You are on page 1of 31

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

MODUL 1/3
1. Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru. Terangkan mengapa
pentingnya seseorang guru mempelajari psikologi.
Bincangkan implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah anda.
Berikan contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan anda
Psikologi adalah suatu ilmu yang sangat penting kepada guru. Pengetahuan
psikologi pendidikan menjadi asas pemahaman kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Tanpa pengetahuan psikologi pendidikan maka guru-guru
akan menghadapi masalah yang besar ketika memahami perlakuan pelajarpelajar mereka.
Pada hari ini, psikologi pendidikan wujud dalam tiga bentuk:
Pertama : ia merupakan suatu disiplin ilmu iaitu suatu bidang yang dipelajari
di institusi pendidikan tinggi.
Kedua : suatu kajian satifik bagi mengkaji dan memahami perlakuan.
Ketiga : ia adalah suatu profesion atau kerjaya. Prinsip psikologi digunakan
bagi memahami kenapa sesuatu itu berlaku.
Secara umumnya dalam konsep psikologi pendidikan, terdapat empat
konsep asas yang penting diketahui oleh guru. Konsep asas tersebut ialah:
1.Naluri
Setiap orang mempunyai naluri. Naluri merujuk kepada kuasa semula jadi
yang menjadi pendorong kepada seseorang individu bertingkah laku dalam
situasi yang tertentun. Antara naluri tersebut ialah rasa ingin tahu, naluri
keibubapaan,naluri kejantinaan dana sebagainya. Contah. Bayi yang
dilahirkan mempamerkan naluri keinginan memenuhi keperluan kendiri
dengan menangis.
1. Motivasi
Merupakan penggerak yang penting dalam kehidupan seseorang pelajar
auat

individu.

Motivasi

merujuk

kepada

kecenderungan

seseorang

melakaukan sesuatu aktiviti apabila menerima rangsangan. Matlamat


tertentu akan dibentuk dan si pelakau akan melakukan sesuatu tingkah laku
atau gerak kerja demi mencapai matlamat itu. Pada kebiasannay, motivasi
wujud apabila keperluan fisiologi dan keperluan psikologi mendesak dalam
kehidupan. Tahap motivasi adalah berbeza antara individu.
2. Keperluan
Manusia

mempunyai

keperluan

tertentu

supaya

dipenuhi

sepanjang

kehidupan mereka. Keperluan tersebut perlu dipenuhi bagi menjamin


seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan sempurna. Antara
keperluan penting ialanh keperluan fisiologi dan psikologi.
4.Desakan
Desakan adalah salah satu konsep yang penting dalam bidang pendidikan.
Desakan akan timbul atau muncul apabila berlakunya kekurangan dalam
keperluan fisiologi seperti keperluan makanan dan minuman.Kekurangan
dalam keperluan fisiologi ini mendorong seseorang individu bertingkah laku
bagi menampung kekurangan tersebut.

Atas faktor-faktor inilah

penting bagi guru untuk mengetahui psikologi.

Secara umumnya, guru dapat:


1. Memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi kepada
guru supaya mengamalkannya dalam bilik darjah
2. Menyedarkan guru terhadap perbezaan individu dari segi mental, fizikal,
minat demi membolehkannya mengajar murid-murid mengikut kebolehan
mereka dengan menggunakan aktiviti kumpulan.
3. Membekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkah laku murid agar
membolehkan guru mencegah disiplin yang tidak diigini dalam bilik darjah
dengan berkesan.
4. Melengkapkan ilmu psikologi murid tentang sahsiahnya dapat membantu
guru membentuk personality mereka yang sihat serta konsep kendiri yang
positif dengan bimbingan yang wajar

5. Melengkapkan

guru

dengan

teori

dan

prinsip

psikologi

anak

membantunya meningkatkan kualiti pengajarannya dalam bilik darjah


6. Memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid akan
membantu guru menggunakan teknik motivasi yang berkesan serta
mewujudkan hubungan baik dia antara guru dan muridnya
7. Psikologi membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
sikap mengajar yang berguna dalam aktiviti pendidikan.
8. memahami tingkah laku murid-murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Memalu pemerhatian oleh guru, boleh membuat jangkaan
tingkah laku alternatif yang diperlukan untuk mengantikan tingkah laku
yang tidak dikehendaki.
9. Menggambarkan, menerangkan, mengawal dan meramal sesuatu tingkah
laku
10. Dapat meeperbaiki kualiti dan hasil dalam proses

pendidikan. Dapat

mengkaji tingkah laku yang pelbagai dan merancang pembelajaran yang


lebih berkesan
11. memberi pengetahuan kepada guru mengenai teori dan prinsip psikologi
yang digunapakai dalam bilik darjah.
12. Kesedaran kepad aguru mengenai perbezaan individu dari segi kognitif,
afektif dan psikomotor, ini seterusnya dapat mernacang aktiviti yang
sesuai berdasarkan potensi dan kemampuan murid
13. Pengetahuan kepada guru mengenai naluri dan keperluan murid.
membolehkan guru menggunakan motivasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
14. Memberi pengetahuan untuk menangani pelbagai tingkahlaku murid dan
dapat menyelesaikan beberapa masalah tingkah laku.
Implikasi Psikologi Pendidikan dalam bilik darjah
1. Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran- apabila kita telah
dapat mengesan pelbagai cirri-ciri yang ada pada murid-murid seperti
perbezaan individu,sosial,kognitif,emosi dan sebagainya, kita dapat
mengambil pendekatan yang sewajarnya dalam menangani masalah
dalam bilik darjah. Antara langkah untuk menangani perbezaan

kognitif, kita boleh mengasingkan anatara murid- murid mengikut tahap


kecerdasan dan kebolehannya.
2. Berfaedah kepada pendidik untuk membolehkan mereka memahami
mengapa pelajar bertingkahlaku sedemikian, membantu pelajar
memahami diri mereka sendiri. Membantu pendidik merancang objektif
dan matalamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya dan
merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai
matlamat dan objektif pembelajaran yang ditetapkan.
3. Melalui kajian pertumbuhan dan perkembangan manusia. Pendidik
dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar daripada segi fizikal,
kognitif, social dan emosi. Dengan ini, pendidik dapat merancang
pengajaran

