You are on page 1of 11

44

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Kajian ini melihat persepsi guru mengenai cadangan pelaksanaan PBS di


sekolah rendah. PBS adalah satu bentuk penilaian yang dicadangkan oleh
kerajaan. Guru sebagai kakitangan kerajaan, perlu bersedia melaksanakan PBS
pada tahun 2014. Persepsi guru mengenai cadangan pelaksanaannya adalah
penting bagi meningkatkan pelaksanaan PBS. Bab ini membincangkan tentang
kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini. Antara aspek yang
disentuh adalah rekabentuk kajian yang dipilih, proses pemilihan subjek kajian,
alat kajian atau instrumen yang digunakan, cara pelaksanaan kajian dan bentuk
analisis data yang digunakan.

45

3.2

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan tinjauan deskriptif untuk mendapatkan persepsi


guru mengenai cadangan pelaksanaan PBS di sekolah rendah. Satu set soal
selidik diedarkan kepada responden untuk tujuan tersebut.

Pengkaji memilih kaedah pengumpulan data dengan soal selidik untuk


mendapatkan maklumat tentang latarbelakang responden seperti kesediaan guru
dari segi pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan PBS. Selain itu,
kajian ini juga dilakukan bagi menilai persepsi guru mengenai kemudahan
infrastruktur di sekolah untuk melaksanakan PBS. Kajian ini turut melihat
persepsi guru mengenai keupayaan PBS untuk menilai kebolehan murid secara
berterusan jika dibandingkan dengan sistem penilaian berpusat. Seterusnya
persepsi mereka samada akan berlaku peningkatan beban kerja dengan
pelaksanaan PBS, turut dikaji dalam kajian ini.

3.3

Populasi Dan Sampel Kajian.

Populasi bagi kajian ini ialah seramai 634 guru yang mengajar muridmurid sekolah rendah di daerah Kluang. Mereka terdiri daripada guru-guru
yang mengajar subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Bahasa Tamil,
Bahasa Cina dan PAFA di daerah Kluang. Kaedah persampelan keperluan
digunakan untuk memilih sampel.

46

Kaedah persampelan keperluan digunakan dalam kajian ini. Kaedah ini


membolehkan penyelidik memilih subjek kajian yang kini melaksanakan
pentaksiran di sekolah bagi subjek-subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Sains, Bahasa Tamil, Bahasa Cina dan PAFA. Guru-guru yang biasa
melaksanakan pentaksiran diyakini mempunyai gambaran yang lebih jelas
mengenai penilaian yang bakal dilakukan pada akan datang.

Pengkaji memilih kaedah persampelan keperluan kerana mudah


menghubungi kumpulan guru yang disasarkan. Pengkaji telah memilih 30%
daripada populasi iaitu 190 orang guru yang berkhidmat di sekolah rendah di
daerah Kluang.

Menurut Gay dan Diehl (1992), bilangan sampel minimum yang


ditentukan dalam kajian deskriptif adalah 10% daripada jumlah populasi. Dalam
kajian ini, seramai 190 orang guru (30% daripada populasi) telah dipilih sebagai
responden dan ini telah memenuhi syarat yang dinyatakan oleh Gay dan Diehl.

3.4

Lokasi kajian

Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah rendah di sekitar daerah


Kluang. Terdapat 89 buah sekolah di daerah Kluang iaitu 49 buah sekolah
kebangsaan, 23 buah sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 17 buah sekolah
Kebangsaan Tamil (http://www.ppdkluang.my/). Pengkaji memilih guru-guru
yang berkhidmat di sekolah kebangsaan, sekolah Jenis kebangsaan Cina dan
Tamil yang terletak di daerah Kluang. Pemilihan sekolah ini adalah untuk

47

mendapatkan hasil kajian yang menyeluruh mengenai persepsi guru terhadap


PBS dan meningkatkan kejituan kajian.

3.5

Instrumen kajian

Kajian ini menggunakan instrumen berbentuk soal selidik yang dibentuk


oleh pengkaji sendiri berdasarkan sorotan kajian mengenai PBS. Ia terbahagi
kepada 2 bahagian utama. Bahagian A mengandungi 11 item iaitu soalan-soalan
yang berbentuk maklumat diri responden seperti jantina, keturunan, pengalaman
mengajar, latar belakang pendidikan dan bilangan waktu mengajar . Manakala
bahagian B pula terdiri daripada 30 soalan yang bertujuan mengenalpasti
pandangan serta pendapat responden terhadap empat persoalan kajian.

