You are on page 1of 69

DIPLOMA IN INFORMATION TECHNOLOGY

BAHASA MALAYSIA

BAHASA MALAYSIA: Sepintas Lalu, Selayang Pandang


Disediakan Oleh:
NAMA: Wilbert Yong
Matric: R033003600555
Disediakan Untuk:
Cikgu Jamali

Tandatangan :
Tarikh
Penyerahan :

22 Julai 2014

Terima Oleh:
Tarikh Diterima:

Isi Kandungan
Prakata .............................................................................................................. 4
Sejarah Ringkas Perkembangan Bahasa Melayu Mengikut Kronologi ................ 5
Peranan dan Fungsi Bahasa Melayu Merentasi Zaman ...................................... 9
Keunikan Bahasa Melayu ................................................................................. 12
Sistem Ejaan dan Sebutan ............................................................................. 13
Peristilahan ................................................................................................... 14
Morfologi ...................................................................................................... 14
Sintaksis ........................................................................................................ 18
Dinamika dan Apresiasi Bahasa .................................................................... 21
Laras Bahasa ................................................................................................. 22
Kesantunan Bahasa Ucapan .......................................................................... 25
KOMSAS dalam Bahasa Melayu ....................................................................... 26
Kepentingan dan Kemustahakan mempelajari KOMSAS ............................... 26
Komponen dan Kandungan Kesusasteraan Melayu ...................................... 27
Kesusasteraan Melayu Tradisional ................................................................ 28
Kesusasteraan Melayu Moden ...................................................................... 35
Kemahiran Penulisan dalam Bahasa Malaysia .................................................. 41
Ucapan ......................................................................................................... 41
Syarahan/Pidato ........................................................................................... 42
Temu Ramah/ Temu Duga ............................................................................ 43
Pengacaraan Majlis ....................................................................................... 45
Taklimat ........................................................................................................ 46
Forum ........................................................................................................... 47
Bahas ............................................................................................................ 48
Pengenadian Mesyuarat ............................................................................... 49
Ulasan dan Komentar ................................................................................... 50
Penulisan Teks .............................................................................................. 51
Surat Rasmi ................................................................................................... 52
Laporan......................................................................................................... 53
2

Minit Mesyuarat ........................................................................................... 55


Pengumuman ............................................................................................... 56
Rencana ........................................................................................................ 57
Teks ucapan .................................................................................................. 59
Wawancara ................................................................................................... 60
Kertas Kerja .................................................................................................. 61
Kad ucapan ................................................................................................... 62
Puisi .............................................................................................................. 63
Cerpen .......................................................................................................... 64
Konklusi ........................................................................................................... 67
Pascawacana.................................................................................................... 68
Rujukan ............................................................................................................ 69

Prakata
Bahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratusan
dialek lain yang terdapat di alam-alan Melayu. Pemilihan bahasa Melayu dan
sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia atau Brunei bukan
dibuat secara sewenang-wenangnya. Dengan kata lain, ia dipilih disebabkan
faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zamanberzaman.
Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini
dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Dalam hubungan ini,
bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami
sejarah yang panjang yang perlu diketahui oleh kita terutama daripada generasi
muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang lalu ini
terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi,
memelihara, menggunakannya dengan baik dan sempurna, dan mengkaji.
Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba secara memaparkan
pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal hingga penghujung abad ke-sembilan.
Buku ini sengaja mengelak daripada penzamanan kerana agak menyukarkan
membezakan satu zaman dengan zaman lain dalam bahasa. Bahasa tumbuh dan
berkembang mengikut keadaan masyarakat dan pengaruh datang dari luaran.
Walaupun berlaku perubahan terhadap bahasa, tetapi agak sukar menentukan
masa yang tepat terhadap perubahan.
Bukti yang diperlihatkan di sini kebanyakannya diambil daripada data.
Tidak semua data bertulis dimasukkan di dalam buku ini. Sebahagiannya data
tersebut dipilih kerana popular dan sebahagian lagi kerana mudah cari data.
Oleh yang demikian, kekurangan semestinya terdapat di dalam buku ini. Kata
pepatah Melayu "tiada gading yang tak retak", dengan rendah hati maka,
penulis mengharapkan nasihat dan teguran yang membina daripada pembaca.

Sejarah Ringkas Perkembangan Bahasa Melayu Mengikut Kronologi


Sejarah Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata Melayu .Asal
usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Apa yang
dilakukan ialah menelitikan beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan katakata Melayu, iaitu catatan Cina menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu
mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cinan sekitar tahun 644-645
Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa Mo-lo-yeu kerajaan berpusat di
daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya sebatang sungai berdasarkan
Sungai Melayu. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan Mlayu bermaksud
dan mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu
(Austronesia) akan dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu dan
mendirikan.

Rajah 1.1: Pembahagian Filum Austris

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu
tergolong pada filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun
utama: Bahasa Austroasia, Tibeta dan China dan Austronesia (Rajah 1.1). Bahasa
Austronesia ialah satu rumpun bahasa
tergolong dalam satu filum Bahasa
Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan TibetChina.
Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa
mempunyai tempoh masa antara 2,500 5,000 tahun. Rumpun Bahasa
terbahagi Austronesia kepada empat rumpun, iaitu bahasa-bahasa di kepulauan
Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii, Tongan
dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di
Fiji, Irian dan New Caledonia), dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan
Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna)

Rajah 1.2 : Pecahan Rumpun Bahasa Austronesia

Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara dibawah rumpun Bahasa


Austronesia ini. Asal-usul Bahasa Melayu adalah dari filum Austris. Filum Austris
dipecah kepada rumpun di bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan
rumpun Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun
Tibet-China. Rumpun Austronesia pula dipecahkan kepada ini empat keluarga,
iaitu Indonesia Melanesia, Mikronesia dan Polinesia (Rajah 1.2).Ini
dalam
keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun
begini, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti
golongan Filipinai, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna-Butung,
Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunkui-Laki, Sulawesi selatan, Bima-Sumba,
Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Iriani Jaya. Oleh sebab itu
Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumai
Daripada keluarga Indonesia (Nusantara), Bahasa Melayu terpecah kepada 16
keluarga dan bahasa, iaitu Bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, BaliSasak, Gorontalo, Tomin, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, MunaButung, , Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan-Irian Jaya. Dalam
subkeluarga Sumatera termasuk Bahasa Aceh, Batan, Minangkabau, Melayu,
Nias, Lampung, dan orang Laut. Hal ini diperjelaskan oleh Ismailan Hussien
(1948:5) yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu hanyalah merupakan
satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu. Oleh sebab
yang bentukan amat sederhana dan kemungkinan menerima unsur asing dan
sifatnya yang dapat dilenturkan buatkan memenuhi keperluan semasa, maka
jadilah Bahasa Melayu sebagai satu bahasa, dan yang terpenting dalam sejarah
bahasa-bahasa di kepulauan Melayu. Ahli bahasa membahagikan
perkembangan Bahasa Melayu kepada beberapa tahap peringkatkan:
i) Bahasa Melayu Kuno
ii) Bahasa Melayu Klasik
iii) Bahasa Melayu Moden.
6

Bahasa Kuno
Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa yang dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit.
Bahasa Sanskrit ada dikatakan banyak mempengaruhi kosa kata dalam Bahasa
Melayu. Bahasa Melayu Kuno juga melalui zaman kegemilangannya semasa
berada di bawah kerajaan Sriwijaya, kira-kira pada abad ke-7 hingga abad ke13.Kegemilangannya terbukti apabila bahasa Melayu juga menjadi lingua franca
dan bahasa pemerintah. Kerajaan Sriwijaya menghasilkan berjaya bahasa
Melayu yang dipertuturkan oleh semua masyarakat sehingga bahasa Melayu
juga menjadi bahasa komunikasi di kepulauan Melayu, kepulauan Riau dan juga
Sumatera. Kewujudan bahasa ini dibuktikan melalui penemuan-penemuan batu
bersurat seperti ada batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683SM); batu
bersurat di Talang , dekat pada Palembang (684M); batu bersurat di Kota Kapur,
Pulau Bangka (686M) dan batu bersurat juga di Karang Brahi, Jambi (686M). Batu
bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832M) ialah juga batu bersurat yang
pertama ditemui menerima pengaruh tulisan Nagiria.

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO


1. Banyak kata-kata pinjaman Sanskrit
2. Susunan ayat bersifat Melayu
3. Bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno (Contoh: bulan - wulan)
4. Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
5. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu Kuno (contoh: berlepas-marlapas)
6. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu Kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
7. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh:
sukhatshitta)
8. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Bahasa Melayu Klasik


Menurut Awang Sariyan, bahasa Melayu Klasik merupakan tahap tiga dalam
periodisasi itu bahasa Melayu, sesudah bahasa Melayu Purba dan bahasa
Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan
berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya
kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera di
bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan langsung itu
kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam. Zaman permulaannya ditandai
dengan itu kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersama
dengan 1303 Masihi itu .Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan
Jawi, iaitu tulisan Arab pada Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti bahasa
Melayu Klasik banyak terdapat di semenanjung Tanah Melayu seperti di
7

Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Riau dan


beberapa tempat lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau,
Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceu.

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK


1. Ayat yang panjang dan berbelit-belit
2. Banyak ayat pasif
3. Menggunakan bahasa istana
4. Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya,
masyghul dan sebagainya
5. Banyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan seperti sebermula, alkisah,
hatta, adapun dan sebagainya
6. Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel pun dan lah

Bahasa Melayu Moden


Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai
permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa
Melayu mencapaikan kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa
perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat
pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua,British dan merubah dasar
menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara
152 dan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa
1963/1967 Kebangsaan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara. Razak 1956 Laporan mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar
dalam sistem negara pendidikan. Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur
yang amat besar jumlahnya jika dibandingkan dengan bahasa lain seperti Bahasa
Jawa atau lain-lain.

Peranan dan Fungsi Bahasa Melayu Merentasi Zaman

Zaman Pra Sejarah


Sebelum Masihi
Zaman Paleotik 2,500 tahun S.M kedatangan penghijrahan manusia
Zaman Mesolitik gelombang pertama Melayu Proto
Zaman Nesolitik 1,500 tahun S.M kedatangan manusia gelombang pertamaMelayu Deutro
Zaman Logam - Bahasa Melayu Purba- Suku kata singkat, perbendaan kata
terhad, fungsinya biasa saja menjadi bahasa perhubung rakyat
sebagai bahasa pertuturan atau berkomunikasi.

AD sesudah Masihi
Zaman Kerajaan Awal
Kerajaan

Argaria

Funan (Abad Pertama)


Angkor( Abad ke-7)

Maritim

Champa (abad pertama)


Kedah Tua( abad ke-5)

Bahasa Melayu ditakrif sebagai Bahasa Melayu Kuno. Fungsinya sebagai:

Pertuturan rakyat jelata


Lingua Franca dengan pedagang
Bahasa Pentadbiran kerajaan yang ada

Abad ke -7 Zaman Kerajaan Angkor dan Kedah Tua ( Di Lembah Bujang)


Dengan kedatangan pedagang India membawa bersama agama dan budaya
Hindu-Buddha
Tulisan Sanskrit pula diguna
Perbendaharaan kata bertambah dan diperkaya serta diperkasa
Fungsi bertambah :
Pertuturan rakyat jelata
Lingua franca bagi pedagang yang ada
Bahasa Pentadbiran kerajaan yang ada
Bahasa Agama dalam pemujaan dan doa

Abad ke -12 Zaman kegemilangan kerajaan Srivijaya


Bahasa Melayu ditakrif sebagai Bahasa Melayu Klasik, Fungsinya masih seperti
sedia kala dan yang pasti Bahasa Melayu dipelajari oleh saudagar yang
berkunjung tiba kerana kerajaan Srivijaya sebagai kuasa Kelautan.

Abad ke 14 hingga abad ke 16 Zaman Kesultanan Melayu Melaka


Dengan kedatangan pedagang Arab dan membawa bersama Agama Islam.
Kerajaan Srivijaya lemah dan dikuasai kerajaan majapahit, seorang putera raja
Srivijaya bernama Parameswara pergi ke Temasik lalu menubuhkan negeri
Melaka. Melaka bahasa arab melakat bermakna pertemuan merupakan
tempat pertemuan pedagang timur dan barat.
Perbendaharaan Kata Bahasa Melayu diperkayakan lagi dengan penerapan
bahasa arab.
Bahasa Melayu memasuki evolusi kedua dengan penggunaan Tulisan Jawi.
Fungsinya bertambah sebagai bahasa pengantar penyebaran Agama Islam di
Nusantara

10

AD ke -16
Zaman Penjajahan Barat
1511- Portugis mengalah Melaka
1641- Belanda menewas Portugis
1842- Inggeris mula menjajah
Perbendaharaan kata bertambah, kosa kata dipertingkatkan
Fungsi Sebagai
Bahasa Pertuturan
Lingua Franca Lebih Luas
Bahasa Pentadbiran kerajaan NNS, NNMB, NNMTB.

