You are on page 1of 7

Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pend

ekatan digunakan. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan b


erasaskan isi kandungan dan
berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat gurunya

hanyalah

ke

arah

menyediakan murid-murid untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung


tahun.

Di

sekolah

saya

juga

terdapat

segelintir

daripada

guru-guru

menjalankan pengajaran berpusatkan guru. Hal ini tidak mementingkan


pemahaman

murid-murid

samada

benar-benar

menguasai

kemahiran

atau pun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan
berada

jauh

di

luar konteks

sebenar.

Persembahan pengajaran yang hanya melibatkan guru semata-mata memberi


implikasi yang kebanyakannya pelajar tidak melibatkan diri secara aktif dalam
p&P Sewaktu P&P dijalankan, merekaseringkali mengantuk, bermain,
bersembang

dan

tidak

menumpukan

perhatian

kerana pengajaran hanya satu hala sahaja tanpa melibatkan penyertaan aktif
murid-murid. Selaintu, didapati kaedah penyampaian objektif pengajaran sep
erti ini tidak begitu berkesan
mungkin kerana kaedah yang kurang bersesuaian. Disamping itu pada masa
yang sama ada juga sebahagian besar dikalangan guru di sekolah saya yang
menggunakan Strategi berpusatkan murid. Strategik ini dapat menggalakkan
murid-murid bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka
memahami bagaimana untuk belajar. Kaedah ini boleh dilakukan dengan
mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti
murid-murid supaya murid-murid dapat menyertai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan
murid-murid

dalam

aktiviti

soal jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secar
a berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan matlamatnya a
dalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kritis serta kreatif.

Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar ,guru-guru sekolah


saya ini akan memberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau

kumpulan

mengikut tahap kebolehan murid-murid dan guru berperanan

sebagai fasilitator. Ini menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di


kalangan murid-murid.

Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada
caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran
semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan
telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran
dalam pendidikan. Artikel ini akan membincangkan peranan media pengajaran dan faedah kepada
guru dan murid. Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai seorang
yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat
membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu. Menurut kajian, peratus
penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan
deria masing-masing.Deria % Penerimaan Mata 70 Hidung 5 Mulut 4 Telinga 15 Rasa/sentuhan 6

Kepentingan media pengajaran dalam proses pengajaran pembelajaran ialah seperti berikut:

Pengajaran lebih terancang

Melibatkan pelbagai deria

Memperkayakan pengalaman

Perluasan batasan komunikasi

Pembelajaran individu

Keseronokan belajar/motivasi

Sumber maklumat

Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid.

Menguat dan mengekalkan daya ingatan

Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit

Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah

Menjimatkan masa

Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas

Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

Pemilihan Media Pengajaran Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media
pengajaran, faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian: 1. Kesesuaian 2. Peringkat
penerimaan/kefahaman 3. Pemerolehan 4. Harga 5. Mutu Kesesuaian Sebelum memilih sesuatu
media pengajaran, guru perlu menetapkan objektif yang hendak dicapai terlebih dahulu.
Contohnya, kalau objektif guru adalah supaya murid mengetahui tentang bunyi sebutan perkataan
yang betul di dalam pembelajaran bahasa kedua, dan di samping membetulkan bunyi sebutannya,
maka murid perlu mendengarnya sendiri. Oleh itu media yang betul ialah alat perakam audio. Boleh
juga alat perakam audio digabungkan dengan carta dan sebagainya jika difikirkan mustahak.
Sesuatu media dianggap sesuai jika memenuhi syarat berikut:

Memenuhi kehendak isi dan objektif murid

Memudahkan kefahaman murid

Memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya

Menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan

Mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan dari satu tempat ke
satu tempat yang lain

Selamat digunakan oleh murid


Peringkat penerimaan/kefahaman Mungkin isi kandungan media yang dipilih itu sesuai, tetapi cara
penyampaian atau peringkat penerimaan murid adalah tidak setara dengan keupayaan mereka.
Dengan lain perkataan media tersebut tidak setanding dengan keupayaan murid untuk menerima
dan memahami isi kandungan yang disampaikan oleh media tersebut. Ini berlaku kepada media
yang telah siap tersedia oleh pihak-pihak tertentu seperti syarikat pengeluar media tersebut. Untuk
mengelakkan perkara ini, media perlulah dihasilkan sendiri oleh guru yang mengajar. Media yang
dapat memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang hendak disampaikan
hendaklah dipilih. Harga Sesuatu media yang hendak digunakan hendaklah diperolehi dengan
mudah dan harga yang murah. Media elektronik tidak dapat dinafikan mempunyai keupayaan yang
lebih baik walaupun harganya mahal. Sekiranya harga tidak menjadi masalah, pilihlah media yang
dapat memberikan kesan yang lebih baik. Kos adalah munasabah dan tidak terlalu
membebankan.Pemerolehan Seseorang guru yang merancang menggunakan media pengajaran,
perlu mengenal pasti pemerolehan sesuatu media itu. Adakah media tersebut ada di pusat sumber
atau sekolah masing-masing? Bolehkah media tersebut disediakan dengan mudah? Sekiranya mudah
diperolehi, akan mendorongkan seseorang guru menggunakannya dengan lebih
kerap.Mutu Sekiranya faktor-faktor di atas sudah dipenuhi, apakah guru akan menolak penggunaan
media tersebut kerana mutu yang rendah? Sesuatu objektif pembelajaran tidak akan tercapai
sekiranya mutu media yang digunakan itu tidak elok seperti warna, suara dan tulisan yang tidak
jelas. Penghasilan Media Kebanyakan media yang ada di pasaran adalah dipasarkan untuk mencari
keuntungan tanpa memenuhi kehendak dan keperluan tertentu guru dan murid. Oleh itu untuk
menyediakan media yang sesuai, guru perlulah membuat sendiri. Banyak sekali faedah yang
diperolehi dari penghasilan media oleh guru seperti berikut:

