You are on page 1of 8

PEMBELAJARAN KOPERATIF:

THINK-PAIR-SHARE

MAKSUD THINK-PAIR-SHARE

Think-Pair-Share
mengaktifkan

pemikiran

merupakan
murid

salah

mengenai

satu

strategi

topik

yang

yang

dibentuk

diberikan.

untuk

Kaedah

ini

membolehkan mereka merumus idea-idea yang tersendiri dan seterusnya berkongsi


idea-idea tersebut dengan murid lain. Think-Pair-Share merupakan satu strategi
pembelajaran yang dibangunkan untuk memaksimumkan penglibatan murid dalam bilik
darjah. Situasi ini tidak seperti penggunaan kaedah bacaan asas di mana seorang guru
menimbulkan soalan dan seorang murid memberikan jawapan, namun Think-PairShare ini akan menggalakkan tindak balas murid dan boleh membantu mengekalkan
fokus murid terhadap sesi pembelajaran.

TUJUAN PENGGUNAAN THINK-PAIR-SHARE

1. Memberikan masa berfikir kepada murid-murid dan meningkatkan kualiti tindak


balas mereka.
2. Murid akan terlibat secara aktif untuk berfikir tentang setiap konsep yang
dikemukakan dalam sesi pembelajaran.
3. Jika guru memberi murid masa untuk berfikir dalam sesi pembelajaran, lebih banyak
maklumat yang kritikal mampu dikekalkan dalam ingatan murid-murid.
4. Apabila murid-murid mengemukakan idea-idea baharu, mereka terpaksa untuk
memahami idea-idea tersebut melalui pengetahuan sedia ada mereka. Salah faham
mereka tentang sesuatu topik boleh dirungkaikan semasa peringkat perbincangan
ini.
5. Pelajar lebih bersedia untuk mengambil bahagian kerana mereka tidak merasa
segan dan takut untuk mengetengahkan idea bersama rakan sebaya yang terlibat.
6. Think-Pair-Share mudah untuk diaplikasikan untuk meransang penglibatan murid.
7. Mudah untuk digunakan di dalam kelas yang besar.

CARA PELAKSANAAN THINK-PAIR-SHARE

1. Melalui petempatan murid yang duduk dalam kumpulan berempat, nomborkan murid
dengan nombor daripada 1 hingga 4 .
2. Guru akan mengumumkan perbincangan topik atau masalah untuk diselesaikan.
3. Berikan masa sekurang-kurangnya 10 saat supaya murid dapat memikirkan jawapan
mereka sendiri. (Kajian menunjukkan bahawa kualiti tindak balas murid akan
meningkat dengan ketara apabila guru memberikan murid masa berfikir)
4. Menomborkan murid-murid, umumkan pasangan untuk perbincangan. (Contoh:
Untuk perbincangan ini , murid # 1 dan # 2 akan menjadi rakan perbincangan. Pada
masa yang sama, murid # 3 dan # 4 juga akan berkongsi idea-idea mereka)
5. Minta setiap murid bersama pasangan mereka untuk membincangkan topik atau
penyelesaian yang telah ditetapkan.
6. Akhirnya, secara rawak panggil beberapa orang murid untuk berkongsi idea mereka
di hadapan kelas.
7. Guru juga boleh meminta murid untuk menulis atau melakarkan jawapan mereka
semasa melakukan aktiviti Think-Pair-Share. Think-Pair-Share dapat membantu
murid membina pemahaman konsep topik, membangunkan keupayaan untuk

menapis maklumat dan membuat kesimpulan, serta membangunkan keupayaan


untuk mempertimbangkan pandangan orang lain.

CADANGAN PENGGUNAAN THINK-PAIR-SHARE

Semakan nota, ujian perbendaharaan kata, kuiz, semakan hasil bacaan, kajian konsep,
semakan hasil pembelajaran, panjang, soalan perbincangan, pembacaan rakan,
pembangunan topik, setuju / tidak setuju, brainstorming, simulasi, pendapat terhadap
sesuatu peristiwa, membuat rumusan, menyatakan pendapat dan lain-lain lagi.

