You are on page 1of 3

01.

Takrif Fonetik dan Fonologi


Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau
ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara
berurutan dan berulang-ulang. Menurut Gumperz (1971), apa yang dituturkan itu ialah
bahan percakapan yang merupakan buah fikiran atau idea atau huraian sesuatu situasi atau
perlakuan sosial yang diceritakan. Apabila berbicara mengenai topik fonetik dan fonologi,
sebenarnya perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan ilmu linguistik. Linguistik
ialah satu bidang kajian tentang bahasa secara saintifik. Hal ini bermaksud kajian bahasa itu
merupakan satu kajian yang sama seperti bidang kajian sains lain yang memerlukan syarat
dan peraturan tertentu berdasarkan teori yang tertentu juga.
Seseorang itu berupaya untuk menginterpretasikan perkara yang dituturkan oleh orang
lain dengan membaca pergerakan bibir penutur. Dengan menggunakan teori dan cara dalam
linguistik itu, seseorang ahli bahasa dapat menghuraikan dan menganalisis sesuatu bahasa
secara objektif tanpa dipengaruhi oleh sebarang keraguan, menurut kepercayaan mereka.
Seorang ahli bahasa ialah seorang pemerhati yang berkemahiran untuk menghuraikan dan
menganalisis bahasa secara objektif dan tidak hanya sebagai seorang yang melibatkan diri
secara pasif. Dia tidak mungkin boleh menuturkan bahasa yang dikajinya itu, tetapi
berkemampuan menganalisa bahagian-bahagian bahasa. Walaupun aspek yang dikaji itu
mungkin berbeza-beza, pengkajian yang dilaksanakannya tetap bersifat objektif sepanjang
masa.
Unit tatabahasa yang paling asas ialah morfem, manakala unit bahasa tulisan yang paling
asas ialah grafem dan unit bunyi bahasa yang paling asas ialah fonem. Semua ini merupakan
istilah teknikal yang merujuk kepada unit terkecil yang membezakan. Dari segi teori, ia
amat berguna kepada kita untuk menjelaskan sesuatu fenomena itu, tetapi secara
praktikalnya kita tidak melafazkan bunyi-bunyi satu per satu. Yang berlaku dalam pertuturan
ialah bunyi keluar secara cepat dan berlanjutan.
I. Takrif Fonetik
Asal perkataan fonetik berasal daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut
sebagai phone yang membawa erti bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi- bunyi ujaran

manusia. Kajian fonetik memberi tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan
bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Kajian fonetik
lebih tertumpu pada bunyi-bunyi bahasa itu sendiri daripada melihat konteks bunyibunyi itu digunakan dalam sesuatu bahasa. Fonetik merupakan bidang yang mengkaji
segala

bunyi

bahasa

yang

dihasilkan

oleh

alat-alat

pertuturan

manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.


Fonetik menyelidik bagaimana bunyi-bunyi bahasa direalisasikan atau dilafazkan dan
turut melihat bagaimana organ-organ pertuturan manusia bekerja untuk menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa tersebut.
Bidang fonetik melihat dari segi fizikal sesuatu bunyi bahasa itu dihasilkan. Fonetik juga
merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik yang berkaitan dengan penyebutan kata
dan lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya. Rajah di bawah memperlihatkan
kedudukan fonetik dalam hubungannya dengan bidang linguistik yang lain.

II. Takrif Fonologi


Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Bahasa itu sendiri merupakan
satu bidang yang sangat luas dan mempunyai pelbagai teori bahasa. Bidang ini
memerlukan pengetahuan khusus tentang aspek-aspek yang meliputinya seperti
fonologi, morfologi dan sintaksis. Bidang fonologi ini tertumpu dan berhubung
kepada anatomi dan fisiologi yang berkaitan dengan organ-organ ujaran dan
bagaimana manusia menggunakan organ-organ tersebut.
Bidang sosiolinguistik yang berhubung tingkah laku sosial dan kaitannya dengan
ciri-ciri bunyi yang digunakan untuk berhubung atau berkomunikasi dalam
masyarakat. Bidang kajian fonologi juga termasuklah cara standard untuk
merakamkan suara dan kemudiannya menggambarkannya semula menggunakan
simbol-simbol khusus

Di samping itu, dalam bahasa tulisan kita sering menggunakan tanda baca seperti tanda
koma, titik bertindih, tanda soal dan sebagainya untuk menandakan sesuatu supaya
pembaca peka terhadap perkara-perkara tertentu dalam teks yang dibacanya. Sebaliknya,
dalam bahasa lisan kita menggunakan bunyi-bunyi tertentu pada kata, frasa, klausa dan

ayat untuk mendapatkan perhatian pendengar. Bunyi-bunyi sedemikian bukanlah


menandakan ciri- ciri ujaran seseorang individu, tetapi khusus digunakan dalam wacana
lisan secara keseluruhannya. Ciri-ciri tersebut dinamakan suprasegmental atau ciri-ciri yang
bukan segmental

You might also like