You are on page 1of 3

HARI KELUARGA WESTPORTS 2012

SOALAN YANG KERAP DITANYA.


1. Bilakah tarikh Hari Keluarga Westports ?
Hari Keluarga diadakan pada 25 November 2012 (Group A dan
Normal syif), 5 Disember 2012 (Group C), 10 Disember 2012
(Group B) dan 20 Disember 2012 (Group D).
2. Apakah pihak syarikat akan membantu pekerja mendapatkan
tiket sekiranya pekerja ingin membeli tiket bagi ahli keluarga
yang lain ?
Ya. Pekerja hendaklah memberi jumlah tiket yang diperlukan
berserta bayaran lima (5) hari sebelum tarikh Hari Keluarga
dijalankan dan pihak WJCC
akan menguruskan pembelian
daripada pihak Sunway Lagoon.
3. Apakah waktu operasi Sunway Lagoon pada Hari Keluarga
Westports?
Hari Keluarga Westports akan bermula pada pukul 8.00 pagi.
Orang awam akan dibenarkan masuk pada jam 10.00 pagi.
Waktu operasi akan tamat pada 6.00 petang.
4. Apakah aktiviti yang akan dijalankan peda Hari Keluarga ?
Aktiviti pada Hari Keluarga akan bermula dengan acara
aerobik dan diikuti dengan upacara pembukaan dengan
opening gambit oleh pihak Sunway Lagoon). Pengerusi
Eksekutif, Tan Sri.G akan merasmikan Hari Keluarga dengan
acara Balloon Cutting. Semua pekerja dan ahli keluarga juga
akan berpeluang untuk menyertai acara sukaneka yang akan
diadakan selepas itu berserta aktiviti Face Painting yang
disediakan secara percuma oleh pihak Sunway Lagoon.
5. Bagaimanakah cara untuk memasuki Sunway Lagoon pada Hari
Keluarga nanti?
Semua pekerja yang menyertai Hari Keluarga akan memasuki
kawasan Sunway Lagoon dengan cara memakai gelang tangan
yang akan diberikan seminggu sebelum Hari Keluarga
diadakan.
6. Adakah gelang tangan yang disediakan oleh Sunway Lagoon
boleh digunakan pada bila-bila masa sekiranya pekerja tidak
dapat hadir pada tarikh Hari Keluarga yang ditetapkan?
Tidak. Gelang tangan yang disediakan hanya sah digunapakai
sekali sahaja iaitu pada tarikh Hari Keluarga yang telah
ditetapkan sahaja.

7. Adakah pekerja boleh mendapat gantian tarikh bagi


menghadiri Hari Keluarga sekiranya beliau tidak dapat hadir
pada tarikh yang telah ditetapkan ?
Tidak.
8. Apakah di antara barang-barang yang boleh dibawa masuk ke
kawasan Sunway Lagoon semasa Hari Keluarga nanti ?
Di antara barang yang dibenarkan untuk dibawa masuk adalah
tiub pelampung kanak-kanak dan tikar beserta pakaian. Tiub
pelampung bagi orang dewasa adalah tidak dibenarkan.
9. Apakah bayaran akan dikenakan bagi parkir kereta ?
Ya. Bayaran adalah mengikut kadar biasa tertakluk kepada
pihak Sunway Lagoon. Parkir kereta boleh didapati di Sunway
Resort Hotel & Spa, parkir di hotel dan ruang terbuka yang
berdekatan.
10.
Apakah aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan
semasa berada di Sunway Lagoon?
Pihak Sunway Lagoon akan menyediakan life guard dan
pengawal
keselamatan
bagi
membantu
di
dalam
penguatkuasaan aspek keselamatan semua pengunjung
Sunway Lagoon. Adalah dinasihatkan juga agar semua pekerja
memastikan aspek keselamatan ahli keluarga adalah terjamin.
Pihak Sunway Lagoon akan sentiasa memberi bantuan kepada
semua peserta Hari Keluarga apabila diperlukan.
11.
Sila nyatakan taman tema yang akan dibuka kepada
semua peserta Hari Keluarga.
Sebanyak 5 taman tema yang boleh disertai oleh semua
peserta Hari Keluarga iaitu Surf Beach Water Park, Extreme
Park, Scream Park, Wild Life Park dan Amusement
Park.Walaubagaimanapun, bagi Extreme Park, bayaran akan
dikenakan bagi aktiviti Bungy Jumping, G-Force X dan Go Kart.
12.
Adakah makanan akan disediakan sepanjang acara Hari
Keluarga dijalankan ? Bolehkah pekerja membawa makanan
daripada luar ?
Makanan akan disediakan bagi sarapan pagi iaitu nasi lemak
dan makan tengahari sajian KFC. Makanan juga boleh dibeli
oleh pekerja daripada outlet makanan di dalam kawasan
Sunway Lagoon. Makanan daripada luar tidak dibenarkan
melainkan air minuman yang tidak melebihi 600 ml dan
makanan/susu bayi dengan kuantiti yang kecil.
13.
Apakah etika berpakaian bagi Hari Keluarga ?
Pakaian adalah bebas dan bersopan.

14.
Adakah pihak Sunway Lagoon ada menyediakan surau
untuk bersembahyang ?
Ya. Surau adalah terletak berhadapan dengan Surf Beach
Water Park.
15.
Adakah pihak Sunway Lagoon menyediakan tempat
untuk menyimpan barang?
Ya. Terdapat kemudahan lokar yang teletak berhadapan
dengan Surf Beach Water Park. Kemudahan lokar boleh
digunakan oleh orang persendirian dengan bayaran yang boleh
di buat terus di kaunter perkhidmatan pelanggan yang
terdapat di situ.
SELAMAT BERGEMBIRA BERSAMA KELUARGA

You might also like