31 Ogos 1957
Setelah mencapai kemerdekaan Bahasa Melayu dinobatkan sebagai Bahasa
kebangsaan dan Bahasa Rasmi kerajaan persekutuan Tanah Melayu.

16 September 1963
Dengan tertubuh dan terbentuknya persekutuan Malaysia, Bahasa Melayu
dinobatkan menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Kerajaan
Persekutuan Malaysia.

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Bahasa Rasmi dalam Urusan:


Pemerintahan dan Pentadbiran
Sistem Pendidikan Negara
Urusan perdagangan dan perniagaan
Upacara rasmi
Pengucapan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Kehakiman
11

Bahasa Perpaduan bagi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum


Bahasa ilmu dengan ciri-ciri berikut :
o Perbendaharaan kata meluas kata-kata tinggi ,struktur ayat yang mantap,
Pengimbuhan dengan peminjaman bahasa asing, LATIN, YUNANI, INGGERIS
o Kesempurnaan Bahasa: Kelenturan, Kestabilan, Kepelbagaian

Keunikan Bahasa Melayu


12

Bahasa Melayu dalam mengharungi laluan dan pejalan perkembangannya telah


menempuh peringkat-peringkat evolusinya malah dapat bertahan hingga ke hari
ini. Bahasa Malaysia tidak, tidak ditelan zaman, sudah pasti mempunyai
keunikan tersendiri
Inilah keunikan diperturunkan seperti berikut:
a) Bahasa Melayu yang mudah dibentuk dan dilentur untuk disesuaikan dengan
segala keadaan dan keperluan. Ini adalah disebabkan keunikannya yang
mudah menerima pengaruh bahasa asing, evolusi pertama mendapat
pengaruh Hindu-Buddha dengan menerima pakai istilah dan tulisan Sanskrit;
evolusi kedua mendapat pengaruh Islam dan menerima pakai istilah Arab
dan tulisan Jawi; evolusi ketiga mendapat pengaruh penjajah Barat
(Portugis, Belanda dan Inggeris) dengan menerima pakai istilah Barat dan
tulisan rumi.

Sistem Ejaan dan Sebutan


Hasil daripada penyatuan ejaan rumi bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.
Terdapat 26 huruf konsonan digunakan bagi melambangkan 27 fonem atau
bunyi konsonan. Dalam sistem ejaan juga terdapat 3 huruf diftong bagi
melambangkan 3 bunyi diftong dalam bahasa Melayu.
Persukuan
Dalam sistem ejaan juga terdapat 3 huruf diftong bagi melambangkan 3 bunyi
diftong dalam bahasa Melayu.
Suku Kata Terbuka
-dra -ma
Er -ti

Suku Kata Tertutup


dra -ma -tik
er -ti

Pola Keselarasan Huruf Vokal

13

Bersesuaian dengan 2 huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata
dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal I suku kata pra akhir dengan huruf vokal
si suku kata tertutup

Suku Kata Pra Akhir


a
a

Suku Kata Akhir Tertutup


a
u

Contoh
Alam, halaman
Atur, lembayung

Pengejaan Kata Pinjaman


Meminjam ratusan ribu perkataan daripada bahasa-bahasa lain terutamanya
bahasa Sanskrit, Arab,Inggeris dan bahasa Eropah. Bahasa Sanskrit begitu
terserap hingga menjadi bahasa daripada kosa kata bahasa Melayu.

Peristilahan
Diterima masuk ke dalam bahasa Melayu melalui huruf roman. Berlaku
beberapa penyesuaian sesuatu perkataan-perkataan itu diterima masuk ke
dalam bahasa Melayu. Contohnya :
Carbon
Cent
Bus
Biscuit
Garage

Karbon
Sen
Bas
Biskut
Garaj

Tatabahasa
Merangkumi morfologi dan sintaksis

Morfologi

14

Definisi
Morfologi adalah satu aspek kajian tatabahasa tentang struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Struktur Kata merupakan susunan bentuk bunyi ujaran atau
lambang(tulisan). Bunyi Ujuran atau lambang ini menjadi unit bahasa yang
bermakna. Bentuk kata pula dimaksudkan rupa unit tatabahasa sama ada yang
berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan. Penggolongan kata merupakan proses menjeniskan dan
mengelompokkan perkataan-perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan
fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Konsep Morfologi
Struktur kata susunan bunyi ujaran atau tulisan yang menjadi unit Bahasa
yang bermakna.
Bentuk kata rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau
mempunyai proses pengimbuhan,penggandaan dan pemajmukan.
Penggolongan kata merupakan penjenisan berasaskan fungsi tatabahasa.
Terdapat 4 golongan kata:

Kata nama
Kata kerja
Kata Adjektif
Kata Tugas

Unit-Unit Morfologi
Terdapat dua morfologi iaitu :
a) Mofem
b) Kata
Mofem dibahagi kepada dua jenis iaitu :

15

i.

Morfem bebas
Boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan morfem lain dan mempunyai
makna yang lengkap.
Contoh: saya,kamu,kereta,rumah

ii.

Morfem terikat
Tidak boleh berdiri dengan sendiri sebagai kata tanpa bantuan morfem lain
untuk berfungsi sebagai kata.
Contoh: di,ter,ber,men,me-kan

JENIS-JENIS MORFEM TERIKAT


i.

Morfem Terikat Satuan:


Bentuk morfem terikat yang kukuh dan tidak boleh dipisah-pisahkan
bahagiannya. Terdiri daripada bentuk imbuhan awalan dan akhiran.
Contoh: tertidur tidak boleh ditulis ter tidur atau ter-tidur.

ii.

Morfem Terikat Terbahagi:


Morfem terikat yang strukturnya dipisahkan atau dibahagikan oleh
tersisipnya kata dasar diantaranya.
Contoh: ke--an,per--an,me--an dan ber-..-an.

iii. Morfem Terikat Kompleks:


Merupakan gabungan dua morfem terikat atau lebih. Melibatkan
penggabungan yang hanya berlaku pada awalan sahaja atau pada
awalan dan akhiran.
contoh: diperkan
diperdengarkan
memperi
memperingati
16

Proses Pembentukan Kata

Kata
Tunggal

Kata
Ganda

Pembentukan
Kata

Kata
Terbitan

Kata
Majmuk

Bentuk Kata Tunggal


Bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan atau tidak
mengalami proses penggandaan dan pemajmukan. Terdapat 2 jenis kata tunggal
iaitu mengandungi satu suku kata dan dua suku kata atau lebih.
Contohnya:
Pola pembentukan dengan satu suku kata:
KV ,VK , KVK , KKVK , KVKK, KKKV, KKKVK
Pola pembentukan dua suku kata:
V + KV
V + VK
V + KVK
VK + KV

17

Pola pembentukan tiga suku kata:


KV +V+KV
KV +V +KVK
V +KV + V
KV + KV +V
Pola pembentukan tiga suku kata:
KV +V+KV
KV +V +KVK
V +KV + V
KV + KV +V
Kata Tunggal Empat Suku kata dan lebih:
KVK+KV+VK+KV
KV+KVK+KV+KV
KVK+KV+KV+KV
KVK+KV+V+KV
Proses Pengakroniman
Berlaku melalui proses percantuman buny-bunyi pertama dalam sejumlah
perkataan, atau percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan
untuk membentuk satu perkataan baru.
Proses penghasilan akronim:
1) Gabungan Huruf Awal-ADUN,PLUS,ABIM
2) Gabungan Suku Kata (Kata nama am)-tadika,kugiran,cerpen
3) Gabungan Suku kata{kata nama khas)-Bernama,Intan,Petronas.

Sintaksis
Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan
atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat
18

tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun


dalam ayat.
Konsep Ayat
Mengandungi makna atau idea yang lengkap. Diucapkan dengan intonasi yang
sempurna. Pola ayat ini dibahagi kepada empat jenis pola berdasarkan jenisjenis unsur yang hadir dalam konstituen subjek dan konstituen predikat.
Pola
FN+FN

Subjek
Suhanis
( frasa nama)
Kathy
( frasa nama)
Lo Bing Bing
( frasa nama)
Si Putih
( frasa nama)

FN+FK
FN+FA
FN+FSN

Predikat
Pelajar maktab
( frasa nama)
Sedang memasak
( frasa kerja)
Rajin
( frasa adjektif)
Di kantin
( frasa sendi nama)

Komponen Ayat
Sesuatu ayat mesti mengandungi subjek dan predikat. Dalam struktur dasarnya,
ayat terbentuk daripada susunan subjek diikuti oleh predikat.
Ayat

Subjek + Predikat

Contoh: Siti + (membaca buku di dalam biliknya)


Subjek

Predikat

Jenis Ayat-Ayat
Pada umumnya terdapat dua jenis ayat sahaja iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.

19

Ayat Dasar
Ayat yang belum melalui proses transformasi , iaitu penyisipan, pengguguran
atau pergerakan unsur (perkataan /frasa/klausa). Ia ialah ayat asal yang
daripadanya diterbitkan ayat jenis lain (ayat terbitan). Terdapat empat pola ayat
dasar iaitu:
a) FN + FN
Siti + guru
b) FN + FAdjektif
Siti + pandai
c) FN + FKerja
Siti + tidur
Jenis Ayat Terbitan
Ayat terbitan diterbitkan daripada ayat dasar melalui mana-mana proses
transformasi . Antara ialah ayat penyata, ayat soal, ayat perintah dan ayat seru.
a) Ayat Tunggal
Ayat yang mengandungi satu klausa/ayat sahaja
Contoh: Siti guru sekolah rendah
b) Ayat Majmuk
Ayat yang mengandungi dua atau lebih klausa di dalamnya. Berdasarkan
status klausa yang menganggotainya , ayat majmuk dibahagikan kepada tiga
jenis, iaitu gabungan, pancangan dan campuran.
i.

Ayat Majmuk Gabungan


Ayat yang mengandungi dua atau lebih klausa yang sama taraf. Sebagai
contoh , tiga ayat yang berikut boleh digabungkan menjadi satu ayat majmuk
1. Dia pandai menyanyi
2. Dia pandai berlakon
3. Dia pandai berlawak

ii.

Ayat Majmuk Pancangan


Ayat yang mengandungi dua ayat yang tidak sama taraf ( satu ayat induk dan
satu lagi ayat kecil/klausa )
20

Ragam Ayat
Terdapat empat jenis ragam ayat dalam Bahasa Malaysia, iaitu
1. Ayat penyata
Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu sesuatu hal. Ia
digunakan untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita, benda,
kejadian dan sebagainya. Contohnya: Kakak sedang menyiram bunga.
2. Ayat Tanya
Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal . Ayat tanya digunakan
untuk menanyakan sesuatu perkara, benda, tempat, manusia, dan
sebagainya. Contohnya: Siapakah nama bapa kamu ?
3. Ayat Perintah
Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu. Ayat
perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang,mempersilakan, atau meminta
seseorang melakukan sesuatu

Dinamika dan Apresiasi Bahasa


Ragam Bahasa dinyatakan sebagai variasi bahasa berdasarkan penggunaannya
yang berkaitan dengan situasi yang tertentu. Ia dibahagikan kepada Bahasa
Formal dan Bahasa Tak Formal.
Bahasa Formal
Bahasa Formal merujuk kepada variasi bahasa Melayu yang digunakan dalam
konteks rasmi seperti sewaktu memberi ucapan, menyampaikan berita melalui
radio dan televisyen dan makalah yang serius, iaitu yang membicarakan tajuktajuk yang penting. Ciri utama bahasa formal ialah menggunakan imbuhan,
perkataannya lebih lengkap, perkataan khusus dan struktur ayat yang lengkap.
Susunan bahasa formal lebih lengkap, tersusun, dan halus sifatnya berbanding
dengan bahasa tak formal. Contohnya.

21

Bahasa Formal
Bahasa Tak Formal

Datang dari mana?


Anda tinggal di mana?
Datang mana?
Tinggal mana?

Bahasa Tak Formal


Bahasa tak formal merupakan variasi bahasa yang digunakan dalam situasi yang
tidak rasmi seperti perbualan harian dan penulisan kreatif seperti dalam cerpen,
novel dan drama. Pemilihan kata, nada dan ayatnya adalah untuk menampilkan
sesuatu yang menarik, penuh cita rasa dan keindahan.

