You are on page 1of 5

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU


MASALAH YANG TIMBUL DALAM MASYARAKAT
KINI TENTANG PENGGUNAAN BAHASA MELAYU
Bahasa merupakan suatu wadah pertuturan yang digunakan sebagai medium komunikasi antara satu sama lain.
Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa pertuturan yang digunakan oleh masyarakat tanpa mengira warna kulit.
Bahasa ini telah mula dipertuturkan oleh masyarakat di kepulauan nusantara terutamanya Tanah Melayu.
Bahasa Melayu pernah dikenali sebagai lingua franca atau dalam erti kata lain sebagai bahasa yang digunakan
oleh para pedagang pada masa dahulu untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka di Tanah Melayu. Ini
menyebabkan bahasa ini menjadi bahasa yang tersohor pada ketika dahulu. Seiring dengan perkembangan sains
dan teknologi, pertuturan dalam Bahasa Melayu semakin berkurangan. Hal ini disebabkan Bahasa Inggeris telah
menjadi bahasa yang utama dalam pertuturan kerana bahasa ini mudah difahami oleh semua pihak. Apakah
usaha yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk memelihara Bahasa Melayu?. Siapa yang
dipertanggungjawabkan untuk memelihara Bahasa Melayu?

Justeru, pada tanggal 22 Jun 1956 Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertujuan untuk
mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal dijadikan bahasa kebangsaan pada ketika itu. Pada tahun 1959,
DBP telah dinaikkan taraf sebagai sebuah badan berkanun menerusi Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959.
Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi bagi menggubal dasarnya yang khusus, menyusun
program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, serta menjalankan kegiatan penerbitan dan
perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.

Kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah begitu penting sehingga ia diiktiraf oleh jabatan kerajaan
sebagai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen pada tahun 1959 dalam memantapkan lagi pengembangan
bahasa sastera. Begitu juga dengan pengaturan rancangan memupuk bahasa sastera dengan baik. Walaupun DBP
menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan namun setelah masa beredar melangkaui peredaran zaman kini
banyak pecampuran bahasa seperti bahasa rojak yang sedang menular dalam masyarakat masa kini. Oleh itu,
dengan adanya DBP masalah penyalahgunaan bahasa ini dapat dibendung. Disamping itu, keaslian bahasa
kebangsaan ini tidak dicemar. Begitu juga dengan penggunaan bahasa singkatan. Contohnya, singkatan bagi
sungai, bukit, jalan, dan sebagainya. Penggunaan singkatan ini memudahkan penulis surat bagi alamat dan
kawasan.
Perkembangan menakjubkan berkenaan dengan Bahasa Melayu dan DBP ialah dapat mengeratkan hubungan
diplomatik dua negara. Peranan bagi membina dan memperkayakan bahasa kebangsaan dalam segala bidang
termasuk teknologi dan sains secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan diplomatik yang erat antara
Malaysia dan China yang terjalin sejak lebih tiga dekad yang lalu. Berdasarkan suatu rencana Berita Harian, 22
Ogos 2007 lawatan Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) untuk membincangkan tentang
projek sekolah bahasa antarabangsa yang dibina di Pulau Pinang. Di samping itu, DBP juga tidak ketinggalan
dalam menyampaikan satu penerangan seperti kuliah yang bertajuk Kesantunan Bahasa: Gelaran dan Rujukan
yang disampaikan oleh Munsyi Dewan kepada para pelajar BFSU. Hubungan diplomatik yang erat ini dapat
mengembangkan bakat kesusasteraan sama ada dalam negara mahupun luar negara. Detik demi detik matlamat
DBP makin hampir. Kejayaan 52 tahun dahulu mungkin mampu diulangi dengan gemilang.
Selain itu, DBP juga menjalankan pelbagai program dalam mengusahakan memperkembangkan bakat
kesusasteraan. Menurut Berita Harian, DBP mengiatkan program dari semasa ke semasa iaitu Minggu Penulis
Remaja dengan motif melahirkan dan memupuk penulis muda. Program ini juga bertujuan melahirkan pewaris
ilmu kesusasteraan pada masa depan. Dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi
menggunakan kaedah penganugerahan bagi menggalakkan sasterawan-sasterawan menceburi bidang ini.
Setiap suatu organisasi itu mesti mempunyai peranan-perananya yang tersendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka

(DBP) mempunyai peranan yang amat penting bagi memartabatkan maruah dan kepentingan Bahasa Melayu
yang semakin hari semakin lesu daripada perhatian daripada pelbagai pihak akibat perkembangan era globalisasi
yang hanya mementingkan penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris khususnya dalam rutin harian setiap
masyarakat. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka ini sentiasa selaras dengan misinya iaitu, "Memperkasakan
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu, Bahasa Intelektual dan Bahasa Perpaduan dalam Mendukung Rangkaian
Dasar Nasional untuk Membina Bangsa". Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan untuk membina dan
memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Sepertimana yang diketahui
umum bahawa dalam bidang sains dan teknologi, hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang
digunakan untuk membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru khususnya dalam
bidang perubatan. Oleh hal yang demikian, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha dan memainkan
peranan yang sangat penting bagi memperkaya bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu supaya lebih
banyak perkataan daripada Bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang sperti
bidang sains dan teknologi.
Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Dato Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990: 1) bahawa Dewan Bahasa
dan Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul buku undangundang Bahasa Melayu. Ini menunjukkan DBP juga bertindak sebagai medium penterjemahaan karya-karya
asing. Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam Bahasa Melayu bagi memperkayakan perbendaharaannya.

Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperanan untuk mencetak dan menerbitkan atau membantu dalam
percetakan dan penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan pelbagai bentuk kesusasteraan
dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain. Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu
penting dalam industri percetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta pelbagai
bentuk bahan ilmiah kerana ia merupakan salah sebuah organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia. Pihak
DBP telah banyak mencetak dan menerbitkan buku-buku untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku
rujukan yang merupakan bahan ilmiah yang sangat penting bagi pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun
sekolah menengah. DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa Melayu
mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna peranan yang dimainkan oleh DBP adalah sangat penting dan ia
juga memberi impak yang baik dalam bidang kesusasteraan, pendidikan, dan juga industri percetakan Negara.
Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperaan untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang
betul. Sepertimana yang sedia maklum, tidak ramai atau hanya segelintir sahaja daripada rakyat Malaysia yang
menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Majoriti daripada mereka menggunakan Bahasa Melayu yang tidak
betul. Sebagai contoh yang paling ketara ialah rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar sebagai bahasa
percakapan harian mereka. Bukan sahaja sebagai bahasa percakapan harian, malah notis-notis ataupun risalahrisalah awam yang diedarkan kebanyakannya tidak menggunakan Bahasa Melayu yang betul seperti risalahrisalah ataupun poster-poster untuk konsert dan promosi kompleks-kompleks beli-belah. Oleh hal yang
demikian, pihak DBP perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk mengatasi masalah yang telah
berleluasa hingga ke hari ini seperti mewujudkan buku-buku dan risalah-risalah dan akhbar-akhbar yang
menggunakan dan memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul di kalangan rakyat Malaysia.

Masalah yg timbul dalam kalangan masyarakat tentang penggunaan Bahasa Melayu juga wujud hasil daripada
perkembangan sains dan teknologi. Sebagai contoh, maklumat-maklumat kajian yang diperoleh dari negara
asing tidak boleh dimelayukan kerana ia akan menimbulkan masalah dalam kalangan masyarakat.
Perkembangan dalam kajian perubatan sehingga hari ini telah melahirkan pelbagai jenis ubat-ubatan yang begitu
banyak. Tambahan pula, istilah yang digunakan adalah sama di seluruh dunia. Jika istilah-istilah ini
dimelayukan, kekeliruan akan timbul bukan sahaja terhadap pengguna, malahan juga pedagang dan peniaga
ubat-ubatan dari negara luar dan ini amat merbahaya.
Selain itu, masalah yang timbul dalam kalangan masyarakat kini berkenaan dengan penggunaaan Bahasa
Melayu adalah kesan daripada bahan bacaan ilmiah yang kebanyakannya dalam bahasa asing, contohnya
BahasaIinggeris. Buku-buku yang dikarang dalam Bahasa Melayu adalah amat terhad dan ini memberi kesan
kepada pelajar-pelajar yang bergantung kepada sumber-sumber rujukan berbahasa Melayu. Kesannya, masalah
ini akan menjadi antara faktor penghalang dalam usaha kerajaan mewujudkan masyarakat berilmu dan
berpengetahuan luas.

