You are on page 1of 7

MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN PADANG DAN BELAPAN

SMK PADANG PERAMPAH KALI KE-25 TAHUN 2013

CUE
KETIBAAN
PERASMI
LINTAS HORMAT
KONTINGEN
RUMAH SUKAN

ANN
Mengumumkan ketibaan En. Abdul Razak Bin Abdul Karim, Pegawai Pelajaran Daerah
Sipitang
Terbang gagah si Rajawali,
Kenyalang perkasa membelah angkasa,
Sudah datang Tuan Perasmi
Penutupan kejohanan akan bermula,
Hadirin yang dihormati,
Kejohanan Balapan dan Padang (KEBAP) SMK Padang Berampah kali ke-25 bagi tahun
2013 dimulakan dengan perbarisan lintas hormat kontingen rumah rumah sukan dan
persatuan unit beruniform SMK Pdg Berampah. Untuk makluman hadirin, perbarisan
lintas hormat ini adalah dipertandingkan dan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu
kategori Rumah-rumah sukan dan kategori unit beruniform.
Bagi menyempurnakan upacara lintas hormat ini, majlis dengan sukacitanya menjemput
En. Sable bin Bagol, Pengetua SMK Padang untuk mempersilakan dan mengiringi Yang
Berusaha En. Abdul Razak bin Abdul Karim, Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang untuk
menerima tabik hormat dari kontingen-kontingen yang mengambil bahagian.
Majlis mempersilakan.

ST. John Ambulan

Mendahului kontingen-kontingen perbarisan lintas hormat Kejohanan Balapan dan


Padang tahun 2013 ialah kontinjen ST John Ambulan. Dengan kekuatan anggota
seramai _______,kontinjen ini diketuai oleh ______________________________ .

KAPA

Kontinjen seterusnya ialah kontinjen KADET PERTAHANAN AWAM. Kontinjen


perbarisan ini diketuai oleh Peley Pritchard dengan kekuatan anggota seramai 25 orang.
Motto kontinjen ini ialah BIAR KECIL-KECIL CILI API YANG PENTING PEDES!!

PPIM

Seterusnya, Pertubuhan Puteri Islam Malaysia. Dengan kekuatan anggota seramai 11


orang, kontinjen ini diketuai oleh Rosmeliza Rosli.

PBSM

Kontinjen seterusnya ialah Persatuan Bulan Sabit Malaysia. Diketuai oleh


____________________________ dengan kekuatan anggota seramai_____orang,
memegang motto ___________________________________________ .

PANDU PUTERI

Kontinjen seterusnya ialah kontinjen Pandu Puteri, diketuai oleh Dina Marzuina Geoffrey
dengan kekuatan anggota seramai 15 orang. Motto kontinjen perbarisan ini ialah
SELALU SEDIA.

KADET POLIS

Mengakhiri kontinjen lintas hormat perbarisan unit-unit beruniform ialah Kadet Polis.
Diketuai oleh Vyner Maxwell dengan kekuatan anggota seramai 21 orang. Dengan motto
SELAGI HIDUP TETAP MEMBANTU MEMBANTERAS JENAYAH.

RAJAWALI

Perbarisan lintas hormat rumah sukan pada tahun ini didahului oleh Kontingen Rumah
RAJAWALI. Merah membara mengejar gelaran juara Kejohanan Balapan dan Padang
SMKPB tahun 2013. Dengan kekuatan anggota seramai 24 orang, kontinjen ini diketuai

oleh Robeto Tingkorou. Barisan guru penasihat Rumah Rajawali diketuai oleh CIK
HASIMAH HJ LUBAI. RAJAWALI BUBUT SAMPAI MANANG.NAAKAS.. merupakan
motto yang menjadi nadi perjuangan atlit atlit Rumah Merah ini. Dalam kejohanan
Olahraga Tahunan tahun 2012, Rumah Rajawali berada di tempat yang ke empat.
Kontinjen perbarisan Rumah Rajawali diselia oleh Ustz. Shanty Darzilah.
KASAWARI

