You are on page 1of 5

KAEDAH ABJAD

Kaedah ini merupakan kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang
mengajar membaca di peringkat permulaan. Untuk pengenalan abjad
guru akan memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama
huruf secara teratur dalam abjad a sehinggalah z . Rancangan pelajaran
harian bermula dengan a hingga z. kemudian latihan menulis dan
pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap
lambang abjad. Setelah murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf
akan diajar kepada murid. Murid diajar dengan huruf kecil dahulu dan
diikuti dengan huruf besar. Kemudian latihan menulis huruf kecil dan
huruf besar serta latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar
Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan
sesuatu bunyi huruf vokal seperti ayam, adik, api dan awan. Seterusnya
murid pula diajar permulaan perkataan dengan huruf konsonan seperti
bola, buku, batu dan besi. Ini adalah sebagai usaha untuk
memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan
perkataan.
PENGABUNGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN
Setelah murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf dan perkataan,
murid diajar membentuk dan membaca suku kata contohnya (ba be bi bo bu , ca ce ci co
cu hingga za ze ze zi zo zu. Kemudian murid diajar membentuk perkataan mudah dan
murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata seperti bu bu, ba ba. Seterusnya
murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah seperti baju, saya,
bola.
Kebaikan kaedah ini ialah memberi peneguhan kepada pengenalan abjad. Manakala
kelemahannya pula ialah sebenarnya kanak-kanak tidak perlu mengenali semua abjad
untuk diajar membaca. Jika mereka telah mengenali vokal dan sebahagian konsonan
yang kerap digunakan mereka telah boleh membaca
KAEDAH FONETIK
Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan
mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah
fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa.
Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih
daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kanak-kanak didedahkan dengan
bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:A = aaaa
B = beh
C = ceh
D = deh
E = eh

F = feh
G = geh
H = heh
I = iiiii
J = jeh
K = keh
L = el
M = em
N = en
O = oooo
P = peh
Q = qeh
R = rer
S = sss
T = the
U = uuuu
V = vev
W = weh
Y = yeh
Z = zez

Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan
seperti huruf a adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran Fonik menggunakan
ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan.
Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah dahulu serta mulakan dengan
huruf vokal. Seterusnya permulaan perkataan,akhiran perkataan,pertengahan perkataan
dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan sy.
Diantara kebaikan kaedah fonik ialah jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi
abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. Bagi kaedah fonik juga
kanak-kanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi membaca
sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga selesai satu
perkataan.
Sebaliknya, kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah abjad, terutamanya
di sekolah-sekolah, atau berdasarkan kaedah pandang dan sebut , biasanya di tadikatadika, mereka tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris langsung. Walaupun
menggunakan huruf-huruf roman yang sama, mereka tidak dapat menggunakan
kemahiran membaca dalam bahasa malaysia untuk membaca dalam bahasa Inggeris
hanya kerana kaedah mengeja atau suku kata tidak serasi langsung untuk bahasa
Inggeris. Apa yang dapat dilihat di sekolah-sekolah, mereka terpaksa menghafal-hafal
perkataan inggeris dari segi ejaan dan sebutannya. Banyak manalah yang mampu dihafal
oleh kanak-anak apatah lagi untuk mengingat maksudnya pula.
Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar mengenal symbol iaitu huruf, hanya mereka tidak
diajar nama huruf tersebut tetapi hanya bunyi yang dikaitkan dengan simbol tersebut.
Kanak-kanak memang mengenal huruf cuma bukan nama huruf tersebut. Nama huruf

hanya diajar setelah mereka pandai membaca sahaja.

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT


Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh
membaca dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan dengan namanya, kaedah
ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa
Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas dan polapola sukukata yang ada dalam bahasa malaysia ada lebih daripada 1000 pola-pola untuk
dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh
diterima hafal oleh anak kecil kita.
Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara
kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris.
Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Kaedah pandang dan
sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Kanakkanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau
empat huruf lalu menyebut terus contohnya: ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )
ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)
bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)
Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad
imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola sukukata ditulis di
atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di
atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan
cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto
photographic memory . Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan
yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.

Saya pernah menghadiri kursus kaedah mengajar membaca yang ditaja oleh
ReadNetwork (cari readnetwork.com) pada tahun 2010 dan mendapati bahawa ia
merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat menarik.
PENGENALAN
Kaedah fonetik atau juga dikenali sebagai kaedah fonik merupakan satu kaedah di
mana kita menggabungkan bunyi-bunyi fonik huruf untuk membentuk suku kata dan
perkataan.Setiap huruf mempunyai bunyi foniknya sendiri. Apa itu bunyi fonik? Bunyi
fonik ialah bunyi yang digunakan di dalam bahasa pertuturan kita. Dalam penulisan dan
pembacaan, setiap bunyi dalam bahasa pertuturan kita diwakili oleh simbol huruf roman.