dan

pembelajaran

yangs

esuai

dengan

tahap

perkembangan pelajar.
4. Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu bidang
pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah, ponteng sekolah,
merokok dan sebagainya. Data dan maklumat yang dieroleh akan
dapat membantu guru membantu pelajar menyelesaikan masalah dan
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
5. Guru akan lebih prihatin kepad indiividu yang lambat pembelajarannya
dan akan lebih sabar apabila membimbing kanak-kanak itu dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana mereka menyedari aspek
kecerdasan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
Dengan

adanya

ilmu

psikologi,

para

guru

bukan

sahaja

dapat

menyampaikan ilmu tetapi dapat mehirkan manusia yang sempurna yang baik
budi pekertinya dan bertanggungjawab kepada keluarga, bangsa dan
agamanya

3. Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda


mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan
perbincangan anda pada tajuk-tajuk berikut.:
Teori-teori perkembangan manusia
Berdasarkan

teori-teori

perkembangan

manusia,guru

dapat

mengoptimumkan pertumbuhan dan perkembangan murid-murid


berlandaskan
pengajaran

kepada
dan

peringkat

pembelajaran

perkembangan
hendaklah

pelajar.Strategi
sesuai

dengan

perkembangan jasmani, kognitif , emosi dan social pelajar.


Perkembangan jasmani
-Menguruskan pendidikan ajsmani dan pemainan serta kerja
praktik mengikut perkembangan fizikal pelajar.
-Elakkan mengajar aktiviti jasmani dan permainan serta
kerja praktik seperti aktiviti kemahiran hidup yang kompleks
jika perkembangan pelajar belum cukup matang
menguruskannya.
Perkembangan Kognitif
-Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan bermakna.
-Menyediakan

pelbagai

alat

Bantu

mengajar

untuk

membentuk konsep dengan tepat.


-Isi pelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut
pemeringkatan berikut :
Mudah kepada kompleks
Umum kepada khusus
Konkrit kepada abstrak
Pengetahuan atau pengalaman yangs edia ada kepada
pengetahuan dan pengalaman yang baru
Persekitaran

dekat

yang

pernah

persekitaran jauh yang belum di alami


Perkembangan emosi dan rohani

dialami

kepada

-Memupuk emosi dan rohani eplajar yang sihat mengikut


peringkat perkembangannya.
-Mengawal dan mencegah tingkah laku pelajar dan
perkembangan rohani yang tidak diingini yang mungkin
berlaku dalam peringkat-peringkat tertentu.
-Bersifat penyayang dan membantu pelajar mengawal
emosi dan rohani mereka dlaam situasi tertentu.
-Memahami peringkat perkembangan emosi dan rohani
pelajar serta membimbing mereka menghadapi serta
menyelesaikan masalah emosi dan rohani dengan cara
yang sesuai.
Perkembangan Sosial
-Menggunakan

strategi

pengajaran

kumpulan

untuk

memupuk perkembangan social


-Menggunakan aktiviti projek, perbincanagn dan permainan
secara kumpulan berdasarkan peringkat perkembangan
social pelajar.
-Aturkan aktiviti kumpulan supaya pelajar-pelajar dapat
bekerjasama menyelesaikan masalah pelajaran mereka
bersama-sama
Potensi manusia
Potensi merupakan kebolehan manusia melakaukan sesuatu aktiviti
selaras dengan fitrah yang ada padanya. Potensi manusia boleh
ditinjau dari aspek-aspek jasmani, mental, kerohanian dan emosi. Ahli
psikologi berpendapat

bahawa potensi manusia

yang ditonjolkan

dalam aspek-aspek jasmani, mental, rohani dan emosi mempunyai


tahap yang berbeza.Ini adalah kerana tidak ramai orang yang dapat
peluang memoptimumkan potensi mereka dalam kehidupan.
Setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza-beza dalam fitrahnya.
Potensi boleh diukur melalui darjah kecerdasan. Terdapat tujuh

kecerdasan iaitu:linguistik, logical-matematikal, ruang, muzik, tubuh


kinestatik, interpersonal (social) dan intrapersonal (kendiri)
Sebagai seorang guru, potensi murid murid dapat dioptimumkan
melalui pelbagai cara iaitu:
1. Verbal/linguistik
-

membaca kepada murid dan biarkan mereka membaca kepada


guru

membincangkan pengarang buku bersama kanak-kanak

mengunjungi perpustakaan dan kedai buku bersama kanak-kanak

menggalakkan

kanak-kanak menyimpan jurnal fna peristiwa-

peristiwa penting
-

menggalakkan kanak-kanak merumus dan bercerita semula yang


telaj dibaca

2. Logika-matematika
-

Bermain dengan kanak-kanak permainan logic

Sentiasa menunggu untuk situasi yang boleh merangsangkan


kanak-kanak untuk berfikir dan membina pemahaman tentang
nombor.

Membawa

kanak-kanak

ke

lawatan

lapangan

kemakmal

komputer,muzium sains dan pameran.


c) Ruang (Spatial): Guru boleh
-

Mempunyai pelbagai bahan kreatif untuk digunakan oleh kanakkanak

Membuatkan kanak-kanak menyelesaikan teka silangkata dan


mencipta carta

Membawa kanak-kanak ke muzium seni dan muzium kanak-kanak


jensi hands on

Berjalan

bersama

kanak-kanak.Apabila

kembali

nanti,Tanya

mereka untuk menggambarkan di mana mereka telah pergi dan


kemudian melukiskan sebuah peta pengalaman mereka.
d) Muzik : Guru boleh

Membekalkan kanak-kanak sebuah perakam kaset atau pemain


rekod yang boleh digunakan mereka.

Memberi kanak-kanak peluang untuk bermain dengan alat-alat


Muzik

Membawa kanak-kanak ke konsert

Menggalakkan kanak-kanak untuk mencipta lagu mereka

e) Tubuh/Kinestatik: Guru boleh


-

Membekalkan kanak-kanak peluang untuk aktiviti fizikal dan


menggalakkan mereka untuk menyertainya.