Menyusul di belakang kontingen rumah Rajawali ialah Rumah Kasawari. Hijau segar
sentiasa mekar. Dengan kekuatan anggota seramai 24 orang, kontinjen perbarisan ini
diketuai oleh Avee Justin. TIDAK AKAN MENGALAH SEBELUM BERJUANG.
KASAWARI JUARA merupakan motto yang menjadi suntikan semangat atlit-atlit
Kasawari di gelanggang balapan dan padang. Barisan guru penasihat Rumah Kasawari
diketuai oleh Puan Hellen Munga John. Kontinjen perbarisan rumah Kasawari diselia
oleh En. Mohd Syazwan Ag. Jasni dan Cik Hasniah Ag. Matassan. Semasa Kejohanan
Balapan dan Padang tahun 2012, Rumah Kasawari berada di tempat ketiga
keseluruhan.

KENYALANG
Mengekori Kontingen Rumah Kasawari ialah kontingen rumah KENYALANG yang
merupakan penyandang tempat ke-2 keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang
tahun 2012. Kontingen perbarisan Rumah Kenyalang Biru berombak pantang
berganjak - diketuai oleh Lauren Johnsley dengan dengan kekuatan anggota seramai 25
orang. Barisan guru penasihat Rumah Kenyalang pula diketuai oleh Puan Jaleha Hj
Jayer. KENYALANG BOLEH. KENYALANG MENANG..KENYALANG SAMBAR EMAS
adalah motto yang menjadi suntikan semangat barisan atlit yang dipertanggungjawab
menaikkan nama Kenyalang pada kejohanan tahun ini. Kontinjen perbarisan Rumah
Kenyalang diselia oleh Cik Noor Adilla Mohd. Salleh dan Puan Rezawaty Mohd. Yusop.
RAJA UDANG
Mengakhiri perbarisan lintas hormat kontigen rumah-rumah sukan ialah kontingen
Rumah RAJA UDANG kuning berdaulat penaung negeri. Kontingen perbarisan Rumah
Raja Udang diketuai oleh Mohd. Nazlif Murah dengan kekuatan ahli seramai 27 orang.
Rumah Raja Udang merupakan bekas penyandang JUARA bagi Kejohanan Balapan dan
Padang SMK Pdg Berampah bagi tahun 2011 dan 2012. Barisan guru penasihat Rumah
Raja Udang diketuai oleh Puan Rubi Osman. Motto yang menjadi landasan perjuangan
barisan atlit Rumah Raja Udang ialah EMAS TERUSSS..MUN PAHAM BISAI. Kontinjen
perbarisan Rumah Raja Udang diselia oleh Cik Norfazillah Simin dan Puan Rohelmina
Mohd. Nur.
Demikianlah tadi acara perbarisan lintas hormat kontigen rumah sukan dan Persatuan
Unit Beruniform SMK Padang Berampah. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
kesudian Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang menerima tabik hormat itu tadi.

ALUAN
PENGACARA
MAJLIS

Raja Udang berkicau di muara


Kasawari pula mencari makan,
Awal Bismillah pembuka bicara,
Selamat datang kami ucapkan.
Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan.

Bismilahirahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatulahi taala wabarakatuh.
Selamat pagi, salam 1Malaysia, salam ukhwah
Yang Berusaha, En. Abdul Razak Bin Abdul Karim, Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang.
Yang Berusaha, En. Sablee bin Bagol, Pengetua SMK Padang Berampah.
Yang Dihormati, En. Ambilit Kalabit, Yang Dipertua PIBG SMK Padang Berampah,
Tuan Haji Mohd. Shafie bin Hj. Mohd Salleh, Pen. Kanan Pentadbiran SMK Padang
Berampah
En. Mohd Zainuddin bin Dinin, Pen. Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Pdg Berampah,
En. Zulkiflee bin Hj. Kassim, Pen. Kanan Ko-kurikulum SMK Pdg Berampah merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan Balapan dan Padang SMK Pdg
Berampah kali ke-25, tahun 2013.
Jemputan-jemputan khas, rakan-rakan guru JawatanKuasa Pelaksana Kejohanan
Balapan dan Padang 2013, ibu-ibu, bapa-bapa, barisan atlit dan seterusnya anak-anak
didik SMK Padang Berampah yang dikasihi.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita berjaya melaksanakan
Kejohanan Balapan dan Padang SMK Pdg Berampah kali ke-25 yang telah pun bermula
pada 17 Jun 2013 dan akan berakhir pada hari ini 20 Jun 2013. Majlis merakamkan
setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada hadirin dan hadirat sekalian kerana sudi
hadir bersama-sama memeriahkan kejohanan pada hari ini.
NYANYIAN LAGU
NEGARAKU,
SABAH TANAH
AIRKU,
1M1S

