You are on page 1of 11

1.

Pendahuluan

Tamadun Islam mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa dan istilah. Pengertian
tamadun atau peradaban secara keseluruhannya dapat dilihat melalui sudut bahasa Arab,
sudut epistemologi bahasa Inggeris dan Latin. Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa
istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. Antara istilah-istilah tersebut ialah madaniah,
tamadun, dan hadarah. Ibn Khaldun, seorang sarjana Islam yang unggul dalam bidang ilmu
kemasyarakatan Islam dalam karyanya Muqaddimmah telah menggunakan istilah urnran,
Umran digunakan dalam kajian tentang bandar- bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan
tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju.
Selain itu, Ibn Khaldun juga menggunakan istilah hadarah sebagai berlawanan dengan
istilah badi atau badiah. Hadarah ialah suatu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang
riinsahakan. Dalam penggunaan bahasa Arab moden masa kini, perkataan tamadun bererti
memiliki ciri-ciri hidup bandar, dan kota-kota dipanggil mudu.n yang memiliki ciri-ciri tamadun.
Tamadun Islam bersumberkan wahyu iaitu al-Quran dan al-Hadis (al- Sunnah) dan
tamadun ini didirikan oleh masyarakat yang digelar dan menggelarkan diri mereka sebagai
Muslim. Ini bermakna, tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu
bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan semata-mata. Tamadun Islam didirikan dan didukung
sama ada oleh bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang
dianggap saling melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang kepada
unsur penyatuan iaitu konsep tauhid (meng-Esakan Allah s.w.t.).

2.0

BIODATA RASULULLAH S.A.W


2.1

PENGENALAN

NAMA :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manap bin Qusai bin Kilab bin
Kaab bin bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Nazar bin Kinanah bin Khuzaman bin Mudrikah bin
Ilyas bin Mazar bin Maad bin Adnan
TEMPAT LAHIR : Kota Mekah.
TARIKH LAHIR : Subuh Isnin 12 Rabiul Awal tahun gajah / 20 April 571 Masihi.
NAMA IBU : Aminah binti Wahab bin Abdul Manap.
PENGASUH PERTAMA : Barakah al-Habsiyah.
NAMA IBU SUSUAN PERTAMA : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
NAMA IBU SUSUAN KEDUA : Halimah binti Abu Zuaib as-Sadiah.
GELARAN : Al-Amin atau yang dipercayai.
NAMA ISTERI PERTAMA : Siti Khadijah.
UMUR KETIKA BERKAHWIN : 25 tahun.
NAMA DATUK : Syaibah bin Hashim atau lebih dikenali dengan nama Abdul Mutalib.
NAMA BAPA SAUDARA : Abu Talib.
UMUR DIANGKAT MENJADI RASUL : 40 tahun.
MULA MENERIMA WAHYU : 610 Masihi.
BERDAKWAH SECARA SEMBUNYI : 3 tahun.
BERDAKWAH SECARA TERANG : 10 tahun.
TARIKH HIJRAH KE MADINAH : Khamis 1 Rabiul Awal tahun ke 13 selepas diangkat menjadi
Rasulullah s.a.w. Berumur 53 tahun / 624 Masihi.
TARIKH WAFAT : Isnin 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masihi.
UMUR KETIKA WAFAT : 63 tahun.
KUBUR : Madinah Al-Munawarah

3.0

PENYEBARAN AGAMA ISLAM


3.1

PERISTIWA SEMASA MENYEBARKAN AGAMA ISLAM

Ditentang hebat oleh kaum kerabat Baginda.Contoh : Abu Jahal.Mereka menolak secara
terang-terangan ajaran yang dibawa oleh Baginda.Bilangan umat Islam sangat kecil
tetapi mereka tetap teguh menjalankan perintah Allah SWT.

3.2

FASA-FASA PERKEMBANGAN AWAL TAMADUN ISLAM

Fasa 1 : Fasa yang terpenting, Baginda menyebarkan Islam kepada keluarga, sahabat
dan hamba. Contohnya Saidatina Khadijah, Abu Bakar, Ali bin Abi Talib, Bilal bin
Rabbah.
Fasa 2 : Menyebarkan Islam secara terang-terangan di Makkah selama 13 tahun. Fasa
ini pengukuhan agama dan Tamadun Islam.
Fasa 3 : Di Madinah selama 10 tahun. Fasa pengukuhan serta kesejagatan Islam.