Laras Bahasa
Gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan
sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. setiap laras
menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang
berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu.
Retorik
Seni pemakaian bahasa dalam bentuk tulisan atau ucapan. Mempengaruhi,
memujuk dan meyakinkan pembaca Penguasaan tatabahasa, penyampaian
pemikiran yang teratur dan sistematik serta penguasaan corak dan bentuk
penulisan. Mempunyai empat jenis Retorik iaitu

a. Retorik Pemerian
Untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca
atau pendengar. Ciri-ciri retorik pemerian ialah dilakukan secara
objektif,tepat dan jelas. Gambaran dihasilkan secara realistik & imperialistik.
Bahasa yang digunakan jelas dan tersusun. Terdiri daripada pendahuluan,
huraian dan kesimpulan Bersifat deskriptif dan informatif.
22

b. Retorik Pendedahan
Untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada
khalayak. Ciri- ciri pendedahan adalah dilakukan dengan memberi takrif,
disertai dengan contoh dan perbandingan. Dihuraikan secara objektif, jelas,
tepat dan terperinci.
c. Retorik Penghujahan
Digunakan dalam sesuatu peribahasa, perdebatan, perbicaraan, forum dan
penulisan akademik. Ciri-ciri penghujahan ialah ia perlu disokong dengan
bukti yang jelas dan konkrit. Teknik penyampaian perlu dilakukan secara
deduktif atau induksi dan memerlukan khalayak bersetuju dan yakin.

d. Retorik Penceritaan
Bentuk penyampaian ialah melalui cerita ( penulisan atau lisan). Ia
mengandungi tema, persoalan, watak dan perwatakan, latar, plot, gaya
bahasa dan sudut pandangan.
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu digunakan, khususnya
dalam tulisan atau karangan. Lazimnya, gaya bahasa meliputi aspek-aspek
kesesuaian penggunaan perkataan frasa, ayat dan ungkapan dalam situasi
tertentu. Gaya Bahasa dibahagi kepada dua aspek iaitu

Aspek Bunyi
a) Asonasi
Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak.
Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi
Contoh : hamparan kasihku (perulangan bunyi vokal [a]).
b) Aliterasi
Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak.
23

Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi /


keindahan bunyi.
Contoh : kuletakkan di langkah setiamu (perulangan bunyi konsonan [k]).
c) Rima
Skema bunyi pada akhir baris dalam rangkap.
Fungsi : Menimbulkan keindahan irama.
Aspek Perkataan
a) Metafora
Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada
makna tersurat atau disebut bahasa kiasan. Gabungan kata konkrit dan
abstrak.
Fungsi : Bahasa bandingan untuk menggerakkan imaginasi pembaca.
Contoh : Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih terbenam di kaki hari.
b) Simile
Membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap
benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata: seperti, bak, bagai,
laksana, umpama.
Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan
keindahan irama.
Contoh : kurun serigala menerkam mangsa seperti di Sahara Afrika bulan
yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu.

c) Personifikasi
Pemberian sifat manusia pada binatang, tumbuhan atau benda bukan hidup.
Fungsi : Menggerakkan imaginasi pembaca.
Contoh : menyentak celaru kehidupan yang kupapah menggaru di paruparu.

24

Kesantunan Bahasa Ucapan


Kesantunan dalam penulisan melibatkan penggunaan bahasa yang betul,
sopan, dan bertatasusila.
Kesantunan berbahasa ini dapat dilihat dalam aktiviti lisan seperti
perbualan, wawancara, ucapan, pengacara majlis, pengumuman dan
arahan dalam perhimpunan, mesyuarat, protokol pertemuan dengan
murid, rakan setugas, guru besar atau pengetua, pekerja, ibu bapa,
tetamu, dan seumpamanya.

Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan :


Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila.

25

KOMSAS dalam Bahasa Melayu


Kepentingan dan Kemustahakan mempelajari KOMSAS
Kesusasteraan Melayu, khususnya KOMSAS boleh memainkan peranan
penting dalam pembentukan emosi kerana kesusasteraan Melayu yang
merupakan wadah fikiran, dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah
membenarkan murid-murid atau kanak-kanak sedar akan perasaan sendiri
semasa mereka memikirkan perasaan orang lain. Kesusasteraan Melayu, seperti
karya-karya seni yang lain bukan sahaja memukau deria rasa dan
intelek peminatnya, bahkan memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan
huru-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk
mengatasi masalah.
Secara singkat hal ini bermakna bahawa unsur-unsur kesusasteraan
Melayu yang dibaca oleh murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
berupaya untuk membentuk dirinya agar menghormati orang lain, membina
sahsiah yang elok, dan bersikap toleransi. Selain itu, nilai-nilai estetik yang diajar
dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dapat
mendidik murid mengamalkan keperibadian yang seimbang. Proses pengajaran
dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu akan mewujudkan jati diri murid serta berilmu pengetahuan .Di
samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan
Melayu dalam subjek Bahasa Melayu akan dapat memotivasikan murid untuk
belajar melalui bahan- bahan yang dibaca.
Dengan ini, bahan yang dibaca atau yang didengar akan
menyalurkan pemikiran positif, kreatif, dan kritis dalam proses pendidikan
seumur hidup. Bahan-bahan komponen kesusasteraan Melayu akan dapat
menarik perhatian murid terhadap topik yang akan disampaikan. Keadaan ini
akan memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid dalam proses
pembelajaran secara berterusan. Malahan, semangat cinta akan tanah air akan
tersemat dalam dada setiap murid sekiranya mereka didedahkan dengan
pengajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam proses pembelajaran
mereka. Melalui pengajaran komponen kesusasteraan Melayu, murid akan
diperkenal dengan unsur-unsur patriotik, perpaduan negara, dan kebudayaan
kebangsaan.

26

Komponen dan Kandungan Kesusasteraan Melayu


Kesusasteraan Melayu dibahagi kepada dua jenis iaitu
i.

Kesusasteraan Melayu Tradisional


Kita harus menyedari bahawa dalam membuat penelitian terhadap
kesusasteraan, hasil-hasil kesusasteraan tradisional juga mempunyai
peranan yang sangat penting di samping karya-karya kesusasteraan moden
kerana kesusasteraan tradisional itulah menjadi akar kepada kesusasteraan
moden. Kesusasteraan Melayu Tradisional ( Kesusasteraan Melayu Klasik)
terbahagi kepada dua kategori, iaitu prosa dan puisi.
Prosa ialah tulisan yang berbeza dengan puisi dari segi kepelbagaian
irama yang lebih meluas dan keserupaan yang lebih rapat dengan pola-pola
pertuturan harian. Perkataan 'prosa' datangnya daripada bahasa Latin,
prosa, yang membawa maksud "jelas dan mudah". Ini memerihalkan jenis
tulisan yang dirangkumi oleh prosa, tanpa sebarang hiasan. Tulisan prosa
biasanya digunakan untuk memerihalkan fakta atau perbincangan idea-idea.
Oleh itu, ia digunakan untuk akhbar, majalah, novel, ensiklopedia, surat,
karangan, sejarah, biografi, dan banyak lagi bentuk media. Karya-karya dalam
kategori prosa terbahagi kepada dua cabang utama iaitu prosa naratif dan
prosa bukan naratif. Prosa tradisional pula terbahagi kepada tiga daham,
iaitu naratif lisan, naratif tulisan dan prosa tradisional bukan naratif. Naratif
lisan ada ranting-rantingnya yang tersendiri. Begitu juga halnya dengan
naratif tulisan dan prosa tradisional bukan naratif.
Puisi merujuk kepada susunan / aturan ayat yang menyampaikan maksud
dalam bentuk yang indah. Puisi adalah satu cabang kesenian manusia. Puisi
boleh berdiri secara sendiri, dan boleh juga disulam dalam seni lain seperti
drama puisi atau lirik. Karya-karya dalam kategori puisi juga terbahagi kepada
dua cabang utama, iaitu puisi naratif dan puisi bukan naratif. Harus diingat
bahawa karya-karya dalam kategori dan golongan tersebut dibahagi kepada
bentuk, genre dan subgenre tersendiri. Perbincangan-perbincangan
seterusnya akan ditumpukan kepada perkara-perkara yang telah disebutkan
tadi secara berperingkat-berperingkat.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Prosa Melayu Tradisional terbahagi
kepada dua cabang utama, iaitu naratif dan bukan naratif. Naratif bermaksud
cerita atau kisah tentang peristiwa, pengalaman dan sebagainya.

27

Kesusasteraan Melayu Tradisional


Prosa
Prosa adalah hasil-hasil sastera Melayu lama yang bercorak lisan, yang dikenali
juga sebagai Folklore. Ia disampaikan secara lisan atau dipertuturkan dan
diperturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya dan menjadi milik
bersama masyarakat Melayu. Prosa hidup dan berkembang dalam masyarakat
Melayu secara lisan tanpa diketahui bila ia dicipta dan siapa penciptanya.
Ciri-Ciri Prosa

a.

Dari segi penyebaran

Salah satu sifat prosa yang utama terletak pada cara penyebarannya. Pada
lazimnya prosa disebarkan atau disampaikan melalui pertuturan atau secara
lisan. Ia dituturkan secara individu kepada seorang individu yang lain atau
sekumpulan individu yang lain.
b.

Dari segi penyampaian:

Prosa disampaikan secara lisan oleh seorang yang profesional, yang kerjanya
"bercerita" kepada anggota masyarakat yang lain. Dalam masyarakat Melayu,
profesion ini dikenali sebagi "tok cerita" atau tukang cerita ataupun "pawang",
yang telah menghafal cerita-cerita tertentu daripada seorang guru, untuk
menyampaikan cerita dengan cara yang menarik kepada orang kampung, bagi
menghiburkan orang kampung yang berkenaan.
c.

Dari segi penciptaan:

Prosa merupakan hasil karya yang menjadi milik bersama masyarakat iaitu
sastera hak masyarakat dan bukannya milik individu tertentu. Oleh itu tidak
diketahui siapa penciptanya dan bila ia dicipta atau dihasilkan.

d.

Dari segi fungsi:

Prosa mempunyai fungsi dan peranan tertentu dalam masyarakat. Prosa


berfungsi sebagai alat hiburan, alat pengajaran dan pendidikan, alat protes
sosial atau kritikan dan sebagainya.

28

e.

Dari segi Versi

Sastera Rakyat terdapat dalam pelbagai versi dan berlaku tokok tambah kerana
penyebarannya yang dilakukan secara lisan. Biasanya berlaku beberapa
perubahan atau penyesuaian terhadap cerita asal mengikut penyesuaian
setempat menyebabkan lahir pelbagai versi. Namun perbezaan itu hanya pada
aspek luaran sahaja sedangkan bentuk dasarnya adalah sama dan dapat
bertahan.

f.

Sastera Rakyat Adalah Cerminan Hidup Masyarakat

Sastera Rakyat adalah cerminan hidup masyarakat Melayu tradisional. Sastera


Rakyat mengandungi ciri-ciri budaya asal masyarakat yang melahirkannya
seperti kesenian, kepercayaan dan adat resam. . Hal ini berlaku kerana sastera
rakyat merupakan satu pernyataan atau ekspresi budaya masyarakat yang
melahirkannya. Sastera Rakyat merupakan media untuk menyalurkan tradisi itu
kepada generasi berikutnya. Dengan maksud agar tradisi itu dapat dikekalkan
dan diwarisi oleh generasi akan datang.

g.

Sering memiliki unsur irama

Cerita penglipur lara yang disampaikan oleh pawang ataupun tok cerita sentiasa
mengandungi unsur irama yang menarik. Pengaturan ini adalah supaya cerita itu
lebih menghibur bersamping untuk memudahkan tok cerita berhafal.

Jenis-Jenis Prosa
Prosa merupakan satu dunia yang luas, ia merangkumi segala pengucapan
indah-indah yang lahir di kalangan, dan tidak saja merujuk kepada cerita rakyat.
Secara kasarnya prosa boleh dibahagikan kepada 2 kategori yang besar, iaitu
prosa naratif dan prosa bukan naratif.

