You are on page 1of 14

MAJLIS GURU BESAR

DAERAH KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR

UJIAN PERCUBAAN UPSR 2014

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN


JULAI
50 MINIT

SULIT

011

Soalan 1 - 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

Ahmad Aizat memasukkan rumput yang telah dipotong oleh Faiz Syauqi
ke dalam ______________ .
A

raga

bakul

pongkes

bekas

Saya fikir eloklah ______________ mulakan mesyuarat ini sekarang,


kata pengerusi persatuan itu kepada ahli jawatankuasanya.
A

saya

kita

kami

kalian

Tangan kakak menjadi __________ selepas menggiling cili kering.


A

pijar

lebam

perit

pedih

011 Hak Cipta MGB Kuantan

SULIT

SULIT

011

Bentuk muka Sarah Yasmin ______________ umpama daun sireh.


A

bulat

tirus

bujur

lonjong

Kasih sayang ibu ___________ anak-anak memang tiada tolok


bandingnya.
A

tentang

dengan

untuk

terhadap

Andainya ______________ hendak berburu di hutan sana, patik sedia


temankan, ujar Tun Mutahir kepada Sultan Muzaffar Shah.
A

tuan hamba

tuanku

baginda

beta

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

Pak Ibrahim ______________ padi pada kepuk supaya padi itu terpisah
daripada batangnya.
A

membanting

menghempas

menghayun

membalun

011 Hak Cipta MGB Kuantan

SULIT

SULIT

10

11

12

011

Pasangan suami isteri itu masih ingin memelihara anak angkat


______________ mereka sudah mempunyai lapan orang anak.
A

walhal

seraya

tatkala

justeru

Puan Jasimah _____________anaknya di pinggang ketika menunggu bas


di hadapan rumahnya.
A

menggelek

mengendong

mendukung

mengelek

Gaya hidup orang Melayu pada zaman ____________ berlainan sekali


dengan keadaan orang Melayu sekarang.
A

lama

moden

lampau

kini

Amri _______________ di belakang rakan yang lebih tinggi daripadanya untuk


melihat keputusan peperiksaan yang ditampal pada papan kenyataan.
A

terjengket-jengket

terkebil-kebil

terkinja-kinja

terkial-kial

Panggilan itu dibuat oleh seorang pendengar ___________ negeri Kedah.


A

di

dari

pada

daripada

011 Hak Cipta MGB Kuantan

SULIT

SULIT

13

14

15

16

011

Banglo Datuk Afendi yang terletak di atas bukit itu _____________


besar nian.
A

agak

paling

betul

sungguh

Pihak sekolah akan mengadakan sesi __________ bagi meraikan


kehadiran murid-murid baharu.
A

tegur sapa

soal jawab

temu ramah

ramah mesra

Saya telah menerima surat ______________ sebagai jurulatih bola


sepak pasukan sekolah kamu, kata Cikgu Azman.
A

lantik

melantik

pelantikan

perlantikan

Pak Samsul terpaksa menggunakan lima ___________ kayu untuk


membakar lemang kerana menerima tempahan yang banyak sempena
musim perayaan.
A

puntung

berkas

keping

potong

011 Hak Cipta MGB Kuantan

SULIT

SULIT

011

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17

18

19

Jika kita tidak menggunakan _______________ pada kamera,


kemungkinan besar hasil gambar yang diambil akan menjadi kabur.
A

jejari

kekisi

kekuda

tetulang

Penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuantan akan mengadakan


pemeriksaan tahap _______________ gerai makanan dari semasa ke
semasa.
A

bersih

terbersih

kebersihan

pembersihan

Pemuda yang tampan itu merupakan pramugara penerbangan MAS.


Perkataan seerti bagi tampan ialah
A

hodoh

kacak

jelita

anggun

011 Hak Cipta MGB Kuantan

SULIT

SULIT

20

011

Semua murid kelas 6 Ibnu Sina membangkang pelantikan ketua kelas


yang baharu.
Perkataan berlawan bagi membangkang ialah
A

menegah

menentang

menyokong

membantah

Soalan 21
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
21

Siapakah wanita yang berkaca mata hitam itu ?


