You are on page 1of 9

SKPS 6023

PRINSIP PENGURUSAN, PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN ALAM


SEKITAR

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN

TAJUK:
FAEDAH PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN PERSEKITARAN
(ISO 14001): SYARIKAT DOUBLE A (1991) PUBLIC COMPANY LIMITED

PENSYARAH:
PROF MADYA DR. ER AH CHOR

NAMA :
MAZNI BINTI BALI
P74297

1.

PENGENALAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS)

ISO 14001 merupakan butiran terperinci dan panduan penggunaan untuk sesebuah
organisasi melaksanakan sistem pengurusan alam sekitar (SIRIM Berhad 200).
Standard ini boleh digunakan oleh mana-mana organisasi yang ingin melaksanakan
dan memperbaiki sistem pengurusan alam sekitar mereka, memastikan operasi dan
aktiviti selaras dengan polisi alam sekitar yang telah ditetapkan serta memperolehi
sijil sistem pengurusan alam sekitar (EMS)
Strandard antarabangsa ini menerangkan secara terperinci tentang keperluankeperluana sistem pengurusan alam sekitar bagi membolehkan sesebuah organisasi
merangka polisi dan objektif selaras dengan keperluan perundangan dan maklumat
tentang kepentingan impak alam sekitar.

Terdapat beberapa elemen yang perlu

dilengkapkan oleh sesebuah organisasi sebelum mendapatkan sijil pengurusan alam


sekitar ini.
a)
b)

c)

d)

e)

Polisi alam sekitar


Program-program pengurusan alam sekitar
i. Aspek alam sekitar
ii. Perundangan dan keperluan lain
iii. Program-program pengurusan alam sekitar
Pelaksanaan dan operasi
i. Struktur dan tanggungjawab
ii. Latihan, kesedaran dan kelayakan
iii. Komunikasi
iv. Pendokumentasian sistem pengurusan alam sekitar
v. Kawalan dokumen
vi. Kawalan operasi
vii. Persediaaan dan tindak balas kecemasan
Pemantauan dan tindakan pembetulan
i. Pemantauan dan pengukuran
ii. Ketidakselarasan dan tindakan pencegahan dan
pembetulan
iii. Rekod-rekod
iv. Audit sistem pengurusan alam sekitar
Tinjauan pengurusan
Rajah 1: Elemen-elemen keperluan ISO 14001

Selari dengan pelaksanaan sistem ini, sesebuah organisasi seharusnya melihat


perkara ini sebagai satu peluang mereka untuk menunjukkan komitmen terhadap alam
sekitar dan seterusnya menonjolkan imej yang baik agar setanding dengan syarikat
multinasional yang lain. Syarikat Double A (1991) Public Company Limited
merupakan salah satu organisasi yang telah menerima pensijilan bagi Standard
Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001 sejak tahun 2004 lagi. Ternyata pelaksanaan
Sistem Pengurusan Alam Sekitar ini telah mendatangkan banyak faedah kepada
syarikat tersebut.

Rajah 2: Pensijilan bagi Standard Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001 Kilang
Double A (1991) Public Company Limited
2.

PERLAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (ISO14001)

2.1. Latar Belakang Organisasi


Double A (1991) Public Company Limited merupakan sebuah kilang pengeluaran
kertas dan pulpa yang telah ditubuhkan pada tahun 1991. Kilang ini terletak di dataran
pusat Thailand di wilayah Prachinburi. Kilang itu mula beroperasi pada tahun 1995
dan mempunyai kapasiti tahunan sebanyak 600,000 tan pulpa dan 600,000 tan kertas.
Produk kertas Double A terhasil daripada penyelidikan selama 25 tahun terhadap
2,500 spesies Eucalyptus. Kajian yang tersebut berusaha mencari spesies kayu keras
pulpa untuk pembuatan kertas yang bersesuaian dengan iklim tropika di Thailand.
Keunikan operasi pengeluangan produk ini ialah ia terhasil daripada pokok kertas
yang ditanam di sepanjang permatang sawah yang diusahakan oleh lebih daripada 1.5
juta petani di seluruh Thailand.