4.0

PERUBAHAN YANG DIBAWA OLEH TAMADUN ISLAM


4.1

Islam Merubah Tamadun Jahiliyyah


Maksud Jahiliyyah : Jahil, bodoh, tidak berakhlak, dan tidak mempunyai
ilmu pengetahuan.
Jahiliyyah diklasifikasikan seperti :
a. Zaman yang tiada Nabi dan kitab suci.
b. Zaman yangg tiada peradaban atau tamadun.
c. Masyarakat yang tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
d. Masyarakat jahil dan tidak boleh baca atau menulis.

4.2

Selepas Baginda menjadi Rasul:


kehidupan masyarakat berubah dari kegelapan kepada kehidupan yang lebih
bercahaya.Selama 13 tahun Baginda menempuh pelbagai mehna dan tribulasi,
Baginda berjaya mengislamkan ahli keluarga dan para sahabat.

4.3

Kesan-kesan perubahan selepas proses Islamilasi tamadun Jahiliyyah.

a. Agama dan kepercayaan


b. Amalan tradisi
-contoh: bunuh anak perempuan, lelaki boleh berkahwin sebanyak yang
mungkin, kedudukan kaum wanita(tdk diberi nafkah).
c. Ekonomi
-contoh: mencuri harta pedagang.
d. Sosial
-contoh: Assobiyah(semangat perkauman), berzina, saling berperang..

5.0

Kemunculan Tamadun Islam Di Zaman Makkiyyah


Bertapak dan berkembang ketika baginda menerima wahyu pertama.Perkara utama
yang dibincangkan ialah akidah kerana ia merupakan asas dalam Islam.

5.1

PEMBINAAN AKIDAH

a. Sebelum kedatangan Islam masyarakat terpesong.-contoh : mengamalkan syirik,


kurafat dan tahyul.
b. Hijaz merupakan pusat penyembahan berhala terbesar.
c. Rasulullah mengubah kepercayaan mereka kepada kepercayaan dan
pengabadian yang betul(menyembah Allah)-contoh : kisah Bilal bin Rabah dan
Sumayyah.
5.2

MEMBANTERAS MAKSIAT DAN KEMUNGKARAN

Sebelum kedatangan Islam, akhlak mereka sangat buruk.-contoh : minum arak, berjudi,
berzina, membunuh anak perempuan.
Antara kaedah baginda :
a. Mengajak mereka berakhlak mulia.
b. Menyemai kasih sayang terhadap anak perempuan dan seluruh makhluk, tdk
berjudi, tdk berzina, dan tidak minum arak.
c. Al-Quran menjadikan amar makruf nahi mungkar -contoh: Surah Al-Imran ayat
110.

5,3

MEMBANTERAS PENGHAMBAAN DAN KASTA


Dalam Islam, semua manusia mempunyai taraf yang sama yang membezakan
adalah taqwa.
-contoh: dlm surah Al-Hujurat ayat 13.Pada zaman Jahiliyyah, manusia ibarat
barang dagangan.Khususnya dlm kalangan orang kaya dgn orang miskin.Hamba
diperoleh melalui beberapa cara ialah perdagangan, peperangan dan
penculikkan.Kaedah ini salah kerana dilarang dlm Islam.Hamba dilayan kasar,
tdk diupah, dan bekerja semaksimum mungkin.Dalam Islam, menentukan hak
terhadap hamba -contoh: diberi keampunan setengah dpd hukuman orang yang
merdeka.WAJIB di bebaskan dpd bayaran kifarah wajib dilayan dgn baik.

5.4

PEMULIHAN AKHLAK
Akhlak bermaksud tingkah laku yang menjadi tabiat bagi menunjukkan zahir dan
batin seseorang.Akhlak baik masyarakat Jahiliyyah antaranya menghormati
tetamu wlu pun musuh, tepati masa, pegang janji dan berani.Rasulullah telah
mengubah akhlak masyarakat Jahiliyyah kepada akhlak yang mencerminkan
Islam.
Contoh akhlak Rasulullah :
1. Memberi salam terlebih dahulu ketika bertemu degan orang.
2. Gemar panggil sahabat dgn gelaran yangg baik-baik.
3. Sering senyum dihadapan sahabat.

5.5

PEMBELAAN TERHADAP WANITA


i.

Tanggapan masyarakat Jahiliyyah terhadap wanita :

ii.

golongan kelas kedua boleh diniagakan


punca kehinaan dlm keluarga dan kabilah.
punca kemiskinan, kejahatan dan pandangan-pandangan tidak
elok.

