You are on page 1of 8

Tahun 2020 negara Malaysia diandaikan menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.

Kemajuan yang hendak dicapai itu nanti dijangka meliputi semua aspek kehidupan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kulanz Salleh, 2008). Seiring dengan matlamat untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju standing dengan negara-negara lain di dunia, kerajaan telah meletakkan
pendidikan ke dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dengan matlamat untu
menambah baik prestasi pelajar secara menyeluruh dan membolehkan mereka mendapat akses kepada
pendidikan terbaik (RMK10). Namun begitu, dalam usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
memperkasakan pendidikan negara, masih terdapat sebilangan murid yang masih ketinggalan dalam
pendidikan. Rozlan (2009), yang memetik laporan United Nation Development Programme
2007/2008 bahawa kadar celik huruf di Malaysia ialah 88.7% dan berada pada tangga ke-94
daripada 178 buah negara di dunia. Ketidakupayaan murid-murid dalam menguasai kemahiran
membaca akan menyumbang kepada masalah keciciran (Unit Rendah, Bahagian Sekolah, 2006).
Selain itu, jika angka ini dibiarkan tanpa ditangani segera maka perkara ini akan mengundang
masalah yang lebih besar lagi iaitu mereka sukar untuk mengikuti dan meneruskan pendidikan di
peringkat menengah (Isahak 2005). Jabatan Pendidikan Khas, dalam Buku Panduan Pelaksanaan
Program Pendidikan Pemulihan Khas melaporkan bahawa antara 10 hingga 15% dalam kalangan
murid-murid sekolah masih menghadapi masalah kegagalan menguasai 3M khususnya kemahiran
asas membaca (Kementerian Pendidikan Malaysia 1998)Belum edit

Kemahiran membaca merupakan asas untuk memahami proses pembelajaran yang lebih kompleks.
Proses membaca memerlukan urutan atau rentetan yang berulang-ulang bagi memastikan muridmurid dapat memahami apa yang sedang mereka baca serta menguasai proses bacaan tersebut.
Kesukaran menguasai kemahiran membaca di kalangan murid autisme dilihat sebagai satu
kekurangan yang perlu di atasi oleh guru bagi membantu agar mereka boleh membaca seperti kanakkanak tipikal yang lain.

Raof (2009), menafsirkan membaca sebagai pemprosesan kata-kata, konsep, informasi, dan gagasangagasan yang dikemukakan oleh pengarang berhubung dengan pengetahuan dan pengalaman awal
pembaca.

Kajian ini bertitik tolak dari


keinginan untuk mengatasi atau menyelesaikansesuatu isu. Dalam proses mendapatkan maklumat men
genai masalah membaca dikalangan murid-murid khas di Sekolah Kebangsaan Seri Langkap
(Integrasi Masalah pembelajaran) ini, pengkaji melihat perkembangan pembelajaran murid-murid
istemewa terutamanya murid-murid yang bermasalah pembelajaran didapati pembelajaran dan
tingkahlaku individu murid itu dipengaruhi oleh kebolehan individu itu dalam pembelajaran. Selain
daripada itu, murid-murid yang bermasalah sedemikian
mempunyaikekeliruan pengamatan yang menyebabkan sedikit sebanyak mempengaruhi emosi, pengal
aman, keperluan serta kehendak murid. Ramai yang mengalami masalah dalam pembelajaran yang se
benar. Terdapat pelbagai jenis kesukaran atau masalah yangdihadapi oleh murid. Antara masalah yang

dihadapi oleh mereka ialah masalah pengamatan penglihatan, masalah pengamatan pendengaran,
masalah psikomotor, gagap,kerosakan mental dan gangguan emosi. Masalahmasalah ini adalah masalah yang

Pelbagai kajian tentang masalah penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid-murid autisme
telah dibincangkan. Kajian adalah menjurus kepada kaedah untuk mengajar mereka menguasai
kemahiran membaca. Antara kajian-kajian yang berkaitan ialah :

Bil

Penyelidik

Tajuk kajian

1.