29

Prosa (NARATIF)
Prosa naratif merujuk kepada prosa yang menghuraikan suatu peristiwa. Subgenre sastera naratif termasuklah mitos, legenda, dan juga cerita rakyat
Mitos
Mitos merupakan cerita yang bersifat dongeng yang berfungsi untuk
menerangkan asal usul kejadian tertentu, termasuklah kejadian alam, manusia,
binatang, dan penempatan. Pada mulanya, mitos merupakan satu bentuk
kepercayaan yang dicipta untuk memenuhi keinginan manusia untuk
mengetahui asal usul sesuatu kejadian.
Legenda
Legenda pula ialah cerita yang mengisahkan sejarah satu-satu tempat atau
peristiwa zaman zilam. Legenda mengisahkan tentang seorang tokoh manusia
yang memiliki keistimewaan seperti keberanian dan kehandalan luar biasa.
Setiap penempatan yang bersejarah lama mempunyai legendanya sendiri.
Misalnya di Langkawi, kita akan menjumpai legenda Mahsuri dan di Melaka kita
dapat menjumpai legenda Hang Tuah, manakala di Kelantan ditemui legenda
Puteri Saadong.

Cerita Rakyat
Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat,
yang menjadi hiburan penting di kalangan masyarakat berkenaan. Dalam
masyarakat Melayu, terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti cerita binatang,
cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita teladan / pengalaman.
Cerita Binatang
Cerita Binatang adalah cerita rakyat yang menggunakan binatang sebagai watak
utama. Watak binatang tersebut diberikan sifat-sifat manusia seperti boleh
berkata-kata, berfikir dan bertindak seperti manusia.
Cerita Jenaka
Cerita Jenaka adalah cerita rakyat yang mengandungi unsur-unsur humor / lucu
/ jenaka yang boleh menimbulkan kegembiraan atau menggeletek hati khalayak.
Watak-watak Cerita Jenaka diberikan sifat dan peranan yang melucukan.

30

Cerita Jenaka terbahagi kepada 2 jenis iaitu Cerita Jenaka Tempatan dan Cerita
Jenaka Pengaruh Asing. Contoh Cerita Jenaka Tempatan ialah Cerita Pak Pandir,
Cerita Pak Kaduk, Cerita Lebai Malang, Cerita Pak Belalang dan Cerita Si
Luncai.Manakala Cerita Jenaka Pengaruh Asing terdiri daripada Cerita Mat Jenin
( Hindu ) dan Cerita Abu Nawas. ( Arab/Parsi/Islam )
Cerita Penglipur Lara
Cerita Penglipur Lara adalah cerita rakyat yang paling popular. Cerita Penglipur
Lara merupakan cerita roman yang mengandungi unsur-unsur percintaan
putera-puteri Raja diikuti dengan pengembaraan, peperangan dan berakhir
dengan kegembiraan.
Cerita Teladan
Cerita teladan ialah sejenis cerita rakyat dalam kesusasteraan rakyat / sastera
lisan.
Cerita yang mengisahkan tentang golongan rakyat biasa yang
mengetengahkan gagasan bahawa watak yang baik itu akhirnya akan mendapat
pembelaan, sebaliknya watak yang jahat akan mendapat pembalasan yang
setimpal dengan perbuatan yang dilakukan oleh mereka.

PROSA BUKAN NARATIF


Prosa bukan naratif merujuk kepada pengucapan yang indah-indah yang tidak
mengandungi penceritaan suatu peristiwa. Bentuk sastera ini sebenarnya wujud
di sekeliling kita, tetapi umumnya orang ramai tidak menyedari kewujudannya.

PERIBAHASA
Peribahasa adalah bahasa kias yang digunakan untuk mengindahkan penuturan
dalam kehidupan seharian. Perkara yang termasuk dalam peribahasa termasuk
perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah, perbilangan dan kiasan.

31

TEKA-TEKI
Teka-teki adalah sastera lisan yang popular dalam kalangan kanak-kanak. Ia
adalah soalan yang disampaikan dengan berirama dan penuh kiasan. Fungsinya
adalah untuk permainan.
Fungsi Prosa Berbentuk Naratif
1. Sebagai Alat Hiburan
2. Sebagai Alat Mengajar dan Mendidik.
Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur
pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat tradisi. Cerita-cerita lisan
ini terselit nasihat, pengajaran, teladan, yang sangat berguna sebagai panduan
ke arah kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya anak-anak dinasihati agar
tidak mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana
yang terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang dalam cerita-cerita Binatang.
sejahtera.
3. Sebagai Alat Mengkritik.
Cerita-cerita lisan juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau
sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui ceritacerita jenaka seperti cerita Pak Kaduk,jelas menyindirkan golongan berkuasa
(raja) yang bersikap zalim, tamak, pentingkan kuasa dengan mengenepikan
kesejahteraan hidup rakyat jelata .Juga melalui cerita Pak Pandir,Lebai Malang,
terselit unsur-unsur sindiran terhadap orang yang tamak,kedekut,gilakan kuasa
dan orang-orang yang sering mengambil kesempatan atas diri orang yang lemah
semata-mata untuk kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri.
4. Sebagai Alat Perhubungan atau Komunikasi.
Sastera lisan,terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi menjadi alat
perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya dalam
adat perkahwinan, orang-orang Melayu menggunakan pantun sewaktu
berkomunikasi, antara wakil pihak pengantin lelaki dengan pihak pengantin
perempuan. Pantun digunakan sewaktu adat merisik berlangsung adat
meminang dan ketika majlis persandingan.

32

5. Sebagai kata Adat, Peraturan dan Pantang larang.


Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian undangundang atau peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah kata-kata
tersebut menjadi pantang larang dalam masyarakat.

Puisi Melayu Tradisonal Naratif


a) Syair
Puisi Melayu Tradisional yang berbentuk naratif didominasi oleh syair. Syair
Melayu dihasilkan berangkap-rangkap. Setiap rangkap terdiri daripada empat
baris dan rima akhirnya adalah a-a-a-a. Setiap baris mengandungi purata 4 5
patah perkataan dengan 8 12 suku kata.
Setiap rangkap syair tidak dapat berdiri sendiri kerana memerlukan lebih
daripada satu rangkap bagi melengkapkan sesuatu idea.

Puisi Melayu Tradisional Bukan Naratif


Puisi Melayu Tradisional terdiri daripada Pantun, Gurindam, Seloka, Teromba,
Talibun, Mantera, Peribahasa Berangkap, Nazam, Ruba-i, Masnawi, Qitah,
Ghazal, Barzanji, Rejang, Endoi, Zikir, Selawat, Hadrah dan Dabus.
a. Pantun
Pantun adalah puisi Melayu asli atau jati. Pantun tergolong sebagai puisi Melayu
tradisional berbentuk bukan naratif. Pantun terdiri daripada empat baris ayat.
Setiap baris ayat mempunyai antara tiga hingga lima patah perkataan. Setiap
rangkap terdiri daripada sampiran atau pembayang maksud dan maksud. Dua
baris awal merupakan pembayang maksud atau sampiran, manakala dua baris
akhir merupakan maksud. Rima akhir pantun adalah a-b-ab. Gurindam
Gurindam tergolong sebagai puisi Melayu tradisional bukan naratif terikat.
Gurindam terdiri daripada dua baris serangkap, rima akhirnya sama (a-a), baris
pertama disebut syarat dan baris kedua disebut jawab.
Gurindam berperanan sebagai alat untuk menyampaikan pendidikan. Unsurunsur pendidikan yang ditekankan ialah iman dan moral yang baik
33

c. Seloka
Seloka adalah sejenis puisi Melayu bebas, tidak tetap rangkapnya, tidak tetap
jumlah baris serangkap, tidak tetap jumlah perkataan sebaris dan sama ada
berima atau tidak. Isinya membawa maksud sindiran, ejekan, bergurau atau
berjenaka.
d. Teromba
Teromba ialah ungkapan-ungkapan puitis yang mengisahkan tentang adat.
Teromba digunakan untuk memberi panduan hidup kepada masyarakat yang
mengamalkan Adat Perpatih. Teromba merupakan sejenis puisi bebas. Di
dalamnya mungkin disisipkan dengan gurindam, pantun, peribahasa berangkap
dan sebagainya.
e. Talibun
Talibun adalah sejenis puisi bebas. Dalam seuntai talibun mungkin disisipkan
rangkap daripada genre lain seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan lainlain. Untaian puisi ini berperanan sebagai selingan dalam sesebuah cerita.
Isinya ialah pemerian khas tentang sesuatu hal.
f. Peribahasa Berangkap
Peribahasa berangkap ialah ungkapan peribahasa yang terdiri sekurangkurangnya dua keratan yang sejajar, baik dalam sebaris atau lebih. Kemungkinan
baris-baris itu tidak berhubungan dari segi rima tetapi terjalin dalam hubungan
yang seimbang, iaitu sebagai pembanding atau pelengkap kepada yang lain.
g. Nazam
Nazam ialah Puisi Melayu Tradisional warisan Arab-Parsi. Temanya selalu
berhubung dengan keagamaan, pendidikan dan keilmuan.
h. Rejang
Rejang merupakan puisi tumpangan warisan Melayu yang tidak mempunyai
bentuk yang tersendiri tetapi menumpang bentuk-bentuk puisi yang lain.
i. Masnawi
Masnawi merupakan bentuk puisi yang berasal daripada Parsi dan di bawa ke
alam Melayu. Sebagai puisi yang bersumberkan puisi Arab-Parsi, masnawi tidak
popular di kalangan masyarakat Melayu dan oleh itu, genre ini tidak
berkembang.
34

Masnawi bertemakan puji-pujian tentang kehandalan, ketokohan dan


kemasyhuran seseorang tokoh. Masnawi berfungsi sebagai panduan ,
pengajaran dan nasihat kepada pendengarnya.

j. Zikir
Zikir adalah puisi tumpangan warisan Islam. Perkataan dikir berasal perkataan
Arab, zikir yang bermakna puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan rasul-Nya
Zikir ialah sejenis puisi Melayu yang bermakna puisi puji-pujian. Dikir/zikir juga
merupakan puisi yang mengandungi isi tentang unsur-unsur agama, sama ada
tentang ibadat, puji-pujian, pengajaran atau tentang Nabi Muhammad s.a.w.
dan ajaran-ajarannya.
k. Endoi
Endoi adalah puisi tumpangan warisan Melayu berasal daripada kata endul
yang bermaksud buaian. Endoi merupakan tradisi lisan berbentuk perbuatan
yang disambut oleh masyarakat Melayu dalam majlis keramaian seperti kenduri
kahwin untuk memeriahkan suasana.
Ia merupakan istiadat menyatakan kesyukuran selepas ibu berjaya melepasi
masa pantang dan anak di dalam keselamatan. Endoi diungkap secara berlagu
dalam majlis sambutan berkenaan secara beramai-ramai.

Kesusasteraan Melayu Moden


Sejarah
Zaman bahasa Melayu moden bermula sekitar abad ke 19. Bahasa Melayu
moden berasal dari bahasa Melayu klasik. Perintis bahasa pada zaman ini ialah
Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Beliau
telah mengarang Hikayat Abdullah (1840) dan Kisah Pelayaran Abdullah ke
Kelantan (1837) merupakan permulaan kepada penggunaan bahasa moden
yang menjadi lambang kepada perubahan bahasa dan kesusasteraan Melayu
moden. Karya Abdullah Munsyi ini berkonsepkan penulisan yang lebih moden
malahan karya beliau juga bebas daripada unsur-unsur luar biasa dan khayalan
seperti mitos seperti yang terdapat dalam kebanyakan karya sastera Melayu
klasik. Konsep ini kemudiannya diteruskan pula oleh seorang lagi pengkarya
35

iaitu Raja Ali Haji bin Raja Ahmad yang menghasilkan Tuhfat al-Nafis, Silsilah
Melayu dan Bugis dan Sekelian Raja-rajanya. Pada abad ini dikatakan turut
berlakunya kebanjiran pendatang luar terutama dari Barat ke Asia Tenggara.
Kedatangan penjajah khususnya pihak Inggeris dikatakan telah melahirkan
ramai sarjana Melayu yang terlatih dalam bidang ini. Bahasa Melayu semakin
berkembang luas seiring dengan kedatangan pihak barat apabila bahasa ini turut
menerima pengaruh barat sama ada dari sudut gaya penulisan mahupun
terjemahannya.
Ledakan teknologi yang berlaku terutama dalam bidang percetakan
menyebabkan penerbitan bahan-bahan penulisan berbahasa Melayu tersebar
luas dengan lebih pantas. Penerbitan akhbar-akhbar bahasa Melayu seperti Jawi
Peranakan, Bintang Timor, Chahaya Pulau Pinang dan beberapa lagi menjadi
bukti kukuh perkembangan ini. Selain itu, penubuhan beberapa pertubuhan
bahasa Melayu Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Melayu
diadakan untuk meningkatkan taraf serta peranan bahasa Melayu. Penggunaan
bahasa Melayu dalam bidang pendidikan turut mula diperkenalkan di sekolahsekolah negeri-negeri Selat pada tahun 1821. Penubuhan Maktab Perguruan
Melayu atau Malay Training College yang pertama mula dibuka di Singapura
pada tahun 1878 untuk melatih guru-guru untuk mengajar bahasa Melayu.
Bahasa Melayu diperkasakan lagi selepas kemerdekaan Tanah Melayu
pada tahun 1957. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan bahasa ini
dalam bidang pentadbiran, pemerintahan negara, pendidikan, kehakiman dan
sebagainya. Dan kini, selama 50 tahun perancangan bahasa Melayu
berlangsung, bahasa Melayu telah membuktikan kemampuannya sebagai
bahasa moden yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di persada
dunia dengan bahasa-bahasa moden yang lain.