Soalan-soalan dalam kajian ini telah disusun dengan sistematik


mengikut beberapa konstruk dalam borang soal selidik. Terdapat empat konstrak
dalam borang soal selidik. Empat konstruk ini mewakili empat persepsi guru
mengenai pelaksanaan PBS di daerah Kluang. Ia merangkumi (a) kesediaan
guru dari segi pengetahuan dan kemahiran, (b) kemudahan infrastruktur di
sekolah, (c) beban kerja dan (d) penilaian murid secara berterusan. Taburan
item-item soal selidik adalah seperti di jadual 3.1

48

3.1: Taburan item-item soal selidik

Konstrak

Nombor item

Kesediaan guru dari segi pengetahuan dan


kemahiran untuk melaksanakan PBS
Persepsi

guru

mengenai

kemudahan

infrastruktur di sekolah untuk melaksanakan


PBS

19,20,21,22,23

24,25,26,27,28,2,
30

Pelaksanaan PBS dan peningkatkan beban


kerja guru

1,2,3,4,5,6,7,8,9

Persepsi guru mengenai keupayaan PBS untuk


menilai kebolehan murid secara berterusan jika
dibandingkan dengan sistem penilaian berpusat

10,11,12,13,14,15,
16,17,18

49

3.6

Kajian Rintis

Ujian rintis telah dijalankan untuk mendapatkan kebolehpercayaan


analisis yang tinggi. Tujuan utama kajian rintis adalah untuk memastikan
pernyataan yang digunakan soal selidik sesuai dan tepat dengan isu yang dikaji.

Butiran soal selidik turut disemak oleh pensyarah dan 2 orang jurulatih
utama yang terlibat dalam pelaksanaan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
(PLBS) peringkat sekolah rendah untuk memastikan kesahan soal selidik adalah
tinggi. Kesahan soal selidik dianggap tinggi apabila pembinaan soalannya betul
dan ditulis secara jelas tanpa menimbulkan kekeliruan dalam kalangan
responden kajian.

Ujian rintis soal selidik dijalankan keatas 10 orang guru yang tidak
terlibat dalam kajian sebenar untuk memastikan butiran soal selidiknya dapat
difahami oleh responden kajian. Pengkaji memilih 10 orang responden yang
berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Benut. Pengkaji telah
mengedarkan sendiri borang soal selidik kepada responden yang dipilih.
Pengkaji telah memberi penerangan dan bimbingan kepada responden supaya
mereka tidak keliru dengan soalan yang dikemukakan. Borang soal selidik yang
sudah dilengkapkan kemudiannya dikumpul dan disemak. Selepas responden
menjawab, pengkaji telah berbincang dengan responden berkaitan dengan item

50

soalan untuk memastikan mereka tidak keliru dengan soalan yang ditanya.
Pengkaji mengkaji setiap soal selidik bagi memastikan responden mematuhi
arahan yang ditetapkan semasa menjawab soal selidik.

Maklumat dalam soal selidik telah diproses menggunakan aplikasi


Statistical Package for Social Studies (SPSS) untuk mendapatkan nilai alfa.
Hasil dapatan kajian rintis menunjukkan nilai alfa 0.7135. Ini bermakna
instrumen yang digunakan di dalam kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan
yang tinggi.

3.7

Prosedur Kajian

Pertama, instrumen kajian telah disemak oleh pensyarah dan dua orang
jurulatih utama yang terlibat dalam pelaksanaan Pentaksiran Lisan Berasaskan
Sekolah (PLBS) peringkat sekolah rendah. Sebelum borang soal selidik
diedarkan, pengkaji telah dapat bilangan guru-guru yang melaksanakan
pentaksiran di sekolah bagi subjek-subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Sains, Bahasa Tamil, Bahasa Cina dan PAFA supaya memudahkan proses
pegedaran. Pengkaji telah memasukkan borang soal selidik ke dalam peti surat
setiap sekolah yang disediakan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kluang.
Pengkaji turut melampirkan satu surat edaran untuk memastikan responden
mengembalikan borang soal selidik ke sekolah pengkaji dalam masa seminggu
agar penyelidik dapat melaksanakan kajian tanpa sebarang halangan. Objektif
kajian telah dinyatakan dengan jelas agar responden memahami tujuan kajian.
Dalam proses pengumpulan data ini, sebanyak 190 kertas soal selidik dapat

51

dikutip balik dan dianalisa dengan menggunakan Statistical Package for Social
Studies (SPSS) versi 16.0.

