You are on page 1of 9

Garis Panduan Program Cabaran My Innovation

GARIS PANDUAN
PROGRAM CABARAN MY INNOVATION
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
TAHUN 2014

1.

PENGENALAN
Program Cabaran My Innovation merupakan rantaian kepada Program Jejak
Inovasi ( Turun Padang ) yang menjelajah ke semua Sembilan ( 9 ) daerah di
Negeri Selangor. Cabaran ini adalah berbentuk pertandingan yang berteraskan
kreativiti dan inovasi yang dilaksanakan serentak dengan pelaksanaan program
Jejak Inovasi ( Turun Padang ). Fokus program ini adalah kepada semua
penduduk di Negeri Selangor yang meliputi individu / orang perseorangan /
penjawat awam, syarikat swasta, pelajar sekolah dan pelajar Institusi Pengajian
Tinggi ( IPT ).

2.

OBJEKTIF
Cabaran My Innovation diwujudkan dengan objektif berikut:i.

Mengumpul maklumat produk / hasil inovasi.

ii.

Mempromosi dan menonjolkan produk / hasil inovasi oleh segenap


lapisan masyarakat.

iii.

Memberikan pengiktirafan kepada produk / hasil inovasi terbaik sebagai


bentuk galakan kepada masyarakat di Negeri Selangor mengembangkan
minat dan potensi yang berteraskan inovasi dan kreativiti.

iv.

Mengembangkan budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan anggota


masyarakat.

Garis Panduan Program Cabaran My Innovation

3.

JADUAL TURUN PADANG JEJAK INOVASI DAN PENILAIAN CABARAN MY


INNOVATION
Mekanisme penilaian bagi Cabaran My Innovation melibatkan pengenalpastian
produk / hasil inovasi di Sembilan ( 9 ) daerah di Negeri Selangor. Ia merupakan
sebahagian daripada pengisian di bawah struktur program Jejak Inovasi. Jadual
turun padang Jejak Inovasi dan penilaian Cabaran My Innovation adalah seperti
berikut:i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.

Sabak Bernam
Hulu Selangor
Kuala Selangor
Klang
Kuala Langat
Sepang
Hulu Langat
Gombak
Petaling

27 Mei, 2014
10 Jun, 2014
24 Jun, 2014
7 Ogos, 2014
26 Ogos, 2014
10 September, 2014
18 September, 2014
2 Oktober, 2014
9 Oktober, 2014

Walau bagaimanapun, selain daripada tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas,


semua peserta masih boleh mengemukakan penyertaan tetapi mestilah pada
atau sebelum 31 Oktober, 2014 melalui jabatan / agensi yang dinyatakan dalam
perenggan 10 ( ii ) di bawah.
4.

KATEGORI PERTANDINGAN
Cabaran My Innovation dibahagikan kepada enam ( 6 ) kategori berikut:i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

5.

Kategori Kumpulan Kecil


Kategori Jabatan / Agensi Kerajaan / Badan Berkanun
Kategori Agensi / Syarikat Swasta
Kategori Individu / Orang Perseorangan
Kategori Pelajar Sekolah
Kategori Institut Pengajian Tinggi ( IPT )

TEMA PERTANDINGAN
Tema Cabaran My Innovation ialah INOVASI.DUNIAKU.
2

Garis Panduan Program Cabaran My Innovation

Tema ini dipilih bagi memberikan gambaran tentang kepentingan inovasi sebagai
antara sebahagian daripada kehidupan masyarakat.

6.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:i.

Pertandingan ini terbuka kepada semua penduduk di Negeri Selangor.

ii.

Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Namun


begitu, hanya penyertaan terbaik sahaja yang akan dipilih sebagai
pemenang.

iii.

Setiap penyertaan perlu menggunakan borang rasmi

seperti di

LAMPIRAN A yang boleh didapati di lokasi-lokasi berikut:i.

Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

ii.

Semua Pejabat Daerah / Tanah di Negeri Selangor

iii.

Semua Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) di Negeri Selangor

iv.

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

v.

Jabatan Pelajaran Daerah di Negeri Selangor

iv.

Kos projek / hasil inovasi adalah menjadi tanggung jawab setiap peserta.

v.

Penyertaan bagi Kategori Jabatan / Agensi Kerajaan / Badan Berkanun


perlu mendapat pengesahan dan kelulusan Ketua Jabatan yang
berkenaan.

vi.