Ciri-Ciri Bahasa Melayu Moden


a. Tidak lagi menggunakan pendahuluan dan mukadimah yang meleret-leret
dalam penulisan.
b. Unsur pemula atau kata praklausa seperti arakian, hatta, kalakian dan
sebagainya tidak lagi digunakan dalam penulisan bahasa Melayu moden.
c. Bahasa melayu mempunyai struktur bahasa dan nahu yang lebih
bersistem.
36

d. Bahasa Melayu moden mempunyai banyak kata pinjaman kesan daripada


penaklukan kuasa Portugis, Belanda dan Inggeris selain bahasa Arab dan
Parsi kesan daripada pengembangan agama Islam.
e. Penulisan bahasa Melayu moden lebih tepat menyampaikan fakta serta
kurang menggunakan ungkapan yang beralas berbanding penulisan
dalam bahasa Melayu klasik.

Jenis-Jenis Kesusasteraan Melayu Moden


Kesusasteraan Melayu Moden memiliki pelbagai genre. Walau bagaimanapun,
pada peringkat ini kita akan berbicara tentang novel, cerpen, drama, sajak,
biografi dan esei atau kritikan sahaja. Rajah di bawah memperjelaskan lagi
genre-genre di dalam kesusasteraan melayu moden.

Novel
Novel ditakrifkan sebagai cereka yang berbentuk prosa. Cereka yang
disampaikan itu luas jangkauannya. Maksudnya ialah cerita yang disampaikan
itu terdiri atas:
i.
ii.
iii.
iv.

Plot yang kompleks;


Watak yang menggerakkan cerita banyak jumlahnya;
Persoalan-persoalan yang dikemukakan bersifat pelbagai; dan
Suasana serta latar ceritanya beraneka.

37

Hal-hal itu menyebabkan sesebuah novel itu relatif panjang, yakni lebih
panjang daripada cerpen. Istilah novel diambil daripada bahasa Inggeris.
Perkataan itu asalnya daripada bahasa Itali novella yang bererti satu benda
kecil yang baru.
Cerpen
Cerpen juga dipanggil cerita pendek. Oleh sebab itu, sudah tentu
ceritanya tidak panjang. Walau bagaimanapun, batasan atau tanggapan panjang
pendeknya tidak boleh diukur berdasarkan jumlah perkataan yang dilihat
lantaran sifatnya yang relatif. Pada kebiasaannya, sesebuah cerpen
mengisahkan hanya satu kejadian dalam kehidupan yang diwarnai oleh pelbagai
kejadian. Sesuatu kejadian yang digambarkan melalui cerpen dianggap sebagai
pokok yang menentukan segalanya. Kemungkinan-kemungkinan lain
ditinggalkan begitu sahaja. Oleh sebab itu, pengisahan yang diutarakan menjadi
relatif pendek.
Sesebuah cerpen biasanya memusatkan pengisahannya kepada satu
watak sahaja, terutama watak penting yang menghadapi permasalahan hidup.
Persoalan yang ditimbulkan itu benar-benar bermakna, penting, dan dapat
mengubah sikap, pemikiran watak-watak yang difokuskan.

Drama
Ciri-ciri utama drama ialah:
i.
ii.
iii.

Aksi;
Konflik; dan
Persembahannya sekali jalan sahaja.

Jenis-jenisnya ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Tragedi;
Komedi;
Tragi-komedi;
Opera;
Pantomin; dan
Bangsawan.

38

Tragedi mengandungi kisah sedih yang menimpa watak utama. Sekalipun


watak itu cuba mengubah nasib malang tersebut dengan baik, tetapi dia tetap
gagal. Contohnya Keris Laksamana Bentan oleh Shaharom Hussain. Drama
berbentuk komedi mengisahkan telatah lucu watak-watak di dalamnya.
Tujuannya untuk menghibur di samping menyindir penonton-penonton secara
halus. Contohnya Cam Ni Cam Tu oleh Hafsham.
Sesebuah drama dapat juga dipersembahkan tanpa dialog. Pelakonpelakonnya hanya mempamerkan gerak laku dan memek muka bagi
menunjukkan aksi dan perasaan yang maksudnya difahami penonton. Drama
jenis ini dinamakan pantomin dan ia sering dipersembahkan dalam majlis-majlis
sambutan yang besar-besar seperti Maal Hijrah dan Hari Kebangsaan.
Jenis drama yang terakhir ialah bangsawan yang merupakan pementasan
yang bercorak tradisional dalam masyarakat Melayu. Bangsawan amat popular
pada era sebelum Perang Dunia Kedua hingga selepasnya. Cerita-cerita yang
dipersembahkan oleh kumpulan-kumpulan bangsawan ini diambil daripada
kisah-kisah tentang raja-raja seperti Hikayat Indera Bangsawan.

Biografi
Biografi bermaksud catatan hidup. Kata biografi ialah cantuman kata
bio yang bererti hidup dan grafi yang bermaksud catatan. Dengan kata lain,
biografi ialah cabang sastera yang berkaitan dengan riwayat atau kisah hidup
seseorang. Tokoh di dalam karya biografi biasanya terdiri daripada pemimpin
yang berjasa kepada masyarakat. Contohnya Riwayat Hidup Tun Datu Mustafa
yang ditulis oleh Abdullah Hussain. Lawan kepada biografi ialah autobiografi,
iaitu karya yang mencatat tentang diri sendiri. Contohnya Hikayat Abdullah yang
ditulis oleh Abdullah Munsyi.

Esei/Kritikan
Esei/kritikan merupakan tulisan yang berdasarkan kenyataan yang benarbenar wujud. Tulisan jenis ini tidak mengandungi unsur khayalan. Pengarangnya
akan membentangkan persoalan kemanusiaan atau kehidupan yang dihayatinya
secara objektif mahupun subjektif berasaskan niatnya. Di dalam konteks
kesusasteraan, esei sastera membicarakan segala hal yang bersangkutan
dengan karya, tokoh, dan isu-isu semasa.
39

Kritikan bermaksud mempertimbangkan baik buruk sesebuah


karya yang telah disiarkan atau dibukukan. Mereka yang menceburi bidang ini
dipanggil kritikus. Kritikus wajib mempunyai ilmu yang mapan untuk menangani
sesebuah karya. Kedangkalan ilmu akan menyebabkan kritikan yang diutarakan
itu tidak adil dan saksama. Pada masa ini terdapat pelbagai pendekatan yang
digunakan oleh para pengkritik untuk menilai sesebuah karya sastera. Hal ini
akan dibincangkan kemudian.

Sajak
Sajak ialah puisi moden. Di Malaysia, pertumbuhan dan
perkembangannya terserlah selepas penyair terdedah dengan bacaan daripada
luar sama ada daripada Indonesia atau Barat. Seperti yang dinyatakan sebelum
ini, Punggok atau nama sebenarnya Muhammad Yassin Maamor menjadi
pelopor puisi moden di Malaysia. Beliau dengan berani melemparkan sajaknya
ke tengah masyarakat. Sajaknya yang berjudul Di Tengah Segara termuat di
dalam Majalah Guru keluaran Disember 1933. Lihat petikannya:
Di dalam gelombang hambur-menghambur
Kudengar seru sayup bahasa
Hatiku lebur bagaikan hancur
Hendak kurenang beta tak bisa.

Petikan di atas kelihatan seperti pantun kerana dapat dikesan rangkap


dan rima akhirnya. Sajak itu ditulis empat baris serangkap dan berima a-b-a-b.
Kedua-duanya ialah ciri-ciri pantun. Walau bagaimanapun, puisi di atas telah
menyimpang daripada pantun dan syair kerana tidak ada pembayang, semuanya
maksud, dan rima akhirnya bukan a-a-a-a.
Dengan demikian, Punggok telah memperlihatkan kebebasan berkarya.
Kebebasan itu bermaksud lari daripada puisi tradisional. Bertitik tolak dari
sinilah lahir sajak-sajak lain yang bebas daripada ikatan puisi tradisional dan
menjadi satu genre Kesusasteraan Melayu Moden yang popular. Sajak telah
digunakan untuk:
i.
ii.

Menyampaikan pemikiran;
Meluahkan perasaan; dan
40

iii.

Menggambarkan sesuatu kejadian.

Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan, sajak memenuhi ruang akhbar


dan majalah. Kesemuanya dihasilkan khusus untuk meluahkan perasaan dan
membangkitkan semangat juang menentang penjajahan. Selepas itu, sajak
menjadi alat untuk mengisi kemerdekaan, membentuk pemikiran, atau
menggerakkan pembangunan.

Kemahiran Penulisan dalam Bahasa Malaysia


Ucapan
Definisi
Pengucapan umum ialah komunikasi yang bermaksud untuk menyampaikan
maklumat kepada sejumlah orang ramai. Aristotle telah menyenaraikan lima
unsur penting until pembentukan sesuatu pengucapan umum, iaitu idea pokok
yang diperkatakan dalam ucapan, gaya atau bahasa yang digunakan oleh
penyampai, pengolahan idea penyampai, cara menyampaikan ucapan dan
kebolehan penyampai memberikan ucapan berdasarkan ingatannya.
Ciri-Ciri Pengucapan Umum
Terdapat beberapa ciri yang boleh digunakan untuk mengenali pengucapan
umum :
1. Berlaku di tempat awam.
Pengucapan umum berlaku di tempat awam seperti di dalam kelas, bilik
kuliah, dewan, auditorium atau di tempat-tempat orang ramai boleh
berhimpun.
2. Melibatkan bilangan sasaran yang ramai
Dalam Pengucapan umum, penceramah adalah sumber penyampai dan
audiens yang mendengar ceramah atau pidatonya ialah penerima maklumat
yang ingin disampaikan.
3. Interaksi antara sumber dengan penerima maklumat adalah rendah
Pemidato atau penceramah tidak dapat berinteraksi dengan orang ramai
seperti dalam komunikasi antara individu kerana faktor jarak dan jumlah
orang yang ramai.

41

Pengucapan Umum Yang Berkesan


Pengucapan umum boleh menghasilkan hubungan yang intim antara
perucap dengan khalayak. Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi
untuk mencapai pengucapan umum yang berkesan.
1. Bersedia untuk menyesuaikan diri dengan khalayak
2. Memberi perhatian kepada maklum balas khalayak
3. Sentiasa berwaspada terhadap paras kefahaman khalayak tentang sesuatu
tajuk.
4. Berucap dengan menggunakan paras sikap yang sama dengan khalayak.

Syarahan/Pidato
Definisi
Pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak
ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Syarahan/ pidato
merupakan aktiviti berkomunikasi secara hala, iaitu pemidato akan menjelaskan
perkara dalam masa yang ditentukan
Tujuan Syarahan/Pidato
Lazimnya syarahan/pidato dilakukan untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut:
1. Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek
penting tentang tajuk tersebut.
2. Memberitahu audien tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau
hal-ehwal semasa yang menarik hati.
3. Mempengaruhi audien supaya memberi perhatian yang serius terhadap isu
yang penting
Binaan Sesuatu Teks Syarahan/Pidato
Secara kasar, binaan sesuatu syarahan/pidato terdiri daripada bahagianbahagian seperti berikut:

42

1. Pembuka Kata
Menyatakan Penghargaan kepada para hadirin dan pihak tertentu yang
mengundang pemidato untuk menyampaikan syarahan/pidato yang
berkenaan
2. Menarik minat dan membina keyakinan pendengar
Merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan/pidato
3. Isi atau amanat
Isi syarahan/pidato merupakan bahagian terpenting dan perlu diberikan
penekanan yang sewajarnya.
4. Penutup isi
Penutup isi adalah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat
dalam syarahan/pidato tadi.

5. Penutup syarahan/pidato
Merupakan bahagian yang terakhir. Pemidato perlu merakamkan
penghargaan kepada pihak penganjur dan menyampaikan harapan agar
syarahan/pidato tadi akan memanfaatkan hadirin.

