You are on page 1of 1

4.

TERENCAT AKAL
Murid-murid terencat akal ialah murid-murid yang inteleknya berfungsi di bawah tahap
murid normal. Keadaan ini wujud bersama-sama dengan kelemahan tingkah laku adaptif
murid tersebut iaitu kemahiran berkomunikasi, mengurus diri, sosial dan psikomotor yang
dapat dilihat dalam proses perkembangan mereka. Fungsi intelek biasanya diuji melalui
kecerdasan IQ. Di Amerika, kanak-kanak terencat akal adalah kanak-kanak yang
pencapaian ujian kecerdasannya di bawah 70.

Di antara punca seorang kanak-kanak boleh mengalami kerencatan akal ialah:

o Genetik
o Masalah metabolic / hormon
o Janin diserang kuman
o Masalah pembentukan otak - maliformation of the central nervous system
o Cedera otak semasa bersalin
o Radang otak (meningitis encephalitis)
o Kemalangan / dera kanak-kanak
o Lahir tidak cukup bulan

Ciri-ciri jelas tentang kanak-kanak ini dapat dilihat dari segi perbezaan tahap mental murid
dengan umur mereka. Lebih teruk kerencatan akal mereka,maka lebih rendah tahap
kematangan yang ditunjukkan berbanding dengan umur sebenar kanak-kanak itu.

You might also like