2.2. Dasar Alam Sekitar Korporat Organisasi


Syarikat Double A mempunyai dasar yang mengutamakan kelestarian alam sekitar
dan pembangunan ekonomi. Untuk mencapai matlamat tersebut, syarikat ini
memgambil langkah proaktif seperti berikut:
i.

Memastikan proses, peralatan dan operasi mempunyai kesan minimum


terhadap alam sekitar

ii.

Menggunakan proses pengeluaran yang cekap untuk menjimatkan tenaga dan


bahan mentah

iii.

Operasi pengeluaran mematuhi peraturan-peraturan alam sekitar kerajaan

iv.

Memberi keutamaan kepada pembekal dan kontraktor yang melaksanakan


standard dan amalan alam sekitar yang baik

v.

Menyokong inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pemuliharaan alam sekitar

vi.

Mencegah pencemaran dengan melaksanakan program kesedaran alam sekitar


untuk kakitangan

vii.

Sentiasa memantau kesan alam sekitar daripada operasi dan meningkatkan


prestasi dengan menetapkan objektif dan sasaran alam sekitar dan mengkaji
keberkesanannya.

3.

Faedah Pelaksanaan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (ISO 14001)

Dengan melaksanakan sistem pengurusan persekitaran, sesebuah petubuhan atau


organisasi secara langsung dapat pelbagai faedah (Daevies 2005). Bagi syarikat
Double A, terdapat beberapa faedah utama yang diperolehi melalui pelaksaanan
Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001 ini.
3.1. Mengekalkan dan meningkatkan mutu persekitaran
i.

Sumber yang ditanam oleh petani.

Bekalan pulpa daripada pokok Eucalyptus yang ditanam di antara ruang-ruang


tanaman tradisional terutama di kawasan sawah Thailand . Pfft telah menjadi konsep
pertanian diterima dan diamalkan oleh lebih daripada 1.5 juta petani. Sebanyak 100
juta anak pokok yang dibiakkan setiap tahun menggunakan teknologi kultur tisu di
tapak semaian wilayah Prachinburi, Setelah empat minggu di tapak semaian, anak
pokok ini diedarkan kepada petani dalam program Paper from Farmed Trees (PFFT) .
ii. Impak alam sekitar yang minimum
Kajian Penilaian Kitaran Hayat (LCA) terdadap produk Double A telah dijalankan
oleh Institut Teknologi Asia, KCL-Finland, dan National Pusat Kecemerlangan Alam
Sekitar dan Pengurusan Sisa Berbahaya di Chulalongkorn University pada tahun
2009. Kajian yang memberi tumpuan kepada dua bidang asas proses pembuatan
kertas ini iaitu tuaian pokok diperoleh dari ladang dan proses pengeluaran pulpa dan
kertas menunjukkan bahawa LCA menepati standard ISO 14040 Penilaian Kitaran
Hayat.
iii. Sumber mampan
Masalah utama yang dihadapi oleh syarikat dan kilang pengeluar kertas ialah
penebangan hutan asli bagi tujuan penanaman pokok pulpa. Namun, maslah ini dapat
dielakkan dalam penghasilan produk kertas Double A kerana sumber yang digunakan
dalam penghasilan produk dari sumber-sumber diurus dengan diperakui oleh Forest
Stewardship Council. Sesuai dengan Dasar Alam Sekitar Korporat, Double A
memberikan keutamaan kepada pembekal yang menunjukkan tahap dan amalan alam
sekitar yang baik. Selain itu organisasi ini juga mempunyai sistem tersendiri dalam
memastikan tiada pencemaran silang berlaku dan menggunakan pulpa dari sumber
yang mampan sahaja.

iv. Penggunaan air yang efisien


Teknologi Wash Press digunakan untuk memerah air dari pulpa basah agar air
tersebuat dapat diguna semula. Proses pengeringan cip kayu dibuat sebagai alternatif
bagi amalan tradisional rendaman kayu bagi tujuan pengelupasan kulit kayu.
v.