Corina F. Grindle, J.Carl Hughes,

Teaching Early Reading Skills To Children With

Maria Saville, Kathleen Huxley,

Autism Using Mimisprout Early Reading.

Richard P. Hastings.

2.

Lindsey C. Dionne

Effective Instructional Strategies To Teach Reading

Skill To Students With Autism spectrum Disorder In Elementary General Education Classrooms.

3.

Linda Faith, Stefan Gustafson

Computer-assited Intervension Targeting Reading

Tomas Tjus, Mikael Heiman,

Children With Reading Disabilities A

Idor Svensson

4.

5.

Longitudinal Study

Saroya Yahya, Melor Md Yunus,

Faciliating ESL Students With Autisme Learn Sight

Hasnah Toran

Vocabulary : Teachers Practices, and Voices.

Melissa L. Ball-Erickson

Effective Reading Comprehension Strategies For

Students With Autism Spectrum Disorder In


Elementary General Education Classrooms

6.

Mohd Farhan Iqbal, Nik Azleena

Meningkatkan Kemahiran Asas Membaca Murid


Autisme Melalui Kaedah Bimbingan Individu dan

Penggunaan Kad Suku Kata.

7.

Salman Firdaus Sidek, Nur Saadah

(Courseware Development Course I Like Learning

Fathil, Nur Zuhaidah Mohamed Zain

for Malay Language Learning Among Austisme

Kamaliah Muhammad

8.

Hastuti, Tri Retno

Children )

Peningkatan Kemampuan Membaca Permulaan

Melalui Media Flashcard Pada Anak Autis Kelas I Di Slb Autis Alamanda Surakarta Tahun Pelajaran
2012/2013

9.

Siti Hodijah Binti Zamakshshari Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Guru

Dalam Menangani Masalah Pertuturan Dan Bahasa Kanak-Kanak Autistik

Antara kaedah yang digunakan sebagai bahan kajian adalah seperti kad bacaan, kad suku kata dan
bimbingan berterusan, Modul Linus Berbantukan Terapi Biofeedback EmWave, Perisian Membaca
Faham, Perisian Kaedah Cepat Membaca, Pakej Pembelajaran Kemahiran Membaca, Assistive
Reading Software dan banyak lagi.

1.3

ANALISIS MASALAH

Sebelum kajian ini dibuat dengan lebih dalam lagi, pengkaji telah membuat sedikit ujian bacaan yang
mudah dengan menunjukkan beberapa perkataan suku kata terbuka kepada Irfan (bukan nama
sebenar). Perkataan tersebut diambil daripada buku Modul Linus Bahasa Malaysia Asas 2. Pengkaji
mendapati Irfan sukar untuk membaca perkataan tersebut. Irfan mengambil masa yang agak lama
untuk membaca satu perkataan yang mempunyai suku kata terbuka KV KV, KV KV KV. Irfan cuba
untuk membaca perkataan tersebut namun dia hanya mengeja setiap suku kata dan membatangkan
perkataan. Selepas itu baru dia menyebut perkataan tersebut. Irfan menyebut perkataan lain yang
kadangkala langsung jauh daripada bunyi suku kata perkataan tersebut.

Tujuan Kajian
Tujuan kajian dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak autisme
Tahun 1 dengan menggunakan perisian PowerPoint bertulisan merah. Kaedah membaca
menggunakan perisian PowerPoint bertulisan merah digunakan sebagai intervensi kepada subjek
kajian. Pengkaji akan menilai sejauh mana tulisan berwarna merah membantu murid autisme dapat
mengenal perkataan dan seterusnya menguasai kemahiran membaca.