Menyediakan tempat kanak-kanak boleh bermain di dalam dan di


luar.Jika perkara ini tidak mungkin,bawa mereka ke taman
permainan

Membawa kanak-kanak ke acara-acara sukan dan ballet

Menggalakkan kanak-kanak menyertai aktiviti tarian


d) Interpersonal

Menggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan

Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran komunikasi

Menyediakan permainan kumpulan untuk kanak-kanak bermain

Menggalakkan kanak-kanak emnyertai persatuan

Intrapersonal : Guru boleh


-

Menggalakkan kanak-kanak mempunyai hobi dan kegemaran

Mendengar perasaan kanak-kanak dan memberikan mereka


maklum balas yang bersensitif

Menggalkkan kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka

Membuat kanak-kanak menyimpan jurnal atau buku skrap tentang


idea dan pengalaman mereka

h) Naturalis : Guru boleh


-

Membawa kanak-kanak ke muzium sains semulajadi

Mewujudkan pusat pembelajaran semulajadi di bilik darjah

Melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti luar yang semualajadi


seperti emmbawa mereka ke jalan semualjadi ( nature walk) atau
mengangkat sebatang pokok.

Motivasi
Cara-cara mengoptimumkan motivasi murid-murid
- Suasana pengajaran dan pembelajaran : Guru guru harus
menyediakan suasana yang kaya dan kondusif bagi murid-murid untuk
pembelajaran mereka.Harus terdapat pelbagai jenis sumber supaya
mereka dimotivasikan untuk belajar.
-

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif : Murid-murid yang


bekerjasama akkan menigkatkan tahap motivasi kerana keperluan
social, emosi murid serta keperluan akademik mereka di ambil
kira.Strategi ini akan membantu murid berkembang sebagai suatu
kumpulan.

Pengukuhan semula: Pengukuhan positif atau negatif boleh


digunakan untuk memotivasikan murid untuk belajar.Misalnya
tugasan-tugasan baik murid boleh dipamerkan di dalam bilik darjah
untuk menggalakkan murid lain melakukan tugasan yang baik

Perbezaan individu
Perbezaan individu memberi impak yang besar dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.Guru-guru harus menyedari peranan
mereka di dalam kelas bagi mengurangkan masalah perbezaan
individu.Antara usaha yang boleh dilakukan adalah :
Pemulihan
Aktiviti pemulihan ditumpukan terhadap pelajar-pelajar yang
tertinggal daripada segi penguasaan sesuatu isi kandunagn
mata

pelajaran

tertentu.Aktiviti

ini

adalah

untuk

mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh


para

pelajar

yang

bermasalah.Melalui

aktiviti

yang

dijalankan akan memberi kesan yang mendalam terhadap


keyakinan diri pelajar.

Penggayaan
Bertujuan mengembangkan pengalaman dan pengetahuan
serta kemahiran murid dalam suatu bidang ilmu.Diberikan
kepada pelajar-pelajar yang

berjaya

menguasai atau

mencapai matlamat yang ditetapkan dalam suatu sesi


pengajaran

dan

pembelajaran.Guru-guru

harus

mempelbagaikan aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang


lebih

mencabar

kepada

pelajar-pelajar

terutamanya

dikalangan pelajar-pelajar yang cerdas.Aktiviti ini akan


mengembangkan bakat semualjadi pelajar dan membentuk
sifat keyakinan diri dan melahirkan sifat kepimpianna yang
tinggi.Guru harus merancang aktiviti yang kreatif dan
memupuk semangat berdikari dalam aktiviti pembelajaran.
Teknik Projek
Sesuai diberikan kepada kumpulan yang mempunyai
persamaan

daripada

segi

prestasi

pencapaian

atau

kemajuan dalam sesuatu isi kandungan pelajaran.Teknik


projek boleh membentuk sikap yang posiitf dalam diri pelajar
dan juga akan mengurangkan masa senggang pelajar
dirumah.
Kaedah Dalton
Satu kaedah yang boleh diaplikasikan bagi mengurangkan
masalah perbezaan inidividu.Prinsip ini menekankan prinsip
kebebasan berinteraksi dlaam kumpulan atau indvidu.Aktiviti
perbincangan antara guru dan pelajar merupakan salah satu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan
prinsip diatas.Pelajar digalakkan memilih tugasan sendiri
yang berkaitan dengan minat mereka.Guru membimbing
supaya

mencapai

pembelajaran

objektif

suatu

pengajaran

dan

Kaedah Kumpulan
Pelajar-pelajar

yang

dibahagikan

dalam

berdasarkan

prinsip

terdapat

dalam

beberapa

sebuah

kumpulan

pencapaian

atau

kelas
tertentu

kebolehan

akademik.Kumpulan pelajar yang berpencapaian tinggi


diberkan aktiviti penggayaan.Pada masa yang sama guru
boleh menumpukan perhatian pada kumpulan pelajar yang
lemah.
Bimbingan guru kaunseling
Setiap pelajar mempunyai kekuatan dan kelemahan yang
tersendiri.Kesedaran

dan

penerimaan

kekuatan

dan

kelemahan amat penting bagi deorang pelajar.Mereka boleh


mendapatkan

pandanagn

guru

kaunseling

bagaimana

mengesan kekuatan dan kelemahan mereka terutama bagi


aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Setiap kekuatan yang
ada

pada

diri

pelajar

perlu

dikekalkan

dan

dikukuhkan.Kelemahan yang ada pada diri pelajar perlu


diatasi.

4. (a) Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan


seorang lagi yang bersifat introvert.
Jelaskan, dengan contoh-contoh yang sesuai,bagaimana anda dapat
meningkatkan cirri-ciri positif kedua-dua personality ini.
Cara untuk meningkatkan personality Introvert
-

Guru perlu berusaha lebih keras lagi bagi menaikkan morale


mereka supaya mereka lebih banyak bergaul dengan rakan-rakan.