Hadirin dan hadirat,


Meneruskan tentatif kita pada pagi ini, kita akan menyanyikan 3 buah lagu: Negaraku,
Sabah Tanah Airku dan 1Murid 1Sukan. Maka dengan itu, mohon kerjasama semua
hadirin untuk sama-sama berdiri sebagai tanda penghormatan.
Majlis mempersilakan

BACAAN DOA

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Kalau pergi Tanjung Keramat,
Tolong belikan sebotol gamat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Tuan tuan dan puan-puan yang saya hormati,
Bagi memberkati lagi perjalanan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-25 ini, marilah
kita bersama-sama berdoa memohon rahmat dan dan perlindungan daripada Allah SWT.
Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadil Ustaz Mohd. Abdul Faris Bin Abdul Jalil untuk
memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

UCAPAN ALUALUAN
PENGERUSI
KEJOHANAN

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan alua-aluan yang akan disampaikan
oleh En. Sablee bin Bagol, Pengetua SMK Padang Berampah.
Majlis menjemput dan mempersilakan.

UCAPAN
PERASMIAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Sablee bin Bagol, Pengetua SMK
Padang Berampah atas kesudian beliau menyampaikan ucapan itu tadi.
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Hadirin hadirat yang dihormati,
Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan dan upacara perasmian yang
akan disempurnakan oleh tetamu kehormat kita. Dengan itu, majlis dengan penuh takzim
mempersilakan
Yang
Berusaha,
En.
Abdul
Razak
Bin
Abdul Karim, Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang untuk menyampaikan ucapan
perasmian penutupan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-25 tahun 2013.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

GIMIK PENUTUPAN

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.
Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput En. Sablee bin Bagol,
Pengetua SMK Padang Berampah untuk mengiringi En. Abdul Razak Bin Abdul Karim,
Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang untuk melancarkan gimik penutupan sebagai
simbolik perasmian penutupan Kejohanan Balapan dan Padang kali yang ke-25 bagi
tahun 2013.
Majlis mempersilakan.

PERSEMBAHAN

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan perasmi selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula
Bunga ros pohonnya berduri,
Bunga seroja tepi halaman,
Tarian pom-pom nama diberi
Untuk hadirin kami sembahkan
Sidang hadirin yang dihormati,
Sebelum meneruskan tentatif kita pada pagi ini, kita saksikan dahulu persembahan
tarian pom-pom yang disertai oleh 18 orang POM-POM GIRLS SMK Pdg Berampah.
Majlis mempersilakan.

LAWATAN PONDOK
RUMAH SUKAN

PENYAMPAIAN
HADIAH

Demikianlah tadi persembahan tarian pom-pom KEBAP 2013 hasil kreativiti Puan Niza
Ambilit dan Cik Norfazilah Simin.

Tuan-tuan dan Puan-puan.


Tentatif kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah.
Dengan itu, majlis degan segala hormatnya menjemput En. Zulkiflee bin Hj. Kasim, Pen.
Kanan Ko-kurikulum SMK Pdg Berampah untuk mempersilakan Yang Berusaha En.
Sable bin Bagol, Pengetua SMK Pdg Berampah untuk menyempurnakan acara
penyampaian hadiah.
Majlis mempersilakan.
Penyampaian hadiah Kejohanan Balapan dan Padang tahun 2012 dimulakan dengan
pertandingan perbarisan lintas hormat rumah-rumah sukan dan Unit beruniform
yang telah diwakili oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat
Cawangan Sipitang, Balai Polis Cawangan sipitang dan penolong-penolong kanan SMK
Padang Berampah.