1.3

ANALISIS MASALAH

Sebelum kajian ini dibuat dengan lebih dalam lagi, pengkaji telah membuat sedikit ujian
bacaan yang mudah dengan menunjukkan beberapa perkataan dua suku kata kepada Irfan
(bukan nama sebenar). Perkataan tersebut diambil daripada buku Modul Linus Bahasa
Malaysia Asas 2. Pengkaji mendapati Irfan sukar untuk membaca perkataan tersebut. Irfan
mengambil masa yang agak lama untuk membaca satu perkataan yang mempunyai suku kata
terbuka KV KV, KV KV KV. Irfan cuba untuk membaca perkataan tersebut namun dia
sukar untuk mengeja dan menyebutnya. Irfan menyebut perkataan lain yang kadangkala
langsung jauh daripada bunyi suku kata perkataan tersebut. Contoh-contoh perkataan tersebut
adalah:

Irfan boleh mengeja perkataan tersebut pada suku kata awal namun suku kata kedua tidak
dapat dieja dan akibatnya dia sukar membaca seluruh perkataan tersebut. Berdasarkan
latihan mengeja dan membatang suku kata, tahap kemahiran membaca murid ini sangat
lemah sehingga tidak dapat membaca perkataan yang mempunyai dua suku kata terbuka.
Pengkaji memberikan bimbingan kepada murid tersebut dengan cara latih tubi menyebut

perkataan-perkataan yang mempunyai dua suku kata terbuka. Kemudian, pengkaji memberi
latihan yang sama kepada murid tersebut. Melalui bimbingan yang diberi, didapati ada
peningkatan cara membatang suku kata dan membaca perkataan yang dibentuk dengan suku
kata.
Namun begitu, hanya tiga dari lima suku kata yang ditunjukkan berjaya dieja dan disebut
dengan betul. Berdasarkan pemerhatian tersebut maka murid ini perlukan bimbingan yang
khusus dengan menggunakan kaedah Powerpoint bertulisan merah bagi membantunya
menguasai kemahiran asas membaca. Selain daripada kaedah pemerhatian, Ujian Pra dan
Ujian Pasca telah dijalankan untuk memperoleh data kajian.

Murid-murid yang bermasalah sedemikian mempunyai kekeliruan pengamatan yang menyebabkan


sedikit sebanyak mempengaruhi emosi pengalaman, keperluan serta kehendak murid. Ramai yang
mengalami masalah dalam pembelajaran yang sebenar. Terdapat pelbagai jenis kesukaran atau
masalah

yang

dihadapi

oleh murid. Antara masalah yang dihadapi

oleh mereka ialah masalah

pengamatan penglihatan, masalah pengamatan pendengaran, masalah psikomotor, gagap, kerosakan

mental dan gangguan emosi. Masalah-masalah ini adalah masalah yang sedang dan sering dihadapi
oleh murid-murid khas. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran merupakan muridmurid yang berfungsi di bawah keupayaanmereka dari segi kecerdasan, pencapaian dan kemahirankemahiran sosial.Mereka lambat membaca, tidak aktif sewaktu belajar, tidak berupaya menyatukan
bunyi- bunyi dan membentuk perkataan serta ayat-ayat, lambat bertutur, sukar membezakansebutansebutan perkataan, tidak berupaya mengingati urutan dan kurang penumpuandalam proses
pembelajaran. Kelemahan murid khas dalam membaca dan memahamsememangnya menjadi masalah
yang besar kepada guru-guru dan murid-muridsendiri.Kelemahan- kelemahan ini boleh menimbulkan
kesulitan belajar seterusnya.Masalah ini agak ketara kepada enam orang murid di kelas khas ini.
Kegagalan muridmenguasai kemahiran membaca di peringkat awal persekolahan akan menyebabkan
mereka gagal untuk mengusai kemahiran-kemahiran yang lain, peluang- peluang pendidikan terhadap
kanak-kanak pendidikan khas seperti mana yang diperolehi olehkanak-kanak normal.Selain itu juga,
kemahiran membaca secara mekanis kurang diberi perhatian berbandingkemahiran menulis
dan mengira. Aktiviti pra bacaan juga tidak dijalankan secar serius pada peringkat permulaan.
Guru sepatutnya tidak mengambil mudah mengenai pengajaran kemahiran membaca kerana tabiat bur
uk ketika membaca akan dibawa olehmurid sehingga mereka meningkat dewasa. Kaedah membaca hu
ruf dan gabungan perkataan pada titik permulaan yang tepat dan terus diajar dengan betul