Perlu libatkan mereka dalam pelbagai aktiviti yang mudah supaya


mereka akan menikmati kejayaan.

Pastikan ada aktiviti yang setimpal dengan kebolehan mereka


supaya keyakinan murid-murid ini dapat dipupuk dan dikukuhkan

Menyediakan aktiviti kumpulan yang sesuai bagi memastikan


mereka berinteraksi dengan rakan-rakan dan sedikit demi sedikit
dapat menyingkirkan sifat malu dan takut dalam diri masingmasing. Contohnya, lantik ketua kumpulan dari golongan introvert
sebagai peluang utntuk mereka berinteraksi.

Elakkankan melabel golongan ini dengan gelaran-gelaran negatif


seperti lembab, bodoh dan lain-lain.

Pastikan mereka mengambil bahagian secara aktif dalam semua


aktiviti bilik darjah. Dengan cara begini mereka rasa dilibatkan

Merancang kaedah, aktiviti serta bahan-bahan pengajaran dan


pembelajaran berdasarkan kebolehan dan potensi murid. Ini dapat
menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
Dengan ini murid akan bermotivasi serta mencapai kepuasan
belajar.

Adakan sesi kaunseling, kenalpasti punca masalahnya dan cuba


bentuk ke arah mencapai sahsiah yang positif.

Dedahkan murid dengan aktiviti luar.Contoh: kem motivasi dan


sukan

Memberi peneguhan positif dan pujian

Cara meningkatkan ciri-ciri positif Ekstrovert:


-

Guru merancang aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar


supaya banyak tenaga dapat disalurkan dalam usaha mencari
penyelesaian. Dengan cara ini masa mereka akan terisis dengan
berfaedah dan elakkan mereka menjadi nakal dan berpeluang
mengacau rakan apabila dapat menyiapkan tugasan dalam masa
yang singkat. Contoh: baerikan banyak latihan supaya mereka
tidak menganggu rakan lain.

Menggalakan murid ciri ekstrovert mengemukakan soalan

Melantikk mereka membimbing murid sedarjah yang mempunyai


cirri introvert dalam aktiviti kumpulan

Memeberi mereka aktiviti pengayaan

Menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam aktiviti pengajaran


dan pembelajaran.

3 (b) Berdasarkan pemerhatian bilik darjah, bincangkan pelbagai


mekanisme helah bela diri yang digunakan oleh murid-murid
anda yang mempunyai
-

konsep kendiri positif

konsep kendiri negatif

Berikan sebab-sebab bagi tindakan mereka.


Mekanisme helah bela diri merujuk kepada cara atau taktik seseorang
dalam memberi alas an tentang sesuatu tindakannya sedangkan alas
an yang diberikan itu bukan sebab yang sebenarnya. Ia merupakan
perlindungan atau pembelaan diri terhadap sesuatu perbuatan yang
dilakukannya.

Antara mekanisme helah bela diri yang digunakan oleh murid-murid


yang mempunyai konsep kendiri positif ialah:
1. Sublimasi- seseorang menyalurkan kekecewaan dan kekurangan
atau kekosongan yang dialami kepad aaktiviti lain yang sihat
2. Rasionalisasi-

Memberikan

penjelasan

terhadap

apa

yang

dilakukannya dnegan tujuan untuk memyembunyikan tujuan yang


sebenar demi menjaga ego atau harga dirinya.
3. Pemindahan-

memindahklan

perasaan

yang

kurang

manis

daripada sesuatu objek kepada objek yang boleh menerimanya


4. Projeksi- Membalikkan konflik atau kelemahan dalam dirinya
kepada orang lain
5. Introjeksi- Menyerapkan ke dalam dirinya dengan menyamakan
cirri orang lain yang disukai atau disanjungi
6. Pembentukan reaksi- Menafikan sesuatu keinginan yang telah
disembunyikan dengan melakukan sesuatu yang bertentangan.
7. Kompensasi- melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama
dengan tujuan mengantikan sesuatu aktiviti yang tidak berupaya
melakukannya.
8. Fantasi-

membentuk

khayalan

atau

angan-angan

dengan

mengurangkan perasaan yang pahit atau tidak diingini.

Antara mekanisme helas bela diri yang digunakan oleh murid konsep kendiri
negatif ialah:
1. Represi- Mengalihkan kesedaran sesuatu ancaman dalam minda
dengan cara melupaknnya
2. Penafian- menyakinkan diri bahawa sesuatu ancaman tidak akan
berlaku dan tidak ada
3. Agresi- Tindakan mencederakan atau merosakkan punca kekecewaan
atau ancaman
4. Regresi- Pengunduran diri dengan mengulangi tingkah laku yang
kurang matang seperti menangis.

Antara sebab-sebab bagi tindakan mereka ialah:


1. Untuk memujuk hati
2. untuk megurangkan tekanan
3. untuk melindungi diri
4. untuk lari daripada masalah
4 (a). Pemimpin yang baik adalah pengurus yang baik Huraikan
penyataan ini mengikut konteks bilik darjah. Adakah anda melihat anda
dari perspektif pengurus yang baik: Fokuskan perbincangan anda
kepada aspek-aspek berikut:
-

rutin bilik darjah

disiplin bilik darjah

Guru sebagai pengurus yang baik dalam bilik darjah sekiranya mampu
mentadbir dan menguruskan bilik darhaj dan murid-muridnya dengan
berkesan. Di dalam bilik darjah, selain memberikan pengajaran dan
pembelajaran, guru memainkan peranan sebagai pengurus. Tugas guru
sebagai pengurus ialah:
-

Mengurus rutin bilik darjah

Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas

mereka

mengiikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan


menyusun meja kerusi.
-

Mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik


darjah

Mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih


kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran; mengurus
bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih
berkesan

Mengurus aktiviti kumpulan suapaya dapat dilaksanakan mengikut


rancangan.