Mengurangkan sisa buangan untuk menggelakan pencemaran alam sekitar

Sistem rawatan biologi state-of-the-art yang dikenali sebagai bacteria digestion


process dilaksanakan. Rawatan air tercemar ini setara dengan standard Scandinavia
yang membolehkan penggunaan air yang dirawat untuk mengairi tumbuh-tumbuhan
hijau di sekitar kilang tersebut, dan tidak ada air limbah yang disalurkan laluan air
semula jadi.
vi. Elementary Chlorine Free (ECF)
Melaksanakan proses pemutihan yang bebas dari gas klorin iaitu teknologi yang
berkesan

mengurangkan

hasil

sampingan

toksik

proses

pemutihan

dan

meminimumkan bahaya kesihatan klorin berkaitan.

3.2. Pematuhan undang-undang


Salah satu keperluan elemen yang terdapat dalam standard ini ialah pematuhan
undang-undang. Keperluan undang-uandang perlu dipatuhi agar sistem ini dapat
bergerak berpandukan standard yang telah ditetapkan. Dengan melaksanakan sistem
ini, secara tidak langsung Syarikat Double A tidak akan melanggar peraturan alam
sekitar yang sedia ada. Ini kerana kegagalan mematuhi peraturan tersebut bukan
sahaja mengakibatkan sesebuah syarikat dikenakan tindakan undang-undang malahan
merosakan reputasi sesebuah syarikat.
Selain itu, syarikat juga dapat mengelakkan kemungkinan denda dan
pendakwaan daripada pencemaran yang berpotensi untuk berlaku. ISO 14001 bukan
sahaja dapat membantu Syarikat Double A untuk mengambilkira keperluan undangundang, malah memastikan syarikat ini komited untuk mematuhi undang-undang
yang terpakai malah memastikan agar peka terhadap maklumat perundangan yang
terkini.

3.3. Faedah ekonomi


i. Meluaskan perkongsian pasaran dan memenuhi kreteria pelabur
Dalam kalangan komuniti Eropah, terdapat prasyarat yang menyatakan produk
berkaitan dengan alam sekitar, kesihatan rakyat dan keselamatan perlulah dihasilkan
oleh pengeluar-pengeluar yang mengaplikasi ISO 14000. Pelaksaanaan piawaian ini
dapat membuka ruang pasaran produk Double A bagi menembusi pasaran Eropah, di
mana pembekal dan penggunan di situ sememangnya cukup arif dengan paiwaian ISO
14000.
Produk Double A global telah dapat meluaskan pasaran bermula dari Thailand
seterusnya mengembangkan jangkauan antarabangsa pada tahun 2001 di Hong Kong,
Malaysia, Singapura, Taiwan dan China, kemudiaan ke Australia dan Timur Tengah
pada tahun 2007. Pada tahun 2004 produk ini telah berjaya menembusi pasaran
Eropah, Afrika, Asia Selatan dan Amerika Utara. Pada masa ini Double A telah
meluaskan pasaran lebih 120 negara di enam benua. Ini membuktikan bahawa produk
merupakan produk premium berkualiti tidak dapat ditandingi dan menjadi pilihan di
serata dunia.
ii. Meningkatkan Imej dan Mendapatkan Pengiktirafan
Usaha Double A untuk meningkatkan tahap dalam tanggungjawab terhadap alam
sekitar telah mendapat perhatian di mana Syarikat ini telah menerima Anugerah
Perdana Menteri untuk Kecemerlangan Industri dalam Pemuliharaan Alam Sekitar
dan ISO 9001 Standard Pengurusan Kualiti. Pada tahun 2011, inisiatif Paper from
Farmed Trees (PFFT) ini juga telah diiktiraf dengan Asian Corporate Social
Responsibility Award Poverty Alleviation. Pada tahun yang sama, syarikat ini juga
telah menerima Green Meetings Award dari Thailand Business Council for
Sustainable Development (TBCSD) untuk prestasi cemerlang dalam menganjurkan
mesyuarat inovatif hijau dalam organisasi.
iii. Penjimatan Tenaga (No Waste is Wasted)
Kulit kayu, serpihan kayu, lignin dan black liquor daripada proses pengeluaran pulpa
dan kertas menjadi bahan api digunakan untuk menjana 100 MW tenaga elektrik.
Jumalah tenaga elektrik yang dijana ini melebihi keperluan bekalan elektrik untuk
kilang. Oleh yang demikian, sebarang lebihan tenaga ini akan dijual kepada Lembaga