Untuk kategori rumah sukan, dipersilakan


Ketiga
Naib Juara
Juara

Seterusnya untuk kategori Persatuan Unit Beruniform SMK Padang Berampah,


Johan
Naib Juara
Juara

Berikut adalah penyampaian hadiah untuk Pertandingan Hiasan Pondok Rumah


Sukan.
Ketiga
Naib Juara
Juara
Seterusnya, penyampaian hadiah bagi Pertandingan Yell Terbaik Rumah Sukan.
Ketiga
Naib Johan
Johan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian En. Sable bin Bagol, Pengetua
SMK Padang Berampah menyampaikan hadiah itu tadi.
PENYAMPAIAN
HADIAH

Acara penyampaian hadiah ini kita teruskan lagi untuk kategori yang seterusnya. Majlis
menjemput En. Sablee bin Bagol, Pengetua SMK Padang Berampah untuk
mempersilakan dan mengiringi En. Abdul Razak Bin Abdul Karim, Pegawai Pelajaran
Daerah Sipitang untuk menyempurnakan penyampaian anugerah.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.


Berikut adalah keputusan rasmi Johan Setiap Kategori untuk semua acara yang telah
dipertandingkan sepamjang kejohanan ini berlangsung.

Johan kategori Perempuan 15TKB disandang oleh:


___________________________________________

Johan kategori Lelaki 15TKB diungguli oleh:


___________________________________________

Johan kategori Perempuan 18TKB pula dimenangi oleh:


__________________________________________

Johan kategori Lelaki 18TKB dusandang oleh:


__________________________________________

Seterusnya adalah penyampaian hadiah untuk Olahragawan dan Olahragawati setiap


kategori

Kategori 15TKB
Olahragawati :
Olahragawan :

Kategori 18TKB
Olahragawati :
Olahragawan :

Penyampaian hadiah yang terakhir ialah penyampaian hadiah untuk keputusan


keseluruhan Kejohana Balapan dan padang kali ke-25 bagi tahun 2013.
Keputusan Keseluruhan:
Keempat:
Ketiga:
Naib Johan:
Johan:
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian En. Abdul Razak Bin Abdul Karim,
Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang menyampaikan hadiah itu tadi.
PENYAMPAIAN
CENDARAMATA

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


Meneruskan agenda kita pada pagi ini, majlis mempersilakan En. Zulkiflee bin Haji
Kassim, Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Padang Berampah merangkap Pengerusi
Pelaksana Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-25 bagi tahun 2013 untuk mengiringi
En. Sablee bin Bagol, Pengetua SMK Padang Berampah untuk menyampaikan
cenderamata penghargaan.
Dipersilakan pegawai-pegawai jemputan khas yang mengadili pertandingan perbarisan
lintas hormat rumah-rumah sukan dan pasukan unit beruniform.

Jabatan Bomba dan Penyelamat:


1)
2)
Balai Polis Cawangan Sipitang:
1)
2)
Seterusnya dengan segala hormatnya dipersilakan En. Abd Razak Bin Abdul Karim,
Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang untuk menerima cenderamata tanda penghargaan
SMK Padang Berampah atas kesudian merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan
Balapan dan Padang pada hari ini.
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih.
ISTIADAT
PENURUNAN
BENDERA
KEJOHANAN

BERSURAI

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Kita teruskan agenda majlis pada pagi ini dengan Istiadat menurunkan bendera
kejohanan yang akan disempurnakan oleh pasukan Kadet Pertahanan Awam SMK
Padang Berampah yang diketuai oleh Sryndy Siong Len.
Dengan berakhirnya upacara itu tadi maka acara Kejohanan Padang dan Belapan kali
ke-23 SMKPB berakhir di sini. Sekalung tahniah kepada atlit yang berjaya dan jutaan
terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam memastikan acara ini berlangsung dengan jayanya.
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Dari Rokan ke Indragiri,
Membeli suasa di Kuala Linggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Sehingga bertemu lagi pada Kejohanan Balapan dan Padang tahun 2014. Kami akhiri
dengan Wabillahiltaufik walhidayah Assalamualaikum Wbt.

You might also like