wang iaitu:
CK1 Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya
CK2 Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan
CK3 Pengurusan dan Perancangan Kewangan
CK4 Simpanan dan Pelaburan
CK5 Pengurusan Kredit dan Hutang
CK6 Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans
Slot 6 : Peneraju Modul PdP

5.

5.1 Penerbitan modul dapat membantu guru merealisasikan tuntutan dan hasrat
KSSR diterjemahkan melalui modul ini.
5.2 Penghasilan modul diharapkan dapat membantu guru ketandusan yang
ketandusan idea untuk menjalankan aktiviti.
5.3 Modul yang dibina tidak merangkumi semua tajuk di dalam DSKP dan
terdapat contoh-contoh lembaran aktiviti yang berpandukan Standard Prestasi
TP1 hingga TP6.
Slot 7 : Perekodan dan Pelaporan
6.1 Slot yang dikendalikan oleh Puan Suraya Abdul Rahman ini memberi
pendedahan kepada guru cara-cara untuk mengisi template pelaporan untuk

Bil.
6

Perkara
Tahun 5.
6.2 Guru hanya perlu mengisi nama sekolah, tajuk pelaporan, nama murid,
nombor kad pengenalan murid, jantina murid dan nama guru besar sekolah

masing-masing.
Slot 8 : Taklimat Kemahiran dan Proses
7.1 Merupakan pengabungjalinan di dalam fikrah matematik dimana pengetahuan
matematik (tajuk 1 hingga 18) dan kemahiran proses/sikap/nilai.
7

7.2 Kemahiran Proses dan nilai perlu diisi secara serentak dengan pengetahuan
matematik di dalam templete pelaporan.
7.3 Kemahiran dan proses mengandungi penyelesaian masalah, penaakulan
yang melibatkan antaranya topik perwakilan data yang mana murid tahu
membaca graf dan mengaplikasikan untuk mengira mod, julat dan mencari nilai
purata.
7.4 Kemahiran membuat perkaitan melibatkan proses melakukan hubungkait
antara tajuk yang telah dipelajari dan tajuk yang sedang dipelajari. Contoh :
Pukul berapakah 35 minit selepas 6.30 petang. Perkataan selepas adalah
perkaitan dengan tajuk penambahan. Selain itu kemahiran membuat perwakilan
adalah kebolehan murid menyelesaikan soalan dengan membuat lakaran atau
lukisan, proses komunikasi antara guru dan murid, kemahiran murid

berfikir

melalui pembacaan timbang berat, silinder penyukat, abacus, pembaris dan jam
serta kemahiran ihsaniah melibatkan nilai-nilai positif yang diterapkan, gaya
kepimpinan dan kerjasama di dalam kumpulan.

C. Tindakan yang perlu diambil oleh Panitia Matematik


Bil

Kandungan

Tindakan

Sudah/Belum

Menyediakan minit curai hasil dapatan Kursus


Orientasi DSKP Tahun 5

Pn. Azlina

Sudah

Menjalankan kursus dalaman DSKP Tahun 5


untuk semua guru panitia matematik .

Pn. Azlina

1 Oktober 2014

Membuat laporan pelaksanaan kursus


dalaman dan salinan dihantar kepada pihak
PPD Kinta Utara

Pn.Azlina

D.

Tarikh Mesyuarat yang Akan Datang:

E.

Tandatangan Pegawai Pelapor:


( AZLINA BINTI MOHD ALI )

F.

Tarikh laporan disediakan:

8 September 2014

You might also like