Seiring dengan perkembangan pendidikan maka rutin pengurusan bilik darjah


semakin penting dan lebih kompleks. Kini tugas guru tidak hanya sekadar
menyampaikan ilmu sahaja malah perlu mengurus kerja-kerja pentadbiran

dan pejabat. Dalam pengurusan

rutin bilik darjah, tugas-tugas guru

hendaklah meliputi 3 bidang utama iaitu:


1. penyediaan, pentafsiran dan penyimpanan rekod
2. Penyediaan dan pelaksanaan rutin bilk darjah
3. Pelaksanaan tugas-tugas lain seperti pengurusan Skim Pinjaman Buku
teks , Skim Amalan makanan dan pemakanan, skim Susu dan
sebagainya.
Tugas pengurusan dalam bilik darjah sangat penting

bagi menjamin

segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik


dan berkesan melalui pengurusan masa yang cekap.
Pengurusan bagi penyediaan, penafsiran dan penyimpanan rekod seperti
rekod-rekod pendaftaran murid, jadual kedatangan, rekod prestasi, rekod
profil, buku kemajuan Murid , kad Himpunan 001 dan 002 dan rekod
kutipan yuran.
Rekod- rekod tersebut mempunyai maklumat yang lengkap tentang
kemajuan

murid

dari

pelbagai

aspek

perkembangan

potensi,

intelek,rohani, jasmani dan social. Penafsiran rekod adalah tugas penting


bagi guru kerana akan dapat membantu guru memahami murid-muridnya
dengan lebih tepat. Dengan adanya maklumat ini, guru dapat memahami
murid-muridnya dan

dapat merancang dengan lebih berkesan serta

membimbing mereka mengembangakan potensinya secara menyeluruh.


Selain itu, maklumat ini penting bagai tujuan rujukan ibu bapa mereka
untuk mengetahui kemajuan dan kebolehan anak mereka dan murid itu
sendiri untuk mengetahui potensi masing-masing
Sehubungan ini adalah penting seorang guru dalam mengurus dan
menyediakan rekod2 ini dengan lengkap dan kemas, dan menyimpannya
dengan system yang sesuai serta mudah dikesan apabila ia diperlukan.
Penyediaan dan Pelaksanaan Rutin Bilik Darjah

Tugas guru dalam pengurusan rutin bilik darjah meliputi aktivit-aktiviti


manandakan jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah,
susun

atur

kerusi

meja,

mengutip

yuran,

memungut

buku

latihan,

menguruskan jadual bertugas dan memastikan peraturan-peraturan bilik


darjah yang ditentukan dapat dipatuhi oleh semua murid dalam bilik darjah.
Pelaksanaan tugas tugas lain
Tugas Guru mengurus skim pinjaman buku teks, bagi muris-murisnya. Di
setengah-setengah sekolah guru juga berperanan menguruskan biasiswa,
skim amalan makanan dan pemakanan serta projek susu sekolah.
Pengurusan persekitaran pengajaran dan pembelajaran
-

Menyediakan ruang-ruang bagi aktiviti pembelajaran yang lain.


Iaitu ruang untuk aktiviti kumpulan, ruang untuk aktiviti kumpulan
adalah dijalankan termasuklah sudut matematik, pendidikan seni,
bacaan dan sebagainya. Aktiviti yang dijalnkan biasanya aktiviti
pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan,aktiviti bacaan
tambahan, perbincangan, bercerita dan aktiviti jual-beli. Selain itu
ruang-ruang digunakan untuk mempamerkan bahan- bahan
pembelajaran dan hasil kerja murid dalam kelas.

Dalam pengurasan sudut dan ruang ini, guru harus memastikan


bahawa sudut

dan ruang itu adalah dengan baik, kemas dan

teratur , kemas dan teratur serta sesuai untuk digunakan oleh


murid-murid bagi tujuan pembelajaran.
Pengurusan rutin pergerakan murid
Guru perlu menguruskan rutin pergerakan murid dalam bilik darjah, Antara
rutin pergerakan rutin bilik darjah ialah:
-

Menggerakkan murid menjawab soalan guru

Menggerakkan murid mendengar, membaca, mengiria dan menulis

Menggerakkan murid membentuk kumpulan masing-masing

Menggerakkan murid menguruskan tugas harian bilik darjah

Menggerakkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran

Menggerakkan murid mematuhi disiplin bilik darjah dan sebagainya

Disiplin Bilik Darjah


Guru yang dianggap sebagai pengurus yang baik dalam bilik darjah apabila
dia dapat mengawal disiplin pelajar dalam bilik darjah.Segala aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan
sempurna sekiranya kelas yang terlibat mempunyai disiplin yang baik.
Dalam hubungan ini, guru

berperanan menentukan peraturan, mengawal

pelajar supaya mematuhi dan menghukum mereka yang melanggar disiplin.


Guru perlulah mendidik murid-murid bagi memastikan mereka bertingkah laku
yang sesuai.
Guru hendaklah memastikan

keadaan fizikal bilik darjah yang selesa,

penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang sesuai, mengadakan


perhubungan yang baik mesra dengan murid-murid, mempunyai sahsiah
yang menyakinkan, tegas dah dihormati.Menetapkan bilangan murid yang
sewajarnya dalam sesebuah kelas agar wujud Suasana yang selesa di
kalangan murid.Dalam menangani masalah disiplin guru haruslah mengenal
pasti masalah disiplin, mencari puncanya dan mengambil tindakan yang wajar
supaya masalah dispilin itu tidak akan berulang lagi dikalangan muird-murid.
Umumnya guru sebagai pengurus yang baik dalam mengawal disilpin bilik
darjah dengan
1.

Kanak-kanak harus belajar mendisiplinkan diri mereka sendiri.Mereka


harus belajar bagaimana hendak menjadi orang dewasa yang
bertanggungjawab,patuh dan taat kepada undang-undang,bertimbang
rasa,menghormati orang lain dan memiliki maruah yang tinggi dan
sebagainya.

2.

Guru hendaklah menggunakan kumpulan sebaya untuk menolongnya


mengawal

tingkah

laku

sesetengah

murid.Kumpulan

sebaya

memainkan peranan yang penting dalam sosialisasi kanak-kanak.


3.