Penyertaan bagi Kategori Pelajar Sekolah / IPT perlu mendapat


pengesahan dari pihak sekolah / IPT yang berkenaan.

Garis Panduan Program Cabaran My Innovation

vii.

Bilangan ahli bagi Kategori Kumpulan Kecil adalah tidak melebihi tiga ( 3 )
orang.

7.

viii.

Tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan.

ix.

Setiap penyertaan akan melalui tiga ( 3 ) peringkat penilaian. Semua


peserta yang mengemukakan penyertaan mestilah hadir dan bersedia
bagi sesi penilaian tapak yang akan diadakan seperti butiran di perenggan
3 di atas.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:i.

Pertandingan ini terbuka kepada penyertaan bagi semua kategori produk /


hasil inovasi.

ii.

Cetusan idea bagi produk / hasil inovasi mestilah daripada ciptaan asli
peserta dan tidak meniru / menciplak mana-mana produk / hasil inovasi
yang lain.

iii.

Peserta perlu menyediakan dokumen berkaitan produk / hasil inovasi


yang dipilih yang mengandungi:

Tajuk Produk / Hasil Inovasi

Nama Peserta / Kumpulan / Jabatan / Agensi / Syarikat / Sekolah /


IPT

No. Kad Pengenalan

Tahun / Tarikh Produk / Hasil Inovasi Dihasilkan

Kepentingan Produk / Hasil Inovasi

Kaedah / Cara Penggunaan Produk / Inovasi

Impak Produk / Hasil Inovasi

Kos Produk / Hasil Inovasi

Gambar Produk / Hasil Inovasi


4

Garis Panduan Program Cabaran My Innovation

Pelan / Gambarajah Teknikal ( jika berkaitan )

Pengubahsuaian / Penambahbaikan ( sila rujuk perenggan iii di


bawah )

iv.

Pencapaian-Pencapaian ( jika pernah menyertai pertandingan )

Penyertaan adalah dibuka kepada produk / hasil inovasi yang belum


pernah memenangi mana-mana pertandingan berkaitan inovasi dalam
tempoh 3 tahun terakhir ( 2011 - 2013 ). Bagi produk / hasil inovasi yang
pernah memenangi pertandingan berkaitan inovasi sebelum tahun 2011
adalah dibenarkan untuk dicalonkan dengan syarat ia telah melalui
proses-proses penambahbaikan dan pengubahsuaian dan ditunjukkan
secara jelas semasa proses penilaian tapak kelak. Manakala bagi produk
/ hasil inovasi yang sekadar pernah menyertai pertandingan berkaitan
inovasi tetapi tidak memenangi sebarang gelaran / anugerah adalah layak
dicalonkan.

v.

Produk / hasil inovasi yang telah dikomersialkan dan digunakan secara meluas
tetapi belum pernah memasuki sebarang pertandingan adalah TIDAK LAYAK
dicalonkan.

vi.

Penggunaan bahan-bahan kitar semula / terbuang adalah sangat


digalakkan.

vii.

Penggunaan sebarang perisian adalah dibenarkan tetapi ia tertakluk


kepada undang-undang berkaitan perkomputeran sedia ada yang
terpakai.

viii.

Keputusan Panel Penilai / Juri adalah muktamad dan sebarang bantahan


adalah tidak dibenarkan.

8.

PROSES PENILAIAN CABARAN MY INNOVATION


Proses penilaian bagi Cabaran My Innovation adalah seperti berikut:5

Garis Panduan Program Cabaran My Innovation

i.

Peringkat Pertama : Penilaian Tapak & Tapisan Urusetia ( 10 % )

Semua penyertaan akan melalui proses penilaian di tapak di mana


produk / hasil inovasi berkenaan dihasilkan.

Penilaian adalah

berdasarkan kepada skema pemarkahan yang telah disediakan


dan temubual serta dokumen projek yang disertakan.

Semua peserta perlu menunjukkan produk / hasil inovasi kepada


Panel Penilai dan membuat sesi penerangan ringkas berkaitan
produk yang dihasilkan. Peserta juga perlu menyediakan dokumen
seperti di perenggan 7 ( iii ) di atas untuk dinilai oleh Panel Penilai
bagi Peringkat Kedua.

ii.