Layanan masyarakat Jahiliyyah terhadap wanita :

bebas berkahwin tanpa had


boleh berkahwin sesuka hati tanpa batas
*contoh: mengahwini isteri bapa yang sdh meninggal dunia.
Dalam surah an-Nisa ayat 3 menerangkan tentang hak kaum
wanita

6.0

Kemunculan Tamadun Islam Zaman Madaniyyah


Muncul selepas zaman Makiyyah atau selepas peristiwa hijrah Nabi Muhammad dari
Makkah ke Madinah.
6.1

Maksud Hijrah :

Dari sudut Zahir pindah dari sesuatu tempat ke tempat lain.


Dari sudut makna tesirat tinggalkan adat resam dan kebiasaan yang
karut dan mungkar.
Makna lain perpindahan atau perubahan negatif kepada positif.
Dari sudut sejarah Islam perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari
Makkah ke Madinah untuk menyelamatkan akidah dan nyawa dari
ancaman kafir Quraisy.

Hijrah bukan semata-mata berlaku secara fizikal tetapi berlaku dalam diri individu
muslim yang bersama Rasulullah ke Madinah, tetapi sistem kepercayaan, pemikiran dan
amalan mereka yang bersifat jahiliyyah diubah menurut Islam.
Sebelum berhijrah, Baginda dan para sahabat telah ditekan dan dizalimi secara mental
dan fizikal.Contoh Rasulullah ditawarkan harta, takhta dan wanita namun Baginda tolak
kerana semua itu bkn matlamat hidup yang membawa kebahagiaan abadi.Kota Madinah
merupakan kota yang membentuk masyarakat Islam.Kota Makkah ialah pembentukan
peribadi muslim melalui proses dakwah dan tarbiyah.

7.0

Usaha-usaha Rasulullah di Madinah


7.1

Membina Masjid
Masjid tempat sujud iaitu tempat umat Islam menunaikan solat, zikir kpd Allah
dan hal-hal berhubung Islamiyah.
Dari sudut aplikasi masjid juga merupakan institusi sosial yg berfungsi sebagai
tempat pembentukan masyarakat, pembinaan komuniti, pusat penjanaan
ekonomi, gedung ilmu, pusat pentadbiran, markas perbincangan, mahkamah
pengadilan dan sebagainya.
Kesimpulannya, masjid ialah pusat pertumbuhan, peradaban Islam yg paling
asas dan efisyen dalam tamadun Islam.
Langkah pertama Rasulullah ketika berada di Madinah ialah membina sebuah
pusat peribadatan, pusat kemasyarakatan dan pusat dakwah iaitu masjid.Masjid
pertama yg didirikan oleh Baginda dan umat Islam ialah masjid Quba(terletak 2
batu dari masjid Nabawi).Masjid Quba dibina dalam peristiwa Hijrah semasa
perjalanan ke Madinah.Masjid Quba ialah masjid yg ke empat paling suci dalam
kalangan umat Islam selepas Masjid al-Haram (Makkah),
Masjid
Nabawi(Madinah) dan Masjid al-Aqsa(Palestin).Selepas sampai di Madinah,
Rasulullah membina masjid di pusat bandar Madinah iaitu masjid Nabawi.Masjid
ini adalah jantung Kota Madinah.Dibina di atas tanah kepunyaan dua orang anak
yatim yang bernama Shal dan Suhail bin Amr.
Fungsi masjid - mengadakan perjanjian, merawat pesakit, pengisytiharan
perlantikan khalifah, kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi
askar, Baitulmal, dan tempat wahyu disampaikan kepada para sahabat.Sekitar
masjid adalah tempat tinggal orang fakir miskin.Kerana keadaan yg hiruk pikuk
sehingga mengganggu para jemaah mendirikan solat. Saidina Umar al-Khatab
telah memisahkan urusan-urusan ibadah dan keduniaan.Namun masjid tetap
menjadi pusat Nabi Muhammad menggerakkan pentadbiran negara.Ini kerana
Islam tdk wujud sekularisme (aliran yg memisahkan agama dan dunia).
Kesimpulan, sistem dan peradaban Islam ialah meluaskan roh persaudaraan dan
ikatan mahabbah (kasih sayang) sesama Islam melalui institusi masjid.