KELEBIHAN KAEDAH FONETIK


Kaedah fonetik merupakan satu kaedah yang mudah dan cepat berbanding dengan
kaedah menghafal (mengeja suku kata). Murid menghadapi kesukaran untuk menghafal
terlalu banyak suku kata. Dalam Bahasa Malaysia, terdapat 126 suku kata KV yang
perlu dihafal oleh murid. Cuba bayangkan berapa banyak suku kata lain yang perlu
dihafal oleh murid.
Menurut pengalaman saya, murid yang belajar membaca dengan menggunakan kaedah
ini berjaya membaca dengan lancar. Ini membawa satu kepuasan kepada saya kerana
murid-murid saya tidak perlu mengeja semasa membaca di dalam kelas perdana.
Selain itu, bunyi fonik yang digunakan dalam Bahasa Malaysia masih boleh digunakan
dalam Bahasa Inggeris kerana 21 daripada 26 bunyi yang digunakan dalam Bahasa
Malaysia sama dengan bunyi yang digunakan dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna
bahawa murid sudah mempelajari 21 daripada 44 bunyi fonik yang digunakan dalam
Bahasa Inggeris secara tidak langsung.
KELEMAHAN KAEDAH FONETIK
Walaupun saya amat berpuashati dengan penggunaan kaedah fonetik, terutamanya
pada tahun 2010, saya mendapati bahawa terdapat satu kelemahan dalam penggunaan
kaedah ini sejak Program LINUS NKRA diperkenalkan. Saya bukan mengatakan
bahawa program LINUS itu tidak baik tetapi kita perlu mencari cara untuk menyesuaikan
kaedah ini dengan program sekarang.
Satu-satunya kelemahan kaedah ini ialah murid lambat atau sukar mengenali nama
huruf. Walaupun nama huruf bukannya diperlukan apabila murid membaca, nama huruf
amat diperlukan supaya murid dapat melepasi konstruk pertama dalam program LINUS.
PERATURAN

PENTING

SEMASA

MENGGUNAKAN

KAEDAH

INI

Jika kita ingin menggunakan kaedah ini, kita harus ajar murid menggabungkan bunyi
dan bukannya menghafal suku kata. Murid yang lemah tidak dapat menghafal terlalu
banyak suku kata. Kita juga tidak boleh mencampur adukkan bunyi huruf dan nama
huruf semasa mengajar murid membaca. Ini boleh mengelirukan murid dan
melambatkan proses penguasaan membaca murid. Jadi bagaimana? Bukankah nama
huruf itu penting? Oleh itu, adalah lebih baik jika kita memperkenalkan nama huruf
setelah murid pandai membaca (jika di kelas pemulihan, kita perkenalkan nama huruf
setelah murid tahu suku kata KV supaya mereka boleh dilepaskan dari senarai murid
LINUS
tegar.
TEKNIK
MENGAJAR
Semasa mengajar murid-murid kita membaca, kita harus mengajar dalam 3 langkah
yang penting, iaitu:

1.

Ajar bunyi huruf

2.

Ajar bentuk dan rupa huruf

3.

Ajar gabung-bunyi

Langkah 1: Ajar bunyi huruf


Semasa mengajar bunyi huruf, kita memperkenalkan bunyi huruf tanpa menunjukkan
huruf kepada murid terlebih dahulu. Kita perkenalkan bunyi mengikut kreativiti masingmasing (contohnya memperkenalkan bunyi ular sebelum memperkenalkan bunyi huruf
's'). Setelah itu, kita mengulangi bunyi tersebut beberapa kali dan meminta murid
mengajuk bunyi tersebut. Setelah itu, barulah kita menunjukkan huruf tersebut kepada
murid.
Langkah 2: Ajar bentuk dan rupa huruf
Kita boleh gunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang kita biasa gunakan semasa
mengajar bentuk dan rupa huruf. Antaranya ialah membuat mozek/kolaj, membentuk
doh, mewarnakan huruf dan sebagainya. Satu peringatan penting ialah semasa murid
membuat mozek/kolaj, membentuk doh, mewarnakan huruf, atau apa-apa sahaja, kita
harus mengajar murid melakukan aktiviti tersebut mengikut cara kita menulis supaya
apabila murid mengenali huruf yang diajar, mereka akan lebih memahami cara menulis
huruf tersebut .
Langkah 3: Ajar gabung-bunyi
Kita harus mengajar murid menggabungkan bunyi dengan menggunakan bunyi huruf
sahaja. Mula-mula guru boleh membunyikan huruf sambil menggerakkan kad huruf
(jangan sebut nama huruf). Apabila huruf bercantum, barulah kita membunyikan suku
kata (hasil gabungan huruf tersebut). Setelah itu, kita bimbing murid sebut bersama kita
dan akhirnya bimbing murid menyebut sendiri sementara kita menggerakkan kad huruf
tersebut.
AKHIR KATA
Harap maaf kerana perkongsian saya ini agak terbatas kerana kebanyakan perkara
yang dikongsikan hanya dapat difahami jika kita mengikutinya secara praktikal. Jika
anda ingin memahami kaedah ini dengan lebih lanjut, saya syorkan anda ikuti kursus
yang dianjurkan oleh ReadNetwork dan dapatkan maklumat lanjut di readnetwork.com.
Ada banyak lagi ilmu yang boleh anda perolehi jika anda ikuti kursus mereka. Antaranya
ialah:
1.
Latihan bunyi huruf
2.

Latihan asosiasi

3.

Teknik menulis huruf

4.

Lagu asosiasi

5.
Contoh bahan bantu mengajar, dan mungkin perkara baharu yang saya
sendiri belum pelajari.

You might also like