Temu Ramah/ Temu Duga


Tatacara Temu Ramah/Temu Duga
Temu ramah/temu duga merupakan satu interaksi berbentuk lisan dan visual
antara dua individu. Persediaan diri merupakan langkah utama yang pertama ke
arah temu ramah/temu duga yang berjaya. Hal ini akan menambahkan
keyakinan anda untuk menghadapi sesi temu ramah temu duga itu. Terdapat
beberapa persediaan yang perlu anda lakukan :
1. Dapatkan Maklumat Asas Yang Tepat
a) Pastikan tarikh, hari, masa dan tempat temu ramah/temu duga.
b) Tentukan anda tiba lebih kurang 15 minit lebih awal
2. Mengkaji Bakal Majikan/Kursus/Universiti
Jika anda menghadiri temu ramah/temu duga untuk mengikuti sesuatu kursus,
dapatkanlah maklumat yang lengkap tentang kursus berkenaan melalui
prospektus atau pamplet yang disediakan oleh institusi terbabit.
43

3. Tentukan Anda Mengenali Diri Anda


Anda seharusnya telah jelas tentang diri anda dari segi kemahiran-kemahiran
yang dimiliki kualiti peribadi anda dan latar belakang diri anda
4. Sediakan Dokumen Anda
Seminggu sebelum temu ramah/temu duga, anda perlu tentukan segala
dokumen termaksuklah sijil-sijil akademik, sijil-sijil kehadiran kursus, surat
beranak, surat-surat akaun dan surat-surat lain yang disusun mengikut yang
mana dahulu di dalam fail.
5. Pakaian
Seseorang pegawai penemu ramah/penemu mungkin menganggap calon-calon
yang tidak mempedulikan pakaian mungkin juga tidak mengambil berat hal-hal
lain. Sebaliknya, jika mereka mementingkan rupa masing-masing, mungkin
merekalah orang yang bertanggungjawab yang dicarinya.
Peringkat Temu Ramah/ Temu Duga
Lazimnya terdapat empat peringkat temu ramah/ temu duga dalam pemilihan
kakitangan atau permohonan kursus.
Peringkat 1
Perbualan ringan antara dua pihak. Penemu ramah/penemu duga mula
membentuk gambaran tentang perwatakan anda. Penilaian pertama ini amat
besar pengaruhnya.
Peringkat 2
Fokus di peringkat ini adalah kepada latar belakang dan kelayakan anda. Anda
harus mengambil inisiatif untuk lebih membuka diri dan menjual diri serta
mempamerkan kebolehan anda.
Peringkat 3
Penemu ramah/penemu duga dan anda saling bertukar maklumat. Anda perlu
menjelaskan dan mengukuhkan lagi kebolehan anda dan mendapatkan
maklumat lanjut tentang jawatan atau kursus yang dipohon.
Peringkat 4
Interaksi pada peringkat ini adalah ke arah penutup perbualan.

44

Pengacaraan Majlis
Tatacara Pengacaraan Majlis Rasmi
Sesuatu majlis yang diuruskan secara profesional ialah majlis yang berlangsung
tanpa sebarang gangguan dan kecacatan, berlangsung dalam suasana yang
menggembirakan dan kualitinya tinggi
Juruacara
Juruacara bagi sesuatu majlis hendaklah terdiri daripada mereka yang
berkebolehan dalam bidang ini. Tidak semua orang boleh menjadi juruacara
yang baik. Tujuan utama juruacara diadakan adalah untuk memaklumkan
kepada tetamu apa yang akan berlaku mengikut urutan acara majlis.

Atur Cara Pentadbiran


Atur cara pentadbiran merupakan atur cara majlis yang ditulis secara terperinci
dengan tujuan untuk:
1.
2.
3.
4.

Panduan pegawai pengendali


Panduan semua pegawai yang terlibat
Semua staf yang terlibat
Menjadi rekod

Atur Cara pentadbiran yang baik mengandungi butiran seperti yang berikut:
1. Masa
2. Keterangan yang merupakan urutan acara yang terperinci.
Raptai
Raptai amat penting bagi sesuatu majlis rasmi walaupun majlis tersebut
merupakan majlis ulangan, yakni selalu diadakan. Tujuan diadakan raptai
adalah:
1. Mereka yang terlibat tahu akan tugas dan tanggungjawab masing-masing
2. Untuk membuat penentuan masa dan urutan majlis
3. Untuk memperbaiki kelemahan

45

Taklimat
Taklimat memerlukan persediaan yang rapi dengan mempertimbangkan
beberapa faktor semasa menyediakannya.
Pertimbangan Khalayak/Hadirin
Penentuan siapakah khalayak yang boleh membantu untuk menentukan jenis
taklimat yang mereka perlukan.
Pertimbangan Suasana
Suasana dikatakan formal apabila khalayak terdiri daripada orang kenamaan,
pegawai kerajaan/swasta dan pelawat luar negara dan ada ketikanya dihadiri
oleh dif-dif kehormat seperti D.Y.M.M. Sultan, D.Y.T.M> Tengku Mahkota atau
Raja Muda

Taraf Khalayak
Penyampai taklimat perlu mengetahui taraf khayalaknya. Pengetahuan ini dapat
menolong komunikator dalam menyediakan sapaan atau salutasi.
1. Satu taraf khalayak
Tetamu yang hadir terdiri daripada pemimpin-pemimpin peringkat
menteri, orang kenamaan, orang bergelar, dan ketua-ketua jabatan.
2. Dua taraf khalayak
Tetamu yang hadir terdiri daripada D.Y.M.M. Sultan atau D.Y.T.M. Raja
Muda/ Tengku Mahkota dan orang kenamaan tertentu.

Format Taklimat
Penyediaan taklimat berbeza formatnya mengikut taraf khalayak yang akan
hadir
Taklimat satu taraf khalayak:
a)
b)
c)
d)

Tajuk
Salam
Kata Alu-aluan
Pengenalan Diri
46

e) Kandungan Taklimat
f) Penutup
g) Sesi Soal Jawab
Taklimat Dua Taraf Khalayak:
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Tajuk
Salam
Puji-pujian
Ringkasan Sembah Taklimat
Kandungan
Sesi Soal Jawab

Forum
Bentuk-bentuk Forum
Aktiviti forum boleh dijalankan dalam beberapa bentuk yang berbeza dari segi
bilangan ahli panel dan cara pengendaliannya. Berikut ialah beberapa bentuk
forum.
1. Forum Panel
2. Forum Perbahasan
3. Forum Temu Ramah
4. Forum Kuliah
5. Forum Simposium
Kemahiran Mempengerusikan forum
Sebelum aktiviti forum, pengerusi perlu mahir untuk:
(a) Mendapatkan biodata ahli-ahli panel
(b) Mencari maklumat tentang tajuk forum dan menghayatinya.

47

(c) Menganalisis audien forum, iaitu menemui penganjur untuk mengetahui


latar belakang, tahap pendidikan, taraf sosial-ekonomi, pangkat dan gelaran
audien.
(d) Menentukan peruntukan masa bagi setiap ahli panel forum.
(e) Menyediakan soalan-soalan perbincangan yang bermutu dan menepati
tajuk forum.
(f) Mengenal pasti kepakaran ahli-ahli panel agar soalan-soalan yang sesuai
dapat ditujukan kepada ahli-ahli panel yang berkenaan.

Nada dan Intonasi


Nada ialah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu
perkataan atau suku kata itu dilafazkan. Intonasi pula merupakan keadaan bunyi
yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat diucapkan. Semasa forum,
penggunaan nada dan intonasi yang sesuai akan membantu ahli panel
menyampaikan pendapat dengan lebih sempurna.

Bahas
Bahas ialah aktiviti perdebatan antara dua pihak yang bertentangan pendapat
tentang sesuatu isu. Perbahasan merupakan satu pengucapan yang berbentuk
kumpulan, iaitu setiap kumpulan terdiri daripada sekurang kurangnya tiga orang
pembahas

yang

bekerjasama

untuk

menjelaskan

pendirian

dengan

menyampaikan hujah dan bukti sama ada menyokong atau membangkang


sesuatu tajuk yang dikemukakan. Pada masa yang sama, pembahas-pembahas
juga memainkan peranan untuk meyakinkan para penonton dan pihak haim
dengan menolak dan membidas hujah-hujah pihak lawan.

48

Kemahiran Menyusun Idea


Dalam perbahasan, idea yang telah diperoleh perlu disusun dengan teratur
supaya buah fikiran pembahas lebih mudah difahami, menarik dan meyakinkan
audien. Seperti bentuk-bentuk wacana yang lain, perbahasan juga mempunyai
bahagian pendahuluan, isi dan penutup. Secara umum, pengucapan seluruh
pasukan perbahasan akan memperlihatkan satu penyusunan idea yang berpola
menyatakan kes dan membuktikannya.
P penyusunan menyatakan kes dan membuktikannya terdiri daripada bahagianbahagian seperti yang berikut :
1. Pendahuluan
2. Penyataan keseluruhan tema dan isi-isi penting.
3. Huraian dan penjelasan setiap isi atau hujah.
4. Kesimpulan dan rumusan isi.

Pengenadian Mesyuarat
Mesyuarat ialah satu aktiviti yang berdasarkan komunikasi dua hala antara
individu dalam situasi formal. Mesyuarat diadakan dengan tujuan untuk
bertukar-tukar fikiran dan pendapat, menyelesaikan masalah-masalah yang
berbangkit, membuat sesuatu keputusan dan memberi atau mendapatkan
maklumat daripada pelbagai pihak.

49

Organisasi Mesyuarat
Mesyuarat yang baik ialah mesyuarat yang dirancang dengan teliti. Hal ini
melibatkan penentuan butiran mesyuarat dan peranan jawatankuasa
pengurusan mesyuarat yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha, bendahari,
dan ahli mesyuarat.
Penentuan butiran Mesyuarat
Sebelum mesyuarat diadakan, perkara-perkara berikut perlu diambil kira:
1. Tarikh
2. Masa
3. Tempat
4. Kehadiran
5. Agenda

Ulasan dan Komentar


Menurut Kamus Dewan (1984), ulasan ialah huraian berkenaan sesuatu,
komentar, kupasan dan tafsiran. Kamus Besar Bahasa Indonesia(1988) pula
menerangkan bahawa ulasan ialah kupasan, tafsiran, komentar, sambungan
atau lanjutan terhadap sesuatu peristiwa atau keadaan untuk diketahui umum.
Oleh itu, ulasan bolehlah dirumuskan sebagai suatu kupasan atau kritikan oleh
pihak-pihak yang tertentu terhadap sebarang benda atau peristiwa dengan
tujuan untuk mendedahkan kepada audien, gambaran yang sebenar tentang
isinya atau apa yang sepatutnya diperjelaskan.

Kemahiran Memberi Ulasan


Untuk memastikan sesuatu ulasan itu disampaikan dengan berkesan, seseorang
pengulas hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran seperti yang berikut:
50

a) Mempunyai pengetahuan atau kepakaran datam perkara yang hendak


diulas.
b) Mendapat gambaran yang Jelas tentang perkara yang hendak diulas
apabila membuat ulasan.
c) Menentukan perkara yang hendak diulas.
d) Kecekapan berbahasa.
Jenis-jenis Ulasan
Terdapat beberapa jenis ulasan yang biasanya dipraktikkan dalam kehidupan
seharian. Jenis-jenis ulasan adalah seperti yang berikut:
1.
2.
3.
4.

Ulasan Selari
Ulasan Buku
Ulasan hakim
Ulasan Ucapan

Penulisan Teks
Penulisan teks merupakan satu proses merakamkan atau menghasilkan sesuatu
pendapat, buah fikiran, idea, pengalaman, perasaan atau maklumat dalam
bentuk tulisan atau grafik untuk berhubung dengan orang lain atau dengan diri
sendiri.

Ciri-Ciri Penulisan Teks


Sesuatu teks penulisan biasanya lahir daripada perasaan dan pemikiran yang
tersimpul dan tersirat dalam minda atau otak penulis. Namun begitu, penulisan
yang baik dan berkesan harus mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:
1.
2.
3.
4.

Fakta
Gaya dan laras
Pengolahan
Bahasa

Komponen-komponen penting dalam struktur karangan merangkumi:


a) Pendahuluan
b) Isi-Isi kandungan
c) Penutup
51

Surat Rasmi
Penulisan Surat Rasmi
Surat-menyurat merupakan salah satu saluran penting yang digunakan dalam
membuat perhubungan. Sesuatu perhubungan dibuat dengan sebab dan tujuan
tertentu. Bagi mencapai tujuan yang diharapkan, kita perlulah mempunyai
persediaan yang lengkap, susunan yang kemas, bahasa yang baik dan menarik,
kandungan surat yang ringkas, tepat lagi jitu serta mengarah kepada perkara
yang kita kehendaki.