Janakuasa Elektrik Thailand (EGAT) bagi kegunaan 400,000 isi rumah penduduk
berhampiran. Langkah bijak ini bukan sahaja menjimatkan kos bekalan elektrik,
malah Double A juga medapat pendapatan sampingan melalui penjualan lebihan
tenaga elektrik.
iv. Penjimatan penggunaan sumber
Kilang ini tidak menggunakan sumber air awam seperti sungai dan tasik kerana ia
mempunyai sumber air tersendiri iaitu Tasik Emarland. Tasik Emerald merupakan
takungan air hujan yang mempunyai kapasiti 36 juta metar padu yang berkemampuan
menampung keperluan air untuk operasi kilang ini. Ia sekaligus dapat mengurangkan
kos sumber air bagi operasi kilang ini.
v. Pembetulan yang berterusan (Continual Improvements)
Wood Management and Chip Management Double A sentiasa membuat kawalan ketat
dan memantau kualiti log yang digunakan. Kilang ini menggunakan piawaian yang
ketat untuk mengesahkan sumber setiap log yang diterima untuk pengeluaran
daripada sumber-sumber diurus dengan baik dan tanpa menyebabkan pencemaran.
Pembetulan yang berterusan ini meningkatkan keefektifan sistem pengurusan
persekitaran Double A. Selain itu Double A juga berkerjasama dengan NGO di
Thailand bagi mengukur prestasi alam sekitar agar memenuhi standard dalam
memastikan bahawa setiap produk yang dihasilkan mendatangkan impak kesan alam
sekitar yang paling minimum.

4.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, pelaksanaan sistem pemgurusan alam sekitar ini bukan sahaja
dapat menunjukkan komitmen Double A terhadap pemuliharaan alam sekitar, namun
ia juga dapat menjimatkan pengguanan sumber dan tenaga dan menonjolkan imej
yang baik agar setanding dengan syarikat multinasional.

5.

Rujukan

Department of Standard Malaysia. 2004. Malaysia Standard. Environmental


Managemant Systems Requirement with guidance for use (First Version) (ISO
14001:2004, IDT). Putrajaya: Department of Standard Malaysia
Kadaruddin Aiyub. 2000. Sistem pengurusan persekitaran Siri ISO 14000 dan
pengimplementasiannya di Malaysia. Dlm. Kadir Arifin (pnyt.). Pengurusan
persekitaran di Malaysia: isu dan cabaran: 293-309. Bangi: Pusat Pengajian
Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kadir Arifin. 2003. Integrasi siri sistem pengurusan kualiti (ISO9001:2000), siri
sistem pengurusan persekitaran (ISO 14001:1996) dan siri sistem pengurusan
keselamatan

&

kesihatan

pekerjaan

(OHSAS

18001:2000):

ke

arah

perlaksanaan dan pembentukannya di Malaysia. Tesis PhD. Pusat Pengajian


Siswazah, Universiti Kebangsaan Malalysia.
Double A Global. 2014. November (atas talian) http://www.doubleapaper.com/ 11
November 201

You might also like