You are on page 1of 1

Sejarah Wau

Di Malaysia
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan. tarikh serta asal-usulnya. Walau
bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana
rekabentuk serta ciri wau di Malaysia mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.
Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar.Kemungkinan evolusi layang-layang di
Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China memandangkan hubungan Malaysia-China
telah berlangsung sejak zaman Greek lagi.
Kemungkinan juga perkataan wau datangnya daripada perkataan Cina Hokkien (Fujian). Kata untuk wau dalam
dialek Hokkien ialah ao di utara Malaysia.Pada masa dahulu, orang-orang Melayu di Singapura turut
menggunakan layang-layang bagi menangkap ikan.
wau sebagai lambang alam
sebuah cerita rakyat tempatan menyatakan bahawa layang-layang mula dikenali di negara ini pada abad ke-8 masihi
iaitu Zaman Kerajaan Sri Wijaya. ia melamangkan kawasan geopolitik Asia TEnggara oleh tokoh besar bernama
Sanjaya dalam tradisicerita rakyat kelantan. beliau juga dikenali dengan dewa muda.
menurut Abdullah Muhammad dalam karyanyayang bertajuk falsafah Dan Pemikiran Orang-Orang Melayu
menyatakan bahawa sanjaya menerapkan lambang wau bulan kepada geopolitik Asia Tenggara dalam prasasti
yang ditemuinya di desa.

kesimpulan
teori-teori kewujudan layang-layang di malaysia yang telah dinyatakan sehingga kini masih belum menggambarkan
secara tepat iaitu bilakah layang-layang pertama wujud di negara ini. Walau bagaimanapun, ia telah membuktikan
kepentingan layang-layang kepada masyarakat melayu pada masa dahulu.Kewujudan layang-layang di Malaysia
pada asasnya berteraskan dua perkara iaitu adat resam dan rekreasi.

You might also like