3.8

Analisa Data

Data kajian dianalisis dengen menggunakan Statistical Package for


Social Studies (SPSS) versi 16.0. untuk menentukan persepsi guru terhadap
pelaksanaan PBS, data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah
statistik deskritif untuk mengira nilai min, kekerapan (f) dan peratusan (%)
berdasarkan setiap konstruk yang dibincangkan. SPSS adalah satu program
untuk menganalisa data dan keputusan kajian. Hasil kajian digunakan untuk
menjawab soalan sejauh manakah guru bersetuju dengan pelaksanaan PBS.
Hasil kajian ini juga dapat membantu sama ada pelaksanaan PBS berkesan di
negara kita atau tidak dan dapat menilai keberkesanan PBS kepada guru dan
murid.

3.8.1

Analisis Demografi Responden (Bahagian A)

Maklumat guru seperti jantina, keturunan, pengalaman mengajar, latar


belakang pendidikan dan bilangan waktu mengajar dianalisa dengan mengira
kekerapan (f) dan peratusan (%) berdasarkan setiap konstruk persepsi guru
terhadap pelaksanaan PBS.

52

3.8.2

Analisis Persepsi Guru Terhadap Pelaksanaan PBS (Bahagian B)

Respon subjek kajian dianalisis dengan menggunakan Statistical


Package for Social Studies (SPSS) versi 16.0. Borang skala ini menggunakan
Skala Likert lima poin. Subjek kajian diminta untuk menandakan sama ada
amat setuju, setuju, sedikit setuju, tidak setuju dan amat tidak setuju.
Mengikut Skala Likert yang digunakan dalam kajian ini (jadual 3.2), subjek
kajian yang memilih amat setuju akan mendapat 5 markah, setuju mendapat
4 markah, sedikit setuju mendapat 3 markah, tidak setuju mendapat 2
markah dan amat tidak setuju mendapat 1 markah.

Jadual 3.2 : Lima aras Skala Likert

Skala Likert

Skor

Amat tidak setuju

Tidak setuju

Sedikit setuju

Setuju

Amat setuju

53

Pengelasan nilai min ditentukan dengan menggunakan rumus bagi


tujuan mendapatkan julat yang seimbang. Berikut adalah rumus tersebut:

5 (Peringkat Skala Likert) 1 = 1.33


3 (Tahap)

Ini digunakan untuk menilai persepsi guru mengenai pelaksanaan tahap


PBS di sekolah rendah di daerah Kluang dengan pembahagian markat tertentu.
Pembahagian markat bagi setiap kategori persepsi guru mengenai pelaksanaan
PBS adalah seperti berikut:-

Jadual 3.3: Pembahagian markat setiap item

Markat

tahap

1-2.33

Rendah

2.34- 3.67

Sederhana

3.68- 5.00

Tinggi

Pembahagian markat item ini digunakan untuk mengenal pasti tahap


persepsi guru mengenai pelaksanaan PBS. Tahap keseluruhan persepsi guru
mengenai pelaksanaan PBS dianalisis dengan menggunakan min. Nilai min
yang terletak antara markat 1-2.33 dikategori sebagai tahap rendah bagi
konstrak persepsi guru mengenai pelaksanaan PBS tersebut, manakala nilai min

54

yang terletak antara markat 2.34-3.67 dikategorikan sebagai tahap sederhana


dan nilai min yang terletak antara markat 3.68-5.00 dikategori sebagai tahap
tinggi bagi konstruk persepsi guru mengenai pelaksanaan PBS tersebut.
Disamping itu, frekuensi (f) dan peratusan (%) juga dianalisa demi
mengenalpasti persepsi guru mengenai pelaksanaan PBS.

3.9

Penutup

Kajian ini berbentuk tinjauan dan soal selidik diedarkan kepada guruguru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sains
di daerah Kluang. Seramai 190 orang responden dipilih sebagai sampel kajian
dengan menggunakan kaedah persempelan keperluan. Mereka yang dipilih
adalah berpengalaman dalam bidang pendidikan. Dapatan kajian hasil daripada
soal selidik dianalisis menggunakan SPSS untuk mendapatkan keputusan kajian.

You might also like