Peringkat Kedua : Penilaian Berdasarkan Dokumen ( 20 % )

Dokumen-dokumen projek perlu mematuhi dan mengandungi


semua maklumat seperti di perenggan 7 ( iii ) di atas. Panel Penilai
akan membuat penilaian berdasarkan kepada komponen penilaian
seperti berikut:a)
b)
c)
d)

Keaslian produk / hasil inovasi


Kreatif / inovatif
Tahap penggunaan / aplikasi produk / hasil inovasi
Impak penggunaan produk / hasil inovasi

Di peringkat kedua ini, Panel Penilai akan membuat penilaian dan


menentukan produk / hasil inovasi terbaik yang akan terpilih ke
peringkat akhir ( Peringkat Ketiga ).

iii.

Peringkat Ketiga ( Akhir ) : Penilaian Berasaskan Pameran,


Penerangan dan Demonstrasi Produk ( 70 % )

Garis Panduan Program Cabaran My Innovation

Semua peserta yang terpilih ke peringkat akhir akan diwajibkan


menyertai pameran yang akan dikendalikan oleh pihak Urusetia.

Para peserta akhir perlu menyediakan kelengkapan dan peralatanperalatan yang berkaitan terutamanya produk / hasil inovasi yang
dipertandingkan. Tapak dan peralatan asas bagi ruang pameran
akan disediakan oleh pihak Urusetia. Kreativiti dan inovasi ruang
pameran masing-masing akan turut diambil kira.

Setiap

peserta

akhir

diwajibkan

membuat

persembahan

demonstrasi produk kepada Panel Penilai dan bersedia menjawab


semua pertanyaan dan soalan yang dikemukakan dan memberikan
sebarang maklum balas yang diperlukan.

Setiap peserta akan

diberikan masa selama 10 minit untuk melaksanakan sesi


persembahan / demonstrasi produk.

9.

HADIAH CABARAN MY INNOVATION


Hadiah dan ganjaran bagi Kategori Jabatan / Agensi Kerajaan / Badan
Berkanun, Swasta dan IPT adalah seperti berikut:-

BIL

TEMPAT

HADIAH

Johan

RM 9 000.00 dan Sijil Penghargaan

Naib Johan

RM 7 000.00 dan Sijil Penghargaan

Ketiga

RM 5 000.00 dan Sijil Penghargaan

Saguhati

Sijil Penghargaan

Garis Panduan Program Cabaran My Innovation

Hadiah dan ganjaran bagi Kategori Kumpulan Kecil, Individu / Orang


Perseorangan dan Pelajar Sekolah adalah seperti berikut:-

BIL

10.

TEMPAT

HADIAH

Johan

RM 6 000.00 dan Sijil Penghargaan

Naib Johan

RM 4 000.00 dan Sijil Penghargaan

Ketiga

RM 2 000.00 dan Sijil Penghargaan

Saguhati

Sijil Penghargaan

TATACARA PERMOHONAN
Setiap permohonan mestilah mematuhi tatacara permohonan seperti berikut:i.

Setiap penyertaan
LAMPIRAN A.

ii.

Setiap penyertaan hendaklah dikemukakan melalui salah satu jabatan /


agensi berikut:

iii.

menggunakan

borang

rasmi

seperti

di

Pejabat Daerah / Tanah


Pihak Berkuasa Tempatan
Bahagian Korporat, Pejabat SUK Selangor ( bagi penyertaan
jabatan / agensi di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Selangor sahaja )

Penyertaan mestilah mempunyai perkara-perkara berikut:

iv.

perlu

Borang Rasmi Penyertaan


Dokumen Produk / Hasil Inovasi

Pihak Urusetia berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak


mematuhi syarat-syarat penyertaan dan pertandingan.
8

Garis Panduan Program Cabaran My Innovation

11.

MAKLUMAT-MAKLUMAT PENTING PERTANDINGAN

BIL

PERKARA

TARIKH

Penilaian Tapak

Rujuk Perenggan 3

Tarikh Tutup Penyertaan ( penyertaan yang 31 Oktober, 2014


dihantar selepas Penilaian Tapak )

Pengumuman Penyertaan Ke Peringkat Akhir

10 November, 2014

Sesi Penilaian Ketiga ( Akhir )

25 November, 2014

Pengumuman Pemenang

28 November, 2014

You might also like