A

Wanita memakai kaca mata hitam sejak berumur enam tahun.

Ya, wanita yang memakai kaca mata hitam itu Cikgu Mona.

Wanita itu memang selalu berkaca mata hitam.

Wanita itu emak saudara Qurratu Ain.

Soalan 22
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
22

Majlis penyampaian hadiah itu berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga
12.30 tengah hari.
A

Bilakah majlis penyampaian hadiah itu berlangsung ?

Siapakah yang menyampaikan hadiah dalam majlis itu ?

Bagaimanakah majlis penyampaian hadiah itu berlangsung ?

Mengapakah majlis itu berlangsung dari pukul 8.00 pagi lagi ?

011 Hak Cipta MGB Kuantan

SULIT

SULIT

011

Soalan 23 - 24
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
23

Aliran air di kawasan hulu sungai terlalu deras.

II

Anda akan selamat jika melakukan sesuatu mengikut aliran.

III Boleh saya dapatkan aliran rumah kamu ?


IV Abang saya belajar dalam aliran sains.

24

I dan II

I dan IV

II dan III

III dan IV

Nasihat cikgu itu sungguh alamat maksudnya.

II

Zulkifli memberikan alamat rumahnya kepada saya.

III Guruh berdentum alamat hujan akan turun.


IV Posmen menghantar surat berdasarkan alamat pada sampul surat.
A

I dan III

II dan IV

I, II dan IV

II, III dan IV

Soalan 25
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25

Khairul Syafiq telah berjaya memecahkan rekod dalam acara lumba lari
semasa kejohanan olahraga yang lalu.
A

Rekod dalam acara lumba lari Khairul Syafiq telah berjaya


dipecahkan semasa kejohanan olahraga yang lalu.

Rekod Khairul Syafiq semasa kejohanan olahraga yang lalu dalam


acara lumba lari telah dipecahkan.

Rekod Khairul Syafiq dalam acara lumba lari telah berjaya


dipecahkan semasa kejohanan olahraga yang lalu.

Rekod dalam acara lumba lari telah berjaya dipecahkan oleh Khairul
Shafiq semasa kejohanan olahraga yang lalu.

011 Hak Cipta MGB Kuantan

SULIT

SULIT

011

Soalan 26 - 28
Pilih ayat yang betul.

26

Pak Meon marah kerana anaknya bukan mendengar nasihatnya.

Wang yang diperoleh Encik Muzammil tidak daripada rezeki yang


halal.
Yang turut hadir dalam majlis hari jadi Praveen ialah Cikgu Juliana.

27

Adalah dimaklumkan bahawa perjumpaan kelab catur pada hari esok


dibatalkan.

Kelima-lima pelajar itu berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

II

Hujan lebat sejak dari pagi tadi menyebabkan kawasan itu dinaiki air.

III Majlis Anugerah Kecemerlangan itu berlangsung hampir dua jam


setengah.
IV Bendera-bendera yang berwarna-warni menghiasi dewan itu.

28

I dan II

I dan III

II dan IV

III dan IV

Vignes mendapat markah yang paling tinggi sekali dalam ujian itu.

II

Pendingin hawa di bilik guru sedang dibaiki oleh Encik Muthu.

