You are on page 1of 5

MENGERATKAN PERPADUAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA

Dari segi sejarah,British menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik


melalui dasar pecah dan perintah.British telah membawa masuk tenaga buruh dari
China dan India untuk kepentingan ekonomi mereka sendiri.Dasar ekonomi dan
politik yang diamalkan oleh pihak British menyebabkan pembangunan yang tidak
seimbang diantara kawasan bandar dan luar bandar serta jurang antara kelompok
etnik. Bancian penduduk pada tahun 1970 menunjukkan bahawa 49.3 peratus
daripada semua keluarga di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu
86 peratus di luar Bandar dan 14 peratus di kawasan Bandar. Pada tahun 1970
menunjukkan
dalam

sektor

pecahan mengikut kelompok etnik mengalami ketidakseimbangan


pekerjaan.

Ketidakseimbangan

ini

antara

punca

berlakunya

kecemburuan sosial sehingga mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Jurang perbezaan


ekonomi dan sosial dalam kalangan kaum di Malaysia adalah berpunca daripada
akibat dasar pecah dan belah oleh penjajah Inggeris kerana mereka sengaja
memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha
penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan. Perpecahan
kaum ini dapat dilihat apabila penduduk Melayu dibiarkan tinggal di kawasan
pedalaman untuk menjalankan aktiviti pertanian tradisional manakala bagi kaum
Cina ditempatkan di kawasan bandar atau lombong bagi menjalankan aktiviti
perniagaan dan kaum India pula ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladangladang British. Oleh yang demikian, disebabkan petempatan dan kawasan tumpuan
mereka adalah berbeza maka tidak wujud interaksi antara satu sama lain bagi tiga
suku kaum yang terbesar di Malaysia.

Disebabkan tindakan yang dilakukan oleh pihak British ini maka wujud perasaan
prasangka seterusnya menjarakkan jurang antara perpaduan kaum. . Dasar Ekonomi
Baru telah digubal berasaskan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang antara
kaum, terutamanya kaum Melayu yang mengalami kemiskinan dan sedikit
ketinggalan dalam bidang ekonomi. Bagi mengatasi masalah ini pihak kerajaan telah
menggubal satu dasar iaitu Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Dasar Ekonomi
Baru ini bertujuan mencapai matlamatnya iaitu mewujudkan perpaduan antara etnik
melalui pengagihan pendapatan dan peluang-peluang ekonomi yang sama rata agar
tidak ada etnik yang terkecuali mahupun tersisih untuk memiliki kehidupan yang
lebih baik.Walaubagaimanapun, Dasar Ekonomi Baru tetap membantu semua kaum
di Malaysia yang mengalami masalah kemiskinan. Pengagihan ekonomi yang sama
rata akan membawa kepada limpahan kemakmuran dan mengeratkan lagi
perpaduan

antara

kaum.Konsep

perpaduan

ini

menekankan

toleransi

dan

penerimaan keunikan setiap kaum yang ada, serta memahami dan juga
menghormati antara satu sama lain agar dapat hidup bersama dengan baik dalam
sebuah negara. Menurut Perdana Menteri Malaysia yang ke-2,Tun Abdul Razak
untuk

mencapai

matlamat

perpaduan

negara

keseluruhannya,Malaysia

berkehendakan bukan sahaja setakat kadar perkembangan ekonomi yang cepat, kita
terpaksa sama sekali menentukan adanya keadaan masyarakat yang adil,
pembahagian

pendapatan

pendapatan

yang

saksama

dan

peluang-peluang

pekerjaan yang bertambah.1

Petikan kata-kata daripada Allahyarham Tun Abdul Razak,daripada Yusof Ismail (sunting) (2008) Dasar Dasar
Utama Kerajaan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, m.s 25.