Tambahan pula, penterjemahan buku-buku berbahasa Inggeris adalah kurang kerana langkah ini memerlukan
tenaga professional dalam melakukan penterjemahan. Perkembangan sains dan teknologi pada hari ini
menimbulkan masalah dalam masyarakat tentang penggunaan Bahasa Melayu melalui teknologi internet dan
dunia komunikasi. Contohnya, penggunaan Bahasa Melayu yang salah sangat meluas. Contohnya, wujudnya
bahasa sms dan bahasa internet yang merosakkan Bahasa Melayu. Isu ini telah membelenggu bukan sahaja
Malaysia, malahan juga negara-negara asing seperti Australia dan Eropah sehingga sampai ke suatu tahap
dimana penggunaan bahasa sms dibenarkan dan dijadikan bahasa yang sah. Perkembangan dalam bidang sains
dan teknologi turut menimbulkan sedikit salah faham tentang maksud sesuatu perkataan. Sebagai contoh dalam
bidang penerokaan angkasa lepas, istilah angkasawan merujuk kepada maksud yang sama dengan astronaut
dan istilah yang digunakan oleh masyarakat di negara China iaitu taikonaut
Selain itu, perkembangan teknologi juga telah meletakkan Bahasa Melayu pada satu tahap dimana ia dianggap
kurang penting kerana peralatan dan perisian komputer pada masa kini menggunakan bahasa-bahasa asing
seperti Jepun, Inggeris, dan juga Rusia yg merupakan negara pengeluar teknologi-teknologi tersebut. Kesannya,
semangat cintakan bahasa semakin pudar kerana rakyat tidak melihat Bahasa Melayu sebagai satu aset yang
penting untuk maju sedangkan kita sepatutnya lebih gigih berusaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu
melaui penerokaan dalam bidang teknologi dan sains sepertimana yang dilakukan oleh masyarakat negara Jepun
sehinggakan mereka mampu menggunakan seratus peratus Bahasa Jepun dalam semua bidang termasuk sukatan
pelajaran di negara mereka.
Dewasa ini, penggunaan bahasa Melayu kian merosot penggunaannya dalam masyarakat terutamanya para
belia. Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa asing kepada belia dalam negara kita. Mengapa semua ini berlaku?
Tepuk dada tanyalah selera. Mungkin kita perlu melihat permasalahan ini dengan lebih mendalam hingga ke
akar umbi. Ini disebabkan isu penggunaan bahasa Melayu bukanlah isu remeh yang boleh dipermainkan oleh
sesiapa saja. Tambahan pula, dalam perlembagaan persekutuan ada memperutukkan bahawa Bahasa Melayu
adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi menerusi Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.
Walaubagaimanpun, masih wujud sesetengah pihak yang ego dan sombong dengan mencampuri Bahasa Melayu
dengan bahasa Asing. Siapakah mereka?
Isu bahasa rojak bukanlah isu yang baru namun isu ini sudah lapuk. Tetapi masyarakat tidak boleh memandang
enteng kerana ini berkaitan maruah negara. Maka tidak wajarlah Bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua
ataupun bahasa sampingan sahaja dimana sahaja termasuklah institusi undang-undang seperti mahkamah.
Menurut Bekas Ketua Hakim Negara, Yang Amat Berbahagia Tun Salleh Abbas (1989: 18) bahawa beliau
menyesali peguan-peguam yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia yakni Bahasa Melayu ketika
membentangkan hujah sebaliknya mengutamakan bahasa penjajah iaitu Bahasa Inggeris sebagai medium
komunikasi mereka dalam lapangan pengadilan. Justeru, pada tahun 1985 beliau telah menggesa supaya Bahasa
Melayu digunakan sepenuhnya di mahkamah rendah, mahkamah majisterit, dan mahkamah tengah.
Kelangsungan daripada cadangan beliau itu, Majlis Peguam Negara (1989: 18) pada tahun 1986 telah membuat
keputusan supaya Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya di mahkamah dalam masa 20 tahun akan datang. 20
tahun telah berlalu, sistem perundangan masih belum mencapai matlamatnya dalam penggunaan Bahasa
Melayu. Ini disebabkan kurangnya nasionalisme dalam seseorang pengamal perundangan kini. Bahasa Melayu
telah dirojakkan oleh peguam-peguam ini untuk membuat lontaran hujah.
Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu secara tidak langsung kurang meluas dan kurang efektif. Selain itu,
masyarakat dapat melihat bagaimana bahasa mendominasi lapangan perniagaan dan perdagangan sama ada
antarabangsa mahupun domestik. Lihat sahaja bagaimana Bahasa Inggeris menghiasi katalog, iklan, dan
pembentangan bagi sektor perniagaan kini. Kegagalan Bahasa Melayu menjadi agen utama merupakan suatu
yang mengecewakan kerana Bahasa Melayu pernah digelar sebagai lingua franca pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Dimanakah kedaulatan Bahasa Melayu?. Meskipun wujud usaha-usaha untuk menjadikan
Bahasa Melayu kembali bernafas dalam sektor perniagaan dan perdagangan namun masyarakat kini masih
gentar tentang kewibawaan Bahasa Melayu sehinggakan ada pihak yang sanggup mempertikaikannya. Lantas
Bahasa Melayu ketinggalan ke belakang daripada bahasa-bahasa asing yang lain seperti Bahasa Jepun dan
Bahasa Perancis.
Menurut Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) (1988: 38) bahawa usul penggunaan Bahasa Malaysia ataupun
Bahasa Melayu dalam bidang perdagangan dan perniagaan dalam setiap seminar sama ada peringkat negeri
mahupun peringkat antarabangsa namun telah ditolak. Ini disebabkan wujud pemikiran sempit daripada
beberapa golongan memikirkan bahawa Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, maka Bahasa Melayu
tidak wajar menggantikan peranan dalam perniagaan dan perdagangan kini. Apabila menyingkap sejarah dunia,
Bahasa Melayu dilihat mampu dijadikan sebagai lingua franca abad ke-21. Ini dapat dilihat Bahasa Inggeris