III Rantai emas itu adalah untuk kakak saya, Nurin Nadiah.
IV Anisha menangis bila diberitahu berita buruk itu.
A

I dan II

II dan III

II dan IV

III dan IV

011 Hak Cipta MGB Kuantan

SULIT

10

SULIT

011

Soalan 29 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
29

30

Puan Adibah memang __________________ untuk membuka gerai


makanan sendiri tetapi modalnya masih belum mencukupi.
A

ada hati

ada jalan

ada bakat

ada akal

Apabila kali pertama tiba di Kuala Lumpur, Aiman tercengang-cengang


melihat bangunan pencakar langit di bandar raya tersebut seperti
__________________.
A

katak di bawah tempurung

keli kena ketuk

kera kena belacan

rusa masuk kampung

011 Hak Cipta MGB Kuantan

SULIT

SULIT

11

011

Soalan 31 - 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Bandar Dungun memang indah. Demikianlah penilaianku selama tiga
hari menumpang di rumah kawanku, Ramli. Bandar itu letaknya di pinggir laut.
Salah satu pantainya, Pantai Teluk Lipat memanjang hingga ke Tanjung Sura
sejauh tiga kilometer.
Petang itu, aku dan Ramli bersiar-siar di pantai. Selari dengan pantai itu
terdapat sebatang jalan raya yang lurus. Jalan raya tersebut berakhir di Tanjung
Sura yang berlagun dan dilatari bukit kecil. Kami menapak di pasir pantai yang
lembut dan bersih itu sambil melihat orang memancing ikan. Dari situ kami
dapat melihat perahu-perahu nelayan keluar masuk ke jeti Kuala Dungun. Jeti
itu menjadi pusat pendaratan ikan. Mataku tertumpu kepada pengail-pengail
itu. Mereka duduk di atas pelantar jeti lama atau duduk di atas tiang besar itu.
Jeti itu tidak digunakan lagi, jelas Ramli. Sebelum ini, jeti itu
merupakan tempat pemunggahan bijih besi dari Bukit Besi, sambungnya.
Bukit Besi ialah sebuah bandar perlombongan bijih besi. Bandar itu letaknya
kira-kira 30 kilometer dari bandar Dungun. Bijih besi dari bandar itu dipunggah
ke jeti tersebut menggunakan kereta api.
Bijih besi dieksport ke luar negara menggunakan kapal. Oleh sebab air
laut cetek, kapal-kapal tidak dapat rapat ke tepi jeti. Bijih besi terpaksa
dipunggah dengan tongkang ke kapal yang berlabuh jauh di laut.
Kini bijih besi telah habis dan bandar Bukit Besi telah menjadi bandar
mati, kata Ramli.Bagaimana pula dengan landasan kereta apinya? tanya
saya. Landasannya telah rosak binasa, balas Ramli. Perkhidmatannya
harus dihidupkan kembali untuk menarik minat pelancong, kata saya. Idea
yang baik, balas Ramli. Tapi landasannya telah dibongkar orang, tinggal
bekasnya sahaja, sambung Ramli.
Nampaknya jeti ini sahaja yang masih ada, kataku sambil memandang
kepada kumpulan orang yang sedang memancing itu.Tetapi telah uzur benar,
lihatlah tiang-tiangnya yang telah senget, malahan banyak yang telah
tumbang, tambah Ramli.Sedikit masa lagi semuanya akan berkubur dalam
laut, kata saya sambil melihat seorang lelaki tua menyentak kailnya.

011 Hak Cipta MGB Kuantan

SULIT

12

SULIT

31

32

33

34

35

011

Penulis berpendapat bandar Dungun cantik kerana


A

ada jeti lama dan lagun.

kedudukannya di tepi laut.

mempunyai pantai yang cantik.

ada jalan raya di tepi pantainya.

Perkataan dibongkar dalam petikan di atas bermaksud


A

dicuri.

dibuka.

diambil.

dirosakkan.

Mengapakah kapal tidak berlabuh di jeti itu?


A

Air laut dangkal

Jeti itu berbahaya

Adanya tongkang

Kapal berlabuh di tengah laut

Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.


A

Bandar Dungun terletak di tepi laut.

Kuala Dungun ialah pelabuhan ikan.

Dungun merupakan pusat pendaratan ikan.

Kereta api digunakan untuk mengangkut bijih timah dari Bukit Besi
ke Dungun.

Berapa harikah penulis menginap di rumah sahabatnya ?