Format Surat Rasmi


Terdapat tiga format untuk menulis surat rasmi.
Pertama, format surat rasmi berdasarkan Surat pekeliling Jabatan
Perdana Menteri, iaitu Surat Pekeliling Am Bil. 8 tahun 1980 bertarikh I
Oktober 1980. Tujuannya adalah supaya terdapat keseragaman pada
semua kementerian dan agensi kerajaan.
Kedua, format surat rasmi mengikut Surat Pekeliling Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu Pekeliling Am Bil. I
tahun 1987 bertarikh 22 Januari 1987 yang diubah suai berdasarkan
format tersebut untuk tujuan peperiksaan.
Ketiga, format surat rasmi seperti format kedua dengan tambahan ciri
salinan kepada pada bahagian akhir surat.
Ciri-ciri Umum Surat Rasmi
1. Nama dan alamat pengirim
2. Nombor telefon dan kawat/telefaks pengirim ditulis pada baris yang sama
3. Garis pemisah
4. Nama dan alamat penerima
5. Melalui dan salinan
6. Nombor rujukan
7. Tarikh
52

8. Untuk perhatian
9. Kata penghadapan
10.Tajuk
11.Pemerengganan
12.Penutup surat
13.Cogan Kata
14.Pengakuan bertanggungjawab
15.Tandatangan dan nama pengirim
16.Salinan kepada

Laporan
Pengenalan
Laporan ialah maklumat tentang sesuatu kedudukan yang dilaporkan atau
sesuatu kenyataan formal hasil daripada sesuatu penyelidikan atau sebarang
maklumat lengkap tentang sesuatu hal yang disampaikan oleh sekumpulan
penyelidik atau sesebuah badan.
Selain itu, laporan merupakan pemerian bertulis tentang kejadian, perkara atau
pendapat yang disampaikan dalam format tertentu dan laras bahasa formal.
Terdapat pelbagai jenis laporan yang kerap bergantung pada situasi, antaranya:
1. Laporan rutin seperti kemajuan projek sendiri.
2. Laporan tak rutin yang disediakan untuk tujuan khusus seperti laporan
penyiasatan, laporan penyelidikan parti politik, laporan produk dan
laporan kebakaran.

53

Peringkat Penghasilan Laporan


Laporan dihasilkan apabila terdapatnya elemen-elemen berikut:
Penulis
Isi kandungan
Struktur
Gaya penulisan
Pembaca
Keputusan

Ciri-Ciri Umum
Kebanyakan laporan mempunyai ciri-ciri umum seperti berikut :
1. Struktur dan nada yang formal
2. Persembahan Berilustrasi
3. Pernyataan Pendapat
4. Kegunaan Laporan

Format Laporan
Umumnya sesebuah laporan mempunyai format yang berikut:
Judul muka surat
Ringkasan
Senarai kandungan
Pengenalan
Hujahan
Kesimpulan
Cadangan
Lampiran
54

Rujukan dan bibliografi

Penyampaian
Laporan perlu dipersembahkan dalam bahasa yang ringkas dan mudah dan
elakkan daripada menggunakan istilah teknikal. Hindarkan keraguan atau
kekaburan pada kesimpulan dan cadangan, semak laporan itu daripada
sebarang kesilapan atau kecacatan, gaya yang tidak cekap dan sebagainya.
Semua laporan, sama ada untuk edaran dalaman atau luaran bersifat formal dan
nada penulisannya rasmi serta gaya bahasanya betul.
Jenis-jenis Laporan
Terdapat empat jenis penulisan laporan iaitu yang berbentuk:
1. Pemerian atau penyelidikan
2. Penyelesaian masalah
3. Penilaian
4. Analisis

Minit Mesyuarat
Pengenalan
Mesyuarat ialah satu aktiviti yang berdasarkan komunikasi dua hala antara
individu dalam situasi formal. Mesyuarat diadakan untuk bertukar-tukar fikiran
dan pendapat, menyelesaikan masalah berbangkit, membuat sesuatu
keputusan dan memberi atau mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak.
Semua butiran mesyuarat akan direkodkan untuk tujuan semakan, rujukan dan
tindakan. Catatan dilakukan secara padat, ringkas dan tepat serta berurutan dan
mempunyai gaya bahasa yang tersendiri.
Minit mesyuarat merupakan satu bentuk rekod yang bertulis tentang perkara
yang dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat. Jika tidak dilakukan sebarang
catatan, rekod tidak boleh disimpan dengan sempurna, sebarang perbincangan
dan keputusan dalam mesyuarat itu tidak dapat diambil tindakan susulan.

55

Penulisan Minit Mesyuarat


Tidak ada keseragaman dalam format penulisan minit mesyuarat. Selalunya, ia
disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur.
Penyediaan minit mesyuarat perlu mengambil kira hal-hal berikut:
i.

Butiran Mesyuarat

ii.

Dokumen

iii.

Senarai Kehadiran

iv.

Agenda

v.

Isi minit mesyuarat

Ciri-ciri Minit Mesyuarat yang Baik


i.

Penulisan minit mesyuarat hendaklah ringkas, tepat dan padat


kerana laras bahasanya bersifat formal, iaitu menggunakan kata
dan ungkapan bahasa rasmi.

ii.

Semasa menulis minit mesyuarat, ayat-ayat yang digunakan perlu


menggambarkan keputusan yang dibuat berdasarkan persetujuan
ahli-ahli mesyuarat.

iii.

Gaya bahasa minit mesyuarat berbentuk kata-kata tertentu yang


dijadikan ungkapan khusus.

Pengumuman
Pengumuman ialah pemberitahuan atau pemakluman kepada orang
ramai. Sesuatu pengumuman biasanya dibuat secara spontan dan mengandungi
sesuatu maklumat terkini atau sesuatu peristiwa yang terbaru. Pengumuman
juga biasanya akan dibuat untuk kumpulan sasaran yang tertentu sahaja. Secara
menyeluruh, pengumuman adalah satu perlakuan atau pembuatan yang
bertujuan untuk memberitahukan sesuatu perkara atau pembuatan
menyampaikan maklumat, pesan dan informasi kepada kumpulan sasaran yang
tertentu.

56

Jenis-Jenis Pengumuman
Pengumuman boleh dikategorikan kepada 2 jenis, iaitu:
a) pengumuman bertulis
b) pengumuman lisan
Ciri-ciri pengumuman
Pengumuman yang berkesan mempunyai kualiti yang berikut:
1. Mengandungi isi yang tegas dan tepat kepada maksud.
2. Sebaik-baiknya mengandungi satu atau dua perkara yang penting sahaja.
3. Bersifat ringkas tetapi padat (satu atau dua perenggan sahaja).
4. Penggunaan bahasa yang jelas, mudah difahami dan dapat diterima oleh
umum.
5. Ayat pasif sering digunakan untuk memelihara sifat keobjektifan.
6. Disampaikan dengan lancar, tidak meleret-meleret dan berbalik-balik.
7. Sebutan, intonasi dan gaya pengucapan yang baik.
Sebaliknya, pengumuman yang tidak lancar, meleret-meleret dan berbalik-balik
akan mengelirukan para pendengar dan boleh menimbulkan banyak masalah.

Rencana
Definisi Rencana
karangan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian atau penceritaan
sesuatu perkara yang biasanya berasaskan faktafakta sebenar.
Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan,
tinjauan dan rujukan yang dilakukan oleh penulis rencana.
Rencana merupakan karangan tidak berformat. Jadi, rencana tidak perlu
mempunyai peraturan yang ditetapkan sama ada dari segi gaya, bentuk
dan isi kandungan.
Tujuan rencana ialah menjelaskan sesuatu persoalan menerusi fakta,
pendapat dan huraian oleh penulis.
57

Ciri-ciri penulisan rencana


1. Rencana digolongkan ke dalam bentuk esei formal.
2. Tujuan penulisan rencana adalah serius.
3. Ada digniti (maruah)
4. Ada ukuran kepanjangan
5. Penulisan yang jelas dan jitu
6. Menyampaikan maklumat
7. Rencana bersifat ulasan subjektif
8. Tempoh tarikan tidak terhad.
9. Organisasi penulisan yang logik.
10.Pembatasan pembicaraan.
Bentuk-bentuk Rencana
Bentuk penulisan rencana boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
1. Rencana berbentuk ilmiah
2. Rencana bentuk separa ilmiah
3. Rencana bentuk popular
Jenis-jenis Rencana
1. Rencana jenis penerangan
2. Rencana jenis berita
3. Rencana jenis profil
4. Rencana jenis penyiasatan
5. Rencana jenis pengalaman peribadi
6. Rencana jenis pendapat
7. Rencana jenis perbahasan

58

Teks ucapan
Ucapan bermaksud penglahiran idea-idea secara lisan dan diujarkan secara
berpidato sehala di hadapan audien. Secara am,ucapan menggambarkan
seseorang bercakap tentang sesuatu perkara di hadapan khalayak ramai.
Ucapan biasanya disampaikan dalam upacara tertentu seperti majlis rasmi,
sambutan istimewa, perayaan umum, majlis perpisahan, majlis mengenang jasa,
majlis pelancaran projek, majlis penutupan projek, majlis dialu-alukan dan
upacara-upacara lain yang seumpama itu. Lazimnya ucapan dikemukakan
berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis yang melibatkan ucapan
berkenaan.
Taraf hadirin
Taraf hadirin bermaksud tingkatannya kedudukan, martabat atau darjat
seseorang yang hadir dalam majlis. Dalam penyediaan teks ucapan, taraf hadirin
harus diketahui supaya protokol atau salutasi dapat dipelihara dengan
sempurna. Aspek kesantunan berbahasa dapat dipelihara dengan sempurna.
Umumnya, terdapat dua jenis taraf hadirin, iaitu:
a. Satu taraf hadirin

Tetamu yang hadir dalam majlis seumpama ini terdiri daripada pemimpinpemimpin yang berperingkat menteri, orang-orang kenamaan, pegawaipegawai tinggi kerajaan atau swasta, kedua-dua jabatan dan lain-lain.
Contohnya:

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri


Yang Amat Berhormat Menteri Besar/Ketua Menteri
Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet
Yang Berusaha Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan/Swasta
Yang Berusaha Ketua-Ketua Jabatan
dan para hadirin sekalian.

59

b. Dua taraf hadirin

Tetamu yang hadir dalam majlis seperti ini terdiri daripada dua peringkat.
Peringkat pertama terdiri daripada Raja-raja yang memerintah dan Raja
Muda/Tengku Mahkota. Peringkat kedua pula terdiri daripada pemimpinpemimpin peringkat menteri, orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai tinggi
kerajaan atau swasta, kedua-dua jabatan dan lain-lain.
Contohnya:

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan
Hishamuddin Alam Shah Al-Haj, Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Selangor
Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyurat Kerajaan Negeri Selangor
Yang Berbahagia Tan SriTan Sri Dan Dato-Dato

Wawancara
Wawancara merupakan satu proses komunikasi dua hala yang formal. Aktiviti
ini dilakukan secara terancang yang melibatkan proses menyoal dan menjawab
antara orang yang mewawancara dengan orang diwawancara. Biasanya
wawancara dilakukan dengan tujuan mendapatkan maklumat daripada orang
yang diwawancara. Aktiviti in dijalankan dalam keadaan yang mesra dan tidak
terlalu rasmi.

Ciri-ciri wawancara

Wawancara yang berjaya seharusnya mencapai objektifnya, iaitu dapat


mengumpulkan maklumat, pengetahuan dan pendapatan yang dikehendaki
daripada orang yang diwawancara. Peranan kedua-dua pihak hendak
berpengetahuan luas, bijak, berfikiran kritis dan analitis. Selain itu, mereka perlu
bersifat bersopan santun dan bersabar.
60

Dari segi bidang, wawancara melibatkan seseorang tokoh yang menjawab


soalan tentang sesuatu topik, isu atau pengalamannya. Soalan-soalan yang
dikemukakan oleh pewawancara hendaklah berkaitan dengan isu, topik atau
pengalaman yang berkaitan. Antaranya bidang yang diwawancara termasuklah
politik, sejarah dan pendidikan. Soalan dan jawapan dalam wawancara
dikemukakan secara terancang.

Bentuk wawancara lebih bersifat dialog atau perbualan tetapi berbeza dengan
dialog drama. Pada asasnya, wawancara harus mengandungi tiga bahagian
utama, iaitu pendahuluan yang memulakan wawancara dengan pengenalan
tajuk; bahagian kedua pula berkaitan dengan perkara yang patut disoal, iaitu
soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk; bahagian ketiga ialah penutup.