Kesederhanaan pula merupakan gaya hidup yang tidak terlalu ekstrem kerana
apabila menghadapi situasi yang negatif, masyarakat tidak mudah terpengaruh
malah cuba mencari jalan penyelesaian melalui meja rundingan.Berbudi bahasa
merupakan tingkah-laku yang bersopan-santun, tata tertib dalam menjalankan
hubungan dan interaksi sesama kaum bagi menjana kemesraan dan permuafakatan
yang lebih kukuh2. Di samping itu,pengagihan ekonomi secara adil melalui Dasar
Ekonomi Baru dapat melahirkan masyarakat yang sama rata.Proses interaksi sosial
terbahagi kepada dua iaitu interaksi yang membawa kepada dua iaitu samada
pernyatuan atau perpecahan. Interaksi secara kerjasama, asimilasi, dan akomodasi
akan membawa kepada penyatuan melalui Dasar Ekonomi Baru. Salah faham dan
pandangan stereotaip wujud apabila kurangnya pemahaman dan pengetahuan
tentang kebudayaan sesuatu kaum. Jika wujudnya sikap toleransi dan interaksi
antara kaum maka tidak mustahil perpaduan dapat dipupuk. Sebagai contohnya di
Malaysia, budaya kunjung-mengunjung apabila tibanya musim perayaan merupakan
satu contoh yang baik menunjukkan permuafakatan hasil daripada penubuhan Dasar
Ekonomi Baru setelah seluruh etnik di Malaysia mempunyai pengagihan ekonomi
yang adil.Perpaduan kaum amat penting dalam bagi merapatkan jurang perbezaan
ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Melalui tindakan yang dilaksanakan oleh
kerajaan ini kita dapat lihat apabila peningkatan taraf kehidupan golongan miskin
melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.

Kenyataan daripada Datuk Ibrahim Ali.Beliau adalah Ahli Parlimen bagi Pasir Mas,Kelantana;dan Presiden
PERKASA(Pertubuhan Pribumi Malaysia).Beliau pernah membentangkan kertas kerja pada Seminar
Kebangsaan 1Malaysia, yang diselenggara oleh Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains
Malaysia di Putrajaya pada 11 Ogos 2009.Lihat Ibrahim Ali (2009): dan akhbar Utusan Malaysia (Kuala Lumpur:
13 Ogos 2009)

KESIMPULAN
Dasar Ekonomi Baru yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Mlaysia yang ke-2
iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato Hussien Al-Haj yang mempunyai tujuan
objektif utama iaitu menjaga kebajikan seluruh rakyat dan meninggikan taraf
kehidupan rakyat di kawasan luar bandar terutamnya dalam kalangan masyarakat
yang berpendapatan rendah. Di samping itu, keadilan sosial yang mementingkan
perasaan kekitaan agar nasib semua kaum terbela. Keadilan ini haruslah memberi
fokus kepada taraf kemajuan dan kemajuan ekonomi yang berbeza beza. Kesedaran
setiap kaum mempunyai kelemahan dan kelebihan perlu dipupuk agar kelebihan
yang dimiliki mampu dimanfaatkan demi kepentingan bangsa, negara, dan agama.
Melalui dasar ini berjaya mengurangkan dan akhirnya kemiskinan dengan
meningkatkan pendapatan dan menanbah peluang-peluang pekerjaan untuk rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum. Selain itu, berjaya mempercepat proses penyusunan
semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi
dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi ekonomi. Setiap etnik kaum di Malaysia sudah mula dapat menerima budaya,
kepercayaan

dan

agama

masing-masing.

Sebagai

contoh

amalan

kunjung

mengunjung di musim perayaan. Tambahan pula, melalui rukun tetangga yang


dijalankan bersama bagi menjaga keselamatan perumahan masing-masing. Hal ini
jelas menunjukkan konsep penerimaan sesame kaum sedah mula dipupuk.

Setiap kita harus hormat hak dan perasaan masing-masing, bertolak ansur dengan
agama orang lain, adat dan tabiat, kerana melalui kepelbagaian itu kita boleh
mendapat perpaduan yang sebenar3. Oleh itu tidak mustahil kita dapat memelihara
perpaduan dan keamanan yang kita miliki hari ini melalui usaha gigih yang dilakukan
oleh pemimpin kita terdahulu jika kita bersama-sama mengembeleng tenaga untuk
meningkatakan taraf hidup setiap etnik kaum. Jika negara kita tidak mempunyai
kekuatan dan persefahaman yang rapuh nescaya akan berlaku pergolakan sesama
masyarakat yang seterusnya akan membawa kepada ketidakstabilan ekonomi. Oleh
yang demikian, segala dasar yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan harus
diaplikasikan oleh masyarakat dan disemai dalam jiwa setiap etnik.

Petikan daripada Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Berita Harian (2 Ogos 2009)

You might also like