Merancang aktiviti pengajaran dengan cara yang menarik dan dapat


memikat minat dan perhatian murid.

4.

Guru perlu menguasai diri murid melalui psikologi dan di lakukan


secara diplomasi

5.

Guru mestilah memberi contoh dan teladan yang baik

6.

Memberi tunjukajar dan nasihat yang konsisten

7.

Guru hendaklah berunding dengan murid-murid untuk memahami


masalah yang akan ditimbulkan daripada tingkah laku mereka.

8.

Guru haruslah memberi pujian dan ganjaran bagi tingkah laku yang
baik dari semasa ke semasa.

9.

Guru hendaklah memberi amaran yang jelas jika seseorang murid itu
melanggar disiplin sekolah.

4.Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah


bergantung

kepada

kualiti

pengurusan

bilik

darjah.Bincangkan

pernyataan ini berasaskan pengalaman mengajar anda,dengan memberi


contoh-contoh yang sesuai.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah


bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dan muridmuridnya.Sehubungan ini,bilik darjah merupakan satu sistem social yang
mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang berlandaskan
sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut kajian,keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid,murid
dengan murid,dan murid dengan bahan pembelajaran.

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam


bilik darjah boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori:
Faktor fizikal bilik darjah
-Penyusunan meja dan kerusi mengikut kumpulan seperti kelas KBSR
akan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid,dan guru
dengan murid.
-Suasana dibilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai
carta,gambar dan alat bantu mengajar dapat menggalakkan aktiviti
pengajaran
dan pembelajaran
-Saiz bilik darjah yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak
dapat
memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti
kumpulan atau aktiviti permainan.
-Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan
cahaya masuk dan udara beredar dalam bilik darjah.Keadaan ini
dapat membangkitkan semangat belajar dan membawa keselesaan
kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.
-Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Faktor kemanusiaan
-

Suasana social adanya perhubungan dan corak interaksi antara


murid dengan murid khasnya dalam bilik darjah, pelbagai latar
belakang murid dari segi social

mewujudkan interaksi yang

pelbagai dalam bilik darjah. Keberkesanan P& P dapat

dilihat

melalui kerjasama antara murid dengan murid dalam proses


pembelajaran mereka.

Hasilnya guru boleh menempatkan kumpulan murid dalam aktiviti


kumpulan yang sesuai dari segi corak social mereka.

Suasana Emosi- keberkesanan P&P dapat dilihat melalui sifat guru


dan gaya mengajarnya.

Misalnya, seorang guru yang bersifat

agresif akan menimbulkan suasana emosi kegelisahan di kalangan


murid.Sebaliknya guru yang bersifat peramah dan demokratik akan
menimbulkan suasana emosi kegembiraan dalam bilik darjah.
-

Suasana kondusif yang ditunjukkan oleh guru yang mmepunyai


sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu
serta

menjalankan

tugas

dengan

adil,

bertanggungjawab,

mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Sifat-sifat


ini murid akan lebih mesra dengan guru, suka bertanya, menerima
ajaran dan nasihat dalam suasana riang gembira.

Faktor teknikal
-

Merujuk

kepada

teknik-teknik

yang

digunakan

untuk

merangsangkan semangat dan kesediaan belajar.


-

Guru yang mempunyai kemahiran mengajar serta kebolehan


menggunakan pelbagai alat Bantu mengajar dengan pengurusan
masa yang berpatutan.

Aktiviti-aktiviti

seperti

projek

dan

pertandingan

dapat

meransangkan semangat belajar murid


-

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran juga bergantung kepada


1) Bagaimana

sekolah

mengorganisasikan

kemudahan-

kemudahan yang terdapat di bilik darjah dan kawalan emosi


murid-murid

2) Sifat

dan

gaya

guru

mengajar

serta

kecekapan

dan

kemahirannya dengan penggunaan alat bantu mengajar dalam


aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

Jawapan No.5 (a)Banding beza lima teori Pembelajaran

Teori

Fokus Utama

Pembelajaran
Behavarious

Ciri-ciri

Teori Implikasi Untuk Guru

Berkaitan

Pembelajaran
dengan -Berlandaskan

perubahan

tingkah pelaziman

laku.

-perhubungan

-Menekankan

terbentuk

hubungan

baru
kerana

stimuli pelaziman
balas bermula

organisme
-Dikenali
teori

guna

motivasi

yang

sesuai

untuk

tingkatkan

tahap

kesediaan murid

(rangsangan) dengan -pembelajaran


tindak

Guru

bila

ada

Perbanyakkan
aktiviti

tindak balas terhadap

pengukuhan,latih

sebagai rangsangan

Rangsangan-

Gerak balas.

an,aplikasi

dan

ulangkaji

dan

mewujudkan
suasana

yang

menyeronokkan

Beri
ganjaran/peneguh
an untuk respon
yang betul/baik

Beri

peluang

murid

untuk

menikmati
kejayaan

dalam

pembelajaran
Neobehavioris
Sosial

tingkahlaku

:
dan

kognitif
-

Pembelajaran

mereka
Guru sebagai

social interaksi.I x

model

P x T.

peniruan

Pembelajaran

Gunakan

Permodelan/peniruan

melalui

kaedah

Self-regulation

pemerhatian dan

demonstrasi

peniruan.

dengan

Proses

contoh-contoh

pembelajaran

yang sesuai

Self-

efficacy

melalui

Menyediakan

Perhatian

situasi

mengingat

pembelajaran

reproduksi

tanpa

peneguhan/motiv

gangguan

asi

Menarik

Tingkah

perhatian

laku

murid dengan

peniruan

motivasi yang

adalah

sesuai.

peneguhan

Mengekalkan
ingatan murid
dengan
mendemonstr
asikan
langkahlangkah
secara
sistematik

Memberi
peneguhan
yang

positif

selepas
Kemanusiaan,sempu
Humanis

rna

individu

Setiap

reproduksi
Mengutamakan

kendiri,motivasi

berhasrat

strategi

instrinsik,individualiti,

mencapai

murid

perkembangan

kesempurnaan

individu

emosi,keperluan

kendiri,membentu

afektif,self

k konsep kendiri

darjah yang kondusif

actualisation,kendiri

yang

dan tanpa ancaman

positif,bebas,demokr

tersendiri melalui
nilai dan system

Memastikan

kepercayaan diri.

