You are on page 1of 11

Bagaimana untuk membandingkan ketumpatan dua

jasad:
Jika gabus terapung di atas permukaan air, maka
gabus adalah kurang tumpat daripada air.
Jika zink tenggelam di dalam air, maka zink adalah
lebih tumpat daripada air.

Bagaimana untuk membandingkan ketumpatan


dua cecair yang tidak bercampur:
Jika petrol terapung di atas air, maka petrol
adalah kurang tumpat daripada air.
Jika merkuri tenggelam di dalam air, maka
merkuri adalah lebih tumpat daripada air.

Kegunaan Sifat-sifat Jirim Dalam Kehidupan Seharian


Sebagai contoh, pepejal yang keras dan kuat, mempunyai
banyak kegunaannya:

Besi (iron) boleh digunakan untuk membuat badan kenderaan


(body of vehicles).
Kayu digunakan untuk membina rumah (house) dan perabot
(furniture).

Pengetahuan tentang sifat-sifat gas (properties of gas) telah


membolehkan manusia untuk mengangkut gas-gas penting. Gas
seperti gas petroleum cecair (liquefied petroleum gas)
dimampatkan dan diangkut dalam bentuk cecair, yang mana ia
lebih menjimatkan.

Manusia juga menggunakan konsep ketumpatan (concept of


density) untuk manfaat mereka.

Contoh aplikasi konsep ketumpatan


Pelampung/Boya
1. Pelampung/boya (buoy) mempunyai silinder yang berisi
dengan udara untuk membolehkan ia terapung di atas air.
2. Lampu (mengeluarkan cahaya) diletakkan pada
peranti/peralatan ini, dan ditinggalkan terapung di laut
sebagai rujukan kepada pelayar-pelayar (sailors) untuk ke
lokasi yang lebih selamat.

Hidrometer
1. Hidrometer (hydrometer) digunakan untuk menentukan
ketumpatan cecair, sebagai contoh, ketumpatan asid dalam
bateri kereta.
2. Jika ketumpatan asid adalah rendah, tiub kaca akan
tenggelam dan menunjukkan bacaan yang tinggi pada skala.
3. Jika ketumpatan asid adalah tinggi, tiub kaca akan terapung
dan menunjukkan bacaan yang rendah pada skala.

Kapal dan bot laju


1. Sebuah kapal boleh terapung kerana ruang udara di dalam
kapal itu membolehkan ianya terapung.
2. Badan bot laju dibuat daripada kaca gentian (fiber glass)
yang kukuh yang mempunyai ketumpatan yang lebih
rendah daripada keluli (steel).

Mengangkut kayu balak


1. Dalam industri pembalakan, sungai merupakan
pengangkutan yang penting untuk mengangkut
kayu balak kerana kayu mempunyai ketumpatan
yang lebih rendah daripada air.

Membina kapal selam


1. Kapal selam dilengkapi dengan tangki 'ballast' (ballast tank)
bertindak untuk mengawal kedudukan kapal selam sama ada
untuk menyelam atau menimbulkan kapal selam ke
permukaan laut

Belon udara panas


1. Belon udara panas beroperasi berdasarkan ketumpatan udara
di dalam belon.
2. Ketumpatan udara menurun apabila suhu udara adalah
meningkat. Oleh itu, untuk membolehkan belon terapung
dengan lebih tinggi di udara, suhu udara di dalam belon perlu
dinaikkan.
3. Ketumpatan udara akan bertambah apabila suhu udara
menyejuk (colder).Untuk menurunkan belon, suhu udara di
dalam belon perlu diturunkan.

You might also like