7.2

Memperkukuhkan Persaudaraan
Baginda telah menyatukan dan mempersaudarakan golongan yg telah
lama bertelagah di Madinah iaitu golongan Ansar(kaum bani Aus dan
bani Khazraj).Penyatuan mereka dilakukan dgn penuh nilai kasih sayang
persaudaraan dan semangat tolong menolong.
Kota Madinah didiami oleh masyarakat berbilang kaum dan agama
seperti Islam, Yahudi, Nasrani dan orang Arab yg tidak
beragama.Berbilang kaum pula ialah bani Quraisy, bani Qainuqa, bani
Nadhir, bani Quraizah dll.Selepas kedatangan Islam, elemen-elemen
jahiliyyah seperti Assobiyah telah dihapuskan
Usaha kedua Rasulullah, Baginda berjaya mempersaudarakan golongan
Ansar dan Muhajirin.

Muhajirin kumpulan yg datang berhijrah bersama-sama


Rasulullah dari Makkah ke Madinah.
Ansar golongan yg tinggal di Madinah yg sanggup
mengorbankan segala kemewahan demi membantu hijrah
Rasulullah.

Setelah persaudaraan Ansar dan Muhajirin kukuh, Baginda menjadikan


ikatan persahabatan dan kerjasama dgn golongan bukan Islam iaitu
Yahudi(penduduk Madinah).
Bagi mengukuhkan perpaduan ummah sesama para penduduk Madinah
serta melakukan semangat kekitaan dan kebertanggungjawaban antara
satu sama lain, Rasulullah menukarkan Yathrib kepada Madinah alMunawarah(kota yang dicahayai olh keimanan).

7.3

Membentuk Piagam Madinah

Baginda menggubal satu perlembagaan sebagai asas pegangan perjanjian


antara umat Islam dgn orang bukan Islam khususnya orang
Yahudi.Perlembagaan ini dirangka mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan
norma-norma masyarakat Madinah.
Perjanjian ini dinamakan perlembagaan Madinah atau piagam Madinah atau
Sahifah Madinah atau Dustur al-Madinah.Ia merangkumi 47 fasal. 23 fasal
tentang hubungan umat Islam sesama Islam(Ansar dan Muhajirin) 24 fasal
membicarakan hubungan umat Islam dgn bukan umat Islam(Yahudi)
Para penulis sejarah memperakui bahawa naskah tersebut adalah satu dokumen
politik yg paling lengkap dan paling tua dalam sejarah.Perlembagaan Madinah
ialah perlembagaan bertulis yg pertama di Madinah.Kesan perlembagaan ini
berjaya mewujudkan kesan positif dalam politik di mana Baginda mewujudkan
perlembagaan berbentuk ummah.
Di atas prisip ummah Baginda melancarkan perubahan revolusioner iaitu
Baginda merombak semua prinsip suku-suku bangsa yg lama.Dari sudut sosial,
kesannya memberi persamaan hak dan kemuliaan dalam kalangan umat serta
melindungi mereka tanpa melakukan kezaliman, penindasan dan permusuhan

7.4

Mendirikan Pasar:

Untuk meningkat dan mengukuhkan ekonomi masyarakat Madinah, Rasulullah


menggalakkan mereka mengoptimumkan penggunaan tanah untuk pertanian
dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan perindustrian.
Justeru, Rasulullah mewujudkan sebuah pasar di Madinah untuk melatih umat
Islam berniaga.Segala aktiviti perniagaan yang mendatangkan kerugian dan
mengelirukan seperti penipuan, monopoli dan spekulasi di haramkan.

Sebelum kedatangn Islam, wujud sistem ekonomi berbentuk pasar di Madinah


tetapi dimonopoli orang Yahudi.
Cth : pasar Zabalah, pasar al-Jasar, pasar Safasir dan pasar Zakak tapi yg maju
hanya pasar al-Jasar yg dikuasai olh Yahudi Bani Qainuqa.
Baginda telah membina pasar bersebelahan dgn pasar Yahudi namun ditentang
keran mengganggu sumber ekonomi mereka.
Kemudian baginda memindahkan tapak pasar tersebut di tengah-tengah bandar
Madinah.Rasulullah juga memperkenalkan konsep pasar secara terbuka.Di
tapak-tapak pasar tidak dibenarkan membangunkan sebarang binaan atau
bangunan, bebas dari sebarang cukai dan melarang memonopoli tempat
perniagaan, menipu dan menaikkan harga sesuka hati.

You might also like