digantikan dengan Bahasa Perancis di Quebec, Kanada (1988: 38). Penggantian itu dilakukan menerusi UndangUndang 101 Negeri Quebec.
Tambahan pula, menurut Perdana Menteri Quebec, Encik Levesque (1988: 38) bahawa kita harus menjamin
bahawa orang Quebec akan dapat mengalami perkembangan ilmu dan teknologi pada masa akan datang dalam
Bahasa Perancis. Maka hari ini Bahasa Perancis dipertuturkan oleh 130 juta penutur diseluruh dunia (2004). Ini
yang perlu dilihat oleh setiap lapisan masyarakat.
Sementara itu, kekangan yang wujud dalam perkembangan penggunaan Bahasa Melayu disebabkan perlumbaan
sektor swasta dalam mendominasi Bahasa Inggeris dalam setiap urusan. Menjelang acara Sukan Komanwel
1998, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pernah menegur penganjur sukan berprestij itu iaitu Ninety Eight
Berhad kerana tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam kempen dan promosi temasya ke-2 terbesar di dunia
itu (1998: 38). Sementara itu, objektif penubuhan Gerakan Bahsa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) gagal
kerana kebanyakan syarikat baru di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) masih menggunakan Bahasa Inggeris.
Akibat kelonggaran dari segi pelaksanaan maka tidak mustahil Bahasa Melayu bakal dianak tirikan oleh negara
sendiri. Presiden BSKL, Yang Berbahagia Dato Muhd. Salleh Majid (1998: 38) bahawa tiada peruntukan khas
dalam undang-undang mahupun peraturan-peraturan yang khusus dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan bagi
institusi kewangan dan bank menyebabkan bahasa itu tidak diberi keutamaan dalam komunikasi harian.
Oleh sebab itu, masyarakat hari ini lebih tertumpu dalam penguasaan Bahasa Inggeris daripada memperkasakan
Bahasa Melayu. Ini dapa dibuktikan menerusi suatu kajian oleh sebuah syarikat akhbar tempatan mendapati
akhbar harian yang paling laris jualannya di Malaysia ialah akhbar Cina yang mencecah 350,000 naskah sehari
manakala akhbar Inggeris akhbar kedua tertinggi dan malangnya akhbar Melayu mencatat jualan yang terendah
daripada ketiga-tiga jenis akhbar. Natijahnya, masyarkat kini kurang berkomunikasi menggunakan Bahasa
Melayu secara tidak langsung orang Melayu dianggap kurang membaca.
Kemerosotan penggunaan Bahasa Melayu tidak harus dilihat secara umum sebaliknya secara khusus. Ini
memboleh penumpuan diberika secara lebih proaktif. Justeru, dasar pendidikan negara perlu dipertikai kerana
dasar ini yang menjadi akar kepada perkembangan Bahasa Melayu kini. Apabila kita menoleh sejenak ke
belakang awal 80-an dimana kerajaan giat mempromosikan penggunaan Bahasa Melayu dalam masyarakat
Malaysia. Namun usaha tersebut terbantut dipertengahan jalan kerana wujud anasir-anasir tertentu yang menjadi
kekangan.
Menurut Mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Majlis
Kongres Tamadun Melayu (1989: 43) bahawa pengajian Bahasa Melayu tidak seharusnya hanya mampu
menggali, mencari, dan mengilap-gilap terma budaya Melayu yang lama dahulu tetapi seharusnya mampu
