You are on page 1of 12

TARIAN KAUM MELAYU

Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah


tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian
ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan
gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal
dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka
sewaktu era perdagangan rempah di situ.

Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat


dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal
di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para
mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam
amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan
mengenai sejarah tamadun Islam.

Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita


sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak
tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh
dengan kelembutan.

TARIAN KAUM CINA

Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh


menghalang Nian sejenis haiwan dongeng yang selalu
menyerang negara China dan mengorbankan manusia pada hari
sebelum Tahun Baru Cina. Tarian naga adalah sebuah tarian
bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan
simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian
yang tepat diantara penari-penarinya.

Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan


kuasa luarbiasa, kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta
kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya
dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina, dan
dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang
baru. Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang bagi
mempertunjukkan persembahan yang penuh kepakaran,
keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat.

TARIAN KAUM INDIA

Tarian klasik India ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian
yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India
purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan.
Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai,
terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada
umur semuda lima tahun.

TARIAN BANGSA SIKH

Banghra memaparkan tarian serta muzik masyarakat Sikh. Pada


mulanya Banghra adalah sebuah tarian menyambut musim menuai,
tetapi kini ianya memainkan peranan dalam pelbagai sambutan
kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan dan sambutan Tahun
Baru. Tarian ini lazimnya adalah berdasarkan tema-tema romantis,
di mana nyanyian serta tarian yang diiringi paluan dholo, iaitu
sejenis gendang bermuka dua, menjadikan tarian Banghra sangat
menghiburkan.

TARIAN SUKU KAUM IBAN

Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban


di Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan
Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku
kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak,
diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki
mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang
persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang
panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.

TARIAN SUKU KAUM KADAZAN

Sumazau adalah sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya


dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan
kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda
kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk
menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari
lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang
mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlalan serta
pergerakan yang menngambarkan burung yang sedang
terbang.

You might also like