Isi kandungan yang sesuai dengan sukatan sekolah

Objektif pengajaran pembelajaran disusun dengan lebih tepat

Jika dilibatkan murid dalam penghasilan media, akan dapat mengukuhkan lagi daya ingatan
dan meberikan pengalaman yang berguna kepada murid

Menambahkan koleksi pusat sumber sekolah di samping menjimatkan kos

Beberapa aspek yang perlu dititik beratkan dalam penghasilan media adalah seperti berikut:

Pengetahuan mengenai bahan yang hendak dihasilkan (isi kandungan)

Kemahiran untuk penghasilan

Mempunyai daya kreatif

Tenaga untuk penghasilan

Alatan khas yang diperlukan

Masa

Kos

Dalam perbincangan ini, kita akan membincangkan faedah penghasilan media oleh guru dan oleh
murid. Media Yang Dihasilkan Oleh Guru Sebagai seorang guru, kita perlu memikirkan penghasilan
media pengajaran dalam dua kategori;
1.
Media pengajaran yang akan digunakan untuk persembahan dalam bilik darjah,
perbincangan dengan murid, penilaian atau aktiviti yang diarahkan oleh guru. Contohnya,
bahan tayangan yang mudah seperti transparensi, selaid, kaset audio, poster, grafik dan
bahan pameran.
2.
Media pengajaran yang digunakan terus oleh murid untuk tujuan pembelajaran.
Contohnya, kit pelbagai media yang digunakan untuk pembelajaran individu, bahan 3D dan
'mock-up' yang digunakan oleh murid kejuruteraan
Faedah sampingan yang diperolehi apabila guru menghasilkan media atau mengarahkan murid
menghasilkan media adalah guru sendiri akan dapat memahami dan menjelaskan lagi objektif dan
idea mengenai bagaimana menyusun program pengajaran pembelajaran dengan lebih baik
lagi. Media Yang Dihasilkan Oleh Murid. Murid yang terlibat dalam penghasilan media akan
memperolehi faedah daripada pengalaman mereka. Mereka boleh memberikan sumbangan berupa
idea yang kreatif untuk sesuatu penghasilan media. Bakat murid dalam penghasilan media seperti
bahan pameran, bahan pembelajaran kendiri, transparensi, selaid, bahan 2D, poster dan
sebagainya tidak boleh diperkecilkan. Disebalik khidmat penghasilan media, murid juga boleh
membantu guru untuk merekabentuk media pengajaran supaya sesuai dan mencapai kehendak dan
keperluan bilik darjah. Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian sekiranya guru ingin murid
menghasilkan media:

Ingat bahawa penghasilan akhir sesuatu media tidaklah begitu penting berbanding proses
dan pengalaman yang digunakan untuk mencapai objektif

Apabila murid menghabiskan masa dan tenaga dalam penghasilan media, pastikan mereka
memahami apa yang dibuat dan mereka merasakan dihargai. Matlamat guru bukanlah untuk

mempergunakan murid atau memaksa mereka berkerja melampaui keupayaan, tetapi memberikan
peluang kepada mereka supaya produktif dan seronok melakukan aktiviti penghasilan media

Pastikan, sebelum projek dimulakan, murid menghasilkan perancangan di atas kertas.


Bantulah mereka belajar bagaimana membuat 'lay-out' projek sebelum kerja sebenar dijalankan,
untuk mempastikan dengan jelas setiap langkah yang akan diambil akan mencapai kejayaan