telah dipenuhi

asi

unik

dan

Keberkesanan

dan

kaedah

Membentuk iklim bilik

keperluan asas murid


Bersifat

penyayang

pembelajaran

dan memupuk nilai

bergantung

kendiri

kepada:

dikalangan pelajar

-Motivasi intrinsik
-Bahan

pelajaran

-Seiras

Mengamalkan prinsip
dan

demokrasi

dengan

objektif pelajar
-Penyertaan

positif

kebebasan

yang bermakna

Kesempurnaan
kendiri

hanya

boleh

dicapai

Mengutamakan
pembelajaran

diri

secara aktif

berpusatan

diri

sendiri.

Mengamalkan
konsep

pendidikan

terbuka

selepas
keperluan
-Tumpuan
Kognitif

asas

telah dipenuhi
Teori - persepsi perkaitan -Guru bertindak sebagai

pembelajaran(teori

unsur-unsur

fasilitator

memimpin

Gestalt)

dipersekitaran:

-Penyelesaian

akal

masalah, celik akal, -celik


penemuan,

celik perkembangan
pelajar

akal

yang -Guru

-Menekankan proses sedia ada

perubahan
laku.

membantu

dengan

dalam -

menyediakan

Piaget: soalan-soalan

pembelajaran
tingkah mengikut

solan-

kepada soalan perangsang

pembelajaran,resepsi pengalaman

menghasilkan

dengan

berlaku mengemukakan

kategori bergantung

kognitif

mental

yang

berbentuk open-ended.

peringkat -

kognitif kanak.

Isi

pelajaran

dkembangkan:

1.

mengikut

Gagne:membahagika

peringkat

n ikut fasa prose s

perkembangan

pembelajaran

kognitif

-Bruner:

kanak

Perkembangan
kohnitif

2.
ialah

perubahan

bentuk

perwakilan

:aksi

konkrit

kanakkepada

absstrak
3.

pengalaman
sedia

gambaran simbol

kepada

pengalaman
baru
-

memupuk

intrinsic
menggalakkan

motivasi
dan
pelajar

melibatkan diri secara


aktif

dalam

pembelajaran,

demi

menggerakkan

proses

asimilasi

dan

akomodasi.
-membimbing

pelajar

menggunakan

prinsip,

hukum dan teorem untuk


menyelesaikan masalah

membimbing

menyusun

pelajar
konsep-

konsep yang berkaitan


hirarki.
- membangkitkan naluri
ingin

tahu

pelajar

dengan kaedah inkuiri


penemuan.
- menyusun isi pelajaran
secara
sistematikmengikut
tahap

perkembang

kognitif pelajar.
-memberi

peneguhan

selepas aktiviti penilaian


-

membimbing

pelajar

memikir masalah secara

Konstruktivism
e

-proses
pembelajaran yang
menerangkan
bagaimana
pengetahuan disusun
dalam minda pelajar.
Ilmu pengetahuan
tidak boleh
dipindahkan kepada
murid dalam bentuk
yang serba
sempurna melalui
pengajaran guru . Ini
bererti bahawa" guru
tidak boleh belajar
bagi pihak murid "
dan murid sendiri
perlu melibatkan diri
secara aktif untuk
merangsang
pengaliran
pengetahuan secara
berterusan.

kreatif dan kritis


Guru
sebagai

-Pengetahuan
dikembangkan
secara aktif oleh
pelajar itu
sendiridan tidak
diterima secara
pasif dari
persekitarannya.
Ini beerti
pembelajaran
merupakandaripa
da usaha pelajar
itu sendiri dan

bukan
dipindahkan
daripada guru
kepada pelajar .
-Pelajar membina
pengetahuan
mengikut
pengalaman
masing-masing
dan pengetahuan

penolong,
pemudahcara

dan

perancang manakala
pelajar

memainkan

peranan

utama

dalam

aktiviti

pembelajaran
Model
sesuai
ialah

P&P

yang

digunakan
pembelajaran

secara koperatif dan


kolaboratif.Kaedah
dan teknik mengajar
tradisi,seperti
syarahan,menghafal

Suasana bilik darjah


di mana amalan
konstruktivisme
dijalankan adalah
berpusatkan murid
dan berpusatkan
bahan. Di samping
itu guru akan
menggunakan
penyoalan bukan
untuk menguji
kefahaman murid
tetapi adalah untuk
menguji kemahiran
murid dalam
membina konsep.

sedia ada pelajar


.
Setiap pelajar
mempunyai
peranan dalam
menentukan apa
yang akan
mereka pelajari.

Pelajar diberi
peluang untuk
membentuk
kemahiran dan
pengetahuan dan
menghubungkait
kan pengalaman
lampau mereka
dengan

kegunaan masa
depan .

dan
mengingat,adalah
tidak

sesuai

digunakan

untuk

membentuk ilmu.
Pengalaman

dan

kesediaan

pelajar

adlah factor penting


yang mempengaruhi
proses pembentukan
ilmu
Penilaian tradisi tidak
sesuai

lagi

digunakan.
dan

alat

Bentuk
penilaian

terhadap
pembentukan

ilmu

hendaklah
dibentukkan
guru

dan

oleh
murid

bersama-sama

Murid

digalakkan

membuat refleksi

Penyediaan pelbagai
bahan pembelajaran
-Memudahkan

murid

membina pengetahuan
Menitikberatkan
pemikiran

kreatif

kritis

PERANAN MURID

dan

1. Murid tidak
menganggap guru
sebagai pembekal
maklumat tetapi sebagai
suatu daripada
sumber pengetahuan
untuk membantu
mereka
mencari maklumat dan
menggalakkan mereka
berfikir
serta berkomunikasi.
2.Murid
bertanggungjawab
terhadap segala usaha
untuk mencari pelbagai
cara untuk
memproses maklumat
dan menyelesaikan
masalah
3.Murid berdisiplin dalam
membuat keputusan
sendiri untuk melibatkan
diri dalam aktiviti
pembelajaran.