Kertas Kerja
Kertas kerja merupakan hasil usaha tentang sesuatu yang dicatat atau dituliskan
untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam
sesuatu bengkel atau seminar. Kertas kerja juga dibentangkan untuk urusanurusan lain seperti perancang sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi
sesebuah jabatan, syarikat atau institusi.

Ciri-ciri umum kertas kerja

Kertas kerja seminar mengandungi ciri-ciri berikut:


1. Tajuk
2. Nama penceramah
3. Nama institusi
4. Abstrak (Sinopsis/Ringkasan)
5. Pengenalan

61

6. Perkaedahan
7. Keputusan
8. Perbincangan
9. Rujukan
10.Lampiran
Kertas kerja projek/kajian mengandungi ciri-ciri berikut:
1. Tajuk
2. Rasional
3. Objektif/Matlamat
4. Jangka masa diperlukan
5. Kumpulan sasaran
6. Andaian-andaian halangan yang mungkin timbul semasa membuat
kajian/projek
7. Sumber kewangan perbelanjaan yang diperlukan
8. Penubuhan jawatankuasa
9. Menentukan jadual tugas
10.Pelaksanaannya

Kad ucapan
Penulisan kad ucapan merupakan salah satu bentuk komunikasi bertulis dalam
kehidupan seharian. Berbagai-bagai jenis dan bentuk kad ucapan dapat dibeli di
kedai-kedai buku. Namun, seseorang boleh mereka cipta kad-kad ucapan sendiri
mengikut cita rasa masing-masing. Kad ucapan biasanya ditulis dengan tujuantujuan tertentu.

62

Tujuan penulisan kad ucapan

Kad-kad ucapan biasanya ditulis untuk tujuan-tujuan yang tertentu. Antaranya


adalah untuk:
Menyambut hari jadi atau hari lahir seseorang.
Mengucapkan tahniah di atas sesuatu kejayaan yang dicapai.
Mengucapkan selamat Hari Raya.
Mengucapkan selamat pengantin baru.
Mengucapkan terima kasih atau penghargaan.
Mengingatkan pihak penerima kad bahawa dia masih diingati.

Komunikasi yang dilakukan melalui kad-kad ucapan ini adalah untuk


menandakan pentingnya atau menghargai kejadian atau peristiwa dan dapat
membayangkan bahawa pihak penerima kad itu tetap diingat oleh penulis. Kadkad ucapan seperti ini tentunya menggembirakan pihak penerima. Walau
bagaimanapun, tujuan utama penulisan kad ucapan adalah untuk merapatkan
hubungan silaturahim antara penulis dengan pihak penerima kad yang mungkin
berada di tempat yang berjauhan.

Puisi
Puisi ialah tulisan berirama, terikat oleh bentuk lahir yang tertentu, dan
mengutamakan keindahan dan imaginasi untuk mencapai kebenaran. Malah
puisi merupakan seni bahasa yang paling halus, dalam sifatnya yang lebih
hampir kepada muzik dan lukisan. Ada pihak yang mendefinisikan puisi sebagai
ungkapan atau rangkaiannya kata-kata dalam sesebuah rangkap. Disusun
berserta dengan irama, bunyi, rima dan kiasan.

63

Sajak

Sajak ialah puisi Melayu moden. Sajak bebas daripada ikatan tradisi dan berbeza
daripada puisi pantun dan syair. Sajak muncul hasil daripada perubahan sikap,
pemikiran, pandangan hidup dan beberapa aspek kehidupan hasil dari pengaruh
barat.

a. Sajak bebas (Verslibre)


Sajak jenis ini terikat pada sebarang bentuk tertentu. Rentaknya timbul secara
berubah-ubah dari bahagian. Jumlah perkataan atau suku kata untuk baris-baris
sajak itu diseimbangkan oleh penyair.

b. Sajak konkrit
Sajak jenis ini mementingkan aspek penglihatan. Salak A.Latiff Mohidin yang
berjudul Exodus dianggap Muhammad Haji Salleh sebagai mengandungi nilai
puisi dan grafik sekali gus.

Cerpen
Cerpen ialah akronim daripada cerita pendek boleh didefinisikan sebagai kisah
rekaan yang relatif pendek yang dihasilkan dalam bentuk prosa. Dilihat dari segi
panjang pendeknya, sebuah cerpen biasanya mengandungi antara 500 hingga
1500 perkataan. Jurang perbezaan dari segi jumlah perkataan ini menunjukkan
bahawa terdapat bentuk karya yang sama yang dikenali sebagai cerpen pendek
dan cerpen panjang. Cerpen berbeza daripada sketsa dan anekdot melalui satu
perkembangan bentuknya yang jelas dan dengan susunan yang kukuh.

Aspek-aspek penting dalam cerpen

Sebelum menulis cerpen, seseorang penulis perlu mengetahui aspek-aspek yang


membinanya supaya dapat menghasilkan cerpen yang baik, menarik dan
64

berkesan malah bermutu pula. Aspek-aspek yang dimaksudkan ialah tema, latar,
watak, plot, sudut pandangan dan gaya bahasa.

a. Tema
Tema ialah idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya
sastera. Dalam cereka seperti cerpen, tema menjadi panduan bagi penulis
memilih bahan-bahan dalam cerita itu dan menyusunnya. Tema dalam sesebuah
cerita tidak dapat dilihat sepenuhnya sehingga cerita itu selesai dibaca. Jadi
pengertian yang terkandung di sebalik cerita dalam cerpen itulah yang dikatakan
tema atau pokok persoalan.

b. Latar
Dalam cerpen, latar memainkan peranan utama untuk memberi suasana kepada
perisitiwa-peristiwa dan manusia-manusia yang terdapat dalam sesebuah
cerita. Dengan adanya ruang, waktu dan suasana itu, perisitiwa dan manusia
menjadi konkrit dan tidak dirasakan mereka wujud seolah-olah dalam vakum.

c. Watak
Dalam penulisan cerpen, watak dan perwatakan merupakan satu daripada unsur
yang harus ditangani dengan bijaksana dan berketerampilan. Setiap calon
penulis harus memberi perhatian dalam memilih watak, mencipta watak dan
perwatakan di samping mengolahnya agar sesuai dengan peranan dan
persoalan yang digarap.
d. Plot
plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa-peristiwa dalam
sebuah cerita yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah
watak-watak dalam cerita itu. Hubungan di antara peristiwa-peristiwa dalam
sebuah cerita hendaklah didasarkan kepada hukum sebab akibat.

65

e. Sudut pandangan
Penulis masih mempunyai masalah dalam menulis cerpen walaupun beliau
sudah mempunyai tema, sudah ditentukan latarnya, sudah ada watak dan plot
ceritanya sudah direncanakan. Masalah yang dihadapi ialah soal dari sudut
pandangan mana harus cerita itu dikemukakan. Sebenarnya ada beberapa sudut
pandangan untuk mengemukakan sesebuah cerita.

f. Gaya bahasa
Gaya bahasa ialah cara bagaimana seseorang penulis itu mengeksploitasi
bahasanya dalam penulisan. Cerpen sebagai genre sastera kreatif imaginatif
haruslah ditulis dengan gaya bahasa yang baik, indah, jerih dan kreatif dalam
usaha untuk menyalurkan pengalaman, pemikiran dan emosi melalui media
bahasa bagi memungkinkan segala-segalanya dapat difahami, dihayati, dan
dimanfaatkan oleh masyarakat pembaca.

66

Konklusi
Pada abad ke-21 ini, Bahasa Melayu telah meniti cabaran negara
untuk mencapai hasrat dan wawasan negara dalam usaha meletakkan Malaysia
setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia ini. Bagi mencapai hasrat negara,
pelbagai usaha telah diusahakan oleh pihak kerajaan. Salah satu daripadanya
adalah kerajaan berjanji akan memberi keutamaan kepada Bahasa Malaysia
dalam penyediaan perisian Koridor Raya Multimedia (MSC). Perkara ini bukanya
sesuatu yang mustahil untuk dilaksana dengan wujudnya sekolah bestari negara
ini telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu bersaing dengan dunia
bahasa.
Peranan Bahasa Melayu sebagai pembina intelek masyarakat mu
tercabar dan dicabar. Di abad ini kita seharus dapat memartabatkan dan maju
Bahasa Melayu bukan sahaja di bumi Malaysia tetapi juga di persatu
antarabangsa. Bukti, kita telah berjaya melahirkan para cerdik pandai dan ilmu
yang menggunakan media Bahasa Melayu.
Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan
pencapaiannya dan bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan
bahasa sendiri, ini telah terbukti yang mana Korea, dan Jepun disertai dengan
China yang sangat mendaulatkan bahasanya mampu menjadi ekonomi besaran
dunia. Terbukti bahawa bahasa tidak pernah menjadi penghalang kemajuan.
Oleh tersebut, bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu yang diinginkan.
Sesungguhnya kita semua sebagai rakyat Malaysia yang hidup di dan
dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum seharusnya memainkan
peranan yang penting masing-masing bagi memartabatkan dan meningkatkan
Bahasa Melayu. Kita tidak mahu Bahasa Melayu ditindas oleh bahasa yang lain
kerana bahasa melambangkan sesebuah bangsa. Seperti kata Tuah Han,
Takkan Melayu hilang di dunia dan itulah sebenarnya kita semua inginkan.

67

Pascawacana
Selepas membuat kerja khusus, saya sudah jelas tentang kepentingan
peranan bahasa dalam membina tradisi keilmuan. Oleh itu, Bahasa Melayu
harus diperjuangkan dan diletakkan sebagai bahasa saintifik serta diguna pakai
dalam sistem pendidikan, pentadbiran malahan dalam semua agenda negara.
Kita juga harus ingat bahawa bahasa Melayu ini bukan sahaja berperanan
sebagai bahasa saintifik malah sebagai satu wahana buat masyarakat Malaysia
menyatupadukan pelbagai kaum dalam usaha mencapai perpaduan nasional
seperti yang diharapkan semenjak negara ini mencapai kemerdekaan. Ini kerana
peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sudah jelas termaktub
dalam perlembagaan negara Malaysia dan telah disepakati bersama oleh para
ilmuwan sewaktu berlangsungnya Kongres Kebudayaan Kebangsaan.
Resolusi daripada kongres tersebut telah digubal menjadi Dasar
Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 dan ini telah mengukuhkan lagi
peranan Bahasa Melayu dalam masyarakat kita. Sebagai rumusannya, bahasa
Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya
maju dalam mencapai bahasa ilmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia
berbangga dengan pencapaiannya dan bukan berasa sangsi atau jijik hingga
sanggup menganaktirikan bahasa sendiri. Ini telah terbukti yang mana Korea,
dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya mampu
menjadi gergasi ekonomi dunia. Jelas sekali bahawa sesuatu bahasa tidak
pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayu
mampu menjadi bahasa ilmu.

68

Rujukan
http://dalea-abdrs.blogspot.com/2010/08/komponen-sastera-dalam-bahasa-melayu.html
http://www.scribd.com/doc/61854727/SEJARAH-DAN-KEPENTINGAN-KOMSAS
http://seprianiq.blogspot.com/2013/06/komsas_2740.html
http://cikgunoorsinah.blogspot.com/2013/05/bahasa-melayu-moden-1.html
http://cikguazrein.blogspot.com/p/novel.html
http://cikguazrein.blogspot.com/p/cerpen.html
http://maksusiti.blogspot.com/2013/07/nota-stpm-penggal-1-permata-sastera.html
http://abkar178.blogspot.com/2014/05/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.html
http://sasteramoden.blogspot.com/2007_03_01_archive.html
http://azmar-pb.blogspot.com/2012/05/sejarah-ringkas-perkembangan-sastera.html
http://ayisgc65.blogspot.com/2010/05/nota-kritikan.html
http://wafiyirfanhadi.blogspot.com/2010/02/bahagian-sejarah-kesusasteraan-melayu.html
http://hardiaziqin.blogspot.com/2011/10/kesusasteraan-melayu.html
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/12/cerpen-dan-novel.html
http://kmtppuintan.blogspot.com/2011/09/prosa-melayu-tradisional-sastera.html
http://pondokbicara.blogspot.com/2013/09/komsas-dalam-pendidikan-bahasamelayu.html
http://rostamhamzah68.blogspot.com/2012/11/fungsi-dan-kepentingan-bahasamelayu.html
Buku Siri Pendidikan Tinggi Bahasa Kebangsaan

69

You might also like