Teori Psikologi atau Teori Behaviorisme


Menurut Mohd Salleh Lebar (1999), psikologi ialah satu kajian yang berkaitan dengan
tingkah laku manusia. Menurut Pavlov pada tahun 1941 (Kusairi, 1993) rangsangan yang
diberikan secara berulang kali terhadap tingkah laku yang tidak dilazimkan akan
menghasilkan tingkah laku terlazim. Dalam lapangan bacaan, model ini boleh diaplikasikan
dalam proses membaca. Untuk menguasai kemahiran membaca, seseorang perlu berlatih
membaca secara berulang kali bermula dari proses mengecam huruf kepada mengecam
perkataan. Selain mengecam perkataan, pemahaman terhadap makna perkataan akan
diperolehi setelah menguasai kemahiran membaca. Penguasaan terhadap membaca akan
bertambah baik sekiranya kemahiran yang berkaitan dibuat secara berulang-ulang.
Bloomfield merupakan seorang lagi ahli psikologi Amerika pada tahun 1949 (Kamarudin,
2001) menyatakan bahawa tingkah laku yang terjadi ketika ucapan dituturkan daripada mulut
seseorang hinggalah ucapan itu diterima dan difahami oleh pendengar lain. Kenyataan ini
juga mempunyai hubungkait dengan membaca. Aktiviti membaca boleh diaplikasikan
melalui pertuturan seseorang dengan isyarat atau tanda-tanda berupa vokal atau fitur bunyi
yang dinamakan dalam bentuk linguistik. Beliau berpendapat bahawa kalimat-kalimat atau
ucapan itu tersusun dengan baik di dalam otak dan dikeluarkan apabila terdapatnya
rangsangan yang dilakukan oleh guru terhadap murid dalam proses pengajaran bacaan
melalui powerpoint sebagai alat bantu mengajar. Dalam konteks pengajaran bacaan, teori ini
mementingkan latihan dan latih tubi dijalankan secara berulang. Ia bertujuan untuk menguat,
dan mengukuhkan ingatan serta membentuk satu kebiasaan kepada murid-murid.
Menurut Skinner, 1974 (Kusairi, 1993), berpendapat bahawa pembelajaran berlaku apabila
rangsangan dan tindak balas terjadi berulangan. Dalam proses pembelajaran membaca,
rangsangan seperti bahan bantu mengajar yang menarik amat penting bagi menimbulkan
minat dan perhatian kanak-kanak untuk terus belajar dan mereka akan bertindak balas melalui
rangsangan yang diberikan. Contohnya dalam belajar asas bacaan, guru akan menggunakan
komputer bersama-sama powerpoint. Murid melihat perkataan tersebut dan membunyikannya
sebagai tindak balasnya. Perkara ini dibuat secara berulang sehinggalah kanak-kanak itu
berjaya menguasai kemahiran membaca.

Utusan Malaysia (9 Oktober 2006) melaporkan pendedahan Setiausaha Agung Kesatuan


Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), N. Siva Subramaniam yang menyatakan
bilangan pelajar lemah membaca adalah terlalu ramai iaitu menjangkau jumlah lebih daripada
500,000 orang pelajar yang kebanyakannya terdiri dari pelajar tahun enam. Menurut Utusan
Malaysia itu juga, jumlah ini mewakili 25% daripada 2 juta pelajar-pelajar sekolah rendah di
seluruh negara. Beliau turut menyarankan agar program pendidikan pemulihan atau
intervensi di sekolah diperhebatkan dengan mempelbagaikan pendekatan agar masalah ini
dapat ditangani secara berkesan.

You might also like