Bantu murid menghadapi kekecewaan jika terdapat kesilapan dan mencuba semula.
Kesilapan adalah perkara biasa dalam memmuridi sesuatu yang baru
Peringkat Usaha Penghasilan Media a) Penghasilan media secara tiruan Penghasilan media secara
tiruan boleh diilustrasikan seperti memotong huruf berdasarkan bentuk, melukiskan peta dan
gambar melalui surihan imej tayangan atau menghasilkan terarium atau boneka berdasarkan arahan
buku atau gambar. b) Penghasilan media secara pengubahsuaian Pengubahsuaian memerlukan
penciptaan dalam bentuk baru atau cara baru dalam penggunaan media sedia ada. Prototaip atau
gambar prototaip yang ada adalah sebagai panduan berguna, tetapi hasil akhir kelak akan
memerlukan individu terlibat dalam pelbagai masalah. Penghasilan media secara pengubahsuaian
memerlukan pertimbangan individu, arah kendiri dan inisiatif. c) Rekaan kreatif Melibatkan
keupayaan mentafsir dan menyelesaikan masalah dengan cara yang asli, tanpa bergantung kepada
pengalaman atau penulisan. Penghasilan filem slaid bersuara, fotograf, penggambaran video dan
sebagainya untuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran adalah antara contoh rekaan kreatif.
Guru perlu menggalakkan murid membuat rekaan kreatif dan asli. d) Inovasi dari peniruanMeniru
secara kreatif mengandungi dua unsur yang seolah-olah bertentangan. Sesuatu yang kreatif tentulah
bersifat asli. Sebaliknya sesuatu yang dihasilkan secara meniru tentulah tidak asli, oleh itu tidak
kreatif. Walau bagaimana pun peniruan kreatif adalah penghasilan semula apa yang telah dicipta
oleh orang lain dalam bentuk yang tersendiri dan mempunyai keunikan tersendiri dari segi fizikal
dan fungsinya. Guru dan murid perlulah menggunakan kaedah ini untuk menghasilkan media yang
boleh digunakan untuk tujuan pengajaran pembelajaran. Media Kos Murah Definisi media kos
murah adalah berdasarkan kepada ciri-ciri berikut:

Media yang boleh disediakan oleh guru dan murid sendiri

Media yang dibekalkan dan boleh menambahkan keberkesanan pengajaran pembelajaran


dalam bilik darjah tanpa memerlukan kos tambahan

Proses yang terlibat dalam penghasilan media tersebut adalah mudah dan murah

Penghasilan media tersebut tidak memakan masa yang panjang

Bahan mentah yang digunakan adalah percuma dan mudah diperolehi dari persekitaran
murid dan guru

Jenis Media Kos Murah

Gambar kaku

Gambarajah

Carta

Graf

Peta

Kartun

Poster

Carta bersiri

Bahan 3D seperti boneka, glob, model, realia, 'mock-up' dan lain-lain.

Prinsip Reka Bentuk Media Kos Murah

Jelas. Idea mesti tepat, mudah dan terus terang. Ini mestilah sesuai dengan ukuran, warna,
kontras dan reka letak

Menarik. Mesej yang hendak disampaikan mestilah dapat menarik perhatian, membolehkan
ia mencetuskan reaksi yang cepat dalam kalangan murid

Senang digunakan. Termasuk dari segi mudah dibawa, dimanipulasikan dan difahami murid

Berkaitan. Bahan yang dihasilkan itu mestilah menggambarkan hubungannya dengan isi
kandungan muridan dan matlamat yang hendak dicapai. Ia juga mestilah menggambarkan peringkat
umur dan pengalaman murid yang menggunakannya

Berpatutan dengan kos. Ia mestilah menunjukkan unsur-unsur penjimatan dari segi masa,
tenaga dan kewangan. Perancangan yang teliti dan membiasakan diri dengan berbagai jenis dan
tujuan media kos murah akan membantu ke arah penjimatan di dalam pengeluaran.
Saya menyeru kepada semua guru supaya sentiasa menjaga dan meningkatkan nilai profesionalisme
perguruan kita supaya sentiasa dipandang tinggi di sisi masyarakat. Dengan mempraktiskan apa
yang dibincangkan di atas, sudah pasti kita akan diiktiraf sebagai seorang yang profesional dalam
bidang kerjaya kita di mata masyarakat. Anda semua dapat mempelajari bidang Teknologi
Pendidikan dengan mengikuti kursus-kursus yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
(BTPN), Pusat Kegiatan Guru (PKG), Institut Pendidikan Guru (IPG) melalui kursus jangka pendek
atau kursus jangka panjang yang ditawarkan dari semasa ke semasa. Universiti Sains Malaysia (USM)
mempunyai satu bahagian profesional yang menawarkan kursus berkaitan dengan Teknologi
Pendidikan atau Teknologi Pengajaran iaitu Pusat Teknologi Pendidikan dan Media (PTPM). Anda juga
boleh melanjutkan pelajaran di peringkat master atau Ph.D dalam bidang Teknologi Pendidikan di
Universiti Awam Tempatan atau luar negara. Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang menawarkan
pelbagai kursus di peringkat master dan Ph.D, dan bidang Teknologi Pendidikan ini tidak terkecuali.
Buat masa kini terdapat ramai pelajar daripada kalangan guru yang melanjutakan pelajaran di UPM
dalam bidang Teknologi Pendidikan. Terdapat juga pelajar daripada luar negara seperti Iran, Yemen,

Indonesia dan beberapa negara lain sedang mengikuti kursus Teknologi Pendidikan dan juga kursuskursus lain di Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM. Kursus boleh diikuti sama ada sepenuh masa dan
separuh masa. Kursus sepenuh masa diikuti oleh majoriti pelajar tajaan Kerajaan Malaysia (Jabatan
Perkhid matan Awam (JPA) atau Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)).
Posted by Deria at 8:57 AM

You might also like