menganggap perngertian dinamisnya dalam konteks perubahan masyarakat Melayu moden yang sedang
memasuki abad ke-21. Kelangsungan daripada menjayakan suatu wawasan yang cenderung ke arah sains dan
teknologi, maka Bahasa Melayu telah dikorbankan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Pada tahun 1970, para
cendikawan Melayu yang memperjuangkan Bahasa Melayu melahirkan kebimbingan tentang polarisasi di
negara ini. Pada dekad itu, Bahasa Melayu ditekankan sebagai Bahasa Perpaduan yang menyatukan masyarakat
berbilang kaum pada zaman kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak.
Namun dengan langkah kerajaan memberi penekanan yang serius pada penggunaan Bahasa Inggeris pada tahun
1990-an sehingga mengatasi Bahasa Melayu dalam aspek-aspek kehidupan yang menimbulkan kerisauan
kepada para cendiakawan . Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk subjek Sains dan
Matematik telah merencatkan perkembangan Bahasa Melayu yang telah diusahakan sejak zaman Dasar
Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan lagi. Secara tidak langsung ramai pelajar berlumba-lumba menguasai
Bahasa Inggeris sehingga sanggup menghabiskan wang beratus-ratus ringgit. Inilah fenomena masyarakat kini
yang mampu melenyapkan khazanah bangsa dan negara.
Tambahan pula, mengikut statistik pungutan pendapat yang dijalankan oleh Bernama (www.bernama.com)
(2001: 1) tentang adakah Bahasa Melayu relevan dalam pengajian tinggi swasta? dan adakah ianya harus
ditingkatkan? mendapati 94 peratus daripada 110,000 undian dicatatkan oleh laman web tersebut tidak mahu
penggunaan Bahasa Melayu digunakan di universiti-universiti dan kolej swasta. Ini mengambarkan suatu
perspektif baru sudah wujud dalam mentaliti generasi kini bahawa Bahasa Melayu tidak penting lagi sebagai
medium pendidikan kini.
Yang memeritkan lagi, kumpulan pakar Bahasa Melayu masih lagi kurang. Meskipun ada beberapa orang
namun tidak semua yang menjalankan kajian bahasa (linguistik) seperti Clifford Geertz (1989: 43). Justeru,

usaha demi usaha perlu diikhtiarkan supaya Bahasa Melayu tidak terpinggir daripada arus perdana.
Konklusinya, pendekatan secara tuntas perlu diambil setiap pihak berwajib sama ada pihak kerajaan mahupun
masyarakat dalam memulihkan dan meneguhkan semula Bahasa Melayu dalam diri setiap masyarakat
terutamanya bangsa Melayu. Malahan setiap perancangan tidak harus sekadar melepas batuk ditangga sematamata sebaliknya perlu dilaksanakan secara konsisten dan efektif. Ini dapat dilihat bagaimana langkah kerajaan
membentuk Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya yang diumumkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim
ketika menjadi Menteri Pendidikan Malaysia dalam Majlis Perasmian Seminar Pengajian Melayu (1989: 43).
Oleh itu, inisiatif sebegini perlu diteruskan. Maka martabat Bahasa Melayu dapat diangkat semula selari dengan
Wawasan 2020.

http://chezan.blogspot.com/2008/10/peranan-dewan-bahasa-dan-pustaka-dbp.html

You might also like