You are on page 1of 22

Nordin Tahir

Pendidikan Khas Di Malaysia

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia


sejak awal tahun 1920-an
Sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah
atau kurang upaya penglihatan dan
pendengaran
Pendidikan khas formal

1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah


Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor
Bharu
1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak
Nordin Tahir
Pekak di tubuhkan di Pulau
Pinang

1978 : Program pemulihan ke atas pelajar


lembam
1988
:Program
untuk
kanak-kanak
Bermasalah Pembelajaran :kelas perintis
di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala
Lumpur
Pendidikan khas di Malaysia bertumpu
kepada kumpulan kanak-kanak buta,
pekak, dan bermasalah pembelajaran.

Nordin Tahir

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS Di MALAYSIA

Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tiga


peringkat perkembangan berdasarkan kepada
peranan dan tanggungjawab yang dimainkan
oleh badan- badan sukarela dalam dan luar
negeri serta peranan kerajaan sebagai
penggerak utama.
Ketiga- tiga peringkat tersebut ialah:
Peringkat Pertama (awal 1947- akhir 1947)
Peringkat Kedua (1948- 1980)
Peringkat Ketiga (1981- kini)
Nordin Tahir

Peringkat Pertama (Awal 1947- Akhir 1947)


Pada peringkat permulaan, peranan utama dalam
pendidikan khas dan pemulihan pelbagai kecacatan
disumbangkan oleh institusi-institusi keluarga dan
masyarakat terdiri daripada pertubuhan agama, etnik,
ibu bapa dan badan sukarela bersifat tempatan dan
antarabangsa.

Peringkat Kedua (1948- 1980)


Tahun
1948,
memperlihatkan
peranan
dan
penglibatan
pihak
kerajaan
membuka
dan
menubuhkan beberapa sekolah khas seperti Sekolah
Rendah Princess Elizabeth di Johor Bharu dan
Sekolah Kanak- Kanak Pekak Persekutuan di Pulau
Pinang (1954).
Nordin Tahir

Pelbagai langkah diperkenalkan dan diperkemas untuk


mempertingkatkan mutu pendidikan kanak- kanak khas.
Antaranya, satu mode penyampaian baru dan komunikasi
seluruh diperkenal kepada guru-guru khas masalah
pendengaran bermula dari tahun 1979-1981 dan 19841986.
Kementerian Pendidikan mula memberi penekanan kepada
latihan khas perguruan dalam tahun- tahun 1960-an. Maktab
Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur menganjurkan
kursus cacat penglihatan (1962) dan kursus cacat
pendengaran (1963).

Peringkat Ketiga (1981- kini)


Pihak kerajaan merupakan penggerak utama dalam
peringkat ketiga di mana perkhidmatan kemudahan fizikal,
khidmat sokongan,peruntukan kewangan dan khidmat
kepakaran disalurkan terus untuk
pendidikan khas.
Nordin Tahir

Peristiwa Penting Yang Mempengaruhi Perkembangan


Pendidikan Khas

Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat


(1948) :menegaskan hak bagi setiap individu
mendapat pendidikan.
Persidangan Dunia bertemakan Pendidikan
Untuk Semua di Jomtien, Thailand yang
menekankan:
Keperluan-keperluan
pembelajaran untuk orang kurang upaya
menuntut perhatian khusus.
Sepadu dalam sistem pendidikan.
Nordin Tahir

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)


telah
mengisytiharkan
Hak
Kanak-kanak
Sedunia.
Hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak
mendapat penjagaan yang khusus dan
bimbingan mengikut kecacatan yang dialami
serta peluang menjadi seberapa normal yang
mungkin.
Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia
dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam
Bahagian I (Tafsiran) Akta ini menyatakan
bahawa; sekolah khas bermakna sekolah yang
menyediakan layanan pendidikan yang khas
untuk murid-murid yang kurang upaya.
Nordin Tahir

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979)


Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169
merupakan satu titik tolak yang membawa kepada
satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas
kepada perkembangan PK.
kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap
pendidikan kanak-kanak cacat, dan adalah
diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih
sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari
pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada
masa ini.
penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam
memajukan
pendidikan
kanak-kanak
cacat
hendaklah terus digalakkan.
Nordin Tahir

Mesyuarat
Jawatankuasa
Perancangan
Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981
memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa
Antara
Kementerian
untuk
mengkaji
dan
menentukan
bidang
tugas
masing-masing
mengenai
kanak-kanak
kurang
upaya.
Kementerian-kementerian yang terlibat selain
daripada
Kementerian
Pendidikan
ialah
Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan
Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan
Wanita,
Keluarga
dan
Masyarakat)
dan
Kementerian Buruh.
Nordin Tahir

Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan


kanak-kanak
bermasalah
penglihatan,
bermasalah pendengaran dan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang
boleh dididik .
Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap
pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya
fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta
kanak-kanak spastik.
Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti
di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak
yang dilahirkan dalam keadaan berisiko
Nordin Tahir

Akta Pendidikan 1996


Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas
jika ada permintaan daripada masyarakat.
Kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh
persekolahan dan kandungan kurikulum untuk
keperluan pendidikan khas.

Nordin Tahir

Jabatan Pendidikan Khas

Jabatan Pendidikan Khas ditubuhkan pada 1


Oktober 1995 bertanggungjawab untuk:
merancang dan mengurus semua sekolah
pendidikan khas rendah dan menengah,
merancang dan menyelaras semua program
pendidikan khas integrasi,

Nordin Tahir

merancang, menyelaras dan menilai dasar- dasar dan


peraturan dari segi peluang pendidikan yang seimbang,
khidmat Bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan
khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas,
merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan
khas,
menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian
pendidikan khas,
menyediakan perancangan latihan dan pembangunan
staf, dan
menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas.

Nordin Tahir

Jenis- Jenis Sekolah Pendidikan Khas

Prasekolah
Syarat
kemasukan
murid
ke
Program
Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
berumur tidak kurang dari lima (5) tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Nordin Tahir

Pendidikan Rendah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan, dan
boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran
akademik.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat


sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum
percuma.
Murid
yang mengikuti Program Pendidikan Khas
Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau
kurikulum alternatif

Nordin Tahir

Pendidikan Menengah
Syarat
kemasukan
murid
ke
Program
Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan
Malaysia ialah:
berumur 13+ hingga 19+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis
aliran iaitu akademik dan vokasional.

Nordin Tahir

Pendidikan Teknik dan Vokasional


i. Sekolah Khas
Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif
mata pelajaran vokasional (MPV) manakala
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran
Malaysia.
ii. Program Pendidikan Khas Integrasi

Nordin Tahir

AMERIKA SYARIKAT

29 Nov 1975: Perundangan Public Law 94-142


Presiden J.F Kennedy
Setiap individu 3-21 thn akan menerima
pendidikan percuma.
Memenuhi keperluan bayi,kanak-kanak dan belia
yang kurang upaya.
1990 Public Law :94-142 diperluaskan:Akta
pendidikan individu kurang upaya (individuals
with disabilities education Act) : IDEA

Nordin Tahir

Penekanan Idea

Pendidikan percuma
Pendidikan Inklusif
Penilaian pendidikan sesuai dgn kekurangan
mereka
Koloboratif dlm merancang
Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

Nordin Tahir

BRITAIN

1974 :JK Inkuiri Pendidikan Kanak-Kanak Cacat


Warnock ditubuhkan.
Laporan Warnock menekankan:
Pendidikan Intergrasi atau inklusif diperluaskan

Akta Pendidikan
pendidikan khas.

1981:

Peranan

ibu

bapa

dlm

Akta Kanak-kanak 1989:


Diagnosis terhadap kanak-kanak melibatkan pihak lain
tidak shj pada
ahli perubatan
Pendidikan Inklusif
Nordin Tahir

Soalan Tutorial
Bincangkan implikasi Akta Pendidikan 1996
terhadap perkembangan Pendidikan Khas
di Malaysia?

Nordin Tahir

You might also like