Teori pembelajaran yang biasa saya amalkan dalam bilik darjah


Teori Behavarious
Sebab-sebab saya mengamalkan teori pembelajaran behavarious kerana
Pelaziman klasik boleh digunakan untuk mendapatkan tumpuan
pelajar

Model ini boleh digunakan dalam bidang tingkah laku pembelajaran


murid disekolah
Model pembelajaran pelaziman klasik boeh digunakan untuk belajar
symbol-simbol (matematik) dan juga konsep-konsepnya.
Untuk

mengajar

pengalaman

secara

positif

berkesan,guru

(Ransangan

harus

mengaitkan

Terlazim)dengan

tugasan

pembelajaran (Ransangan Tidak Terlazim)


Murid boleh dibimbing untuk membuat kemahiran generelisasi dan
diskriminasi dengan tepat dengan memberi pelbagai contoh yang
berkaitan.
Murid perlu diberi latihan yang cukup untuk mengukuhkan
ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim
Membantu murid untuk memulih ingatan dengan memberi masa
rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran boleh
dihilangkan
Pelbagai rangsangan dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan
Dapat memberi ganjaran atau peneguhan untuk respon yang betul
Dapat menilai aspek kesediaan pelajar dari segi psikomotor,afektif
dan kognitif
Adanya peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu
tingkah laku yang diingini
Menumpukan kepada latihan gerak balas yang berulang-ulang.
Peneguhan posiitf yang diberikan sebagai satu bentuk motivasi
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Jawapan soalan 5(b). Pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran


adalah penting sebelum proses pembelajaran. Berdasarkan pengalaman
mengajar anda, bincang penyataan ini.
Pengetahuan teori-teori pembelajaran sememangnya penting sebelum proses
pengajaran. Menurut Cohen R, ahli teori sosiologi, bahawa teori ialah satu set

pernyataan sejagat yang ada pertalian anatara satu sama lain. Ia


mengandungi definisi dan pernyataan yang menggambarkan pertalian antara
dua perkara yang dianggapkan benar.Ia juga mengandungi ayat-ayat yang
menggambarkan

peraturan

bagi

membentuk

pernyataan

yang

baru.

Ringkasnya teori ialah idea yang tercetus daripada beberapa oernyataan


yang berhubungkait antara satu sama lain. Teori berubah-ubah mengikut
masa dan dapatan. Secara umunya teori ialah:
1. Haruslah mengandungi pernyataan-pernyataan yang berhubungkait
diantara satu sama lain
2. Teori haruslah mengandungi definisi-definisi dan
pernyataan-pernyataan yang mengambarkan andaian berasaskan
kajiselidik atau eksperimen yang telah dijalankan.
Kepentingan teori pembelajaran ialah daripada andaian-andaian mengenai
apa

yang

dimaksudkan

dengan

pembelajaran,

membentuk

andaian

bagaimana pembelajaran berlaku dan juga apakan faktor faktor penting


yanmg sentiasa mempengaruhi pembelajaran serta kesan-kesan faktor
terhadap pelajar. Teori pembelajaran ialah pendapat atau idea idea ahli
psikologi pendidikan yang cuba menghuraikan apakah yang dimaksudkan
denga pembelaajran, bagaimana pemebelajaran berlaku dan apakah faktorfaktor yang mempengaruhi proses pembelajaran.
Teori pembelajaran penting kepada guru sebagai pendekatan kepada satu
bidang pengetahuan, aiatu satu cara menganalisisi dan menghuraikan
pemebelajaran

serta

satu

cara

menjalankan

pengkajian

mengenai

pembelajaran. Melalui pengetahuan tentang teori pembelajaran kita dapat


menonjolkan

pendapat-pendata

ahli

kajiselidik

mengenai

apakah

pemebelajarna yang ahrus dikaji, apakaha pembolehubah bebas yang perllu


dikendalikan, apakah pembolehubah bergantung yang perlu dikaji, apakah
teknik kaji selidik yang perlu digunakan untuk menghuraikan kajiselidik.
Umumnya, ia dapat mendorong ke arah menjalankan kajiselidi dan kearah
pemikiran saintifik.Melalui teori pembelajaran jelas pada yang harus diselidik
dan bagaimana kita harus mentafsirkan hasil penyelidikan itu.

Pentingnya teori kepada kita adalah untuk menghuraikan pengetahuan yang


luas mengenai hukum-hukum pemebelajaran dengan cara yang mudah dan
ringkas. Teori memainkan peranan

untuk cuba menghuraikan perkara-

perkara yang berkaitan dnegan hukum-hukum pembelajaran dengan


seberapa mudah dan ringkas.
Selain itu juga penting untuk menghuraikan apakah yang dikatakan
pembelajaran, mengapa dan bagaimana pembelajarna berlaku dan apakah
faktof-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran itu.
Teori Disiplin Mental salah satu teori yang membantu guru dalam
pembelajarannya. Falsafah disiplin ini ialah:
1. Mengadakan jadual waktu untuk mendisiplinkan pelajar terhadap
pembelajaran mengikut masa tertentu.
2. Mengadakan latihtubi dalam berbagai mata pelajaran
3. memberikan kerja-kerja rumah yang wajib diselesaikan dalam tempoh
masa tertentu yang ditetapkan oleh guru
Contoh aplikasi teori Disiplin mental dalam pembelajaran ialah:
1. melatih

kanak-kanak

mengenal

perkataan-perkataan

yang

disenaraikan
2. guru menggunakan kad imbasan bagi melatih kanak-kanak mengenal
bentuk perkataan dengan cekap.
3. mengadakan latihtubi (dari segi melihat, menyebut dan mengeja)
4. kerap menguji kecekapan kanak-kanak mengenal, menebut dan
mengeja perkataan.
5. mengadakan latihan menghafal menyebut dan mengeja perkataan.
6.Mengadakan latihan membaca secara bergilir-gilir.

You might also like