You are on page 1of 2

Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-

acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak,
kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil
bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang
sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas
sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk
berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan
sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan
membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam
diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor
kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari
haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri
atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada
panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak
langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang
menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.
SEJARAH
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah
dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja
serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara
stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak
ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang
dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpil kuno, larian
bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.
Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan
lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka
berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.
Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-
peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan
digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan.
Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara
permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.
Pada tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara
permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan
memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah
gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum
tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk
wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.
Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari
Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah
pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam
acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada
jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi
wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika
Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter,
Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh
Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah
mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh
Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari
Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

You might also like