Professional Documents
Culture Documents
Terjemahannya:
Ayat 97
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa
engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka
katakan.
Ayat 98
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji
Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.
Ayat 99
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu
(perkara yang tetap) yakin.
Cara-cara Bacaan.
Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas
setiap kali solat. Baca sekurang-kurang 3 x doa ini dan
dihembuskan pada perut anda. InsyaAllah usaha anda
akan diberkatiNya.
Sedikit maklumat perubatan tentang keguguran bayi dari
kandungan.
Fakta Keguguran
Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum
kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum
lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa
keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim.
Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada
yang tertinggal di dalam rahim.
Sebab keguguran
Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang
tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk
dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang
kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah
keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran,
bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil
secara normal pada masa hadapan.
Risiko keguguran
Merah pekat
Merah cair
Coklat
Kadang-kadang sangat sedikit
Kadang-kadang berketul darah
Sakit belakang
Sakit pada ari-ari
Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur
Bagi kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak
dapat dikenalpasti, tetapi terdapat beberapa faktor yang
boleh boleh menyebabkan pendarahan seperti:
Jangkitan kuman pada faraj
Polip pada pangkal rahim
Hamil di luar rahim
Cancer pangkal rahim
Bagaimana diagnosa dibuat?
Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, sangat
penting untuk anda berjumpa dengan doktor seberapa
segera. Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan
faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat
pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada
serviks.
Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan
samada jantung janin masih berdegup dan samada
kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya
dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin
akan dibuat terutamanya jika anda mengalami
pendarahan yang banyak.
Rawatan
Risiko Keguguran
Cuma 30% dari wanita yang mengalami masalah ini akan
mengalami keguguran sebenar. Berjumpalah doktor
dengan
segera
sekiranya
pendarahan
semakin
bertambah, terdapat darah beku, rasa letih dan tidak
bermaya, pening atau demam. Tiada cara untuk
mencegah dari Kehamilan yang hampir gugur atau
threatened abortion ini berlaku. Cara terbaik ialah anda
sentiasa peka kepada tanda-tanda keguguran dan
berjumpalah dengan doktor sebaik sahaja anda hamil
untuk memberikan kepastian yang kehamilan anda berada
dalam keadaan yang baik.