Idea Pengurusan Think-Pair-Share

1. Atur murid secara berpasangan aturan guru akan lebih diterima jika dibandingkan
cara membiarkan murid memilih sendiri pasangan mereka. Pemberian hak memilih
pasangan kepada muridakan menjadikan muridtertumpu kepada murd yang tertentu
sahaja.
2. Bertukar pasangan Tukar rakan perbincangan dengan lebih kerap. Melalui
kedudukan murid duduk berempat di dalam kumpulan, mereka boleh berpasangan
dengan orang yang di sisi mereka untuk satu perbincangan dan boleh juga bertukar
pasangan dengan dua orang lagi murid yang lain dalam kumpulan tersebut dalam
perbincangan seterusnya.

3. Berikan masa berfikir Pastikan guru memberikan masa yang mencukupi untuk
murid berfikir.
4. Kawal Perbincangan Guru membuat rondaan semasa sesi perbincangan
berlangsung dan pantau murid-murid pada peringkat perbincangan.
5. Tetapkan masa Think-Pair-Share Jika guru melihat bahawa salah seorang murid
dalam setiap pasangan memonopoli perbincangan, guru boleh mengubah suai
arahan, berikan setiap murid masa untuk bercakap. (Sebagai contoh, keluarkan
arahan supaya murid # 1 dan # 3 akan memulakan perbincangan. Selepas 60 saat,
minta murid lain untuk berkongsi idea-idea mereka)
6. Rallyrobin Jika murid perlu menyenaraikan idea dalam perbincangan mereka,
minta mereka bergilir-gilir. (Sebagai contoh , jika mereka perlu menamakan semua
bentuk geometri yang mereka lihat di dalam bilik, mereka perlu bergilir-gilir
menamakan bentuk. Hal ini dapat meningkatkan penglibatan murid).
7. Pilih murid secara rawak Pada peringkat akhir perkongsian, panggil murid secara
rawak.
8. Penyoalan Think-Pair-Share boleh digunakan untuk satu soalan atau satu siri
soalan. Guru mungkin menggunakan teknik ini pada permulaan kelas (set induksi)
untuk soalan Apa yang anda tahu tentang ________? atau pada akhir kelas untuk
soalan Apa yang telah anda pelajari hari ini?

Manfaat Think-Pair-Share kepada Murid

Dengan penggunaan teknik Think-Pair-Share, murid diberikan masa untuk memikirkan


jawapan mereka sendiri sebelum soalan dijawab oleh rakan-rakan yang lain. Murid juga
mempunyai peluang untuk berfikir dengan lebih mendalam dengan murid lain tentang
jawapan mereka sebelum diminta untuk berkongsi idea-idea mereka secara terbuka.
Strategi ini memberi peluang kepada semua murid untuk berkongsi pemikiran mereka
dengan sekurang-kurangnya seorang murid lain, ini pula meningkatkan rasa
penglibatan mereka dalam pembelajaran bilik darjah.
Sebagai strategi Pembelajaran Koperatif, Think-Pair-Share juga memberi manfaat
sampingan kepada murid-murid seperti penerimaan rakan sebaya, sokongan rakan
sebaya, pencapaian akademik, harga diri, dan meningkatkan rasa kepentingan dalam
murid-murid lain dan sekolah.

Manfaat Think-Pair-Share kepada Guru

Pelajar menghabiskan lebih banyak masa kepada tugas dan mendengar antara satu
sama lain yang lebih apabila terlibat dalam aktiviti-aktiviti Think-Pair-Share. Lebih
ramai murid bersedia untuk bertindak balas dalam kumpulan yang besar selepas

mereka telah dapat berkongsi jawapan mereka secara pasangan. Kualiti murid
memberikan respons juga bertambah baik.

BIBIOGRAFI
Gunter, M. A., Estes, T. H., & Schwab, J. H. (1999). Instruction: A Models Approach,
3rd edition. Boston: Allyn & Bacon.

Lyman, F. (1981). "The responsive classroom discussion." In Anderson, A. S.


(Ed.),Mainstreaming Digest. College Park, MD: University of Maryland College of
Education.

Millis, B. J., & Cottell, P. G., Jr. (1998). Cooperative learning for higher education
faculty, American Council on Education, Series on Higher Education. The Oryx Press:
Phoenix, AZ

Lie, Anita. (2004). Cooperatif Learning. Jakarta:Gramedia.


Jones, Raymond. 2002. Think Pair Share. (online). Tersedia
:http://curry.edschool.virginia.edu. [14 Februari 2012]

Fogarty

&

Robin.

(1999).

www.broward.k12.fl.us. 2012]

Think

Pair

Share.

(online).

Tersedia

You might also like