A

Tiga jam

Tiga minggu

Tiga malam

Tiga hari

011 Hak Cipta MGB Kuantan

SULIT

SULIT

13

011

Soalan 36 - 40
Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
20 Jun 2014
Dari Alor Setar, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi pada 5.00
petang. Kedatangan kami disambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang
juga selaku tuan rumah. Dari jeti itu, kami dibawa ke Kompleks Belia Kuah
dengan menaiki bas Majlis Daerah Langkawi. Kami bermalam di situ. Malam
itu, kami berpeluang melihat pertandingan akhir tomoi iaitu sejenis sukan tinju
berasal dari Thailand.
21 Jun 2014
Kami dikehendaki berada di Hotel Tiara pada pukul 10.00 pagi. Majlis
perasmian dan sambutan untuk peserta pertandingan kayak diadakan di hotel
itu. Dari situ kami ke Pantai Batu Hitam untuk memulakan pusingan pertama
menuju ke Pulau Batu Buruk. Pasukan kami akan berentap dengan pasukan
dari negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Pelayaran ke pulau itu jauh
dan membosankan. Tambahan pula, ombak sangat kuat. Di tengah perjalanan,
kayak kami tersangkut pada batu karang. Nasib baik kayak itu tidak pecah.
Kami terpaksa mengusung kayak itu sehingga melewati kawasan batu karang
setelah sepuluh kilometer berkayak. Selepas peristiwa itu, kami berasa amat
penat dan bercadang hendak berlabuh untuk berehat di atas beting pasir. Hasrat
tersebut terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami gagal menemukan beting
pasir.
Pukul 5.00 petang, kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan dari
negeri-negeri lain telah lama tiba. Nampaknya peluang untuk muncul sebagai
juara semakin tipis. Meskipun begitu, kami berharap dapat mendahului mereka
dalam pusingan kedua nanti. Kami bermalam di pulau itu.
22 Jun 2014
Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh
dengan tenang, tidak seperti hari sebelumnya kerana takut kehabisan tenaga
semasa pelayaran nanti.
Setelah lima jam berkayuh, kami pun tiba di Pantai Batu Hitam.
Pasukan-pasukan dari negeri lain masih di belakang kecuali pasukan dari
negeri Perak. Pasukan dari negeri Perak ini bersaing rapat dengan pasukan
kami yang muncul sebagai juara. Sementara pasukan kayak dari Negeri
Sembilan di tempat ketiga.

011 Hak Cipta MGB Kuantan

SULIT

14

SULIT

36

37

38

39

40

011

Tomoi ialah
A

seni pertahanan diri.

silat yang berasal dari Kedah.

tinju yang berasal dari Thailand.

permainan yang popular di Kedah.

Apakah tujuan kami ke Pulau Langkawi?


A

Menyaksikan pertandingan tomoi

Melihat upacara perasmian ekspedisi berkayak

Menyertai pelayaran ke Pulau Batu Buruk

Menyertai pertandingan berkayak

Mengapakah penulis dan rakan-rakannya berada di Hotel Tiara?


A

Menghadiri upacara sambutan dan perasmian

Mendaftar diri sebagai peserta pertandingan

Memulakan pertandingan kayak itu

Memulakan pelayaran ke Pulau Batu Buruk

Pasukan manakah yang menjadi johan dalam pertandingan kayak itu?


A

Perak

Negeri Sembilan

Selangor

Kedah

Pilih maklumat yang tidak benar tentang pertandingan kayak itu.


A

Pertandingan kayak itu dianjurkan oleh Rakan Muda Kuah.

Pasukan kayak dari seluruh Semenanjung Malaysia terlibat dalam


pertandingan itu.

Halangan seperti batu karang terpaksa ditempuhi oleh pasukan dari


negeri Kedah.
Pasukan dari negeri Perak muncul sebagai naib johan dalam
pertandingan itu.

KERTAS SOALAN TAMAT


011 Hak Cipta MGB Kuantan

SULIT

You might also like